Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, June 14, 2012

Resepi Kek Lapis Goyang Dangdut

Fuiyooo.. kemain seksi nama kek lapis Sarawak yang satu ini ya!
Kalau yang dah biasa melihat nama2 kek lapis sarawak ni pasti tidak terkejut dengan keunikan dan kegedikan namanya..hehehe... Setiap kek yang dinamakan pasti ada sebab atau 'sempena'nya tersendiri..itulah antara keistimewaan kek lapis sarawak..selain dari rasanya yang enak dan tersendiri jugak lah kan..

Kek yang ini,pertama kali aku cuba sendiri..lama dah nak mencuba(ayat yang dah sinonim dalam dunia blog masakan),tapi baru berkesempatan ni nak membuatnya..buat ni juga sebelum cuti sekolah tempoh hari..so dah lama arwah kek ni...takyah bawak bekas masing2 ye...tu yang siap bekal aluminium foil tu maaf ler..kek dah abis.heh.. :D

Satu ketika, rasanya dalam tahun ni juga,seorang rakan FB yang mungkin pengunjung blog ni tanya, kenapa kek lapis goyang dangdut tu rasanya seakan berpasir?hah? berpasir?errmm.. aku tiada jawapan pasti masa tu sebab aku tak pernah lagi buat kek ni..tapi kalau buat kek guna marjerin(mungkin bergantung jenama juga) dan dipukul dengan gula pasir(bukan gula halus)boleh menghasilkan tekstur seakan berpasir.. tapi dia kata dia guna mentega seperti aku biasa guna juga..woh..mungkin ada silap di mana2...tidak mengayak tepung susu itu,misalnya? Kena bedah siasat sendiri la punca selebihnya ya.

Bila dah buat sendiri,saspen juga nak merasa kek ni..maklum la,langsung tiada penggunaan tepung selain tepung susu dan horlicks kan.
Kek ni tak guna gula langsung tau..tapi buh gula yang tak langsung jer. Maksudnya sumber manis tu datangnya dari susu,serikaya dan horlicks jer...hehe

Bila dah menggigit tu..hermmm..tekstur dia memang berbeza dari kek biasa..tiada langsung rasa berpasir malahan halusss sangat teksturnya tu..gebunya pun lain sikit tau..lain yang best. Rasa dia sedap tapi tak boleh makan banyak sebab cepat muak sebab guna tepung susu kan..dannn,itu menyebabkan kek ini amat sesuai jika dihidangkan di hari raya. Aku macam pernah makan kat umah orang masa raya..rasa2nya lah.

Warnanya ni aku buh ikut suka jer..lepas tu lapis pun sikit jer..sebab di samping malas(pengakuan jujur),kek ni punya satu rasa sahaja..so berbeza dengan kek yang punya rasa berbeza,lebih banyak lapis,lebih best rasanya.. ^_^

Jadi buat anda yang nak mencuba, disertakan di sini resepinya.. sedap!sedap! perisa susu(tepung) dan horlicks.. jika ingin kurangkan kemanisannya,bolehlah kurangkan susu pekat sedikit ya. Tapi ni pun dah ok dan menepati piawaian kek lapis edisi lama(original)

Terima kasih rahman bestari sebab kongsi resepi ni...rindu lak kat beliau walaupun sempat kenal dan beramah mesra di Myresipi.com..selepas tu dia menghilang senyap entah ke mana..semoga dia sihat di mana jua dia berada..

KEK LAPIS GOYANG DANGDUT
Resepi:rahman_bestari@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )-hasue buat setengah adunan dan guna loyang 8.5"x4.5"

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn-hasue guna westgold-unsalted
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)-hasue guna brand yeo's
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf-hasue guna nespray dan ayak
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm - juga diayak untuk tekstur halus
pewarna kuning dan cokelat-atau warna pilihan

Cara-cara

1 Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.
2 Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.
4 Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)
3 Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.
5 Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.
6Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.
7Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.
27Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)
Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.
11* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.
12* Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.
* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.

Kek ni enak, lembut,moist, dan terasa mood raya nostalgia ketika menikmatinya..tekstur yang halus tu orang takde gigi pun boleh makan..
Haa,kalau ada susu anak yang tak abis sebab anak dah berhenti menyusu tu,atau yang sedang hamil tapi tak suka minum susu semasa mengandung tu..campak ler dalam adunan kek ni..sure sedap!hehe..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

39 Komen Di Sini:

adda syuhada said... [Reply to comment]

mmg nampak sgt moist nya kek lapis bergoyang nih..

HaSue said... [Reply to comment]

@adda syuhada
itulah yg cuba disampaikan di sini..hehe.terima kasih atas komennya ya.. :)

geez said... [Reply to comment]

Waa.....mcm sedap je.....byknye pakai telur....mesti lembut dan sedap.....^_^

izahdaut said... [Reply to comment]

Sue.. Srikaya tu diayak? Sejenis serbuk ke atau ko silap type kat situ.. Cam bekenan betui aku kek ni . Bahan pun simple jekan. Cume mentega tu jela, yg ada kt umah btercup je

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak Sue,sy pon nk tnya juga mntega diayak?..Ermm camner nk ayak tuh..Baru duk usha2 steamer trio,igt nk sambar juga,sbb duk plan nk wat kek lapis srwk ry nih..Weekend nih nk g cari kat jusco,klo xda nk order ngan chef asma jerla..Psttt cam terkena btng idung lak tang ayat yg sedang hamil tapi xsuka minum susu,hehe sy lah tuh,kalo campur lam mskan ok jer telan..Klo minum mmg xtertelan..Huhu..

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

Salam HaSue,
lama x singgah kat sini... lepas makan kuihnya, bergoyang dangdut la kita ya.. hehehe

Norzie hany said... [Reply to comment]

Assalam Sue.
Cantiknya kejadian kek lapis tu.Sis belum pernah buat apa2 jenis kek lapis,rasa tak yakin boleh buat sendiri... mcm susah sgt.

sury_25february said... [Reply to comment]

sue kmk dh prnh mlh kek tok..lmk dh..tpi x lapis sigek kaler jak..nama nya bhn nya sama juak..kei tpg susu..kat blog surykeklapis ada pic nya...:)

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Hi Sue..apa khabar? Anak2 sihat?

Wahhh cantiknya kek lapis ni...leh dangdut sambil ngap kan...hehehe. Bak sebekas! :)

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

~~singgah ptg nak berdangdut kat sini ah!ah!ah!..dh melebih2 plak nii..xsedar diri perut dh beso hahaa..
cantik sgt kejadian kek lapis nii..hmm..nk bt sndiri lum ada keyakinan lg..tahap kesabaran lg laa xde ^^

Ain Fajar said... [Reply to comment]

bestnya kek lapis nie, unik2..nak jugak..

Ayam said... [Reply to comment]

Salam Hasue, terpesona dgn namanya yang seksi habis...hehe

Nuwairani said... [Reply to comment]

semua bahan ada kecuali susu tepung. huhuh... (ada alasan taknak buat lagi)... sengaje goda kite dgn menayangkan kek ni tau! banyak dah kek lapis kak hasue kite belum buat. tapi dah masuk list berkurun2 dah. huhu

tun_telani said... [Reply to comment]

3 gelas susu tepung!! mmg kaya dgn kalsium kek ni.. hihi.. blh agak, gigit pertama tu sgt nikmat.. masuk kepingan ke 2 dan ke 3.. sedap lagi.. tp nk makan yg ke 4 tu dan slow kan..hoho.. bagus2, sesuai utk raya.. org xleh mkn byk ngat ;p

Chah said... [Reply to comment]

jauh2 aku merantau tau ke seberang laut china selatan ngidam kek warna baju raya aku tu tetiba ko kata dah arwah segala? da la gps tkleh pakai bila aku setkan point of interestnya 'house of kek lapis dangdut gendut' tu...err ko paham tk ni? akupun ala2 blur je ghase ni... kehkehkeh..

Liza said... [Reply to comment]

kalau mkn kek ni, mst xblh henti berdangdut ni....ekekekekeke
ape pun kek ni mmg nmpk moist sesangat...akk kan kalau buat kek lapis cmni mst tak balance kaler dia, xpandai nk agak sama bnyak...mmg fail bab tu...hihihihi

Unknown said... [Reply to comment]

salam Sue, akak ni selalu lambat dtg baru bekesempatan ni unik nama kek tu mesti sedap kan tentu lepas makan ni terer dangdut kot hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

As'kum hasue cayangg muahzzz muahzzz betul tu kek ni memang lembap dan lemak gilerzzzz.. pernah makan masa hari raya dulu rumah kawan... lapisan dia memang banyak.. sedap memang sedapppppppppppppppp, nak kena potong kecik2 baru tak muak sangat... waduhh bila nampak resipinya tu wahhhh patutlah lemak.. tapi kalau dapat jugak sepotong ni memang best! sayangnya hasue cakap dah arwah.. dah pulang tangan kosong aje ni hehehehh *gurau je taw*

Subhie Arun said... [Reply to comment]

moistnya..kek...lapisnya lawak....sedapnya kalau dapat rasa...

Unknown said... [Reply to comment]

wahh dah lama mengidam nak mkn kek lapis ni tapi tak terbuat-buat juga lagi..bila la nak ada angin rajin melapis kek gini yer..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@geez
owh,10 biji telur tu mmg standard utk sebiji kek lapis atau bukan lapis (kek sarawak).hehe.. hasilnya mmg lembut n lembap

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
aku silap tulis jah..tima kasih ko betulkan.. gelihati lak aku bygkan serikaya ada serbuk.hee.. a'aa,simple jek..nanti boleh la ko try..tp kalo guna buttercup x berani la aku jamin kehalusan teksturnya.huhu

HaSue said... [Reply to comment]

@Zaliedana
Err..yg butter tu dah betul dah ct. bukan diayak,tp akak guna jenis unsalted(tanpa garam). jenama westgold biasanya ada 2 pilihan..salted butter n unsalted butter..yg salted tu lebih sesuai buat cookies,unsalted tu lebih sesuai buat kek..tp kalo takde pilihan,belasah jelah mana2.hehe..
oo..nak beli pengukus trio ye..akak guna pengukus cap ayam bertelo je. :D
Nanti bila dah guna tri tu share la hasilnya ek..x kisah la buat kek ke apa..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@ogyep yummy mellow
w'kumsalam..
tu terpulang je kak..nak goyang inul pun boleh..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Norzie hany
wkumsalam..
ni kek lapis versi malas je ni sis..buat lapis besa2..sebab satu perisa je pun.hee...
Ala,x susah pun..kalau pernah buat kuih lapis mesti xde masalah nak buat kek lapis

HaSue said... [Reply to comment]

@sury_masury
Yalah mun ikot ati maok jak ngkah sigek kaler..hiii.. yg penting rasa tetap sama,kann.. ;)

HaSue said... [Reply to comment]

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
Hi LOVE..good to c u.. ^_^
Sihat,anak2 pun sihat..thanks!

Boleh2..Nak tengok gak camne love menari ddangdut.hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Yana Shaiful
hahaha..lawak la yana nih..jgn pakai baju nmpk pusat terkeluar lak..kikiki.
TQ..Takpe,nanti dah keyakinan terbina kesabaran tu dtg sendiri..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Ain Fajar
Buat ler ye ain..boleh rasa keunikannya.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Nuwairani Ismail
Takpe,cuma tambah koleksi jer lagi..heheh..nanti nak buat tinggal pilih jek. ^_^

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
Yup,lebih kurang begitulah..hehe.
Kalau masa raya rasanya 2 potong paling byk kot tun..sebab banyak kek lain lg nk rasa.haha

HaSue said... [Reply to comment]

@Chah
Tak paham pun buat2 paham jelah kak..kak chah dah makan ubat lom?hakhak..
alala..baju raya pink n pepel karerrr ke?sungguh gegirl gituu..hii..

HaSue said... [Reply to comment]

@Liza
Aik,akak pun nk berdangdut gak?sila2..hehe
Kalau nak balance lapis dier tak boleh main agak je kak..kena guna penyukat spt gelas atau cawan yg sama saiz... :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Bicara Kak Noor
Wkumsalam kak..
Takpe dtg lewat..bak kate uncle john,better late than never.hehe..
ntah la kak..x ngetest pulak pas mkn aritu..kot2 leh jd penyanyi dangdut ke kan..haha

HaSue said... [Reply to comment]

@Shahriah Abdullah Novelis
w'kumsalam kak sha..muahhhz jugak..hehe.
haa,betul kan kann.. mmg kena potong kecik2 la kak tapi bahaya gak tu suap kecik demi kecik lama2 jd beso.hihi.. tq share pengalaman akak tu.. ^_^
laa,akak gurau je ke..baru nak hulur sebekas td..ekeke

HaSue said... [Reply to comment]

@Subhie Arun
lawak?marilah kita bergelak ketawa.hehehe... ^_^

HaSue said... [Reply to comment]

@Nieza
ehem2..mengidam berisi ke?hehee... nanti dah sampai angin tu mesti taknak berhenti melapis.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@CitarasaKu
Maaf,tertinggal lak komennya td..mesti failed gara2 tenet slow.hehe..
Bukan namanya je seksi..rasanya pun seksi gak..seksa diet dibuatnya sbb sedap.hee

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, mesti sedap kek goyang dandut ni heheh, oh tak sangka ya tanpa mengguna tepung pun boleh jadi juga kek, hebatnya.

Dapat rasa nih bau2 susu yg best tu, bila la dapat raya kat Miri ni, terliur nak mkn kek lapis yg beranika jenis tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...