Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, May 21, 2012

Nasi Goreng Kampung Satuuu!!!

Assalamualaikum..

Bertemu di minggu baru.. ada yang lemau2 lagi ke hari ni? Yang ada blog tu sila2 laa update blog masing2 yer..ada juga nak ditatap anak cucu kemudian hari.. aku yang tenet tak berapa laju ni pun terupdate,takkan la korang tenet laju berdesup tak ngupdate2 kann..hee...tapi paham gak tu,kadang2 tenet laju tapi kekangan masa membuat kita tak sempat berlama2 di depan skrin kan.. tambahan lak di dunia blogging ni bukan nak buat entri aje...tengok blog kawan update,nak jugak gi jengah..hehe...

Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah..mesti ramai hati dah berbunga2 nak balik kampung atau cuti2 dengan keluarga tu ha..
Cerita pasal kampung meh laa layan menu kampung lak pagi nih..
Rasanya ramaiii dan rata2 kita tau goreng nasi kan.
Nasi goreng antara menu yang mudah disediakan dan mudah mengenyangkan.

Nih nasi goreng yang simple dan mudah disediakan. Tapi sedappp.. untuk anak2 aku kurangkan cilinya..nanti kalo merasa pedas,boleh fobia budak2 tu nengok nasik.hehee..

Nasi Goreng Kampung
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
3 cawan nasi
2 ulas bawang*
1 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili api-letak lebih jika suka pedas2.*
1 sudu mkn ikan bilis-siang* -bahan2 bertanda * ditumbuk hampir lumat
Garam secukupnya
1 cawan kangkung
1-2 biji telur-pukul sedikit
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah-hiris
Minyak masak secukupnya untuk menumis(lebih kurang 2 sudu besar)

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak secukupya dan goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan,angkat dan ketepikan, goreng pula ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Kemudian goreng telur hancur,angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan secukupnya minyak,tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan nasi dan kacau goreng sehingga nasi tidak melekat langsung antara satu sama lain dan benar2 sebati. Tambahkan garam (tabur atas nasi agar mudah sebati) dan kacau goreng lagi.
  4. Akhir sekali masukkan kangkung dan bahan2 yang sudah digoreng tadi. sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati..
Aku suka jika bawang goreng tu yang dah lembik untuk makan nasi goreng ni..hee..ia lebih berkaramel dan sesuai untuk dimakan bersama nasi goreng pada tekak aku ler. Kalau nak yang lembut kena la goreng lebih awal kan.. :)

Dah,jemput laaa jamu mata yer. Air ada bawak sendirik kannn..hee
Eh..Korang pernah makan cili api jenis cili jarum tu tak? Atau dalam bahasa sarawak cabik jaghum?pedasss oohh.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

CT Delima said... [Reply to comment]

As'salam Hasue

Amboiii mengoda betul dengan nasi goreng kampong tu haaa...kalau makan kena sedia tisu kat sebelah sbb pedas...hehehe memang tak tahan pedas k.ct ni dik non. kalau rasa2nya nak tengok hakak menangis buh ler cili banyak2 hehehe.

kalau citer bab balik kampung ni kena tanya En driver lah kalau cuti dilepaskan dapatlah bersuka ria kat kamping Sue hehehe

tr kasih daun keladi memeriahkan blog k.ct tu ya, suka baca coretan pagi dari Sue..segar bugar jap biji mata yang semakin layuuuu ni haa hehehe

Gee® said... [Reply to comment]

nasi goreng kampung satu...!! hantar ke Kuantan yer...

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedapnya nasi goreng kampung tu meriah je akk tgk, lagi sedap dari kedai nih.

Cerita blk kampung mmg best la, akk pun blk kampung gak ni, mood update blog mmg lemau, bukan apa bila akk msk resipi sendiri atau resipi campak2 dah susah nak meng n3 heeheh

Ribbon and Circus said... [Reply to comment]

nampak sedap sgt5 nasi goreng tu.. dah berkurun x makan.. sah2 tgh hari ni goreng nasik je hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to comment]

sukalah nasi goreng kampung, lama tak makan...

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Salam Ha Sue.. nyum2 sedap tu lelagi tgk Ikan bilis yang digoreng ranggup tu tergolek2 tu.. sedap sue.. lapo ni tak bekpes ni nak lepak bekpes sinilah he he he

mama irfan said... [Reply to comment]

terliur tengok..huhu

Unknown said... [Reply to comment]

salam Sue,sangat menggoda dan akak dah tegoda dengan ikan bilis tu nak dua tiga lah kalau macam ni hehe

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Nasi grng kg mmg feberet sy n hb,selalu juga msk sendri n beli sedapnyer nmpk nasi grng akak..NIH NAK ORDER 2PINGGAN KAK,LEH X,XCUKUP 1 KAK,HEHE..

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

Salam Hsue wangi wangi.. hehehehhe.. datang dah lewat malam.. ada lagi tak nasi goreng satu!! tu??? kecur dh ni.. teringin pulak nak makan nasi goreng memalam ni hadoii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...