Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 3, 2012

Mari Membuat Pai Tee.. !

Assalamualaikum..!
Tajuk kemain teruja lagi..
Memang!Memang eksaited betul aku nak mencuba sendiri membuat pai tee nih..
Berapa bulan dah aku peram acuan nih ha semenjak dihadiahkan oleh seorang rakan blogger yang cantik manis lagi baik hati :-bukan sekadar pujian semata ni,sungguh!
Semoga makin murah rezeki beliau sekeluarga...aminn..
Tapi dalam teruja tu,bertangguh juga nak buat kan..biasa la,alasan standard..bizi..heh :D

Sebenarnya kan,aku kenal pai tee nih kat tenet gak..masa zaman suka menyemak kat myr dulu..rupanya kat CRS(chicken rice shop) ada dijual ek.. aku tak pernah makan lagi masa tu sebab kat sini memang takde restoran CRS..kasihan kan.
2 tahun lepas masa pergi Kuching, sempat la jugak kitorang menyinggah kat CRS tu..singgah sekali nak merasa nasi ayamnya laa kan.. tapi SCR masih terbaik di tekak kami..sila jangan konfius tengok singkatan tu yer..SCR singkatan untuk Singapore Chicken Rice..nasi ayam femes di Sarawak ni. Bukan nak promosi ye,tapi selera masing2 tak sama kan.. :D


Dah ngoder pai tee ni kat restoran tu,nak merasa laa camne yang dikatakan sedap tu..terus terang lagi skali...aku tak dapat menghayati sesungguhnya..sebab masa makan tu pun nak cepat jer.. jadi penghayatan tu tak cukup mendalam tau. Memang sekadar merasa ajelah time tu..hee

Bila seseorang tu menghadiahkan acuan pai tee nih,sangat seronok lak perasaan tu..ala,cam budak2 dapat mainan kan..sebab sebelum ni pernah gak cari kat kedai yang banyak jual mould atau acuan2 kuih tradisional,tapi tak jumpa pun.
Dulu masa ramai blogger masakan dah membuatnya aku cuma mampu memandang dari jauh jer..*diiringi muzik sendu..

Eh!Sebenarnya keterujaan aku lebih kepada nak membuat dari nak memakan.. :D
Percaya atau tidak, pai tee pertama yang aku hasilkan elok jer terus menjadi.. tapi yang ke 2 dan beberapa biji lepas tu banyak yang tak cukup bulan..cacat aje kejadiannya..haha.. cuma lepas tu baru semua elok.. adunan guna resepi ni pun tak banyak sangat..kira habis juga laa satu adunan aku buat..makin lama tu makin best lak sebab menjadi belaka..walaupun tak comel,tapi menjadi.. mungkin sebab suhu minyak dah serasi dengan acuan kot.hee

Sapa2 yang biasa buat kuih ros atau kuih goyang,rasanya takde masalah nak buat kulit pai tee nih,basic membuatnya sama jek..acuan dan adunan jer beza.

Sebelum korang tanya rupa acuannya,meh aku tayang dulu..kat atas ni laa acuannya..
Dan sebelum korang tanya lagi,mana nak beli..aku cadangkan korang cari kat kedai2 menjual acuan kuih muih.. aku punya nih dihadiahkan seseorang ye..(kot2 korang tak baca kat atas tadi kan).
Jangan lak dicari kat kedai menjual baja sayur ke..atau kat pasar ikan ye..kat sana sah2 takde..tapi kalau nak cuba nasib gak,lantak korang la..hahak

Baiklah,memandangkan masa buat tu aku rajin amik gambar..jadi aku kongsikan di sini lebih kurang cara2 membuat pai tee nih ye..merujuk juga resepi di bawah ya. Gambar2 ni untuk memudahkan korang untuk lebih faham lagi..
Diharap ia memudahkan kita semua dan perkongsian ini sekiranya bermanfaat,semoga orang yang menghadiahkan acuan dan berkongsi resepi ni pun mendapat berkat..insyaAllah ^_^

Resepi penuhnya akan disertakan nanti..jangan khuatir..

Ok..kita teruskan lagi yer..
Mula2,kena la panaskan minyak guna api sederhana.. rendam sekali acuan tu dalam minyak sementara kita buat adunannya..
Adunan dah siap,acuan pun dah dipanaskan sekali tadi kan..Angkat acuan dan letak kejap atas tisu dapur untuk pastikan tiada lebihan minyak. Bukan apa,kalo ada lebihan minyak adunan tak boleh nak melekat kan.. satu lagi api tak boleh kecik sangat tau..!
Ok,sambung balik..Celupkan acuan dalam adunan tepung (batter)seperti gambar di bawah..

Celup tu jangan sampai melebihi paras acuan ye..jangan rendam habis2an lak. Pastu angkat pelan2..(kalau nak kulit pai tee korang tebal,leh celup lagi sekali ye.)..pastu kan,pastikan semua bersalut adunan tepung ye,kalo tidak nanti kulit pai tee akan berlubang lak..
Lepas tu....cheessss..*soundtrack bunyi mendesis dalam kuali

Masukkan laa dalam minyak yang dah dipanaskan guna api sederhana tu.. jangan tergesa2 nak cabut ye..kalau segera nak cabut nanti acuan tu tak terbentuk elok..biar masak dah sket,baru cabut pelan2..atau kadang2 kulit tu akan tertanggal sendiri.. seperti gambar di bawah..

Nampak tak?nampak tak? Kalau tak nampak sila tambah power spek masing2..hehe.. kulit pai tee tu tertanggal elok je bila dah masak kat bawah tu kan. Kadang2 ada gak yang masih melekat sikit2 tu,pandai2 laa guna lidi ke,penyepit makanan ke untuk tanggalkan.. maklum la,kita amatur lagi kan..heh heh..

Yang macam ni pun ada,membentuk kelopak bunga tak lama selepas di goreng..yang ni sah2 mudah tertanggal tau.. kena pastikan masak sket dulu sebelum tanggalkan dari acuan.. ada sekali tu aku terus cabut ajer,terus laa penyek kan..terpaksa bentukkan balik lak.hehe..
Ada jugak yang masa ngah celup tu,angkat jer acuan dari adunan tepung.. terus tertanggal kat situ jugak,tak sempat nak goreng..hahaha...sengih sorang2 aku kat dapo..

Oklah,kat sini aku kongsikan resepi dari waterlily nih..orang tengah yang membantu aku menemui resepi ni adalah Kak Nor dari website secubitgaramnor67.com.
Kak nor yang cadangkan guna resepi ni..
Terima kasih buat keduanya.. kak nor sendiri dah mencuba resepi waterlily nih..sila tengok SINI untuk melihat hasil kerja tangan kak nor.
Resepi di bawah aku dah edit sedikit untuk lebih mudah difahami demi rujukan akan datang.


CRUNCHY PAI TEE
Resepi:Waterlily@waterlily in da kitchen
Sumber:Kak Nor@secubitgaramnor67.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan - Bahan :
  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 200ml air.
  • sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan Untuk Inti :
  • Carrot - dihiris nipis atau diracik
  • Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
  • Timun - di buang empulur, dihiris atau diracik.
  • Bawang besar - di hiris dadu kecil.
  • Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Udang kering - direndam dan ditumbuk
  • Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
  • Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
  • Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:

1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.

Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).

Selamat mencuba!!!

TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

NOTA TAMBAHAN:
  1. Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
  2. Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Ni bajet antara kulit pai tee paling comel dah ni..heee..sedap di ngap cicah sos thai.
lain kali nak cuba buat lagi. Budak2 syok makan kulit ajer banding diletak inti..sabo jelah..

Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

56 Komen Di Sini:

asyifamustaffa said... [Reply to comment]

Salam Kak,
sy x de acuan tu...tambahan lgi sy malas !!
senang citer nak cikit bole...? ngeh3...
rajin akak nie...~ ayat bodek....:)

Qasey Honey said... [Reply to comment]

asslm Kak Hasue...Qh suka mkn pai tee...tp xpenah lg buat sdri..biase mkn kt chicken rice shop tu aje...dh masukkn dlm list dh resepi ni laju2...

Mas said... [Reply to comment]

sue..
cantikk kejadian pai tee ko tu...
aku tak pernah lagi buat sendiri..
selalu beli jerk..

K.Nor said... [Reply to comment]

mana utk org tengah sepiring? ngelat eh :)

Norzie hany said... [Reply to comment]

Salam Hasue.
Saya pernah makan pai tee ni,mmg sedap.Nak buat sendiri tak ada acuan.Bila dah ada acuan nanti bolehlah saya cuba resepi ni ye.

Chik Mimi said... [Reply to comment]

sue order kulita aci hheheeh masalnya nak buat kulitnya tu

tun_telani said... [Reply to comment]

kak sue.. tun 1st time makan pai tee ni kat CRS la.. terus jatuh cinta. mmg sedap! tp nk buat sendiri tuu..... adeh.. kene makan vitamin R byk2. nnti kalau jumpa acuan dia blh stat kumpul vitamin R nih. hihi

Unknown said... [Reply to comment]

salam Sue, hahaha paitee lagi kalau akak buat tatau lah jadi ke tak lagipun takde acuan,baru tau acuan nya macam tu kena cari jugak ni tak boleh jadi tengok sedap je tu

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

amboi.. amboi,,, rajinnya ber pai tee... bila pulak nak panggil party pai tee... teringin bebenor nak makan.. dah lama x gi CRS... nak buat sendiri, anak2 kurenggg gitu...

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

Salam Kak Sue..Yana slalu mkn pai tee kat CRS jer..dh lama mencari acuannya tp belum dijumpai di daerah penang nii..dpt bt sndiri br puas hati ^_^

izahdaut said... [Reply to comment]

aku tak pernaah makan pun sue. lagi kesian kan.. aku raasa pun aku cam suke jek kulit tu. nampak raangupp jek..

Chah said... [Reply to comment]

Aku ni selalu ketinggalan jaman..org dh ber k pop aku jugekkk yg masih beronggeng dondang sayang...besalah aku ni x de sapa Yg baikhati itew nk hadiahkan acuan tu... X merasalah nk mkn pai tee hasil buatan senirik...kena gi ngadu kt ustaz ridhuan tee le kalu gini...;p * nangis ni dlm ujan...

Amie said... [Reply to comment]

Seronoknya tengok step by step buat pai tee... gitu rupanya, memang rasa teruja nak cuba tapi kena cari acuannya dululah ye... hasilnya pun menarik!

zila norazila said... [Reply to comment]

salam sue..
acuan nie kerap kali jumpa kt kedai hrdwre..mmg x tau sblm nieutk apa acuan tue..h ehehee..hari nie baru ler tau..pai tee upanya..selalu mkn ..tp acuan x kenal..melampauuu tul kan..:)

Unknown said... [Reply to comment]

bila tgk blohg kak sue,msti lapar je perut..hjehhe

IdA *SetulusKASIHummi* said... [Reply to comment]

Ini ker gaya kue nyer...ada lah ternampak acuan nie kat kedaii..tp x tau ler utk wat apa...baru ler hari nie ku tauu..comel nyer k hasue...mintak cikitt..

kha said... [Reply to comment]

cantekknya kejadian,mmg sumpah teruja nk buatnya..TP,memikirkan acuan xde..lupakan saje niat itu..uhuhu..*nk cari mana lah acuan tu..uhuhu..kat kedai cop kain batik ada agknye ;)

rahel said... [Reply to comment]

Rajin jugak ko buat pai tee ye Hasue..ni slalu makan di chicken rice shop..sedap..dan rangup..

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum Sue..


Sue, dulu sblm ada blog, akak pernah buat pai tee ni. Naik lenguh kaki berdiri lama depan kuali dan panas lak tu. Maklumlah, satu sarang tu bukan banyak sangat guna adunan nya.. Sabor jerla.. Tapi mmg best pai tee ni. Kegemaran akak dan anak2.. tang nak buat sarangnya tu yg malas.. akak order dari sue jelah boleh? Nak 100 ketul yer..hihihiiii

Nuwairani said... [Reply to comment]

uwwwaaa! sedapnya pai tee! dah lama tak pegi CRS. kalau gi sana, rasa tak puas makan ni

Ain Fajar said... [Reply to comment]

oooooo br la ain tau ape kegunaan acuan tu..selama ni tengok byk jual kat kedai bakery tapi xtau la tok buat ape..lps ni leh la beli n try resepi k.hasue

Unknown said... [Reply to comment]

memang sedap...saya memula buat dulu pun guna resepi yg sama ni juga.lama dah tak buat pai tee ni.lupa dah acuan tu sorok kat mana..hehe

Rohah said... [Reply to comment]

tu diaaa..pie tie..list sy nk buat pie tie ni dah berjanggut,,hehetengok pie tie org lain dululah yee..

HaSue said... [Reply to comment]

@Asyifa Mustaffa
W'kumsalam..
Sng citer,akk nyer pai T dh abis..nk bg pun xde dh.heee :-p

HaSue said... [Reply to comment]

@Qasey Honey
W'kumslm QH,dh buh dlm list laju2 tu kena buat laju2 gak..pastu anta guna poslaju ke akak yer(pulak)

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
Mekasih mas..tp dah abis laa mas.ko gi beli acuan sana..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@K.Nor
Err..kak nor dah mkn?heeeee... :-D

HaSue said... [Reply to comment]

@Norzie hany
W'kumslm..a'ah,nanti dh ade acuan boleh la cube sndiri yer.. :-)

HaSue said... [Reply to comment]

@Chik Mimi
Akk kn rajin..dah2,jgn mls2..gi mengepai t sana!hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
Mkn vit R tu overdose takpe tun,nnti leh buatkn akk skali..buleh kn tun....

HaSue said... [Reply to comment]

@Bicara Kak Noor
W'kmslm kak..eh mesti jadik punyaa. X cube x tau kn kak..ntah2 leh buka gerai pai t..haa

HaSue said... [Reply to comment]

@ogyep yummy mellow
Ank2 sy mkn kulitnya tu jd snek lak kak..agknya kalo buh inti lain boleh laa kot.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Yana Shaiful
Wkumslm..haa area penang ek?cuba tanya kak mimi yg komen kat ats tuuu(muncung mulut ni ha) kot2 dia tahu area ade jual atau dia sndiri ade supply..cer tanya..cer tanya!

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
Yelaa..yelaa..aku bg ko seketul yer jah..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Chah
Rilek kak,rilekss..sy pun sama kak..org dah guna hp touch skrin,sy baru nk cari nokia 3310.rasa nk meratap tangis kat ustaz don jer rasa.. Eh?

HaSue said... [Reply to comment]

@Amie
Cube kak amie acuan tu kat sana,kalo jumpa sila canang kat blog.sng org area bdktn nk carik..kot2 la ada yg nk cari kn.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@zila 4ever
Wkumslm...haaaa!lps ni borong ler..leh jual online..kikiki..jual acuan pai t online uuuu..kellasss

HaSue said... [Reply to comment]

@CikNana
Sibbaik perut lapo,kalo kepala yg lapo pelik jugak tu..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@IdA *SetulusKASIHummi*
Dah tau gune acuan kn?sila wat sndirik yer.akk bukan xnk bg,kedekut pun bukan,tp dah abis la..heee..boleh terima x?:-)

HaSue said... [Reply to comment]

@kha
Ahaa,bagus cdgn tu..ada kot.cube cari..kalo xde gak cube tanya kat kedai org jual tyr keta.kompom kena pelangkung.hakhak..

HaSue said... [Reply to comment]

@rahel
Tggu ko buatkn lama lg kot rahel..tpaksa la ku gigih buat sndiri.best ba bikin tu..coba ko buat sndiri,mesti lg cantiq

HaSue said... [Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
Waalaikumussalam..
Yeke kak..sy x terasa lak lenguh ms buat tu..over excited gamaknya.hehee..
Nk order boleh kak,seketul sarang tu sy jual 200 posen..ok x?

HaSue said... [Reply to comment]

@Nuwairani Ismail
Syhhh,syhh..dendiam yer..nani jgn nanges yer..ni akk bg seketul.inti buat sndiri..heh :-D

HaSue said... [Reply to comment]

@a'in fajar
Aaa...ni lg sorng leh buka kedai online jual acuan pai T.hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@Nieza
Hah..ntah2 cik T dah buat jd toys kot.hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Rohah
Kena beli shaver dulu laa kot..hehe

Unknown said... [Reply to comment]

Salam kak Ha...pasal apa shell pie tee saya keras ....dia jadi ranggup macam yg dijual kat chicken rice shop. Tolong saya.

Unknown said... [Reply to comment]

Sorry... tak jadi ranggup. Sakit gigi makan.

Unknown said... [Reply to comment]

Salam kak Ha...pasal apa shell pie tee saya keras ....dia jadi ranggup macam yg dijual kat chicken rice shop. Tolong saya.

mylife said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
mylife said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
mylife said... [Reply to comment]

Sorry acuan pai tee sahaja

mylife said... [Reply to comment]

Kalau berminat nak beli pai tee pm saya 0176944480

Unknown said... [Reply to comment]

Mcm mana nk buat kulit pai tee dari kulit popia

Ayu said... [Reply to comment]

Tak pernah makan pie tee ni...insyaAllah acuan ibu dah beli nanti nak try buat...nak tahu rasa macam mana...tk atas perkongsian ilmu ini...

Nnati kalau senang jom melawat blog saya ye..hihi

mamafreshpicks.wordpress.com

Mey said... [Reply to comment]

Sgt2 menarik.ok inshaa Allah kite cube.. biase mkn tmpt pemes tu jek.. tq 4 sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...