Assalamualaikum..!
Yuhuuuuuu uu uuu.. i'm back!
Ada yang rindu keee?*
buat muke comel ^_^
Lama yo tak ngupdate..padahal selalu jer bertenggek depan skrin.. cuma bukan skrin laptop jek. Skrin kecik gitu..hee.. Ini lappy baru keluar dari beg semalam daa.. punya laa bertapa lama semenjak balik dari kampung kan.
Baiklah,untuk sesi memanaskan jari jemari dan mencairkan lemak yang banyak gamaknya kat jejariku yang tak berapa nak runcing nih..kite entrikan la apa2 je ye..
Sepanjang cuti sekolah tu kitorang duk seminggu kat kampung. Peristiwa pahit yang menimpa anak seorang rakan pun memang menyedihkan. Itulah ujian Allah untuknya,harap dia tetap tabah dan redha.. bagi wakil arwah,
Terima kasih diucapkan buat rakan FB yang turut menyedekahkan Al-fatihah untuk arwah walaupun tidak mengenalinya..
Masa cuti tu juga perancangan nak menghadiri perkahwinan sepupu suami tapi tak kesampaian sebab kesihatan anak sangat membimbangkan masa tu.. bimbang sebagai ibu bapa ni kadang2 memang kena berlebihan,tambahan lagi zaman sekarang ni macam2 penyakit ada kan..jadi sedia payung dan baju hujan sebelum hujan la gitu.
Tapi alhamdulillah, dah balik ke rumah ni satu malam je aku tak tidur lena seperti 2 malam sebelumnya di kampung. Bila ada anak sakit ni rasanya tu macam perkara biasa dah kan..anak dah kembali sihat tu pun syukur sangat dah.
Terima kasih buat suami yang sedia membantu dalam masa begitu padahal biasanya cuti2 tu dia pasti ada rancangan tersendiri seperti memancing ke..hee
Dalam ada peristiwa sedih sepanjang cuti tu,ada juga perkara best seperti berpeluang berkumpul bersama adik beradik..best dan meriah walaupun tak semua dapat balik kan.
Ni kakak aku nyer souvenier, my peberet ceklat.. macadamia cadbury nih. sedap! Boleh dikatakan tiap kali balik kampung dia belikan aku ceklat nih..haihh,camne laa nak kurus kan*
nak salahkan orang lak..hakhak..Sebenarnya dia belikan 2 tauuu,satu macadamia ni dan satu lagi yang almond..tapi aku amik gambar ceklat satu ni je..yang satu lagi anak2 dah berebut tumpang sekaki. Jadi takde la gambonya wat masa ni...
Saja aku kongsi kat sini,wat kenangan di hari muka...dan tanda
terima kasih buat kakakku itu.. tenkiu sis..lebiuuu..muahhh! hee...
Oh ye,harap kakakku yang sorang ni jugak tabah atas kehilangan henpon beliau 2 sekaligus.. semoga orang yang menemui hp tu akan lembut hati dan pulangkan kepada tuan empunya nya..huhu...
Macadamia ni kalau makan dengan coklat je best*
ni adik aku cakap,dan aku setuju dengan pendapat beliau. Kalau makan kacang semata dia tak berapa nak best! Tak macam almond atau hazel.
Dan,satu lagi.. saja nak kongsi satu lagi peristiwa yang berlaku sebelum cuti sekolah aritu. peristiwa la sangat kan!haha..
Satu petang tu sedang best layan mata padahal asalnya nak tidokan anak,last2 aku lak terlelap..my laling balik kerja bawak box. Aku duk mamai2 lagi ingatkan dia nak bagi surprise anniversary ke apa ke kan..padahal anniversary bulan 9,saja nak perasan. Tengok dengan jelas rupanya parcel.. cuba nak ingat balik sapa ada kirim parcel ek..tapi takde pulak yang memberitahu..haih dalam hati duk pikiaq ni sapaa la nak buat surprise ni ha..awat masuk loghat penang skali ni.ahaha..
Tengok2 kat kotak parcel tu tertera nama sorang rakan blogger nih..laaa, si dot dot rupanya..sengih je daku masa tu. Terus gi cuci muka dan gosok gigi*
tu pun nak bagitauLepas tu eksaited laa makcik ni nak membuka kotak tu kan..ntah apa makcik sorang tu kirim.. memang teruja cam nak masa nak bersalin jer.
Dah buka tu bau semerbak,cam bau sos ..sedap lak tu pada deria aku.
Rupanya datang dari botol yang pecah ni..
Uuu..nampak sedap je sos pencicah tu,tapi takpe. Tu takde rezeki namanya.. hehe..
Banyaakk lagi barang2 yang dikirimkan tau,keropok ikan pun ada..keropok bukan ikan pun ada..pastu macam2 lagi, ni antaranya..
Sehari ke dua hari selepas dapat parcel ni kucing kitorang kemalangan dan cedera,so sapu ubat gamat ni untuk luka ia cepat kering.. tapi sekarang kucing tu dah takde..sob sob.. dah ajal kan..hmm..
Lepas tu kan,lepas tuu.. dapat pulak yang ni,
Pati ikan bilis istimewa? Budu ke ni? -tanya kat hubby. Budu laa tu kot..hb pun 2x5,budu pun tak kenal..muehehee.. Tapi tengok gaya memang budu laa.. penah tengok kawan2 post kat blog mereka kan. weee...merasa gak nak makan budu..huh.sungguh mengkasihankan.ahahak..
Lepas tu dapat nisan ni..bukan batu nisan ye..tapi singkatan dari manisan la kot ek.. sampai sekarang lum berkurangan lagi. cam sayang nak guna pun ada. Nak buat trofi buh atas lemari pun ok ni.heheh..
Terima kasih buat blogger nih dan suami beliau sebab susah payah kirimkan barang2 ni semua ha.. semoga rezeki kalian berlipat kali ganda lagi.. kat blogger tu,cayanggg dia!! wee..
Last but not least,
terima kasih banyak buat pengunjung blog..yang sudah lama mengikuti blog ini atau yang baru terjebak tu,tak kisah laa ek.. Ketika entri ini ditulis,dah 2193 jumlah followers..boleh la,untuk blog yang selalu tenggelam timbul macam blog ni kan.. :)
Kalian mewarnai dan memeriahkan lagi blog ini..walaupun ada yang tak kenal sesama kita..ada yang kenal tapi taknak bertegur sapa,tapi kunjungan demi kunjungan serta komen tetap kuhargai.. :)
Oklah,rasanya lemak kat jari jemari ni pun dah mula mencair.. lepas ni baru kita teruskan dengan entri masak2 eh.. bukan entri masakan pun korang layan jelah.ahak.. :D