Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, August 23, 2010

Apam Balik

Dah lama sebenarnya tak buat apam balik nie..aku prefer beli sebab virus M bertimbun2..lagi satu tmpat kitorang biasa beli tu kan satu tempat tu je..kalo kat tempat lain x best laa..eheh..

Apa2pun kalo dah teringin sangat nak makan,kena laa buat juga kan.. lagi2 kalo anak2 dah request/order makanan macam kat kedai jek.. nak apam balik lah,nak roti canai lah..nak itu lah..nak inilah..tu belum lagi campur request hubby dan diri sendiri lagi..hihi.. tapi apa2pun sebolehnya memang nak puaskan hati org2 tersayang kan..ibadah juga tu.. tapi buat semampunya ler..jangan paksa diri :)

Rasanya dah ramai yg mencuba sendiri resepi dari ms oreo @myR nih kan...rata2 buat memang menjadi..bagi mereka yg belum mencuba,sila2 laa yer..

To ms oreo,thanks 4 sharing..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

• 2 cawan tepung gandum
• ½ cawan gula
• 1 sudu teh soda bicarbonate
• 1 sudu teh baking powder
• Sedikit pewarna kuning
• 1 biji telur
• 1½ cawan air
• Sedikit mentega/planta untuk mengoles
• Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
• Sedikit esen vanilla > ni hasue tambah

Cara-cara
1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,masukkan esen vanila .
2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Setelah apam balik masak,sapukan sedikit butter kat permukaannya yer..
Kalau nak letak inti jagung pun boleh yer...biasanya orang letak jagung berkrim dalam tin tu kan..blenderkan sedikit supaya senang nak intikan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

mrnoble said... [Reply to comment]

terigt kat citer komik ujang, cite pasal apam balik, ada ker dia suruh si apam tu balik umah. haha! :p

maz said... [Reply to comment]

salam sue..duk wakpe tu..dah mula prjek ckut raya ke..kmaz pun dah lama xbuat apam ni..anak2 xsuke sngat..slmat brshur utk sue sklrga..

Sueozana said... [Reply to comment]

Slmlkm Sue..
Wahh..cantik rumah baru Sue..! Tenang sgt. Nak order apam balik 5 hengget bleh? Nak wat bukak pose..Kcg kasi lebih wokey, hehe..

JaSSNaNi said... [Reply to comment]

sue..... nak panggil kak ke.. nak panggil sue je ni? umur bape sue? mmmmm :D

jagung tin cream tu ade kat umah, tepung ada.. bahan2 lain ada.. semua ada kecuali tu... kacang je.. tak de.. :D mcm teringin je nak wat.. cam senang.. kan kan..
sukat 2 cawan tepung tu dapat bape bijik ni sue? takut tak abis lak.. ingat nak wat 1 cawan tepung je :D
hihihi...

MrsRZAG_97 said... [Reply to comment]

assalamualaikum,kak sue...nmpk sng je nak buat mknn ni..nk cbala...nk share blehkan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...