Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, February 4, 2011

Resepi: Kek Puteri Dangdut

Hari ini bersiaran secara langsung dari kampung..semalam balik kampung dan blog pun tak terupdate..nak buat entri berjadual tapi nak upload gambar pulak failed.
Malam tadi buat kenduri kesyukuran n doa selamat sikit untuk si kecil zhariff.. dan doa selamat untuk seisi rumah lah..semoga selamat segalanya..aminn =)

Nampak kek yang sedang berposing nih? Kalau tak bagitahu mesti ada yang ingat ni adalah kek coklat kan? Tapi kek ni tak menggunakan coklat langsung dalam bahan2nya..
Ini adalah resepi kek tradisi Sarawak yang semestinya menggunakan browning sugar ataupun dalam bahasa melayunya disebut gula hitam.

Jika kurang biasa menggunakan browning sugar ni pastinya akan tak yakin sikit nak guna yer, browning ni sesetengahnya berkondisi pekat likat melekat dan agak leceh nak guna. Kalau yang benar2 pekat,kena tambahkan sedikittt air panas agar ia mudah sebati dalam adunan dan tidak berketul.

Rata-rata resepi kek sarawak menggunakan sebotol(dalam 180g) untuk sebuah kek.
Sebagai pewarna,ia tidak berfungsi seperti pewarna lain..yang digunakan sedikit sahaja tu..tapi browning sugar ni,makin letak banyak makin cantik laa hitamnya kek itu nanti. Tapi jangan laa marah sangat sampai letak bertong2 lak yer..kalau setakat sesudu dua,browning sugar memang tak menyerlah langsung..untuk sebuah kek la ek.
Paling terserlah kehitamannya dalam kek yang popular di sarawak seperti kek hati pari, kek belacan,kek negro dan sebagainya. Kek-kek yang berwarna hitam begini amat memerlukan browning sugar dan susah untuk menyamakan dengan pewarna yang lain.

Ops,suka aku nak ingatkan..nama2 kek Sarawak dulu2 memang unik yer..malahan nama2 kek inilah yang membuat kek Sarawak mudah dikenali.. =)
Jika anda penggemar kek2 sarawak,dan masih belum mencuba kek2 kukus..sebaiknya cubalah buat sendiri,sebab amat jarang orang jual kek kukus ni disebabkan kurang tahan lama..tapi keenakannya berbeza dari yang dibakar..
Kemanisannya pula boleh laa adjust ikut selera sendiri .. :)

Jom tengok kek ni bila dipotong..
Tarraa..memang moist tauu..yang ni aku tambah sedikit serikaya dan kurangkan sedikit gula..buat nih untuk seorang kawan berbangsa cina yang sambut perayaan thn baru cina..hehe..dah dia berbangsa cina takkan sambut thaipusam lak kan!

Resepi ni aku dah kongsikan lama dulu kat myresipi.com dan ada beberapa orang rakan yang sudah mencubanya..boleh tengok kat SINI(klik) yer..

Kek Puteri Dangdut
By:HaSue

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml

* 450g mentega berkualiti
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
* 10 biji telur
* 1 gelas tepung gandum
* 2 gelas horlicks
* 1 tin kecil susu manis
* 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)
Kek ni perisa horlicks ..nak lapis2 pun boleh juge..senang amat nak membuatnya..sementara kukus kek nih kat tingkat bawah,aku buat kek lapis kat tingkat atas..hee..so bila dah siap dapat laa 2 bijik kek.. =)

Sebab nak bagi orang,kan..so potong yang tepi2 tu jelah..takkan nak potong sampai setengah loyang kan..hehe..
Plan nak buat untuk makan2 sendiri tertangguh lak aritu sebab kebetulan line tenet laju..jadi,eheh..paham2 ler.hii..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Kek yang sungguh menggoda Hasue...geram tengok! Nak tapau few slices lak ;)

Deliah's Deli said... [Reply to comment]

mmg betul la org kata hitam itu menawan..:)

hana said... [Reply to comment]

aku rasa penah buat dulu kek nih... tp versi derhaka.. hahahahaha... eh! klu aku gantikan horlick tuh ngan nestum anak aku ok tak?? darwish da tanak makan nestum la... banyak lg sayang la pulak...broning sugar aku ader setengah botol lg..

Mas said... [Reply to comment]

moistnya kek sue tu...
geramm tengok....
nampak lembab dan lembut la sue....
nakk sikitttt.....dah tadah tangan ni....he..he..

HomeKreation said... [Reply to comment]

Salam HaSue cayang. Kek2 Swk ni memang spesel & nyamaaaan sekali kan.

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue...nama pun kek sarawak dah tentu sedap..mmg nampak cam kek coklat kan sue..bila la nak g rasa kek sue nih heheh. tenet laju tak mkn pun tak apa kan haha

izahdaut said... [Reply to comment]

Mek sue... Aku dtg neehhh.. Ikiki telinge tebal yee.. Preggy yeee... Banyk lah ko. Tapi mmg hormon aku kurg stabil ni.. Ishh ishh.. Weh aku kn mmg nk try sesungguhnya la kek2 swak ni.. Ko sajes la kt aku kek mna pling sempoi n moist n sedap.aku dh tengok wat BS tu mcm gula angus ye. Musti wangiii je kek ni kan.

Wei laki aku gelak gile bace komen ko kt blog aku tu. Nyampah aku. Haha.. Weh terguris ati aku bile tah leh join contest ko tu.. Ah majuk balik laaa

dZana said... [Reply to comment]

cantiknya kek sue ni.. akk dah lama cari brwning tu kt kedai2 bakery.. tapi tak da pulak kt BP . hari ni akk buat kek lapis bumi sue tu.. hb tak bhenti2 memuji sedap.. tq sue..

kak gojes said... [Reply to comment]

wow..sungguh mengguda jiwa ooo

Unknown said... [Reply to comment]

Sorry ye, nak tanya 2 gelas Horlick tu Horlick yang sudah dibancuh dengan air ke tepung horlick sahaja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...