Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, May 25, 2012

Kuih Bakar Labu Bermadu.. err..labu lagi?heh

Uik?menu labu lagi..hee..
Menjawab pertanyaan mek Sury pada entri lepas,ai takde kebun labu buat masa ini..sila jangan buat tempahan labu nak buat bingka buat masa terdekat ini yer..heheee.. ;P
Buat yang berpantang labu tu,tak dapek laa den nak nolong eh..den nolong nayang yo la..erk?broken2..

Labu nih macam pisang la jugak kan,menu boleh dipelbagaikan dengan berasaskannya..tapi seeloknya pilihlah labu yang dah cukup matang untuk kuih muih atau pengat..rasa dan warnanya lagi best!Yang kurang matang tu lebih sesuai untuk dimasak sebagai sayur..tapi yang dah matang pun ok je kalau nak buat masakan..

Kat umah ni selalunya labu habis dimasak tumis sebab kegemaran si kakak,kali ni penghabisannya buat bingka lak..nanti lenkali kita beli labu lagi ek..nak tanam macam tanah kat bawah tu tak subur dah sekarang..sob sob..

Resepi kuih bakar atau bingka nih adalah dari Ros@jintanmanis.com.
Khabarnya Ros akan kembali menetap di jepun bersama suami beliau...semoga dipermudahkan dan kita sama2 doakan yang terbaik untuk ros sekeluarga..amin..

Sebenarnya bingka nih aku potong masa masih panas2 lagi sebab tak sempat tunggu sejuk..sepatutnya tunggu la sejuk baru cantek nak potong kan..cik abangku dah balik dan masa untuk minum petang..baru bingka masak(lambat nak buat menu petang masa tu.heee) Kalau nak hidang kemudian takut timing tu tak ngam lagi memang tak laris laa kang..membazir lak kan..
Tu laa rupa potongan tak berapa nak kemas nih..huu..

Terima kasih Ros atas perkongsian resepi.. minta izin nak kongsikan di sini pula ya.. :)

Kuih Bakar Labu Bermadu
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180gram)
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun takpe)
3/4 cawan gula
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis)
2 sudu besar minyak masak

Cara-caranya

1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar) dan blender hingga semuanya sebati.

2. kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.

3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dan gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, dan taburkan bijan di atasknya, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi perang.

4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila-bila masa dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.

Nota:HaSue buat separuh adunan,letak 200ml santannya,tambah 1 sudu besar susu cair dan tambah labu yang sudah dilecek hanya setelah bahan2 lain dikisar.

Nyumm2... ada rasa cinnamon tu membawa sedikit kelainan pada bingka/kuih bakar pada kali ini..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Komen Di Sini:

Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply to comment]

Salam Hasue cayang!!
mama orang pertama kan3x... so blh lah ngendeng kuih bakar labu buat minum ptg nie... please!!!! hehehe

mayangbakingmadness said... [Reply to comment]

SALAM HASUE .. SAYA MMG SUKA APE2 YG BERKAITAN DENGAN LABU

Subhie Arun said... [Reply to comment]

wow..sedapnya.....nice lov n shot dear!..frst time ur blog...glad to follow u!

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Salam Hsue cayang.. labu pun labulah.. fav Bonda kalau ada di rumah.. bagus! bagus! nanti nak cari resipi labu.. nanti labi korek dan kais kat sini ekk... macehh muahhh

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, nampak lembut je kuih bakar labu tu, mesti sedap makan suam2 tu, tak apa potongan tak cantik pun janji habis di makan kan, rajin betul sue ni

FnF Simple Life said... [Reply to comment]

saya nampak cantik aje potongan nye tu...nampak lembut je bingka labu nih...mesti sedap...kena lak makan masa masih suam2 lagi...best tuuu

K.Nor said... [Reply to comment]

nak kena cantas labu kat kebun lg ke ni sue? ish..

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

Waa labu dh bermadu pulak..xpe, bia labu jer bermadu jgn kitaa oppssss hahaaa..nmpk lembut sgt kuih bakar tu..^^

Amie said... [Reply to comment]

Wah! Inilah contoh isteri mithali... he he hehh mesti hubbynya sayang berganda2! Sebenarnya yang sedap dimakan waktu baru keluar oven, masih wangi...itu kak Amie punya citarasalah, tapi bab memotongnya tu memanglah fail terus.
Labu banyak khasiatnya kan hasue...

tun_telani said... [Reply to comment]

bingka kalau mkn panas2 time dia lembik2 sket tuu mmg sedapp!!! tp nk amik gmbr xnmpk lawo laa.. kdg2 tun scoop ngan sudu je. hehehehe..

Mat Gebu said... [Reply to comment]

Agak2 lah kan, kalau tambah tongkat ali...ok tak...mesti jadi pilihan kaum adam...lalala...haha

sury_25february said... [Reply to comment]

uhuuu..patut lh cr di n3 bingka sigek xdo..sitok paduhal..geli ati baca enty ktk tok..atas skli paduhal nama kmk tek paduhal...hhaha..ingt salah org di kmen nya tek.:D

azyatun said... [Reply to comment]

menggodanya bingka labu ni..bila2 kena cuba if da stok labu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...