Buah nih rasanya tak ada kat semenanjung kan?
Kalau kat Sabah mungkin ada...juga di Brunei.
Jika sebelum nih pernah dengar buah dabai disebut2 oleh orang sarawak/borneo..inilah rupa parasnya..
Kalau yang tak pernah dengar tu,sila2 laa baca n3 nih yer..hahaBuahnya tak besar pun,rata2 saiznya sebesar ibu jari tangan jer..
Rasa lemak buah tuh bergantung juga..tak semua di pasaran tu sama rasanya..ada yang kurang lemak..
Buah nih dipanggil
BUAH DABAI secara formalnya,atau dalam bahasa Sarawak disebut '
Dabay'(
bay-cam sebut baywatch)hehe..
Kata pakcik google,buah nih berasal dari Sibu sebab tuh ia juga disebut sebagai
Sibu Olive..wooo,sarawak pun ada buah zaitun rupanya ek!
Dalam bahasa saintifiknya pula disebut
Artocarpus heteropyllus >leh rujuk
SINIPokok buah dabai nih biasanya tinggi..Nak mengambilnya pula bukan boleh main jolok2 dari bawah jer..
Kena panjat gak tuu..pastu kena pilih buah yang betul2 matang baru ada nilainya..
kalau masih pink atau meroon,masih tak matang lagi ler..Buah nih lepas berbunga kalernya putih,kemerahan,meroon barulah menjadi hitam..
Agak rumit juga nak ambik buah nih..sebab tu laa harga buah nih agak mahal disamping rasanya yang unik tu.
Selain dabai nih, ada
sejenis buah yang seakan2 dabai juga..dipanggil kembayau..tapi
kalau kitorang laa kan,dabai nih laa yang dipanggil kembayau dan yang satu lagi tuh lain namanya..orang tempatan sebut
painasan!
Buahnya sama hitam begini bila dah matang,saiznya panjang sedikit,tapi bijinya tak bersegi2 sangat cam dabai nih..bijinya lebih halus(bujur panjang)..dan rasa buahnya juga lain..
Ada orang lebih gemarkan buah dabai nih, ada yang gemarkan spesis satu lagi tu..
Bagi aku laa, yang nih lagi sedap..walaupun aku bukan penggemar tegar buah nih..hehee..
Tak tau laa satu hari nanti kan..kot2 buah yang satu tuh pulak lagi besh...sebab hb suka yg tuh dr yg nih..adehh

Meh tengok macam mana nak 'masak' n makan buah nih secara asasnya...

Buah direndam dengan air suam panas..jangan guna air panas mendidih kerana ini membuatkan buah tu 'masam' pulak nanti..
Macam ni,selepas dicuci bersih..masukkan air sejuk,pastu air panas..adjust kepanasan air dengan menyentuhnya..kalau tak cukup panas kena tunggu lama lak nanti..

Apabila buah dabai dah lembut isinya,buangkan air,taburkan garam dan ratakan(goncang2kan bekas udah ler,xyah kacau ngan sudu.. :) )

Inilah rupa isi buah dabai tu setelah masak..lembut,lemak2 dan creamy.. ada iras2 avokado jer rasanya..

Nih close up lagi..nampak tak isinya tuh?sedap makan begitu sahaja(sebab dah ada rasa garam sikit2 kan..atau ada orang suka cicah kicap dan sebagainya.
Kulitnya pun boleh dimakan sekali kalau yang fresh tuh..bestt!
Selain tuh buah dabai nih boleh juga dijeruk supaya tahan lama..

Dah makan tu bijinya jangan dibuang.. dulu2,orang jemur bijinya nih (untuk disimpan lama) dan ia boleh menjadi snek dimakan begitu saja sebab rasanya seakan2 kekacang. Kalau nak makan masa tu gak,tak perlu laa jemur..
Cuma nak buka cengkerangnya tuh agak mencabar sket la sebab keras,kan..kena guna pisau/ parang baru leh buka..
Tapi kalau rasa2 gigi tuh kuat terlampau,boleh laa cuba gigit yer..hehe
Isinya rasa2 lemak juga..kalau tak dapat dikorek ngan tangan...guna laa jarum peniti atau pencungkil gigi. :)
*
Bijinya nih kalau guna untuk sebagai
batu seremban atau peluru lastik pun best woo..hikhik :P
Note: To
ctzura...buah nih laa yang 'pelik' rasanya tu ek?heheee...
P/s: Jika ada info tambahan dari kawan2..silakan kongsi di sini ye,tq :)