Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Terus sahaja kita ke menu hari ini ya..kuih yang simple nak buat,simple nak makan. Tapi dalam pada serba simple tu,bertahun jugak laa aku nak buat kuih cara nih tapi tak terbuat2..thii hii hii.. Maknanya lama laaa acuan ni duk bertapa dalam kabinet tu kan. Kasihan. Eh! aku pernah guna laa,duluuuuuuu...(lama beno dah bunyi nya tu) la,untuk buat kuih bahulu..heh. :D
Tapi takpelah,ni dah terbuat ni..lepas ni leh buat lagi dan lagi...boleh cuba buat kuih cara yang berlauk lak laa pasni kan..sebabnya syok lak aku rasa bakar kuih guna acuan nih...cuma panaskan acuan,calit2 minyak..tuang adunan,tabur gula.tutup acuan..tunggu masak dan angkat..
Dah siap!
Untuk resepi,aku amik kat dapur Izah, Nieza pun dah buat kuih cara manis ni baru ni ekk..korang dah buat gak ek..sedap kan!
Terima kasih izah, dan sumber resepi asal Che Mat Gebu dan kak Nannie. Minta izin dikongsikan di sini pula ya..
Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG, Kak Nannie, Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan -hasue guna paste pandan koepoe2
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Kebetulan pulak ada penutup periuk yang bersaiz ngam2 ngan acuan...ahak.. ;P
Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Jemput amik sorang seketui untuk berbuka yer...takyah banyak2,takut tak muat kat perut tu kang..hehe
15 Komen Di Sini:
sue...alang2 ko pelawa aku..
kasi la 40 biji..he3
aku pun cadang gak nak buat kuih cara....
daniel gemarrrr bebenor kuih nie...
aku...
belasahhhhh jerk....
Asslmkum HaSue.
Alamak! Kuih cara la..peberet. Tp still tak pnh buat sendiri. Hasue ok la bertahun x buat. Akk ni lg la..X pernah langsung buat lagi..Hihihii..Dah jadi tukun dah acuannya tu...:P
kegemaran sy nie...tp slalu buatnya dah x main sukat...main lebor je...hehe...
Assalamualaikum HaSue:)
Sedapnya...Ramai yg buat kuih cara manis ni...untuk kak lin tak ada ke?
nak! nak!! nakk!! nakkkk!!!!!!
dh hentak2 kaki x dpt gak, nak guling2 pulak niii..
salam Sue..
lately ramainya yg buat kueh cara ni akak sorang je yg belum mencuba resepi senang ni kan bukan ape belum ada acuan hee nak cari acuan dan buat sbb dari ckp Sue mmg mudah sngt tu teringin gak akak nk buat
Nampak lembut je kuih cara sue tu, akk pun ada buat juga ari tu, anak2 kat rumah mmg suka kuih cara, tapi akk lum pernah cuba resipi ni, nmapak sedap sangat, lembut
aslmkum sue.. terus rasa nak buat ni.. smga smgat terus ke petang..
Selamat berpuasa Sue.
Ramai dah rakan2 buat kuih cara ni,cuma akak aje yang belum sempat lagi nak buat.Kalau buat mmg cepat habis...manis budak2 suka.
Dah rmai tayang kuih cara ni.. hmm..seperti memanggil manggil jer suh kt bt jgk..sebelum tu amek dulu 7 ketui kat sini ekkksss hihiii ^^
Laju nya jet ktk...tlg update juak lok blog kmk...heee nang rajin....kmk alu xda masa nk mlh kueh bebagai2 cam tok...beli jak..:-)
Sempat mlh agar2,puding...tpi lom sempat update....sekut dh 3 mcm siap ooiii...ktk tek pa sekut thn tok...kek lpis mesti rona wani oooo:-)
salam Sue, comels kuih cara mu itu, snang bdk2 mkn, skali ngap je, x la kotor tangn kn. akk pon buat posa ke 3 hritu, acuan akk tembaga 12 lubang, saiz kuih yg biasa tu pon akk brterabo nk isi gula, tngn cam ketar gitu, sbb lapar kot,hee.. tp Sue elok je ye isi gula dlm kuih comel2 tu, tgn brseni la ktakan....
kuih feveret sy ni...tp takde acuan le nak buat kat cni
sedapx2...acuan pun lawa...hehe
salam sue,tk pernah lagi cuba..cedap npk...zila66
Post a Comment