Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, June 21, 2012

Roti Sumbat Sardin.. sedap woo!

Assalamualaikum..

Satu cara nak menikmati roti burger selain dibuat burger adalah dengan buat roti tu jadi gini.. Waduhh,syok betul makan..sedap2x..!

Sori kak nor,bukan pandai2 nak tuka nama resepi..supaya sendiri senang nak bezakan kat post blog nih.hee..kalo sebut roti sumbat sardin terus terbayang resepi kak nor nih.. :D

Lama dah nak buat roti sardin ni ha..sungguh tau,aritu last nampak masa kak Norlie tayang..terus terbayang semula..
Semalam,beli roti dan sardin terus buat menu nih..sebelum tu asyik bertangguh jadi tak terbuat..
wahh2,akuk sukak nik.. cik abang n si kakak pun sukak gak.. mula2 tu buat 2 biji roti burger..makan 3 orang,kejap je lesap...buat lagi,baru snap gambo nih.hee

Terima kasih kak nor atas idea n resepi.. inti tu rasanya tak kisah laa nak adjust ikut selera masing2 ek..sendiri mau makan maa...tul tak kak nor? ^_^
Ohye,untuk melihat cara2 bergambar,sila la rujuk link ke blog kak nor di bawah ni ya..cekedaot!

ROTI SARDIN
Resipi idea asal: K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

10 bj bun burger -4 biji bun
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur - 2 ekor sardin dr tin besar n sedikit kuah(buang tulang)
1 labu bawang besar ~ didadukan - 1/2 labu bwg besar+2 ulas bawang putih(lenyek n cincang halus)
1 bj cili merah ~ dicincang -5 biji cili api
1 sudu besar jus limau nipis -Jus dari 1 biji limau kasturi dan sedikit garam
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

**Yang berwarna biru tu yang HaSue buat.. :D

Best owh wat minum petang atau sarapan pagi atau bila2 masa lapar...lain kali harus dibuat lagi.. kalau tak suka inti sardin,cubalah buat inti lain pulak.. selamat mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

15 Komen Di Sini:

Saya Disini said... [Reply to comment]

wah..sepdnye

ibh_sue said... [Reply to comment]

Aslmkum Sue.
Akk cpt2 masuk nak tgk jg roti sumbat sardin mcm mn. Kot mcm tauhu sumbat ka. . Hihihiii. . Ini rupanya ya.
Sedap tu. . :)

Ummi Anie said... [Reply to comment]

mmm....kreatif betul sifu2 ni ye...kena masuk list ni.....buat petang ni ok gak kan....

Qasey Honey said... [Reply to comment]

wah kreatifff...mnarik lak roti tu bile dpelbagaikan...nmpk sedap sgt tu

Nuwairani said... [Reply to comment]

baru je buat bun burger semalam. ada lagi balance ni. kene cari sardin la pulak.

asyifamustaffa said... [Reply to comment]

bru jer semalmanya buat roti sardin gulung.... hehe...
x smpt pun lagi nak buat n3....hehe...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to comment]

sedap.... makan berapa ketul agaknya tu???

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, bestnya roti sumbat tu, kalo akk mmg tak ada idea nak buat apa dh kalo roti beger tak habis. rumah akk jarang sangat beli roti beger ni, sbb kalo beli wajib tak habis. bagus utk menghabiskan stok roti ni . terima kasih berkongsi n memanjangkan resipi kak nor ni sue

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

sedappp..yana suka jgk roti sardin nii..bt 3 bijik kejap jer lesap hihii..

Liza said... [Reply to comment]

salam sue, akk dah lama plan nk buat tp xjd2 pun lg....bila tgk kat sini, mmg sah kena buat cepat la ni, terliur laaa....hihihii

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

kalau wt sarapan mcm ni mmg laku kat rumah akak...

mamasadiq said... [Reply to comment]

Nyaman ada eh.. Mantap.. atui ta yak.. hehehe.. :-) bah post sitok sikit sue ;-)

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Huahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh yang ni pun sedappppppppppppppppppp.... roti tu gebunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan inti sardin tu pengsan kalau dapat sebuku ni jadilah

sury_25february said... [Reply to comment]

wah...wah...sodap ni..tpi xdo stok sardin tok.mun ada kompom x sempat kei nyumbat roti..hehhehe...jadi lauk jak..lain kali spare sardin tin maok juak diat roti ktk tok!

K.Nor said... [Reply to comment]

menu wajib dibulan puasa .. best tau wat berbuka puasa dgn roti gini tau sue.. kalau pekena dgn air lada dia lg sedap dr cicah cili sos :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...