Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 24, 2012

Donut Labu ..misi menghabiskan labu..

Taadaaa..! menu hari ni..
Tadi dah celoteh panjang kan..ni celoteh pendek lak..pendek ke?
Memandangkan takde menu pagi tadi,boleh la layan menu minum petang ni lak kan..
Raamaiiii dah mencuba resepi ni ek..aku jer baru terhegeh2jelita nak buat..ahak.
Sebenarnya dah berapa kali aku ngukus labu nak mendonut...tapi timing tu tak ngam orang kata.. macam, iskh..tak ngam lah! Aku free nak buat tapi takde tukang makan kang susah gak aku jadi gedempol makan donut labu sapa nak jawab kan.. nanti mesti aku nak salahkan yang kongsi resepi lak..hahak..

Dah,meh nengok donut labu nih.. kalau ada stok labu lagi tu,sila la kukus sekarang yer.. aku ni kes nak perabiskan labu nan sebiji tu.. esok nak balik kampung..lalala

Tengok jer donut mesti anak aku(si kakak) nak suh buh topping ceklat.. sama macam banglong gak..macam kewajipan lak..asal budak2 jer nak buh coklat..asal budak2 jer nak buh coklat..asal buh coklat jer untuk budak2..
Dah sinonim katekan.
Jadi aku buh laa jugak yang topping ceklat..

Coklat chips yang kaler putih tu sedap tau..terang2an perisa vanila..hehe

Terima kasih kat mak labu eh! Izahdaut untuk resepi olahan nih dan citarasawan aka kak wan yang kretif atas perkongsian resepi asalnya yang menggunakan kentang.. lenkali nak test yang kentang lak..nak buh pisang pun takde masalah kot..dah ramai juga blogger masakan yang mencuba..nak sebut satu2 memang 'sik terkaber' kata orang sarawak.. Minta izin nak share kat sini resepinya ye jah..eh!mak labu..eh!izah..tq2.. :D

DONUT LABU
Resepi Asal:Donut kentang-citarasawan
Resepi Olahan :Izahdaut@izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahan2 lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Nota:cara hasue-sediakan air dalam bekas,masukkan yis dan gula. Biar kembang/hidup dahulu baru masukkan bahan lain dan uli.. tepung hanya digunakan sehingga doh dapat diuli. selebihnya guna untuk menyalut tangan ketika menguli.

Aku lebih suka makan donut labu nih tanpa topping.. rasa labu tu dah ada, rasa manis gula dalam adunan pun dah ada..kannn..hasilnya? Lembut dan cedapp! :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Komen Di Sini:

GREENJADE said... [Reply to comment]

wow gebu nye..mcm sayang nk jamah...sbb molek sgt hehehe

zila norazila said... [Reply to comment]

gebunya sue..mesti lemak2 manis..:)

tun_telani said... [Reply to comment]

kak sue cayangg!!! tun baru membingka labu smlm.. merasmikan labu yg akak kasi. hihi.. nnti nk mendonat jugak ^^

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Salam wahh sedap ni. mesti lemak aje kan.. yum yum..:)) bagus banyak resipi labu yang boleh di pelbagaikan.. best!

sury_25february said... [Reply to comment]

wah wah wah...kueh gelang ka donat ooo..?ktk bkebun labuk ka sue..pos sitok juak kei mlh bingka ..hee
tang gebuszz jak donat ya..ada cekelet gik ya..nang nyaman sue ngn ank2 nya mkn..x noleh2 lgikk nyo.selamat bercuti n blik kpg..:)

Unknown said... [Reply to comment]

haha....melabu lagiiiii...nasi baik tak melobi..
Eh..apa melalut akk ni? Mcm jeles je sana sini org melabu, akk terasing je:-) hubby pantang labu pulak, huh...mcm org beranak je..

Qasey Honey said... [Reply to comment]

aduhhh xtahan tgk gmbo yg no.2 tu..sedapnya bile dh dicurah ngn coklat tu...agaknye hrni hari labu kot...byk tul resepi bhn utamanya labu...hihi

Unknown said... [Reply to comment]

tergoda nya akak tengok donut ni esuk lusa nak cari labu lah nak tiru yg ni jugak nampak gebus lah..

Norzie hany said... [Reply to comment]

Salam Sue.
Gebunya donut tu...nanti kalau ada masa nak cuba juga resepi ni.Tq berkongsi.

Ain Fajar said... [Reply to comment]

uish!!nmpk kegebuan donut labu k.hasue..jelous ni, nk buat gak la..ain tak pena rase lg, yg kentang, pisang keledek dah buat dah..:) (resepi kehidupanku)

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

gebus gebasnya donut nii..sebijik cnfem xckp..best dpt rs lemak2 labu gitew ^^

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

sis Izah dan labu mmg x dapat dipisah..huhuhuhu

Sheery Dream Cakes said... [Reply to comment]

Labu tuuuu sgt sgt mengodaaaa akak ler sue... Yg ada coklat tu pasti iran suka tu.. Hhehee... Sedaaapnya donut labu tu sue... Nak minta mmg dah abis kan... Hehheee... Geram akak tgk donut tu tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...