Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, September 28, 2010

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Hari ni nak share satu lagi resepi kek kukus Sarawak,resepi ni dapat dari kakak ipar dulu dah..beberapa tahun lepas..tapi baru 1st time buat sendiri..dulu merasa yang dia buat jer..hehe. Macam biasa laa dah buat sendiri tu pepandai jer adjust mana2 yang nak ditambah atau dikurang bahannya tapi tidak menjejaskan resepi asal..insyaallah..
Penggunaan cream cheese dalam kek sarawak boleh dikatakan baru juga..dulu2 zaman 80an dan 90an belum dikomersialkan lagi agaknya..

Kek ni,walaupun gah menggunakan nama cream cheese tapi rasa kek tidak semata2 perisa cream cheese seperti kek2 biasa tu yer..terutama kek keju non bake mesti rasa cream cheese yg kuat kan..kek ni masih mengekalkan ciri2 kek sarawak yang tetap ada rasa moist, pastu dalam setiap gigitan boleh rasa asam manisnya,coklat rice dan rasa lemak2 cream cheese sendiri..
Nak explain lebih2 pun tak reti,kena cuba sendiri baru tau tu..
Yang pastinya,kek nih pun ada penggemarnya tersendiri ketika dihidangkan sebagai juadah di hari raya..

Mengenai warnanya yang oren lak resepi asal memang dah gitu so malas lak rasa nak tukar warna tapi kalau korang nak tukar jadi kaler lain seperti kuning ke.. apa salahnya kan..
Di sini disertakan resepinya sekali bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri..

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya >hasue guna saiz sederhana
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder > hasue x letak
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
2 bungkus hawflakes(potong halus)
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Bila sudah masak,taburkan hawflakes yang sudah dipotong halus
  7. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  8. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  9. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  10. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir.
  11. Selamat mencuba!
Note: Macam biasa,jangan lupa kaedah mengukus yang betul iaitu pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus kek yer..

Maaf laa takde gamba yang dah dipotong kecik2..nih dah redi nak pack balik kampung hari tu..hehe..nak tengok gambar potong kecik2 leh refer entri sebelum ni ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

Ummu Aqil said... [Reply to comment]

salam akak,
tak pernah try lagi yg kukus nih...dek pengukus yg ade kecik toekkk je...

HaSue said... [Reply to comment]

Aisyah: wkumslm..oh yeke..kat umah ni mmg penggemar kek2 kukus..hehe..byk dpt tmpahan raya baru ni? :)

Ciklinn said... [Reply to comment]

sueeeeeeeeeeee tak leh tahann sedappnyeerrr

mrnoble said... [Reply to comment]

saya suka kek lapis serawak! 3ari lepas pegi serawak nasib baik sempat beli :p

SHAFIDA said... [Reply to comment]

salam...hai, nak tanya tepung hongkong tu macammna? xpenah dgr sebelumnie
kalau xder jumpa tepung hongong...tepung apa yang boleh diguna utk ganti tpg hongkong tue.... tq

HaSue said... [Reply to comment]

ciklinn:memang sedapp..hehe

Mr Noble:pegi sarawak area mana?kuching ke?mesti banyak borong kek lapis ek?ada beli yg kukus x?sebab yg kukus ni jrg dijual

Shafida:wkumsalam..hai,tepung hongkong tu paras rupanya tak beza ngan tepung biasa.nama lain bagi tepung hongkong adalah superfined flour..jenama bluekey pun ada..kalau takde gak boleh laa guna tepung gandum biasa..tq juga krn bertanya :)

K.Nor said... [Reply to comment]

tak minat nak cuba buat, tp minat nak makan yg sue buat hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

Ayyo lembutnye kek lapis tu nampak! kite tak lepas bab2 melapis ni kak. tah bila nak try lagi. :)
Ijan

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said... [Reply to comment]

Wow...rupanya hasue pakar kek lapis sarawak ya....bolehla akak tumpang belajar ya!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

SALAM..NAK tanyer....
hawflakes tu mcm mana ye? nak try buat kek ni...cam sedap ni...
anyway terima kasih byk coz akak sudi berkongsi ilmu ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...