Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, February 1, 2012

Bihun Sup Ayam..

Assalamualaikum.. :)

Korang sarapan apa teww?? Mesti sedap2 belaka dan tak kurang ada yang mula berdiet hari ni kan..maklum laa,tarikh baru di awal2 bulan ni biasanya ada yang nekad nak diet..hehe..

Haa,ni menu sarapan ala2 orang insaf setelah melihat angka penimbang naik laa kiranya..dalam pada menu penuh keinsafan tu haruslah jugak nak makan sedap kan... ni sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch).. nak menyediakan tu simple sangat,lepas tu aku makan dengan sos kicap keluaran agromas tu..pedas dan enak jer rasanya..lagi2 diperah limau kasturi..yummmm!


Selalu aku kemalasan jer nak naip resepi ek..meh aku jadi rajin sikit..jom cekedaot resepi simple dimple nih..ala,resepi sama jer cam nak buat sup ayam biasa..kalo ada lebihan sup ayam buleh gak campak bihun sekali dalam tu..erkk?bihun ke mihun?ah lantak,janji paham..heee..:D

Bihun Sup Ayam
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(4-5 orang)

3 ketul peha ayam(atau mana2 bahagian pilihan)-potong saiz kecil,bersihkan dan tos
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* -bahan bertanda * tumbuk halus
1 peket sup bunjut
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar perencah tumix(pati ayam)(optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit lada sulah
Air secukupnya
-boleh tambah sayur2an kegemaran seperti lobak merah,kobis dsbgnya jika suka
-Sebungkus bihun yang sudah dicelur dgn air panas dan dibilas dengan air,toskan.

Bahan tambahan-daun sup,daun bawang,bawang goreng, cili merah, limau kasturi,sambal kicap(hasue guna sos pedas berkicap keluaran agromas)

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak,tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit garing,kacau sekali sekala.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Perlahankan api dan biar jus ayam keluar sepenuhnya dan hampir kering..
  3. Setelah hampir kering,barulah tambahkan air sehingga menenggelami isi ayam dan masukkan sup bunjut,serbuk ketumbar,perencah tumix ayam,garam dan perasa(jika suka).
  4. Masak dengan api sederhana dan tutuplah periuk. Masak lebih kurang sepuluh minit atau sehingga daging ayam empuk.
  5. Tambahlah air jika perlu.Masukkan lada sulah,kacau sebentar.Sebatikan rasa dan masak sehingga mendidih.Padamkan api.
  6. Untuk menyediakan bihun sup,sediakan satu periuk kecil dan masukkan sup dan ayam secukupnya. Panaskan dan masukkan bihun untuk satu atau berapa hidangan yang ingin disediakan. Panaskan dan biarkan sebati sebentar barulah tuangkan dalam mangkuk. Hiaskan dengan bahan2 tambahan. Sedia untuk dimakan..selamat mencuba!
Boleh tahan juga rasa sambal kicap keluaran agromas tu..ni pun 1st time guna..ermmm.sedappp!!

Oh yer,cara memasak yang ke 5 tu ikut suka memasing laa ek..tapi bagi aku memang sedap kalau bihun digaul sebentar atas api dahulu sebelum dituang dalam mangkuk...rasanya lebih sebati lagi kalau banding dijirus kuahnya aje dalam mangkuk berisi bihun siap2 seperti biasa tu..jadi,selamat mencuba sendiri yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

19 Komen Di Sini:

Aine Ainun said... [Reply to comment]

Suka ngan Bihun Sup=)

Terliur...=)

ady said... [Reply to comment]

as-salam
sedapnye pagi2 tgk Bihun Sup Ayam tu..... sungguh menyelerakan...

Nur Hafiqa Ismail said... [Reply to comment]

sedapnyer..nasib la pepg br lps mkn soto! :)
lg pedas,panas..UMMMPH!

KakAsma said... [Reply to comment]

cuti cny tu akak buat gak sup gini..mmg sedap hirup kuah kan..berpeluh2 ...

tun_telani said... [Reply to comment]

diet???? mende tuh?? Ooo.. kalau pekene 2mangkuk bihun sup ni kira diet seimbang dh tu rasanya.. ahaks.
sedap ek kicap agromas tu.. nnti nk gi cari jugak lah.

chikadakbiru said... [Reply to comment]

kak sue..sib baik la pagi td i breakfast dgn bihun sup ayam..so kurang la terliuq....cer tayang sikit kicap pedas agromas nih...mcm besh jer..tak payah dh nak buat cili kicap

anymz said... [Reply to comment]

diet??huh!! malas dah nak berdiet..penat2 diet pun dumok jugak..alang2 menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal lengan..makan selagi boleh..dah tak boleh makan baru dok dendiam..hehe
meh sup mihun ni dua mangkuk..:)

Chah said... [Reply to comment]

ni makanan ruji ai gak ni...so bila namanye ruji, rugi lerr barang sesiapa yang masih bernyawa itu nak ngengada diet ke benda tuh...hikhik...

Kerull said... [Reply to comment]

salam sue..hu hu syoknya kalau dapat hirup panas-panas dan makan ngan kuh cili kicap yg pedas tu..mantapppp...

Mrs Lee said... [Reply to comment]

Bestnyaaa....sgt2 menambahkn irama kt perut :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... [Reply to comment]

salam Sue...arini k.atie pon masak meehoon gak tp goreng jer :D

AbbotCottage said... [Reply to comment]

Aiyakkkk, guna chopstick woooo..taper taper, wa tatau guna.

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Salam Ha Sue...mmmm sedapnyer.. kalau diet kelautlah bab bertambah2 makan he he he menyelerakan Sue..

Qasey Honey said... [Reply to comment]

asslm...nmpk sedap bihun sup akak...sya pon bru lpas buat cuma xbuh kt blog je lg...nyummm2

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, akk ni lebih dari insaf dah bila tgk jarum penimbang huwaaa, sesekali mcm tak caya je heheh.

Tapi bla tgk behoon sup sue ni, keinsafan tu hilang tah kemana, terliur nmpk, tapi rasa mcm pedas sangat bila tgk cecili yg merah tu,

Kasi akk semangkuk cili kurang ya

salammie said... [Reply to comment]

salam kak, saya ni memang hantu bihun sup....so saya nk mintak izin kak HaSue nak salin resepi and nak mintak tunang saya tolong buatkan nanti....

kalau akak izinkan saya akan copi la ye...


ok terima kasih..

tengok kat gambar tu..."kecor ayer liur"..hehehe

Rohah said... [Reply to comment]

Salam...Kalau dah nama 'pebret', x kira di mana bihun ni berada mmg tetap menjadi igauan..terasa kesegarannye..

Anonymous said... [Reply to comment]

info yg membantu... mekacih... ^_^

radz kaber said... [Reply to comment]

sedap nya Nampak mee hoon sup nie... saya nak cuba!

www.mnmforlife.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...