Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, August 22, 2010

Labu Kuning Tumis Udang

Labu kuning bukan jer sedap dibuat pengat,tapi sedap dimasak air tapi bagi kitorang la..paling sedap dimasak tumis gini..
Lagi2 bila ditumis dengan udang basah gini..gabungan udang ngan labu kuning memang menyelerakan.. kitorg mmg suka kalo dimasak smpai benar2 lembut..tapi taklah sampai hancur lebur ya..kalo masih keras2 tu tak suka ler...

Bahan2:
  • Labu kuning di potong dadu
  • udang basah tanpa kulit
  • cili merah*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • Serai(diketuk)
  • Garam dan ajinomoto/gula
  • Air secukupnya
Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi,masukkan udang dan terus sahaja masukkan labu kuning.
  2. Kacau rata dan perlahankan api. Biar bahan2 meresap dan labu sedikit layu barulah masukkan air,garam dan serbuk perasa/gula.
  3. Masak sehingga labu benar2 empuk.

Hampir semua sayur2an tempatan sedap jika ditumis ngan udang basah...yg kat bawah ni pulak lebih biasa kita jumpa,kacang panjang ditumis bersama udang...memang sedap!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

1st time la masak cam ni...tak pernah jumpa..jakun skit neh..heee..biasa buat masak lemak je..boleh try nih

mrnoble said... [Reply to comment]

alamak! time2 nak buka ni bleh lak ternmpak makanan dlm blog

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam kak Hasue,
Akak prengnat ek??? kite baru tau ni... tahniah2.. harap2 akak dan baby sihat2 selalu ek.... sangat terlur tengok sotong masak pedas kat bawah tu... :)

Ijan

HaSue said... [Reply to comment]

izah: kalo kat umah ni lagi laku masak gini..budak2 pun suka. hehe...nanti ada masa leh la cuba.. :)

Mr Noble:tengok makanan x batal puasa kan..hehe

Ijan:tq ijan..hehe..sotong tu mmg akak selera jek makan aritu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...