Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, May 29, 2012

Kuih Cakoi.. sedap dicicah

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari di kampung halaman. Macam biasa,tak sempat berlama2 depan lappy bila bersama keluarga,tapi best nak blogwalking sebab tenet laju aje..nak bukak blog kawan2 pun tak perlu tunggu lama2..baca entri dan tengok gambar puas2. Kalau tenet lemau tu kadang2 gambar kuar separuh aje..sungguh kasihan.

Pagi ni cadangnya nak pergi melawat ke kedai bahan2 bakery..buat lawatan sambil membayar..huhuu..
Sebelum tu nak kongsi satu resepi ni dulu. Dah buat minggu lepas.. jangan nak mintak ye.. Baki yis buat donut labu tu aku campak dalam bekas buat cakoi nih..

Cuma aku derhaka la sikit kan untuk memenuhi selera tekak masa kini..yang teringin nak rasa cakoi yang bau cakoi biasa ditelan..
Aku tambah bawang putih dan bawang merah serta minyak dalam adunan.
Cara menguli pula aku ikut cara menguli donut aku biasa buat tu..

Terima kasih kat mamaFami yang empunya resepi asal dan telah dikongsikan oleh kak Azura Rahman dan Izahdaut..yer,begitulah nama komersial mereka di arena blogging ini..jika anda belum mengenali mereka ini,silalah berkunjung ke blog mereka melalui link yang disertakan bersama nama mereka di bawah ni yer..tapi rasanya nama2 itu dah memang dikenali di arena blog masakan.. ^_^
Minta izin yer nak kongsikan resepi ni di sini pula..tqvm.

KUIH CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak-hasue tambah
1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih-parut halus-hasue tmbh

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Nota:cara HaSue-sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah diparut halus.
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan..

Tak sempat nak buat sos manis,sempat cicah dengan susu manis jer..hehe..untuk resepi sos manis yang best nak makan dengan cakoi ni boleh rujuk blog Izah di SINI.. selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

cahayahidupku.blogspot.my said... [Reply to comment]

Berselera lah pulak tengok pagi2 kuih
cakoi ni... dah lah belum sarapan..

Minta akak sepotong Ha Sue.. ^__^

Akak mohon share resipi ye..

Norzie hany said... [Reply to comment]

As salam Sue.
Cakoi ni mmg feveret sis,pantang jumpa kat pasar malam mesti nak beli.Kalau rajin nanti nak cuba la resepi ni.Tq sudi berkongsi resepi ye.

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Salam dear Hsue.. wahhh bestnya.. terbau2 wangi harum enak cakoi tu... selalunya kalau teringin nak makan kena tunggu ada pasar malam... tapi kat sini ada..:))

Mudah aje yaa.. Insyallah nanti bila ada majlis berkumpul dengan keluarga ingat nak cuba jugaklah... masuk dalam list... masuk list.. masuk list.. buat tak juga.. hehehe

macehhh yaaa.. muahzzz

asyifamustaffa said... [Reply to comment]

Salam kak...
anak sy suka sngt kuih nie....nak ambik resepi lah eh...
nnti nak try buat...cmne la rupanya....

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Salam Ha Sue.. nak kirim.. t tolong belikan Tepung roti n yis yer.. habis stok lah ha ha ha blh cam tu.. wah cakoi.. sedap tu.. nampak garing rangup tapi dalam lembut n gebu.. nak 2 batang sedap tu..

Unknown said... [Reply to comment]

salam Sue, akak pun nak jugak resepi ni nampak sedap dan ranggup tu wangi lah sampai ke Brunei ni Sue heeee

Chah said... [Reply to comment]

alaaa Sue...nape tk buat kuah ijo tuuu!!! suh plak aku gi nyelinap dapo mek jahh anjelina ...ehh mana itu mek arr? suda windu2 gilerrzz sama dia ni...elok lawa cakoi ko tu Sue...bak 3 singgit...jgn nk kedekut ngan aku...ketulahan nanti...krrrrkrrrr

Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply to comment]

Salam Hasue :)

kalau mama cakoi nie sedap dicicah ngan air kopi ... nyaman :P

tapi yg nie ada ltk bawang kan? so sedap lah cicah ngan sos manis hehehe :P

tun_telani said... [Reply to comment]

cakoi letak bawang? versi sarawak ke?? kene gi cari pasar malam ni, kot2 la jumpa. biasa resepi cakoi letak alum. tun x penah buat pun..

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Salaam Hasue...
Terima kasih kerana sudi mencuba. Kalau tengok gambar cakoi mama dengan gambar cakoi Hasue, beza you!!! Masa mama buat cakoi tu, masa zaman batu.. jadi gambar pun macam batu je... Hahaha... Terima kasih kerana menyajikan gambar cakoi yang sedap mata memandang dan tawar tekak menelan air liur.. hihihi....

CA said... [Reply to comment]

Salam Hasue..

Wahh cam cakoi yg org nega je..konherm kalo nega lagu banget ni..err chah nak beli singgit..akak nak beli 3 hinggit aa sbb anak akak wamei..borre?

thanks for sharing..muahhh!

Subhie Arun said... [Reply to comment]

cakoi..lama tak makan...favourite pulak tu dulu...nak i try buat..thx for sharin!

Unknown said... [Reply to comment]

percubaan pertama buat ikut resepi n cara hasue mmg x mengecewakan wlaupun rupanya x ensem..hehehe. Thanks hasue utk resepi ni...

Unknown said... [Reply to comment]

percubaan pertama buat ikut resepi n cara hasue mmg x mengecewakan wlaupun rupanya x ensem..hehehe. Thanks hasue utk resepi ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...