Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, May 11, 2012

Musim 'Makan Tahun' Kembali Lagi

Assalamualaikum..!

Salam Jumaat buat semua. Dah beberapa hari blog bercuti atas sebab2 kesibukan yang sukar diceritakan ditambah pula kelembapan line tenet,kini kembali aktif seperti biasa insyaAllah..walaupun tenet masih agak lembap..

Tanpa membuang masa,nak cerita sikit laa perihal makan tahun dan kesinambungan cerita kelupis pada entri sebelum ni.
Makan tahun semenangnya tradisi di daerah sekitar kampung aku di Bekenu,Miri. Ia tradisi kaum kedayan yang dahulu kalanya sebagai majlis meraikan tamatnya musim menuai padi.. kiranya untuk kenduri ni akan dihidangkan beras yang baru dituai.. tapi zaman sekarang semua beras yang dituai kat kedai aje.. :D
Orang2 dari kampung berdekatan pun dijemput untuk majlis kenduri nih.. Jadi 2 hari laa meriahnya sebab hari Sabtu tu bergotong royong membungkus kelupis dan keesokannya baru makan kenduri secara besar2an.

Makan tahun kali ni aku berpeluang laa join sekali,tapi tak berpeluang merakamkan banyak gambar2 dan aksi menarik sebab handbag hidup asyik nak berkepit aje dengan aku..dah lama2 tu pandai pulak dia bermain dengan rakan sebaya cuma pada masa tu aku tak ingat dah nak snap2 gambar..huhuuu

Tapi takpe,layan jela gambar2 dan cerita ringkas mengenainya ek..sebelum ni pun rasanya dah cerita kat blog ni. ^_^

Hari Sabtu lepas, maka bermulanya projek gotong royong membungkus kelupis dimulakan dengan memasak pulut untuk dijadikan 'dadih' (bukan puding tu yer,maksudnya pulut yang dimasak separuh masak,sedia untuk dibungkus dalam daun).
Adegan memasak pulut ni dilakukan oleh kaum lelaki... sila rujuk gambar di bawah.

Nampak tak kawah2 yang tersedia tu,tu dah digunakan untuk membuah membuat dadih pulut tu..dadih tu bukan puding ye(kot2 korang tak baca atas td). Masa aku snap ni dah kawah ke berapa dah dimasak..huhuu..
Proses membuat dadih ni kena didihkan santan dahulu sampai naik minyak(haha..betul ke istilah ni),macam nak buat minyak kelapa tuu.. lepas tu baru tuangkan beras pulut dan kacau dan kacau dan kacau..sampai setengah masak gitu..

Proses menuang beras pulut ke dalam kawah..

Model kawah..kakaka.. sebenarnya Ryo lepas lari nak tolong angkat guni beras pulut tadi tu tapi tak sempat - ye laa sangat.hahaha

Nih laa rupa beras pulut dalam proses nak dijadikan dadih atau dimasak sehingga setengah masak tu..

Ni haa dadih yang dah siap..sedia untuk dibungkus dengan daun nyirik@irik atau ada yang guna daun palas..tapi bukan seperti ketupat palas..ia guna daun yang lebih tua. Kalau ketupat palas guna daun yang muda kan? Tapi cara buat kelupis ni macam buat ketupat palas pun ada..

Potong kiri kanan dan sudukan guna sudip(sukati aku je panggil sudip) khas yang panjang dan diperbuat dari buluh...kalau nak guna senduk nasik boleh jugak tapi tu menyusahkan diri la namanya kan.. dah disediakan peralatan khas lagi ko nak guna senduk nasik..huhu..

Lepas tu buh laa atas daun nyirik atau irik atau iikk( ni sebutan ikut tempat masing2 laa..kat tempat korang ada tak?) atau guna daun palas ye.. aku takde amik lak gambar guna daun palas tu.. tapi selalunya orang2 muda cam kami..diulangi,macam kami..(hehe..) tak gemar guna daun palas tu sebab mencabar la sikit nak bungkusnya kan sebab permukaan yang tidak rata.

Lepas tu zup zap..jadilah gini..ala,cam bungkus lepat pisang jek.. tapi pastikan saiz dia sedang2 je..kalau ada orang tua menegur bungkusan kelupis korang macam tapai,jangan bangga lak..tu maksudnya harus diperbaiki lagi..maknanya bungkusan korang tu besar gedabak macam bungkusan tapai nasi.hehe..


Hasil kelupis dibungkus tadi selitkan aja bawah talam besar tadi haa..nanti ada laa collector yang amik kelupis2 tu dengan bakul untuk dijalin oleh pihak lelaki pula..tapi ada juga kaum perempuan yang tolong jalin bila kerja membungkus tertangguh sebab menunggu dadih seterusnya masak lagipun sebab kan kaum lelaki lambat buat kerja,nak jugak perempuan tolong baru cepat abis.hee

Kat atas ni laa lebih kurang suasana ketika membungkus kelupis secara beramai2 tu..yang ni memang semua jawatan disandang wanita belaka..Aku nak amik gambar banyak2 tapi segan lak tetiba..maklum laa aku kan pemalu tak bertempat orangnya..
Nampak tak daun palas tuu..tuuu(muncung mulut) yang digunakan oleh makcik yang berbaju pink tu ha..yang biru tu contoh bakul yang digunakan untuk mengutip kelupis2 yang dah siap untuk dijalin...tu pun aku nak bagitau kan.

Lagi jugak nak tayang kelupis yang dah siap.. kalau yang kemas dan cantik2 tu anggap jela aku yang buat..hahaha

Ni proses menjalin kelupis(ehsan gambar dari FB Ryo)...gunakan tali(dari akar kayu yang hanya boleh dicari dalam hutan,maksud aku akar hutan la tu) yang dah siap dibelah2 pada saiz yang sesuai.. tapi kini digunakan juga tali rafia sebab susah nak cari akar tu kalo banding zaman dulu.. lagipun zaman dahulu kala mana ada tali rafia kot eh..

Tujuan kelupis tu dijalin adalah untuk memudahkan ianya diangkat dari rebusan atau kukusan. Dahulu orang rebus,kini orang kukus dah kelupis ni. Pengukus pun dah stainless steel aje..sila rujuk gambar di atas ye..yang area orang memasak tu
Selain tu,tujuannya supaya senang orang nak bawa(jinjing) kelupis bahagian masing2 balik ke rumah..

==================================================

Keesokan harinya,kenduri makan tahun pun berlangsung... sebelum subuh lagi kelupis yang dah siap dikukus dan disejukkan akan digotong royong buh dalam plastik pula..proses ni aku selalu gak ikut serta tapi tahun ni aku lewat sampai balai raya sebab di khuatiri si kecik mencari sebaik bangun dari tidur.-ni kira alasan kukuh dah ni..memandangkan suami ada urusan lebih penting lagi,jadi dia tidak pulang ke kampung kali ni..kalo tak,ada gak yang jaga anak sementara aku turut membantu di balai raya.- rajin sangat la bunyinya kan.

Apabila sudah siap dipek satu set...kelupis sedia untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir untuk makan tahun tuu... so,ko dah makan ko dapat laa sebungkus kelupis dan set nya.. Ni kiranya kalau orang dulu2 tu untuk bekal dalam perjalanan pulang.. orang dulu2 maa ada naik keta pergi kenduri ko.. paling2 pun kenderaan femes masa tu perahu la gamaknya.. kalo ada perahu kira dah makcik kayo laa tu..(agaknya la) Agaknya kalo tanya,datang ngan apa? naik perahu jerr..awak naik apa? tahu dah orang tadi tu jalan kaki jer,tanya lagi..hahak..(cerita ini hanya rekaan semata2) eh perahu ke sampan?adik beradik laa tu kan..bukan ek?lantak,janji paham

Untuk memudahkan imaginasi korang,aku bagi sedikit gambaran..

Nampak tak? Depan nun balai raya ye.. makan2 tu macam biasa laa,ada nasik dan lauk pauk kan.. Aku tak berkesempatan amik gambar pun,sebab masa gi sana malas nak pikul senapang gajah(kamera)..
Tengok tu(rujuk gambar di atas), orang yang dari balai raya menjinjing sebuah beg plastik berisi kelupis dan setnya,manakala yang dari arah kanan ni orang yang baru sampai..lum ada kelupis lagi.. Aku siap buat bulatan biru lagi kat kelupis tu ha..
Kiranya ko dah ada kelupis tu ko dah makan laa tu...tak reti2 nak balik?hehehe...kasarnya bahase.

Lepas tu mesti korang tertanya2 apa pulak set kelupis tuu...

Nih laa dia,set kelupis yang akan korang dapat jika menghadiri makan tahun ni.. Ada 1 jalinan kelupis, sebiji kuih penyaram dan sebungkus kecil wajik..adakalanya,sebiji pisang pun ada sekali..kampung aku tahun ni kebetulan bukan musim pisang masak kot(bila masa la pisang bermusim kan)..hehe..

Yang kat atas ni kelupis yang dibungkus menggunakan daun palas.. dan jalinan dari akar kayu hutan..kira keasliannya tu masih cuba untuk dikekalkan..

Pulut yang sudah masak..sedia untuk dicicah apa saja.. kelupis dari kampung aku tuh masih dalam list peberet sebab biasanya ia dimasak cukup rasa lemak dan pulut yang lembut..terima kasih pada tukang masaknya..hehe.. Aku penah gak buat kelupis di rumah,berdua dengan suami tapi takde la guna resepi,lenkali kalo ada buat insyaAllah share kat sini eh..hee..


Jadi minggu ni ada lagi kampung berdekatan yang mengadakan kenduri makan tahun nih..sebab tu aku buh tajuk musim makan tahun...setiap kampung tu akan adakan kenduri ni setahun sekali sahaja.. yang bestnya bila ada kampung yang adakan serentak,boleh laa pergi ke setiap kampung..makan sikit sini,dapat kelupis...gerak ke kampung sebelah lak.. kira dapat laa 2,3 bungkus kelupis dalam masa sehari kan..kalo sekeluarga pergi kenyang kelupis laa 2,3 hari..hehehe..
Kelupis ni boleh dipanaskan dengan mengukusnya kembali.. tapi 2,3 kali panaskan mungkin warna pulut ikut warna daun tapi tidak memudaratkan.. :)
Sekian dokumentari kali ini..haha

P/s: Macam mana lak entri aku leh panjang nih..ingat nak citer sikit saja..adeh.. Kalau ada yang tertinggal nanti aku edit balik...taip entri pun laju berasap ni haa...zhariff demam lak,kejap2 merengek..huhu

Terima kasih kerana membaca ^_^..harap dapat menambah pengetahuan anda yang tak mengetahuinya.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

36 Komen Di Sini:

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

dah macam suasana hari raya aje ye hasue... seronok tgk entry macam ni.. sedikit sebanyak dapat tau serba sikit adat resam di tempat orang lain... nampak sedap pulak kelupis tu hasue.... uishhh.. kuih penyaram pun ada.. blk kg mesti kena buat lagi penyaram tu.. hehehe..

Cheq Sue said... [Reply to comment]

kira2 lepas bungkus tu, dah jalin dalam daun, kena rebuk lak ye sue? pk2 tadi macam separuh masak aje pulutnya... macam ketupat lemak kot kalau kat kelantan

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

wahhhhhh..sampai 16 bijik gambar ko tepek ye.huhu
rajin sungguh ko entrikan makan tahun ni..aku pun tak terbuat2 lg entri makan tahun....tompang sekaki leh tak?hahaha.......

gambar yg ko ambik dr fb tu kan... kelupis tu aku yg jalin, cantik dan kemas kan....kot2 la ko x tau aku pandai jalin jugak...dan satu lagi sebelum proses buat dadih, proses mengukur kelapa dimulakan pukul 9 mlm hingga 2 pagi..sbb aku pun ikut sama tawwww.......... 1 kawah memerlukan 30 biji kelapa tua........hahaha....

memang puas hati makan tahun kali ni sbb aku kerja dari proses ngukur kelapa...hihi.

Ummi said... [Reply to comment]

Owh baru tahu maksud Makan Tahun ni Sue...hehe...kira mcm hari gembira makan2 selepas penat bekerja, dapat hasil masak sama2, agih sama rata....best tu eh, meriah nampak...Tapi kemain adik Sue sorang tuh...kiranya Model Kelupis laa eh...hehhee, fengsan kalau Ryo baca ni..mati akak..haha. Btw, kelupis ni nampak mcm sedap jek..mcm pulut liat biasa dibuat kat Pahang ni..buat dr tepung pulut/beras pulut jgk.. ^__^

tun_telani said... [Reply to comment]

kagumm!!! mmg tabik spring laa kat kampung akak. teringin nk pegi nyebok.. thn depan jgn lupa ajak tun sekali.. ^^ kat kampung tun, jiran sebelah tun jumpa masa semayang terawikh setahun sekali, tu kalau yg pegi semayang terawikh kt surau kg, kalau x gi mmg xkenal la jiran tetangga. kalau kenduri semua dh katering skrg, kali last gotong-royong masak kenduri masa tun sekolah rendah.. huhu..

Noorsha said... [Reply to comment]

Sue tetibe aku rasa keseronokan yg ingin ko terjemakn disini..besnye bergotong royong camtu..mesti riuh rndah suasana kn..biasa ko time ramai2 ni mesti ade je yg tukag usik tukag melatah tukang gelak..hehehe...kalau di belah johor biase mmg ade klo mane2 knduri x kisah a kenduri kawen ke knduri doa slaamt ke knduri arwah ke tiap kali tetamu balik mmg akan diberi sorag satu beg plastik berisi juadah camtu..tp bknla kelupis ...biasa nasik kenduri la..kami pnggil "bontrot"...sebt btol2 - BONTROT bukan bontot tau..ekekekeke....bl tgk gmbo ni trringin lak aku nk meghadirkn diri..terasa keseronkannye tu..kelupis tu pun nmpak sedapp..huhu...

Noorsha said... [Reply to comment]

Eh lupe nk ngomen..gmbo yg ko amik tinggi2 tunjuj org ramai2 menuju kekemah tu ko panjqt kat ne..tinggi umang hai..ko panjat pokok ke anjat bukit ke semate2 nk amik view tu..hehee..eh lg satu klo ko x ckp pasal gelungan biru yg ko wat nk tunjuk beg plastik yg dijinjing tu aku x persan taw..aku igat dowang bawak gelung hulahoop tu ha..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Part mana yg suasa hari raya kak?hehee..kalo yg diadakan serentak tu mmg ala2 hari raya.hee..tq kak :-)

HaSue said... [Reply to comment]

@Cheq Sue
Hahaa..sabo jela cekgu sorang ni..nak kena potong markah ni.. Bukan jalin dlm daun sue,bungkus ygbdlm daun..typo ye,saje je nk gelak ni..a'ah,kena rebus..bukan rebuk tau. :-D
tp zaman skrg org kukus aje..pulut tu masa dbungkus mmg separuh masak,nak meratah pun x selera..

Cendana Kasih said... [Reply to comment]

waaa...macam pergi kenduri kan...meriah sungguh....

HaSue said... [Reply to comment]

@Ryo Azhar
Ko jgn x tau bro, aku upload gambar tu smnjak pagi td dah..hahaha...

Haa,betul gak kan...santan dr 30biji kelapa dgunakan...patut laa kelupis kmpung kita cukup lemak dan kita ni pun cukup lemak kan..ahahak..
Weh boleh caya ke ko keja smpai 2 pg?ntah2 ko membuta kat balai raya je kot?<-kata2 penuh hasad dengki..haha..
Ko ngukur diameter sebiji2 kelapa tu ke..oooo maksud ko nih,memarut kelapa yeaa..ala,tu mesin yg buat..ko tolong pegang je kannn..ahak :-p

HaSue said... [Reply to comment]

@Ummi
Yeaaaa betulll kak ummi...markah penuh utk akk.hehe..
Tu model x berbayar cash kak,byr ngan kelupis je..hahaha

rostina76 said... [Reply to comment]

salam hasue...sama le proses pembikinan & suasana gotong royong org miri & org brunei ye (yelah kan dah jiran).....btw ros xpernah involve lg sebarang kenduri bt kelupis ni tapi makan masa raya tahun lps rumah kawan. sedap!!!

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Sue, sampai hati x ajak akak...huhuhuu..

Sue, cer baca ayat Sue lepas gambar yg pertama tu."...untuk membuah dadih pulut..." Hehehe..tulaa. Mkn kelupis x ajak akak. Kan dah tersalah bahasa...heheheeee...*ayat x puas hati sbb x dpt rasa mknn2 kt atas tu...

Anyway, so meriah... Sukanya akak baca entry Sue ni.. Cam teringin nk berada di sana...

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Wehhh, model kawah tu pakai baju & seluar satu sut la dgn warna kawah.. Kui..kui..kui.. Sebab tu terserlah kekacakannya^_^

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, tq kongsi cerita kat sini, suka je akk baca tanpa tertinggal satu patah perkataan pun heheh. Bestla kira tradisi kat kampung2 di sarawak lah ya. best ni kalo dpt rasa kalupis ni.

eh sue nape tak jadi pop up window komen ni

hana said... [Reply to comment]

meriah sungguh kenduri ala sarawak nih! sok kalau jadik nantu suh zhariff bwk kawah2 tuh skali balik semenanjung! jgn orgnyer tenggelam dlm kawah sudah! ahahahahaha

re: hontah la makcik mapin tuh... agaknyer dier ader anto surat cerai talak spoloh kot kat aku.. tapi awat tak sampai2 surat tuh.. ngeteh dulu kot! hahahahahaha...

IdA *SetulusKASIHummi* said... [Reply to comment]

waaa...cam sambut raya jer k hasue...paling best tgk pic menjalin kelupis tu..cantikk &kemass jerk...

Anonymous said... [Reply to comment]

memang meriah! beras pulut tu terus tuang ke dlm kawah ke? tak cuci dulu ke beras pulut tu cik hasue?

kawan

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
InsyaAllah tun... Mmg time gini laa baru jumpa org kat kpg kn..mcm baru bknln dgn lbh mdlm pun ade.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Noorsha
Bontrot yer sha? Cam best jer...kiranya cmplete set nasik dn lauk pauk laa dlm tu ek?kalo knduri biasa kat kpg aku ni kalo ada xtra masakn tu br diagihkn..huhuu..kalo ade lebih nasik tu,marilah kita menapai beramai2.dulu la,skrg masing2 bw balik pnskn je.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Noorsha
A'ah,aku pnjat pokok kelapa jer..pakai baju kurung lak tu smbil kendong zhariff skali,sesmbil amik gambo.ahahakk..
Takdelah,tu aku shoot dr atas umah laa mek.hehe..
Paling dasyat imaginasi ko bila ingat org gi kenduri bw gelungan hulla hoop..akaka..cam nk sekeh secara marathon je aku rase. :-D

HaSue said... [Reply to comment]

@Cendana Kasih
Mmg knduri pun kak.. :-)

HaSue said... [Reply to comment]

@rostina76
W`kumsalam..a`ahkn..sama jer kot..dah bahasa pun lebey kurang(kedayan).hehee... Tp org brunei lg meriah kot... :-)

Aha,kelupis mmg dhidangkn ms raya juga kn..cuma x ramai yg buat..

HaSue said... [Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
Alalaa..jgn merajuk ye kak naz,akk kn pndai dtg sndiri xyah ajak..hihi..
Dah betulkn dah kn.tq..maklum la,naip cam org amik ujian trengkas :-D

HaSue said... [Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
Sibbaik warna kulit x ikut skali kannn..hahaha

HaSue said... [Reply to comment]

@EmbunRosaliza
Wkumslm..tq kak sbb rajin mmbaca n3 dlm blog ni..cyg akk ketat2!hihi..

Nanti2 tuka balik,saje ngetest kak..hehee

HaSue said... [Reply to comment]

@hana
Lor,kat sana xde kawah ke kak?hahaa..kita msk dlm rice kuker jer..berapa kali gamaknya nk msk nasik n nk siap tu kn.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@IdA *SetulusKASIHummi*
Cam smbut raye ek?hehe.. Jalinan kelupis tu pun ada teknik yg betul,silap cara boleh terburai..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
Rasanya begitu lah.. :-)

lemongrass said... [Reply to comment]

Hasue,
Wahhhh...bestnya ada makan tahun macam ni. Dah gerenti I tak masak seminggu, hari2 makan kelupis aje! :-).
I suka makan ketupat palas, sure lah I akan suka makan kelupis ni.

Amie said... [Reply to comment]

Seronoknya buat kerja ramai-ramai.... nilai murninya masih lagi diamalkan, semangat gotong royong dan sedia membantu memang nampak jelas tergambar di situ!
Ada kuih penjaram juga ye Hasue...
Selamat hari ibu.

knock knock its me :) said... [Reply to comment]

Salam oi add lah kamek jua kamek selalu ikut kita pun blog ok kamek tok dari miri jua mungkin kita kenal uncle kamek d Sabuti arwah tok pengulu Hj Sabing bah

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to comment]

ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok tak berbuah... terima kasih, Cikgu Hasue. Penerangan yang panjang lebar..

p/s Tadi akak ingat apakebenda dua tiga orang jinjing tayar basikal warna biru tu, hahahaha

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Salam.. Ohhhh.. ini N3 yang terbaikk i pernah baca!!! best! best!! barulah tahu macam mana rupanya nak membuat kelupis.. wahh macam manalah nak merasa ni yaa.. kat JB ada ke???

wah teringin sangat ni...

Bergotong-royong bestnya... meriah betul!!
suka!!! suka!! suka!!

tq sooo much di atas perkongsian tu yaa...:))

dina said... [Reply to comment]

Waa...uniknya kampung kau ni sue, kalau kat sini ada macam ni kan best, tapi kat sini tunggu bulan puasa je baru meriah ada makan free hari2 kat surau tu pun kwsan kampung la yg meriah, kalau kat bandar ni tak berapa nak meriah le kot... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...