Bertemu lagi kita.Menu yang bakal ditayangkan ini sudah dicuba resepinya sendiri oleh aku sebanyak dua kali..tapi baru laa terkedek2 nak berkongsi kat sini lantaran kesibukan dengan tugas harian dan kemalasan nak meng'update' blog yang saling bercampur baur..hehe..
Tapi tak mengapa lah ya,kita update mana yang sempat..
Resepi nih dah dicuba juga ramai blogger masakan yang lain dan pasti ramai yang berpuas hati hasil doh pastry yang rangup ni...walaupun dah sejuk maintain je rangup.. pastu inti karipap ni depend la jugak dengan hasil tangan masing2 ek..kalo dah sedap intinya,maka karipap pun insyaAllah laa sedap..
Tapi aku kan terlebih rajin,jadi aku guna acuan karipap jer...macam membazir je beli acuan tapi tak nak guna kan(haha..padahal malas dan tak mahir mengelim).. bila nak mahir ni pun tak tau laa..ala,janji cepat siap dan sedaappp*pujuk diri sendiri
Pastu aku suka sebenarnya karipap yang berjerawat tu..tapi kali ni cuba laa buat wajah karipap ni halus mulus cam kawan2 yang lain buat.. kira ok laaa tu kan..kiki.
Jom layan resepi lak..terima kasih buat Ros,yang share resepinya..izah yang sebar virus..dan mas..aku amik dari dapo ko ni mas..mintak halal ye..hee..
Resepi di bawah berkaler biru yang dah dibuat oleh kitorang eh...tak panjang sangat nak tulis 'izah,mas dan hasue buat gini'...kang ponin korang nak paham..hehe
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1.
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam
tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul
halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung
tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air
jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi
doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik
bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah
ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai
nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin
diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti
karipap.
Buat Inti Karipap
1.
Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan
bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar,
cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir
sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan
keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti
agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1.
Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil,
ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa
ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan
isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun
boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan
minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar,
goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat
Mencuba.








