Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 24, 2012

Oh!Astro B-yond PVR


Assalamualaikum..

Fheww..! Setengah hari menahan rasa nak online guna broadband sebab tak perasan prepaid broadband expired pagi tadi..semalam dah tau sebab ada reminder kan..tapi boleh lagi lupa tu.nak pegi kedai semata2 beli kad prepaid malas la pulak jadi tunggu tengah hari selepas amik anak dari sekolah baru singgah kedai jap..

Dah sampai umah, ada pulak astro installer call bagitau set PVR dah sampai kat kedai dorang n akan datang umah sebelah petang ni jugak untuk install..untuk rekod(ala2 blog mazidul lak),sebenarnya aku tak apply pun pvr tu,pihak astro call awal bulan aritu katanya free install..masa tu memang yeyy yey...sambil menari cha cha laa kan,kalo biasa harga katanya rm250 ke berapa tah..tapi installer tadi kata memang akan kena caj rm50..pfttt(tak puas ati)..kira aku terpedaya olehnya laa jugak kan..lepas tu tanya lagi,ada extra caj tak untuk monthly? Katanya rm5 sebulan tambahan dari bil sebelum ni..'ok,kalau macam tu saya tanya hb saya dulu laa..' Nampak sangat sifat seorang isteri taat kan?
'orait'kata apek tu. Jadi aku pun mengadu kasih laa kat buah hati aku yang sebenarnya sedang sibuk amat sebab masih menguruskan urusan kematian pekerja yang merupakan pekerja asing dan memerlukan banyak urusan di hospital nun jauh..urusan nak memandikan dan penghantaran ke negara asalnya dan sebagainya..

'helo,yang.."*dengan suara sedikit tergedik2
"yea sayang..?' rileks je
"bizi ke? "
"bizi sangat2.. "adeh..potong setim je nak ngadu kasih pasal astro nak tambah bil rm5 bulanan...muahaha..
Jadi aku pun teruskan la mengadu ala2 orang kena kejar(bercakap dengan laju )..
sila baca dengan laju-"astro nak pasang pvr tapi diorang tetap caj rm50 lepas tu caj bulanan tambah rm5. So nak teruskan atau nak kensel? "tanya ku dengan harapan dia pun kesal macam aku jugak..
"Hermm...oklah.. teruskan saja." Macam dia nak cepat2 habiskan perbualan pun ada aku rasa.*buruk sangka
"OK ke? perlu ke kita ada set pvr tu?*dah macam dialog filem usop selam lak pertanyaan aku tadi rasanya..
"Ok lah tu..rm50 jer kan..kira jauh la jugak diorang datang nak pasang tu..bulanan pun tambah rm5 jer.. kalau banding dengan bahan masakan yang beli tapi tak abis pakai tu.. "-yang hujung tu aku tambah..makan cili terasa pedas katekan..ahahak
"Oklah..kalau macam tu" ujarku perlahan..dalam hati dah terbayang2 nak record citer apa..nak record..jakun2.
"Ok??ok.."Dia tanya,dia jawab..tanda nak mengakhiri perbualan"ada waiting call ni syg.."sambungnya lagi..takut aku merajuk laa tu guna suara lembut..*tak abis2 buruk sangka..hee
"OK2..kataku juga.. kiranya kalau buat drama nak aje aku buh tajuk drama OK sebab asyik sebut OK je..

Nasib baik installer tu betul2 sampai petang ni jugak.. dah la aku ni jenis tak suka tertunggu2..(ada ke orang yang suka?hehe..)
Terbantut hasrat aku nak bekerjaya di dapur buat menu minum petang nih..huhuu.. takpelah,jap lagi leh buat kan.. :D

Dipendekkan cerita, sekarang dah ada astro pvr..hoyeyy2. Boleh rakam cerita yang kite miss nak tengok(tapi astro selalu jer buat ulang tayangan kan) tapi kadang2 time dia mengulang tu time kite takde kat umah ke mana ke.. Atau pun masa berebut anak beranak laki bini nak tengok cerita kegemaran masing2..huahua..tapi selalunya kalo cik abangku ada,yang lelain mengalah.. bagi chance laa kan...suami penat2 nak juga rilex tengok cerita kegemarannya.. kadang2 jer kalau ada cerita terlampau best,pandai2 laa pujuk ajak tengok sama ^_^

Entri ni sekadar berkongsi dan bukan berniat nak menunjuk2 yer. Korang jangan asyik negatip thinking jer..hahak.. kot2 laa ada yang teringin nak pasang gak kan.. :D
Dah..nantikankan menu selepas ini... ni entri selingan je..hehe

*Drama di atas telah dialih bahasa. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

tun_telani said... [Reply to comment]

LOL~~~ byk beno adegan berburuk sangka tu. haha.. tun pun baru pasang pvr, rekod la ustaz don,buat siries link, mmg selalu miss pagi2. tp skrg sikit punya byk ustaz don yg dh rekod tu, citer korea jugak yg di tengok. haha

Si Matatajam said... [Reply to comment]

My parent pun tgh tunggu depa Punya pvr set. M plak? Ala pakai yg biasa ja.

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

balik kampung bawak balik ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...