Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, December 31, 2009

Death By Chocolate Cake

Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2009.. selamat datang 2010.. terima kasih pada kawan2 yang sudi memberi ucapan2 sempena tahun baru dan ekad2 yg diberikan ada yang sudah dikutip ada yang belum lagi..apa2 pun terima kasih yer buat semua..

Kek yang macam deko tak cukup makan nih sebenarnya kek coklat resepi mrsdayat..
Lembut jer keknya.dan aku ikut cara2 yangdiberikan hampir sepenuhnya....sebab tak penuh tu coklat masakan lak tak cukup..haha...
Tapi rasa dah sedap dah..walaupun kek yang potong lapis ni agak leceh sikit berbanding kek lapis sarawak..hehe

Malam ni lak nak memenuhi undanga(cewah,cam artis gitu) ke jamuan makan malam kat 2 tempat(takleh nak tolak,takut kecik ati..hee) so aku tinggalkan korang dengan resepi kek nih kot2 esok2 nak cuba buat sendiri ehh..dah ramai yang cuba tuu...

Resepi kopipes dr mrsdayat..thanks yer.. :)

Bahan-bahan ( loyang 9" )
  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
Oppp..dah mencair lak whiping cream nih.cepat amik piring sorang satu ..hehee


Sekali lagi selamat tahun baru 2010 dan selamat tinggal memori 2009...!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Laksa Sarawak.. lagi dan lagiii..

Nih menu petang semalam..dah lama suamiku itu mengidam nak makan..
Tapi sebab tak ada stok udang, menu ini terpaksa ditangguhkan..
Buat laksa jer,nak tayang kat blog ek?ala,apa salahnya..kot2 ada yang tak pernah tgk lagi..haha
Kan gambar lain2 kan..jadi menu ulangtayang pun tak jadi hal kan..kannn..(jadik hal pun aku x kesahhh..haha)

Kepada 'orang' yg berkenaan..sila2 laa buat laksa sendiri yer...dah merdeka tu rasanya tak jadi hal dah nak makan udang2 ni..hehe..

Jom lah layan gambar2 nih jom..

Selain kuah laksa,ini adalah bahan2 sampingan untuk membuat laksa sarawak..
Ini benar2 bahan asas dalam pembikinan laksa sarawak..kira dah ada bahan ni kira dah complete dah tu..
Kalau nak tambah bahan2 lain seperti tauge, crab stick, daun sup, daun bawang dan sebagainya boleh juga..
cuma kan,kadang2 bahan2 yang mempunyai perisa sendiri tu 'melarikan' rasa laksa ni sendiri..hehe..nih pendapat aku ler..selebihnya ikut selera masing2 jek.. :P

Ayam goreng yg dah dicarik2,udang yg sudah dicelur(selain tu ada udang lagi dalam kuah tu ye..
Haa,dah sedia untuk dihidangkan..
Jom sediakan laksa sarawak
..pastikan kuah dah sedia tadi ek..

Sediakan sedikit bihun..letak banyak ikut suka la ek..

Lepas tu bahan2 lain lak...pun letak ikut suka dan sukatan nafsu makan masing2..hehe

Lepas tu baru bubuh kuah yg baru mendidih..kira kalau nak letak tauge tak payah nak celur dah. Dah sedia untuk disantap...

Opppsss!!! Jangan lupa sambal belacannya yerr..ini 'komponen' penting untuk menyedapkan laksa sarawak selain kuah laksa tu sendiri...
letak sambal belacan pedas ni masa makan..perghhh!! Teringat2 sampai esok dan esoknya...ehehe...

Nak resepi penuh versi mudah gini,leh rujuk kat SINI(klik) atau resepi lain kat SINI(klik)


Note: Bihun juga boleh diganti dengan mi kuning jika suka...cuma keaslian laksa sarawak tu kurang dipraktikkan laa kan kalo ganti2an ni..tapi macam biasa aku war2kan laa...masak sendiri,leh ikut citarasa sendiri...siapa nak marah kan..
Selamat mencuba.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 30, 2009

Sesame Balls / Kuih Bom

Macam biasa,sejenis kuih ni mesti ada banyak nama...sila nyatakan nama kuih ni kat tempat masing2 jika ada.hehehe...
Agaknya dinamakan kuih bom sebab dulu2 orang buat selalu termeletup ajer ekk...
Biasa guna tepung pulut jer sepenuhnya kan...
Haa..kali ni aku mencuba resepi dari mummy liana yg comel rasa nak cubit2 jer pp budak kecik tu..haha..
Mau tak puas cubit gomol2 lagik..huhuhh..

Thanks to AlongRoz sebab sudi kongsi resepi ni..memang lembut jer kuih nih dan yang penting tak meletup semasa digoreng,jadi tak perlulah nak pakai perisai segala..dan tak payah tutup kuali semasa menggoreng.. :P

Jom tengok resepinya..

INGREDIENTS:

80g Sweet Potato - steamed & mashed
120g Glutinous Rice Flour
20g Plain Flour
35g Castor Sugar
A pinch Salt
100ml Water
Sesame Seeds - for rolling
Coconut/Bean Filling

METHOD:

1. Mix all ingredients to form a soft dough.
Divide into 12 balls.
Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
Roll onto sesame seeds.

2. Deep fry until golden.
Enjoy!

Nih aku letak inti kacang merah..ehem,yang siap beli di kedai bakery jer okeh..ahak..
kat umah ni inti kacang lebih laku dari inti kelapa...kan senang kalau buat kuih muih sendiri.. Nak letak inti banyak ke..nak letak banyak mana pun ikut suka jer..tapi kena makan lebih vitamin R laa kalo masa virus M melanda.hehe..

Bagi penggemar kuih nih,cubalah resepi ni ye.lembut sangatt,tak liat.my family like it!
Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 29, 2009

Bun Pandan Berkaya ..lagi!

Sebenarnya kan..nak buat roti menggunakan kurang dari 500g tepung rasanya masih larat nak uli dengan tangan.. kalau rasa larat, lebih dari tu pun ok jek,kan!
Tapi kalau ada Bread Maker(BM) tu, rugi laa beli kalau tak guna,kan!hehe
Bagi yang takda BM ,jangan lah ingat korang tak boleh buat roti sendiri...
Jika pernah gagal sebelum ni,jangan putus asa k..orang boleh takkan kita tak boleh.. :)

Sebelum nih aku pun tak reti buat (dan malas nak buat sebab kat umah ni kurang smbutan) tapi bila ada resepi2 menarik nih tertarik da bomb nak mencuba..
Makin seronok bila hasilnya seperti yang diharapkan.
Yang penting,bahan2 tu kalau boleh jangan laa kurangkan..nak tambah tu tak apa yer...bukan tambah kuantiti sukatan..tp macam nak tambah raisins ke..perisa lain ke..gitu la maksud saye.ehee..kalo nak tmbh adunan,macam biasa laa..gandakan sukatan bagi setiap bahan...(kot2 ade yg konfius)hehhe

Resepi asal dari siapa ek,mamafami kalau x silap(sori kalau silap) dan difofularkan oleh Cik mat gebu..hehe..
sebelum ni dah pernah buat,so pada sapa yg nak try buat ni resepinya,sekali lagi..ye!
Terima kasih buat mereka yang terlibat..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
Cara aku menguli lak,tak gunakan 'hook' untuk permulaan tu..just gunakan hand whisk jer..bila adunan dan nak melekat tu baru uli guna tangan...dah adunan sebati,uli adunan di atas sekeping plastik(14x14) yg org guna bungkus nasi lemak atau mi goreng tu. (tips ni boleh digunakan utk mereka yg ada BM juga)
Nak uli pun senang sebab tak perlu pegang doh tu.cuma uli dari luaran plastik ajer..
Mengikut tips kawan2 sebelum ni pun ada mengatakan doh yg disimpan dan diuli dalam plastik membantu melembutkan roti.. :) tq untuk kwan2 yg tak lokek ilmu ya..

Harap tip ni juga membantu terutamanya untuk kawan2 yang tak ada BM dan tak pernah buat roti..
Selamat mencuba yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 28, 2009

Udang Goreng Oat

Udang goreng oat nih selalu nengok orang lain buat..teringin juga nak buat.sekali makan,memang sedappp.. sebelum ni kalau udang yang kurang segar tu malas sket nak buat goreng2 gini.. hb beli udang ni punya laa fresh..terus jek buat.hehe..makan gitu jek.

Bahan2 pun senang didapati..cuma aku gantikan minyak bijan ngan minyak ikan kod sos ikan..

Resepi nih asal dari 14sept kat myr..thanks ye...ha,anak sapaa laa yg lahir 14sept tu ek...hurmm .. :P

Bahan-bahan
  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.
Isi udang yang fresh manis rasanya...nak cicah ngan sos cili thai pun sodapppp...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Dah lama KIV resepi nih...dah cuba masa tenet buat hal hari tu...
Ramai dah cuba resepi ni kan..memang sedap,rasa pedas2 manis masam sket...suka2!
Lenkali nak try 'rendam' semalaman lak..mesti lagi sedap n rasanya meresap..

Resepi sedap ni c n p dari makyong..tq2 :)

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas
Lenkali nak buat kuah pekat sket..sapa2 lum cuba tu..cubalah yer....pasti tak menghampakan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 27, 2009

Mee Kari

Salam penghujung minggu dan kita akan berada di minggu terakhir tahun 2009.
Anak2 pun dah mula nak sekolah kembali..dah beli barang keperluan anak ke? Jangan tunggu last minit yer..takut kelam kelibut lak nanti..hehee...

Oklah ni sebenarnya menu sarapan pagi tadi baru nak tayang sebab sedap jer seharian ni meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa minggu termiss hari ahad bersama babah diorg..ehek.. :P

Sebenarnya walaupun kat rumah ni hampir semua peminat kari tapi mee kari bukan selalu jadi menu pilihan..
Kalau buat mee kari pun selalunya ikut citarasa sendiri n of coz main campak ajer sesuka rasa.

Kali ni try ikut resepi dayangjack lak..let's cekedaot! n thanks to dayang! :)

Bahan-bahan ( utk satu famili (7-8 org) )
  • Untuk Kuah :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • segenggam udang kering*
  • 500 gm keledek merah (direbus dan dikisar sampai hancur)
  • 2 camb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4-5 camb kari ayam Adabi (dijadikan pes)
  • 2 camb kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 camb minyak masak
  • Bahan2 Lain:
  • 1 kilo mi kuning (dicelur)
  • tauge (dicelur)
  • 5 biji telur rebus dan dibelah dua
  • sedikit daging yg tlh direbus (dipotong dadu kecil)
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi - optional (tp rasanya ttp sedap tanpa perahan limau)
  • sawi (dicelur)
  • Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah
Cara-cara
  1. Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan yang bertanda * sampai lumat
  2. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan sampai wangi dan barulah dimasukkan bahan2 yg tlh dikisar td. Kacau lg sampai keperangan.
  3. Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis.
  4. Kemudian masukkan keledek yg tlh dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau perlahan2. Slps itu, masukkan pula kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah btl2 masak dan pekat (klu xnk pekat sgt, bleh le tmbh air sedikit)
  6. Di dlm mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  7. Hidangkan panas2.
  8. **jika x suke daging bleh diganti dgn ayam, udang, fishcake dsbnya.
Hb kata rasa mee jawa pun ader..huhuu.. Kalau suka kuah mee kari yang pekat boleh laa cuba resepi ni yer... nampak jer berderet resepi tu tapi nak buat senang jek..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 26, 2009

Kuih Ros

Kuih nih ada banyak nama juga mengikut tempat kita masing2 kan. Kalo kat tempat aku nun dipanggil Kuih Cap..ada tempat lain panggil kuih goyang kan? ada nama lain lagi tak?

Nih kali pertama aku buat sendiri kuih nih..sebelum ni nak makan main beli jek..
Kat kampung nun arwah sepupu aku dulu selalu buat.sedap dan rangup lembut..nyesal gak tak tanya resepi dia..al-fatihah untuk arwah.

Dah lama beli acuan untuk kuih ni...tapi cam biasa laa,peram dulu kasi 'masak' sket.ehe...
Acuan ni boleh didapati di kedai2 peralatan dapur dengan pebagai saiz dan beberapa bentuk.
Harga pun cuma belasan ringgit jer,leh guna lama.. jadi kalau nak cuba buat kuih ni,gi laa carik acu dulu yek..ehehe

Jom buat kuih ros...

Mula2 rendam acuan dalam minyak panas untuk seketika.. Lepas tu angkat dan celup(bukan macam oreo yer) ke dalam adunan sehingga paras acuan,jangan sampai tenggelam tau..

Selepas itu, masukkan ke dalam kuali yg sudah mengandungi minyak banyak yang dipanaskan terlebih dahulu...api janganlah terlalu besar..

Untuk seketika,adunan akan tertanggal sendiri dari acuan tadi dan goyang2kan sedikit yer puan2.. (aku kan,kuih ke lima baru berjaya buat adunan yg tertanggal sendiri,sebelum tu 'tolong' dengan penyepit tu haa...hehe)

Tarraaaaa....! Dah tanggal dahhh...gorenglah sehingga keperangan.. Masa diangkat tu kuih ni rasa lembik semacam,tapi jangan risau kerana ia akan mengeras sendiri..dan rangup!

Angkat kuih dari kuali dan toskan minyaknya... bagi aku resepi ni memang rangup cuma agak keras sket sebab kuih ros yang biasa aku makan lebih lembut rangupnya. Apa2pun rasanya memang sedappp...tak tipu ni.

Resepi ni dari kak jun kat myr...thanks kak :)

Bahan-bahan ( 3 balang sederhana )
  • 290gm tepung beras
  • 50 gm tepung gandum
  • 400ml santan
  • 170gm gula
  • 150ml air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. kacau sebati. tapis.
  2. panaskan minyak. letak acuan dalam minyak. bila dah panas, celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi.
  3. biar sebentar, baru alihkan acuan. goreng hingga masak.
Amacam? senang jer nak buat kan? cuma memang kena tunggu kat dapur jela,tak macam buat kek....leh tinggal2kan..ehee

Kalau ada sesiapa nak kongsi resepi kuih ni,lagi2 yg rangup lembut tu...meh laa kongsi yerk..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 24, 2009

Umm..Cakkk!! I ammm Backkkkkk..!!eheee

Salam semua...haiiii!!!
Fhewww! rindunyaaaaa kat kawan2...jiran2...adik2...kakak2..abang2..pakcik makcik di alam cyber nih..
Hampir seminggu tak dapat connect tenet pasal masalah broadband ler x lain x bukan..kali ni bukan balik kampung yer..masalah yg memang takleh nak buat apa..hukhuk

Camni...
Mula2 wat report kat celcom careline dier buat cam biasa laa...tanya itu ini itu ini..pastu kan,takde ape berlaku..masih signal gprs appear,takleh connect lagik..huwaaa...sabor jek
Pastu kan,hari ke empat xleh online tu..kol lagik..NASIB baik laa kali nih kebetulan operator yg angkat tu penuh tatasusila dan know wat to do..
Dia amik report...pastu bg no reference in case lom settle..
Dipendekkan cerita baru petang tadi diorang call balik bagitau my broadband system dah di reset dan kena remove program dan install balik

Malam nih baru install balik(sebab petang tadi bz x abis2..ahak)
Dannn..TARAAA>>>here i am...!!
Uiii....macam dah lupa camner create post ni ..(ok,yg ni aku tipu jek)
Tapiiii...rinduuuunyaaa kat korang!
Lama rasa tak ngendeng makan umah orang nih..hii...
Sempat bace mesej kat cbox tu ader gak yg rindu2an tu...rindu kat u all juge(nada ngengade)
Ader yg tak miss jenguk kite tiap ari...ader yg tolong klik2 gak..oh terharu2!thanks yerr...
Mudah2an makin murah rezeki korang(hrp korang klik sini makin ramai 'ikut' korang balik umah n click juge korang nyer ads) dan yg jenguk hari2 tu semoga makin bertambah hits kat blog memasing yek.. :)

Harap2 lepas nih broadband tak wat hal lagik..(selalu jek aku doakan nih)hehe
Hb siap nak tanya tmnet pasal nak pasang talian tetap..haha..cian laki aku nengok bini dier cam chombi ilang anak agaknya...heheee..eh..takdelah smpai gitu skali kan... :P

Apa2 pun..kalau sempat malam nih kite jelajah umah kengkawan yek..
Kalo tak sempat,esok masih ader..(cewah..konpiden jek!)hihi.
Ngah suka giler nih..sengih sampai ke belakang telinga! :P

Pada viewers yg menyambut hari natal esok..
Selamat hari Natal yer.. :)
Ho!ho!ho!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 18, 2009

Blueberry Cheese Tart

Berapa kali dah cream cheese yg aku beli beberapa bulan lepas keluar masuk esbok tuh..
Nih gara2 rajin yoyo laa nih..haaa,jangan ingat diet je ader istilah yoyo..hikhik...
Buat nih tgh malam tadik tau,nak bg hb rasa dulu sebelum bertolak lagi ke kuching pagi td...
Pastu terlelap sebelum siap sepenuhnya...terpaksa sambung pagi tadi..sibbaik sempat letak filling tu dalam esbok sebelum terbungkang..eheh...

Tanpa bicara panjang..moh ler tengok tart aku yang macam dijual kat kedai nih..hahaa....skali perasan jangan alang2 perasan..puji lambung2 gitu..ekeke...

Nih rupa kulit tart yg nak dibakar,aku cucuk2 sket ngan garfu seblum dibakar tu...kat belakang tu kulit yg dah dibakar bersama rupa acuan yang aku guna untuk buat tart nih... acuan setengah dozen jek..kena laa sabor ek!ehee...

Sekarang nih dah isi filling (krim cheese n da geng)..mmg creamy jek..memula aku kuarkan dr esbok tuh tak smooth sgt laa sebab keras sket.hehe

Punya laa banyak letak blueberry fillng..hahak...yerlaaa...kalo beli kat bakery selalu dapat setitik jek blueberrynya...nih buat sendiri sukati jek laa kan..ehee.lagipun blueberry filling tak manis berbanding jem...

Resepi nih selongkar dr myr..tq haz_amon for sharing...sedapp2..

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Dah siap bakar pun...ader sapa2 nak beli? Murah jek...rm2.50 seketui..ngeh ngeh.. aku dapat dalam 17 ketui untuk 1 adunan...tu pun filling cheese tu ader belen lagi. Nak buat apa ntah lepas nih..letak atas kek mesti sedap,kan!

Anak2,terutama banglong suka jer makan!Org tua diorg pun suka...hehe...

Haa..kalo sapa2 ader resepi lain nak dicuba..pls bagi cadangan eh..tq :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Goreng Planta Berjagung

Salam Maal Hijrah Buat semua kawan2,pengunjung blog ini...semoga di tahun baru ini kita akan lebih berjaya dalam hidup dari sebelumnya dan dikurniakan segala yg terbaik dari Allah swt..aminn
Lebihan nasi semalam buat nasi goreng dan buh jagung sekali sebab anak2 suka...
Di kala tak berapa rajin memang nih laa akan disilat kat dapur tuh..huhu
Pastu makan lak ngan sambal tumis,diorg lagi suka...ingat mak diorg jer suka..heheh

Saja jek buh resepi kat sini..sukatan ikut suka laa ek.. macam goreng nasi lain gak.hehe

Bahan2:
  • Nasi
  • Bawang putih-diketuk n cincang halus
  • Marjerin planta
  • Jagung dalam tin(ambil isi jagung sahaja)-secukupnya
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Telur
  • Hidangan sampingan-keropok ikan,sambal tumis dan timun
Cara:
  1. Panaskan planta dalam kuali dan tumis bawang putih
  2. Apabila sudah sedikit garing,masukkan jagung,nasi dan kacau goreng sehingga nasi tiada yang berketul lagi.
  3. Buat lubang ditengah dan pecahkan telur,biar seketika sebelum dikacau lagi
  4. Perasakan dengan sedikit lada sulah,lada hitam,garam dan ajinomoto(jika suka) secukupnya
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Kenapa guna planta?semua pun tahu rasa marjerin planta lain dari yg lain...hehe...ada cam duta planta tak?ihik
Tak goreng pun,buh kat nasi panas2 sodapp...kannn :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 17, 2009

Ikan Kembung Tumis Berkuah

Dah lama tak makan ikan kembung yang segar.. dalam kepala dah terbayang nak hirup kuah ikan nih ala2 sup gitu..memang cam sup ikan pun..hehe

Cara memasak pastinya mudah jer..pejam mate sebelah pun boleh buat.hehe...pejam mata dua2 takut lain jadinya kang..huhu

Bahan2:
  • 6 ekor Ikan kembung@ikan yg sewaktu dgnnya. > siang dan bersihkan.
  • 1-2 Cili merah+ cili padi (letak ikut tahap kepedasan masing2
  • 1cm halia
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 Batang serai
  • Asam gelugor/ asam kandis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili, halia, bawang putih dan bawang merah. Serai diketuk
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi termasuk serai.
  3. Masukkan asam gelugor dan kacau sedikit supaya tidak hangus
  4. Setelah bahan tumis kekuningan masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam
  5. Setelah mendidih barulah masukkan ikan
  6. Renihkan seketika(lebih kurang 4 minit) dan sebatikan semua rasa.
  7. Padamkan api dan hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng(jika suka)
Tadaaa....aroma daun sup membangkit selera untuk menghirup airnya...kalau suka pedas letak laa cili banyak2 yer..pasti terangkat..

Kalau nak isi ikan lebih,guna ikan uji rashid ke(ntah apa nama sebenar ikan nih)..dan ikan lain yg seumpama ni laa..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 16, 2009

Kuih Cakoi / Chakoy resepi Syamsiah

Lihatlah montelnya cakoi2 yang aku buat neh..haha..kalo jual kat pasar malam tak untung banyak nih kalo 3 ketui singgit..

Sebenarnya nih bukan pestaim aku buat cakoi...
Tapi bukan selalu lak aku buat nih..tak konfiden lg..nih pun aku lum puas hati ngan hasil tangan aku nehh...
Kalo kat kampung senang nak dapat cakoi yang menepati citarasa sekeluarga...
Nak makan,beli jek..huhu..tak perlu cicah apa2 pun dah sedap..best!
Yang gitu laa aku try nak buat,makan gitu jer,tanpa cicah apa..tp yg nih anak2 cicah susu pekat..aheh..

Resepi nih resepi asal dari kawan aku sama mengajar dulu(uik?penah jadik cikgu ka?)haha...syhhh :p
Syamsiah namanya...beliau nih x kedekut ngan ilmu2 kuih muih nih..aku tak tanya pun dier bagi.. dia biasa buat kuih cakoi nih..
Aku pernah try dulu,jadik..lembut tp x rangup sebab x letak perangup.ehhe

Tapi resepi dia nih,tiap kali aku nak buat aku tanya resepi...kekeke...sibbaik beliau sabo..kalo tak awal2 kena pelangkung...
Takda laa selalu aku tanya tu...ni masuk kali ke 3 laa dia bagi resepi yg sama.
Salin 1st time kat kertas je..hilang.
Salin kali ke 2...siap save dalam file dlm lappie...kena lak reformat aritu. hilang lagi
Nih aku semadikan resepinya kat sini...agar tak hilang lagi..hehe

Lubang2 dalam cakoi nih dibentuk oleh alum...kalo takde alum rasanya leh ganti ngan soda bikarbonat cuma lubang tu x secantik alum buat ler.. yg bagi rangup lak tepung sengit/ammonia utk masakan..kedua2 bahan nih guna sikittt jek..

Nih resepi asal tau.aku takleh bagi sukatan tepat buat masa nih sebab aku main ikut jer panduan nih..aku cuma tambah 1 sudu kecil ammonia(tepung sengit) dan 1 sudu kecil alum jer ..
Dulu aku pernah buat x letak dua benda tu rasa ok jer..ikut resepi ori.
Aku salin bulat2 dari henpon

Bahan2:
  • 700g-800g tepung gandum
  • 1 peket yis
  • 1/2 sudu makan planta
  • 1 sudu teh baking powder
  • bawang putih n bawang merah
  • air untuk menguli
  • garam dan gula
  • 2-3 sudu minyak untuk menguli
Cara2:
  1. Sediakan air dan masuk semua bahan. Uli sehingga menjadi doh. canai dan bentukkan cakoi
  2. Tunggu adunan naik dan goreng
Sebenarnyadia bg simple lagi dari ni...insyaallah,nanti aku wat ekperimen...aku try figure sukatan yg lebih tepat yer..
Tapi nanti2 laa...aku pun sibuk gak nih walaupun macam rajin update..ehek...
Aku faham...korang mesti x sabar nak buat cakoi sendiri tanpa guna breadmaker,tanpa alum dan bahan2 yg korang x pernah dgr kan?
Tapi cakoi nih kalo nak nampak cam cakoi gak,kena beli alum tu dulu..carik kat kedai bakery,wokeh?

Rupa cakoi sedang digoreng..bila nampak regangan ala2 selulit tu maknanya cakoi dah jadik..(mengikut pengalaman tengok orang jual cakoi..eheh)

Nih rupa kat dalam...ada laa rupa cakoi tuh sket2 kan..eheheee...

Minta maaf sgt2 sebab bahan2 yang tak dibagi sukatan tu memang aku main letak jek ikut sukatan donut yg sudah2..tak tgk sgt..kalau korang nak try sendiri aku x kisah..
Tujuan aku letak n3 nih pun nak simpan resepi asal beliau.. :)
Kalau nak tunggu aku 'try'kan untuk korang pun..x kisah gak..tapi kena tunggu laa dulu ye..

Kalau nak cepat,korang kate laa korang ngah ngidam ke..heh heh

Note:erkk...apsal cam panjang lak n3 aku nih citer pasal cakoi..huhu...ntah ader org bace ke idak..haha.yg nak marah2 sebab aku x bagi full resepi bace laa kisahnya dulu ya.ehe

Apa2pun,tima kasih banyak untuk Syamsiah..semoga makin murah rezeki hendaknya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sambal Lengkuas Goreng

Sungguh nostalgia sambal lengkuas yang digoreng gini.. teringat kat arwah mak dulu selalu masak gini untuk penambah selera..ohh,sedapnya air tangan mak kan..masak laa apa pun..masakan dia mesti sedap..hmmm..

Lama tak makan...ntah napa aku tak tahu..mungkin nostalgia tu turut pergi bersama kenangan..iskhh,awat lemah gelamai jer ayat aku nih kan..yela,tetiba teringat arwah mak..huu..Al-fatihah untuknya..

Dah kawin,mak mertua ada gak buat...rupanya memang masakan orang lama..aku buat sendiri,pandai2 tambah cili..konon nak pedas.. tapi rasa lain...tak macam mak buat.huuu..
Pastu takde mood lagi nak buat...
Sekian lama,kakak ipar lak ader buat...nostalgia kembali terpaut..

Buat baru2 ni..tak kusangka anak2 turut suka..boleh dibuat dengan belacan dan tanpa belacan..
Kat kampung aritu anak buah aku yg alergi belacan tu suka makan sambal ni...tanpa belacan! sedappppp sangat...aku tak pernah lagi makan ngan bubur nasi..mesti sedap kan!
Apapun ku letak resepi disini jua..agar nostalgia berterusan sampai bila2..
Bahan2 boleh adjust ikut citarasa..nak letak cili pun boleh kalau suka pedas tapi mungkin pedas cili boleh overshadow rasa lengkuas tu....

Bahan2:
  • 2-3 inci lengkuas muda( kalau ada yang warna pink tu lg sdp)
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis (dikopek)
  • 1 sudu belacan (optional )
  • Sedikit garam dan perisa
Cara2:
  1. Tumbuk semua bahan
  2. Panaskan sedikit minyak dan kacau goreng sehingga lengkuas bertukar warna dan benar2 masak sebab kalau belum masak ia akan terasa pedar dan x sedap...
  3. Sedia dihidangkan begitu sahaja dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara jika tak habis...sedap buat bekal.. :)
Makan nih kalau dengan nasi kampung..yg fresh dituai tu...ganding lak ngan ikan masin..air kopi...uhh..mesti sedap kan!

Btw,ada yg pernah makan tak sambal nih ekk?ala2 sambal getuk kot?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kentang Goreng

Untuk sarapan pagi yang mudah dan pasti mengenyangkan banyak pihak termasuk si kecik kat umah nie...hehe

Bahan2:
  • 4 biji kentang
  • 1 sudu besar serbuk 'pasti sedap' knorr @ 1 kiub pati ayam
  • Air untuk merebus
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Kupas kulit kentang n potong wedges
  2. Rebus kentang dan tambahkan 'pasti sedap' knorr atau seketul kiub ayam.
  3. Rebus sehingga separuh masak dan toskan
  4. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan
  5. Sedia dihidangkan bersama sos dan mayonis atau dimakan begitu sahaja
Presentation x kemas..ingat nak makan jek..eheh..

Sos dan mayonis tu boleh aja kalau nak satukan sepenuhnya sebelum dipicit ke atas kentang...kali nih aku x wat camtu sebab takut anak dara aku nih ngeri je tengok sos merata kang sebab dier ingat pedas...huhuuu.
Ingat nak paipkan sebelah sos sebelah mayonis tapi x jadik sgt lak..ah,yg penting enjoy makan,ek! ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 15, 2009

Cempedak Goreng Rangup..(seedless)

Cempedak kalo letak dalam bekas kedap udara,pastu letak dalam peti ais bahagian sejuk beku akan jadi frozen cempedak..kan..Cuma keluarkan dulu sebelum digoreng atau dimakan begitu sahaja..rasanya masih segar macam fresh gak..tak laa se'fresh' masa fresh...tp dari terbusuk gitu jer,baik difrozenkan..hehe

Panjang lak intro ek..sebenarnya dah pernah share kan camner nak goreng cempedak yang rangup lembut sebelum nih?
Nak resepi lagi ke?mesti korang malas nak belek n3 yg lepas2 kan..hehe...
Sebenarnya bahan2 nih leh agak2 jer...kadang2 marjerin banyak leh buat tepung lembik..tp lembut la..huhu..
Sukatan air lak aku bagi basic 2 cawan sebab kadang2 kualiti tepung x sama...

Kali nih aku cempedak digoreng tanpa bijinya sekali sebab guna cempedak nangka atau cempedak kawin yang besar seulas tu..kira kalo goreng seulas tuh leh muak waktu makan dibuatnya...buang biji belah 2...best laa makan...x risau ngan bijik dah..hehe

Adunan nih juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang,keledek,keladi dan sebagainya...
Boleh tengok pisang goreng kat sini(klik)

Bahan2:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 sudu mkn marjerin-melembutkan adunan
  • 1 sudu mkn gula-utk kelihatan cantik berkilat tuu..
  • 1 sudu kecil garam-merangupkan adunan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air-boleh adjust sendiri,jangan terlalu pekat dan cair
  • Cempedak masak secukupnya
Cara2:
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Masukkan cempedak dan salut dengan tepung sambil minyak dipanaskan
  4. Goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
Tip: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA!

Cempedak atau pisang yg manis akan mengeluarkan sari sendiri apabila digoreng..jadi kena pandai2 adjust gula ya...

Ohya..cempedak goreng nih hanya tinggal gambar...dah abis sekali harung oleh kitorg anak beranak...sedappp..weee :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Laksa Sarawak Oh Laksa Sarawak! :P

Yuhuuuu.....
Nih projek kat kampung ngan my oldest sister masa raya haji hari tu...
Dia bahagian sediakan bahan2 laksa dan aku lak prepare untuk kuahnya..
Apa yg penting?kerjasama...!kata wonderpet..aheh.

Nih rupa laksa yang baru dimandikan dengan kuahnya...
lebihan minyak tu kena laa buang yer


Istimewa buat kawan2 yg nak tau resepi terutama Cik Min dan kak Sueozana camner sue masak laksa nih...sebenarnya cam orang lain gak..hehe
Tapi saja nak kongsi my style laa eh..juga untuk rujukan anak2 di masa depan..
Kalau nak masak untuk seorang,baik gi kedai jek laa..tapi kalo rajin apa salahnya...

Nih untuk resepi 600g pes laksa yer...boleh sampai 10 orang makan bergantung saiz perut..aheh...kalo untuk keluarga kecil,guna peket kecil dah cukup.
Bahan2 nih yang paaaalingg basic nak buat laa k...nak tambah bahan ikut suka ler,nak skip bahan dinasihatkan jangan..hehee

Kalau tak jumpa pes laksa nih,leh juga cuba buat sendiri yer..sila tengok resepi kat SINI(klik)

Jom buat Laksa Sarawak!!

Bahan2 untuk Kuah:
  • 1 peket pes laksa sarawak(600g)
  • 2 liter air
  • 500ml santan dari sebiji kelapa >sue guna santan kotak+air
  • 1 mangkuk udang tanpa kulit (boleh letak byk ikut suka )
  • 1 sudu teh garam * dan sedikit ajinomoto(tak letak takpe kot)
  • 1/2 sudu teh gula*(*agak2 jer nih...lupa lak simpan banyak mana)
Cara2 menyediakan kuah laksa:
  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
  2. Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
  3. Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
  4. Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air...
  5. Apabila sudah sebati padamkan api...kuah sedia untuk digunakan...(panaskan sebelum diceduk ke dalam mangkuk)
Bahan2 Laksa(boleh letak ikut suka):
  • 1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-kalau x tahu camner leh tengok SINI(klik)
  • Isi ayam goreng-(ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit,dicarik2)
  • Cendawan hitam*
  • Udang*
  • Taugeh*(jika suka) > sue tak letak
  • Telur rebus
  • Telur dadar(telur goreng bersama sedikit garam dan dipotong2)
  • [Bahan2 bertanda * dicelur/di rebus sekejap]
Bahan Sambal:
  • Belacan
  • Cili padi
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan secubit ajinomoto
Cara menyediakan sambal:-
>Campurkan semua bahan dan kisar atau lecekkan sahaja pun ok..

Cara Hidangan:
  1. Sediakan mangkuk,letakkan sedikit bihun. Di atasnya letakkan pula bahan2 laksa ikut suka banyak mana...
  2. Cedokkan kuah laksa yang sudah dipanaskan ke dalam mangkuk tadi
  3. Untuk rasa laksa sarawak yang mantop,makanlah bersama sambal(kuah) belacan yang masam2 pedas..wallahhh!
Laksa sarawak yg sedia untuk dinikmati..oh oo..kena tambah belacan lagi ni...jom makan!emmmph!!sedappPP...hikhik.

P/s: Buat Cikmin..tunggu abis pantang 60 hari baru leh makan laksa sarawak oo kak..tak letak udang kurang sedap oo...hahaa

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...