Bertemu kembali.
Maaf sangat2 sebab lambat sambungan entri nih..seperti sedia maklum laa kan,tenet cap kuye2 membataskan kelajuan untuk mengentri di samping tuntutan tugasan seharian di rumah ni haa..sibbaik tak jadi ahli politik..kalo tak mesti sibuk nak kempen sana sini lagik...*eh?ada kena ngena ke..heh.
Oklah ek..kite teruskan dengan tutorial kali ni..
Bila aku sebut tutorial,biasanya aku tunjuk cara2 asas nak buatnya yer..biar ler blog berat ngan gambo kan..haha
Entri ini aku tujukan khas buat mereka yang tak pernah buat,atau yang ingin mencuba sendiri membuat light cheese cake dan kek2 yang memerlukan meringue dalam adunan..
Buat anda2 yang dah terrer tu boleh laa pandang sebelah mata jer..hehe..kalau perlu meh laa bagi tips tambahan sekali..ok?Harap dapat bantu kawan2 yang benar2 nak cuba ni..
Ramai lagi yang masih tak berani membuat kek jenis begini dan ada yang berani buat tapi kejadiannya tak seperti yang diharapkan ke,kan..
Harus aku ingatkan,tutorial ni berdasarkan cara aku buat laa ekk..ni cara mudah(ke cara malas?) nak buat light cheese cake nih haa..hasilnya insyaallah menjadi kalau ikut cara dengan betul..dah pandai asasnya nanti,ikut suka korang je laa nak ubahsuai(atau bahasa lainnya,derhakakan) resepi sedia ada..ikut selera je gitu..
Selain tu,bila dah pandai buat meringue ni,kek-kek gebus lain pun insyaallah takde masalah nak buat seperti kek chiffon ke,nak buat macarons ke.. :)
Satu lagi,light cheese cake ni mungkin berbeza teksturnya dari kek-kek keju yang korang dah pernah buat(bagi yang biasa buat). Teksturnya ringan,gebu, tapi lembap2 basah gitu..
Jom buat LIGHT CHEESE CAKE..
Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..
Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese
[ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..ehe

Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.
Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat
meringue dahulu..

Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan. Perhatikan gambar no 4 di atas ni, itu adalah yang dipanggil 'soft peak'. Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..
Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.
Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.

Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.
Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.

Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..

Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja..

Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan,
gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Gambar di atas ni menunjukkan adunan yang belum sebati.

Ini adunan yang benar2 sebati. adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.

Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..

Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
Tuangkan
air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..
contoh loyang bulat untuk kaedah bain marieSelain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.

Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..

Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .Gambar kat atas ni nampak jelas kat tepi tu bekas kek tu turun..Biasanya aku biarkan kek itu sejuk di dalam loyang dan hasilnya ia turun dengan sopan jer..hehe

Ini kek yang sudah disejukkan sepenuhnya dan dikeluarkan dari loyang..
perhatikan tepi kek,hasilnya halus aje..tu yang kate tadi ia 'turun' dengan sopan je kalau dibiar dalam loyang.. biasanya ada resepi yang cadangkan keluarkan terus dari loyang sebaik sahaja masak,ikut laa mana2 keselesaan korang yer

Close up sket..kek ni terlebih bako..dah citer pada entri sebelum ni yer..hehee..tapi rasanya maintain jek..
Seperti kata IzahDaut yang sudah mencuba membuat sendiri kek ni,kek ni tak cerewet nak buat..sukatan tu pun tak accurate sangat sebenarnya..cuma garis panduan untuk mereka yang baru nak cuba buat.. dah pandai nanti sila2 laa derhaka ikut citarasa sendiri..
Boleh tengok entri izahdaut kat
SINUN(klik) bagi yang belum tengok ye..dia tambah pes strawberi untuk bagi menarik lagi..
Selain boleh diubahsuai dari segi perisa,kek ni juga boleh dibuat ikut sukatan yang kita mahu..tapi sukatan yang ini(300ml susu dan bahan2 lain ni) adalah paling standard.
Boleh gantikan susu segar biasa tu dengan susu segar perisa strawberi..tambah strawberi filling ke..

Gambar atas ni hasil guna susu segar perisa strawberi ..dan tambah sedikit kaler merah jambu. Dana ikut sukatan 200ml,so keknya rendah laa sket..hehe

Yang ni lak,buh susu segar perisa coklat dan tambah serbuk koko.. ni lak guna sukatan 400ml,tak muat nak bakar dalam loyang ni,so aku bakar kat acuan lain selebihnya..hehee.. Jangan bakar dengan suhu terlebih panas yer,nanti merekah pula..

Yang ini versi plain.. perhatikan ketinggian kek dari loyang..ini guna sukatan 200ml susu segar..so sebab tu rendah kejadiannya..aku guna loyang yang sama je nak buat kek nih..iaitu loyang 8" atau diameter 21cm

Setelah dipotong.. kek ni lembap2 gitu..
Untuk resepi sila klik
SINIupdate:
Di sini aku sertakan sekali resepi optional untuk 200ml dan 400ml seperti yang aku nyatakan itu yer..takut ada yang konfius lak kan.hehe..
Resepi menggunakan bahan asas yang sama,cuma sukatan yg berbeza..senang je nak ingat..
Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"
Bahan-bahan:
• 125g cream cheese |
175g cream cheese• 200 ml susu segar |
400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat• 70 g mentega atau marjerin |
90g mentega/ marjerin• 70 g tepung gandum |
90g tepung gandum• 70 gram gula halus |
90g gula halus• 2 biji telur saiz A |
4 biji telur A• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Harap gambar2 n penerangan nih dapat membantu,jika ada soalan meh taburkan kat petak komen..kalo aku takleh jawab kot2 kawan2 lain leh jawab..
SELAMAT MENCUBA..!
*entri ini akan diupdate jika ada info yang ingin diketengahkan atau link2 kawan2 yang sudah mencubanya..tq!