Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, April 22, 2009

Udang Goreng Asam

Haa..Tengah hari ni masak simple dimple jer untuk budak2 lunch..
Babah diorang x balik lunch hari ni sebab banyak urusan kerja yang abis2..
So nampak ada udang lagi dalam esbok,kasi goreng asam gini..tumpang sekaki juga meratah masa temankan anak makan.kwang3x..
Isi udang rasa lebih manis sebab masih berkulit kan..memang sedap sehingga menjilat jari..sibbaik x sampai ke lengan.heee..

Bahan2:

1 mangkuk Udang(potong muncung kepala jer)
1 sudu mkn Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
5 keping Asam kandis(asam keping pun boleh)
1 Btg Serai(dititik)



Cara2:

1. Di dalam satu bekas,gaulkan udang bersama serbuk kunyit,garam dan serai.
2. Panaskan minyak lebih kurang 5-6 sudu makan
3. Bila minyak benar2 panas,masukkan udang..kacau rata dan masukkan asam
4. Perlahankan api sedikit,boleh tmbah sedikitt air jika perlu.Kacau goreng sehingga kulit udang kelihatan agak garing dan renggang dari isinya.
5. Padamkan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas2..!

*Elakkan memasak udang terlalu lama nanti isinya keras pulak..

SELAMAT MENCUBA

P/s:Menu sesuai untuk orang yg tidak banyak masa di dapur atau sedang menghidap virus 'M' tapi nak makan sedap..huhuu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Jiya said... [Reply to comment]

sedappp!! ratah camtu pon bestt.. huhuhuhu!

kak ina kl said... [Reply to comment]

masak simple lagi sodap..

HaSue said... [Reply to comment]

Jiya..mmg ratah jer..kejap jer licin lagi2 kalo berebut2..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ina..lagi2 di kala 'M' melanda..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...