Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Ribena Soda Berlaici.. minuman menyegarkan!

Assalamualaikum..

Panas sungguh cuaca sekarang ni kan.. Kalau pagi2 tu pukul 7.30 dah mula terik dah..huhu.
Di samping banyakkan minum air kosong,tercari2 juga minuman berperisa dan terasa segar untuk melegakan tekak.huhuu..

Resepi main letak jer..akceli my hb nyer idea yang tercetus setelah beliau minum kat satu restoran tu lepas tu buat ler sendiri..dah buat sendiri dan menepati citarasa tu.harus laa puji sendiri dan promosi kat isteri dia ni kan..heehee

Kemudian,baru2 ni masa jalan2 kat myr,aku terlihat ada yang share resepi nih..sila rujuk SINI.. ikut la mana2 senang nak refer yer.. :)
Aku ikut main letak jer sebab kena adjust ikut kemanisan masing2 lah yer..thanks to my laling sebab share.. ^_^

AIR RIBENA SODA BERLAICI
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2: 1 gelas besar

Ribena -dalam 1 sudu besar
Air aiskrim Soda- 1 cawan
1 sudu besar syrup laici dan beberapa biji buahnya(yg dalam tin tu)
Ais kiub secukupnya
Air kosong(tambah sedikit jika tak suka terlalu manis)

CARA:
Letakkan buah laici atau longan bersama syrupnya sekali.Tuangkan air aiskrim soda ,tambahkan sedikit air jika tak suka manis. Tuangkan ribena perlahan2 dari tepi gelas untuk membentuk lapisan. Akhir skali,bubuh ais perlahan2..
Kacau sebati dan sedia untuk di minum..selamat mencuba!

Segar oh rasa air ni sampai ke tekak..!sesuai gak untuk minuman berbuka puasa.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 10, 2011

Pop Ice - Vanilla Blue

Assalamualaikum!

Hai..hai..hee..~
Nih entri sesaja laa ni..
maklum laa sekarang ni masih malas2 kambeng nak ngentri...ikut suke aku je kata kambeng tu malas..macam besh jer bila Zhariff ajak golek2..ahak..
Ada ke zhariff ajak? Ye laa,,dah dia taknak tido dalam buai..pastu letak atas katil dia taknak jugak..pastu baringkan atas katil dalam bilik dan nak jugak aku baring sekali baru dia nak lelap..
Tu umpama mengajak laa tuu..haha.. buleh yer aku guna alasan ni untuk tido siang..ishh..tak baik tido siang puasa2 nih..aheh...kalo terlelap gak,terrrtido laa tu kannn

Eh!Korang pernah dengar ke pop ice nih? Femes kan menatang nih..
Kalau orang jual biasa dapat laa Rm2 segelas(gelas minuman shake tu)..ada juga yang jual rm2.50 kalau ada ice cream topping nya..

Kalau bulan puasa ni,memang makin ramai lak orang menjualnya..korang kalau nak best kena laa buat sendiri..kalau beli yang dah siap2 buat tu disamping ais dah mencair,ia juga mahal..
Kadang2 orang jual rm1 sebungkus yang belum dibuat minuman ni haa..aritu kitorang dapat beli Rm0.50 sebungkus..weeee~~ murah2..
Kalau kat pasar serikin lagii murahh kann..ala,pasar serikin kat Kuching nun.

Tapi kitorang beli tu pun takde laa beria sangat hari2 nak minum kan..tapi yang pastinya best la buat sendiri..buleh ejas sendiri nak letak apa yang lebih,atau nak kurangkan apa kannn.. ^_^

Nak buat pun mesti semua orang tahu..belakang peket ader maaa...
Aku pun baru perasan..haha..sebelum ni tak nampak pun..katanya ia juga boleh dihidang panas..
tapi aku rasa lebih sesuai laa buat shake/smoothie gini..ke,sebab dah biasa dihidang gitu dari dulu?Best ko!sejukkk2 gitu dengan perisanya yang sedap!

Cara nak buatnya tu,cuma masukkan ais kiub(buh semua laa sepapan ais kiub tu ha)..lepas tu tuang serbuk pop ice,tuang air sehingga separuh dari paras ais kiub tu..lepas tu buh gula sikit-dalam 1 sudu makan(boleh jer nak buh susu pekat sepenuhnya tapi rasa susu yang lebih kang,pastu kaler pun putih jer lebih)..dan lepas tu buh dalam 1-2 sudu susu pekat,dan susu cair secukupnya..dalam 1/4 cawan ke..lebih sket pun takpe..
Lepas tu,tutup blender dan Trrrrrr.....stop jap..trrrrrr lagik..sampai tekstur pop ice tu halus mulus..

Hiaskan dengan aiskrim..dan sedia untuk dinikmati...yummmyyy!!

Dalam banyak perisa,yang ni antara yang sedap laa pada kitorang..kaler pun cam best jer kan..ahaks..
Aku baru nak try yang yogurt stoberi..sebelum ni tak jumpa pun..hehe


Updated:
Ni laa rupa bungkusan pop ice tu..sebungkus tu biasanya untuk 1 hidangan(1 gelas shake tu..) Kalau nak jimat buleh gak..buat 2 peket untuk 3 hidangan..pepandai laa ejas ais, gula dan susu nyaa..hehe

Ada banyak perisa sebenarnya..tapi yang jual aritu tak banyak stok ..cepat jer abis gamaknya..memasing reti buat sendiri kat umah.huhu..
Kot2 korang jumpa leh laa try beli.. kat sini kalau bulan ramadhan jer ada gerai jual ni...hari biasa ada gak kot..tak perasan lak..hehe..kat kampung nun ade jer..kalo masih ada ler..ehe..macam dah lama tak balik kampung..tskk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 16, 2011

Oreo Milk Shake..layann..

Selamat berhujung minggu..cam senyap jer dunia blog hujung2 minggu nih kan..masing2 sibuk dengan urusan yer..takpe2,kite tetap bersiaran walaupun dengan gerak perlahan..ehe..
Dah makan tengah hari tadi yer? Meh laa layan minuman sejuk lak..cuaca pun kembali terik tu setelah mendung n hujan tadi..

Sekali sekala melayan tekak dengan minuman sejuk2 gini best jugak kan..
Penggemar aiskrim atau minuman jenis shake mesti suka nih..kalau nak kurang manis, jangan buh inti biskut tu sekali yer..kalau tak pun,buh separuh jer ke..ikut suka selera masing2 jer.. ;)

Oreo Milkshake
By:HaSue

Bahan2:
10 keping biskut oreo
250ml susu segar
7-8 scoop aiskrim perisa vanilla
Coklat chips secukupnya sebagai hiasan
Whipped cream/aiskrim vanilla sebagai hiasan

Cara2:
Masukkan biskut oreo,susu segar dan aiskrim vanila ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Tuangkan ke dalam gelas/bekas sesuai dan hiaskan dengan aiskrim/whipped cream dan coklat chips secukupnya. Selamat mencuba!

Mai secawan segelas!yummyy.. ^_^

Happy weekend!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 11, 2011

Jagung Kukus(sweet corn) Dan Air Kelapa Muda..Ohh!! ;P

Assalamualaikum...
Dah menjengah ke minggu baru laa pulak kan..aihh dan 11hb Julai lak tu.. selamat hari lahir pada mereka yang sambut besday arini..

Pagi tadi korang sarapan apa? Aku nih saja nak menayang menu sarapan yang sedikit berbeza dari kebiasaanku..biasanya layan mende alah ni sebelah tengah hari ke,petang ke..tak pun malam...jarang je menelannya waktu pagi.hee..

Jagung ni selain dibakar,direbus..aku suka juga ia dikukus gini..yang macam dijual tuuu kan kan.. Kalau kat Miri nun biasa tengok orang jual kat imperiall mall,parkson tuu..
Sebekas rm2.50..ermm..ok laa jugak kan..mungkin dalam 1-2 biji jagung agaknya tu.
Kalau ikut harga jagung sekarang ni pun 1 tongkol dah rm1..ke dah naik harga lagi? Sila lah bercucuk tanam ye puan2..hehe

Ni jagung hasil tanaman kat belakang umah ni.. bukan aku yang tanam..aku tolong tengok ia membesar jer.pastu tolong makan. heh..rajin2..


Jagung yang baru masak,segera dimasukkan garam dan marjerinnya..

Oklah,jom buat jagung kukus..nak letak resepi jugak ke ek?eh letak jelah..

Jagung Kukus
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

6 tongkol jagung manis segar(boleh juga guna yg frozen beli kat supermarket bahagian sejuk beku)
1 sudu besar marjerin/mentega
1/2 sudu teh garam halus-atau secukup rasa

Cara2:

Mula2,panaskan pengukus...lepas tu kupas jagung n kerat dari tongkolnya..buh dalam loyang ke atau bekas tahan panas..
Kukus selama 20-30 minit. Jagung segar lebih mudah masak berbanding jagung frozen..
Dah benar2 masak(lembut), taburkan garam dan masukkan marjerin
Kacau agar sekata dan sedia untuk dimakan.

Boleh laa buh dalam cawan gini..ala2 dibeli laa jugak kan..hehe..

Jagung yang manis dan sedikit lemak masin memang sedap dimakan ketika masih panas2/suam2... aku kalo nampak orang jual macam harus je nak beli.hee..harus cukup rasa baru sedap!


Beralih kepada menu minuman pula.. kalau suka minuman jenis bersusu dan suka kelapa muda,anda pasti suka menu ini..
Rupa gambar x seberapa tapi bila merasainya..lupa jap korang duk negara mana..hehe*melampau2 laa tu

Air kelapa muda bersusu..nama glamernya milky young coconut ek?
Dulu pernah beli 1 gelas saiz kecik sket dari gelas kertas pasar malam tu rm2.50 ke 3 hengget..lupa lak..tapi teringin nak minum punya pasal..beli juga laa kan walaupun air kelapanya dah cair sangat jer rasa.huhu.. buat sendiri kan best!
Ohh..nak best lagi,buat separuh beku,kasi blend dengan isi mudanya sekali..resepi mudah jer,air kelapa muda tu tambahkan susu cair,gula dan kacau/blend..buh ais tau..sedapp!


Menyegarkan di saat2 dahaga nih..air kelapa muda..uhh!
Kat sini pukul 8.30 dah terik dah panasnya..kul 9 dah boleh angkat kain yang dijemur..kalau yang dijemur tu jenis kain nipis la..hehe..

Apa lagi? Jom minum!!! Eh korang jamu mata je laa, kan..macam tak biasa lak..hekhek :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 8, 2011

Resepi: Watermelon Smoothie ..Besttt!!

Salam Jumaat yang mulia.
Baca status Kak Nor kat FB tadi katanya blogspot ada problem lagi nak sign in yer.. ni aku tadi masih page edit post..duk merefresh jer dari tadi sebab dari petang semalam tenet kembali mereng dan bergerak perlahan juga tersekat2 di jalan2 utama.eh.
Jadi aku berserah jelah kalo terpublish post ni maknanya belum sampai ke sarawak lagi laa agaknya problem tu..lately blogspot memang selalu bagi cuti paksa kat blogger kan..maklum la makin sehari blogger makin meriah..kadang2 blogspot jammed kot.hehe..

Jadi tanpa buang masa lagi,ayuh kita lihat menu berbentuk minuman yang menyegarkan dan wajib korang cuba kalau belum cuba..aku pun menyesal jer tak cuba dari dulu walaupun dari dulu dah nak cuba cuma tak tercuba2 juga..
Lagipun aku nih penggemar minuman jenis kultur,seperti jenis yogurt dan vitagen tu semua laa.. bila dapat minum perisa tembikai ni..best sangat2..ulang suara, taip,best sangat2!!!

Resepi nih dah raaamaiii rakan2 blogger yang cuba sendiri,dan semua suka..sebab memang nyamann je tekak minumnya..Eh!wajib buh dalam senarai menu berbuka di bulan puasa nih...
Terima kasih kak Yani yang share resepi nih n pada kawan2 yang sebarkannya resepi nih melalui blog masing2 yer..tq2
Meh share dengan korang yang belum cuba lak.. ;)

Oh ye,tang yogurt tu aku tak accurate sangat,buh lebih sket..pastu titikkan sikit kaler pink untuk warna lebih menyerlah..heee~

Watermelon Smoothie

Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
Sedia utk diminum :)

Korang amik sorang segelas..
sapa lambat tak dapat..hee~ saja aku tak isi penuh2 nak bagi nampak tembikai lep u lep mi..hihi..


Yang nih aku punyerr..versi tamak tak hengatt..ahahak..

Jemput minummm..hmmmm..ahhhh...(guna straw ye)nyamannnn dan segarrr sekali!!
Selamat mencuba.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 29, 2011

Sirap Bandung Aiskrim Soda Ala2 Unclepali

Mesti ramai yang berpuasa hari ni kan..selamat berpuasa bagi yang berpuasa ya..kite2 yang dapat cuti2 wanita nih rasa rugi juga tak dapat berpuasa di hari yang dimuliakan nih.huhu..takpelah,takde rezeki nak wat camner kan.

Kot2 korang takde idea nak buat air apa untuk membasahkan tekak masa berbuka karang,cuba korang buat air bandung aiskrim soda cara suami Kjee yang femes tuh..
Aku buat aritu dah ni..tak nyempat2 nak post entrinya..
Memandangkan takde sukatan,kiranya ikut tekak masing2 jelah..aku buat mula2,segelas..kemain mewah buih cam kjee punya bandung tu..
Pastu buat lagi nak snap gambo,nak tak nak je buihnya..ahaha...

Sedap wehhh..aku guna sirap ceri. Pada tekak aku n suami ler,sirap ceri nih best buat air bandung..

Untuk panduan resepi,aku copy paste laa ayat kjee kat entri dia ek..sila rujuk SINI(klik)

"Apabila dimintak resipi Sirap Bandung ini, Unclepali kata tak sampai 1 botol aiskrim soda, susu cair 1 tin dan sirap ikut suka. Masuk semua bahan2 tadi dalam jag bersama ais dan goncang sampai berbuih. Hah? Ya itulah cara Unclepali. Nanti tanya lebih2 kena marah. Hehehe.

Cuba adjust sendiri lah ye. "


Haaa..amik. Sebenarnya kalo kat umah ni,part air cik abang aku lebih expert..sama cam kjee juga,suami dia yang lagi terer bab buat2 air spesel nih..agaknya idea orang lelaki lebih berani campur itu ini laa kan kan..hehe..

Apa2pun terima kasih buat kakjee dan unclepali sebab kongsi cara2 nak buat air sirap bandung yang sedap nih.. siap berbuih2 lagi..tengok buih sirap unclepali lagi mewah tu..hehe

Sejuk dan nyaman jer lalu kat tekak..hmmmph!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 17, 2011

Wheatgrass Susu

Salam Jumaat.
Fuhh..lewat petang baru nak update blog!
Di samping terkedek2 merefresh page2 yang macam tak sedar diri tenet slow sampai bukak banyak sekali kan,aku hari ni membizikan diri dengan keja2 jarang aku buat,ada laa..barang sampai semalam..nak tunggu orang pasang,ntah bila kan..jadi kitorang godek2 sendiri..takpe la,tu tak penting..yang penting,ia tak siap2 lagi.haha..
Lepas nih nak main badminton jap..kuarkan peluh banyak2 sket..bakar lemak2 yang semakin bersukaria tu kan. Kang kalo dibiarkan kompom lemak2 tu mohon i.c nak jadi rakyat tetap dalam badan aku nih.ah!tak kuasa nak ternak lama2..makin lama makin beranak pinak lak nanti. huhu..
Lagipun leh tajamkan skill main badminton kan?Sapa nak challenge tengok?*ayat berlagak..padahal pukul pun tak berapa kena..kakaka

Dah letih2 tu,harus laa cari sesuatu untuk menyejukkan tekak..camne la nak cepat kurus kan..dah berpeluh2 nak pulak minum yang sejuk2 aje..
Lahai,kesian...minum air rumput lak yer..ehh..ni rumput bukan sebarang rumput,tapi rumput yang boleh minum punye..hikhik..

Kalo korang nak tahu, ini adalah antara minuman peberet aku semenjak aku diperkenalkan errm..5,6 tahun lepas dah kot..kat satu restoran tu. eh?korang tak nak tau ye tadi?takpe laa ek,aku dah terbagitau tuh..
Since tu memang tak sibuk nak buat sendiri...terasa nak minum je gi situ.. bila dah kena campak(pindah) jauh2 ni baru tercari2 camne ghupa wheatgrass ni kan..
Banyak brand jugak laa aku dah try termasuk yang botol siap2 nak minum dah tu..alah,tak sedap!*ayat eksen

Pastu beberapa bulan lepas aku jumpa brand yang aku guna sekarang nih..*cam ayat iklan pun ada kan..
kira kamikaze jelah beli kan,sebab suka2 nak try kot2 sedap..pernah beli perisa anggur memang best!
Bila dah try,alala...akuk sukak! sedappp..cam kat restoran dolu2 tu laa rasanya..pastu ikut suka je nak letak banyak mana pati wheatgrass+alfafa+pandan nih kan..

Cara buatnya cam biasa jer,buh pati wheatgrass tu,pastu buh susu sejat..pastu buh air dan ketulan ais..atau guna air sejuk siap2..ia sesuai dihidang sejuk..kalo suam2 panas kurang sket laa..ehe..

Rasa dier nih aku suke banget! Korang kalo aku nak datang umah siap2 laa air wheatgrass ni,aku tak tolak punya..ahahak..muke tak malu kan,mintak air kat umah orang..siap request lagik. Jangan layan sangat..kang diberi segelas,nak satu jug..
Tapi serius,aku suka air nih..kalo korang tak suke,sila buat2 suke..hehe..khasiat dier kalo tak silap aku laa..untuk sejukkan badan gitu..aku pun tak study sangat khasiat dier..korang leh laa google sendiri yer..tapi rasa dier memang best la ke tekak aku. eh,macam banyak sangat dah aku promot nih.heh.nak wat camne kan,dah best betul..kalo ada produk lebih best dari nih nanti aku update lagik.hee

Ni laa brand yang aku gunakan..so far ada yang sebelum ni iras2 gini gak botolnya tapi brand lain...cair je,harus letak banyak baru best..yang ni takyah letak gula dah..manisnya tak manis sangat..pekat gitu..kire berbaloi laa membeli...

Korang pernah try minum air wheatgrass ni tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 15, 2011

Double Chocolate Shake

Cubalah minuman sejuk yang amat sedap double sedap perisa coklat nih..resepi mudah ni dialihbahasa dari periplus mini cookbooks.
Bagi yang sedang berpuasa tu minta maaf laa yer..ni pun buat aritu..dan beberapa kali dah buat.hee..
Cuma yang amik gamba nih masa stok susu coklat tak berapa cukup,campurkan dengan susu segar biasa sket..tetap mantopppp.plus, aku wat susu tu separuh beku sebahagian daripadanya sebelum kisar dengan aiskrim..dah selalu buat takyah laa sukat2..hehe
Teringat dolu2 kat KFC ada minuman shake kan..sekarang dah takde..nape tah..wat sendiri jelah..

DOUBLE CHOCOLATE SHAKE
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Kisar 1 cawan(250ml) susu coklat sejuk bersama 4 scoop ice cream perisa coklat di dalam pengisar sehingga halus.
Tuangkan di dalam gelas dan hiaskan dengan coklat yang diparut.
Sedia untuk dinikmati..selamat mencuba!

Ahhhhh..nyaman jer lalu kat tekak di musim2 panas nih!masih terasa2 jer ni ha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 17, 2011

Ice Lemon Tea

Tengah2 hari nih sedap aje minum teh lemon ais ni haa..
Bukan susah nak buat pun,ini pun kebetulan ada baki air teh o untuk sarapan pagi tadi..
Simpan dalam peti ais..tak letak dalam peti ais pun takpe sebab nanti nak buh ais jugak kan..

Nak resepi gak ke? haha..simple2 ni mesti semua dah gheti buat kan.. ;)

Ahhhh...lega tekak aihh..baru boleh sambung kerja balik.. :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 18, 2010

Sirap Ceri Bandung Cincau

Salam petang semua..baru dapat online secara molek petang ni..pagi tadi line tenet ntah hape2....huhu..Oklah..rasanya semua dah biasa buat air bandung cincau nih kan..cumanya aku tak guna sirap ros,tapi ceri(biasa guna cap 3 diamonds)..bandung yg dihasilkan dari sirap ceri ada kelainan dari segi rasa dan hubby lebih suka rasa bandung ceri berbanding bandung ros..lagi satu aku guna cincau minuman yg dah siap tu..maksudnya yg dalam tin tu haa..heheee..tambah susu pekat sket,susu sejat dan sirap ceri..pastu tambahkan sedikit air untuk seimbangkan manisnya...dah siap...letak ais untuk minuman yg sejuk menyamankan tekak..

Oh ya...minuman cincau dalam tin tu juga kalo susu pekat,susu sejat n sedikit air+ais pun dah sedap..ala2 rasa air cendol tanpa cendol..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 3, 2010

Milo Shake / Smoothie

Cuaca panas biasanya alasan terbaik kita nak menikmati minuman yang sejuk2 dan berais. Selain tu,nak puaskan tekak yg dahaga setelah sehari penuh berpuasa pun ada jugak kan..hehe..
Selalu juga buat minuman ni terutama rasa nak minum sesuatu yg rasa milky,chocolaty n yummy..
Kalau nak gantikan milo dengan susu segar coklat pun sedap juga..tak payah tambah air sejuk dah..

Nak gelas besar ke gelas tinggi?hehe...

Bahan2:(2 gelas)
1/2 cawan Milo
1/4 Susu pekat
1/4 Susu cair
1/2 whipping cream(boleh letak lebih)
1 1/2 cawan air sejuk
ketulan ais(guna 1 blok ais kiub)

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga pekat(ais hancur sepenuhnya).
Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan dengan whipped cream jika suka

Bahan2 boleh kurangkan atau tambah ikut citarasa..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 3, 2010

Air Samboi Kasturi

Memandangkan sekolah anak2 cuti Isnin nih,hari nih kalo takde aral melintang nak coti2 ke Sibu lak....salah satu bandar kat sarawak..walaupun org sarawak,kalo xde tujuan ke cuti2 ke..malas gak nak gi bandar ke bandar nih.. Bintulu misalnya mungkin akan singgah jer sebab dalam perjalanan balik kampung memang lalu area bintulu..sibu ni arah bertentangan,yakni(cewah bahasa kemain) menghala ke kuching..kiranya antara miri n kuching,mukah nih duk tgh2 ler..

Oklah.bercerita mengenai air yg sedang berposing anggun..hehe...
Air asamboi dengan jus limau kasturi nih..memang oltaim peberet ler..
Teringat masa gi camping pengakap masa sekolah form 3..ada pulak orang duk menjual air nih kat luar simpang kawasan perkhemahan...sebungkus 50sen..satu hari 2,3 kali ulang alik beli air nih...sampai 2,3 bungkus.....habis satu aktiviti,gi minum..rasa dahaga gi minum.. last2,sampai serak suara woo..hahaha..sampai sekarang xleh lupa..rupanya ada efek juga kalo minum amat byk sekaligus..hehehe..tapi kan,sebab nyamannnn jek tekak merasa masam2 manisnya,memang berbaloi lah!
Kalau bulan puasa,ia juga menjadi menu pilihan..

Oklah,memandangkan ada jugak yg lum pernah buat air nih..tepek jugak resepi kat sini eh..
Sukatan tu kena adjust sendiri yer..kalo nak lebih manis ke,buh gula lebih..nak lebih masam,buh limau lebih..kalo asamboi tuh jenis dah masin gitu(sebab kdg2 ada gak yg masin sedang jek,x perlu letak garam dah)..


Bahan2:
  • Jus limau kasturi
  • Asamboi merah
  • Gula
  • secubit garam(jika perlu)
  • Air secukupnya
  • ketulan Ais
Cara:
  1. Dalam gelas/jug,masukkan asamboi(kalo nak cepat tmbh sedikit air pns),jus limau kasturi,garam dan gula. Tambah air dan kacau sehingga gula hancur. Tambah ketulan ais dan sedia untuk diminum..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 8, 2010

Lychee Smoothie

Selamat petang semua..hehe..dah makan lum?? kalo dah makan meh minum lakk...

Sekarang ni memang cuaca panas jer kan..kalo cuaca panas nak je tekak ni dilalukan dengan air sejuk2..hehe..
Jom buat smoothie lak..kali nih kita skodeng dapur love2cook..thanks love!

Bahan-bahan ( 2 gelas )

* 15 buah laici dlm tin (laici fresh pun okey)
* 250ml susu segar
* 100ml susu cair
* 1.5 sb susu pekat
* 200ml air laici dlm tin
* Ketulan ais

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kedlm blender. Blend hingga halus.
2. Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan ais. Sedia diminum!
3. Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. ;) Selamat mencuba!

Yang ni tambah aiskrim vanilla..ermmmm..emmmm.. yummyyy!
Jom minummm..!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 1, 2010

Teh C Peng

Dah lama rasanya teh c peng menjadi minuman peberet aku.. dulu2 minum kat kedai minuman nih laa menjadi pilihan diperkenalkan hero masa tuh...sekarang nih lebih suka order teh c peng special..yang special nih letak gini ler...either letak gula apong,atau pati pandan atau pati wheatgrass pun ada rasanya..memang sedap!

Tapi semenjak aku dah tahu teh yang kat kedai tu bukan guna teh uncang,aku buat sendiri jer kat umah kalo teringin...sebelum jumpa teh yang betul2 cam kat kedai tu,pelbagai jenis teh kitorang try.. seronok mencuba nie.. bila dah jumpa yang kena selera,1 gelas super besar leh abis sorang2..tapi bukan selalu lerrr....dan harus amat dahaga laa masa tu...baru minum x hengat dunia jap...pastu letak sedikitt garam untuk menambah rasa lemak dalam teh tu....bertambah2 laa koleksi lemak dalam badan kan!hahaha...

Apa2pun tima kasih kat Jiya pengembala kambeng yang rajin kongsi resepi nih...aku cuma add garam sket sebab dah biasa..salin dari myR je...thanks Jiya..pokkk montot kambeng skali!

Bahan-bahan ( - )
  • Teh Pekat
  • Susu Cair
  • Gula melaka pekat (kali ni sue guna gula apong)
  • ketulan ais
  • secubit garam (untuk rasa lemak)
Cara-cara
  1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
  2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
  3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²...
  4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!
Jangan lupa kacau sebati sebelum minum yerr...hehehe...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 12, 2010

Sirap Ros Kasturi

Minta maaf sangat2 sebab tak tereply mesej yang kawan2 tinggalkan kat rumahku ni...
Macam biasa,kalau jarang2 jer reply tu memang masalah tenet amat lembap ler sebabnya.
Pastu kalo nampak aku berkunjung kat umah orang tapi tak sempat ke rumah korang jangan kecik ati yer...bukan sebab pilih bulu tau..cuma keadaan tak mengizinkan..huuu...

Trima kasih sebab sudi berkunjung datang yer.. ni ada buat air untuk pengunjung blog ni haa.meh laa minum untuk membasahkan tekak tu..

Kalau tak nak minum kat sini,gi wat sendiri yek...mekasih kat kak fida yang masih belum muncul2 :) harap beliau dalm keadaan sihat hendaknya..

Bahan-bahan ( 1 jug )
  • 2-3 cawan sirap ros/ros cordial
  • 1 jug air masak
  • 10 biji limau kasturi - belah dua
  • ketulan ais secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan sirap ros dan air masak secukupnya ke dalam jug. Perah dan tapis jus limau ke dalam jug.Masukkan kulit limau ke dalam campuran sirap jika suka.
  2. Bubuh beberapa ketul ais di dalam gelas dan tuang sirap ros kasturi.Sedia untuk diminum.
  3. ***Jika sirap ingin disimpan untuk beberapa hari dlm peti ais,sebaik2nya kulit limau jangan dicampur nanti sirap jadi pahit... :)Nyaman diminum sejuk2 nih.biar tekak menggigil sket..haaa,jemput minum yer..lepas minum tengah hari kang minum petang lak..ehehe...
Lepas ni nak cuba jenjalan dari rumah ke rumah....nak balas2 klik2 n sebagainya...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 13, 2009

Mango Spin

Sekarang nih ngah musim mangga ke?
Hari tu balik kampung beli mangga banyak gak..borong gitu..
Apa lagi,anak beranak suka makan..memang puas hati dapat melantak makan mangga manis nih..
Tapi yang aku buat mango spin nih bukan yg beli dr kampung hari tu...tapi beli kat pasar tamu beberapa hari lepas..buahnya pun dari jenis yang berbeza...
Lama dah nak try mango spin nih...sibbaik x spinning terus..hehe

Resepi dari kak fida..tq kak.. :)

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1 biji mangga manis - ambil isinya
  • 1 gelas ice cream soda
  • 1 gelas susu segar atau susu cair
  • ketulan ais secukupnya.
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan segera dinikmati.
Emmm..enak sekali diminum sejuk di kala cuaca panas..sejuk jek kat tekak... mai secewenn... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 10, 2009

Air Limau Nipis

Jus limau dengan air limau nipis ader beza kan?
Ke sama jer?ada kan?ada tak?ehe...cube fikir2kan...hehe
Pernah dengar tak air limau nipis baik untuk kempiskan perut dan membuang lemak2 di badan?
Antara petuanya, campurkan jus limau nipis dengan kapur sirih...sapu pada bahagian berlemak..kena amalkan selalu laa...jangan sekali buat, tak berhasil korang salahkan petua pulak.hahak..
Sesuai untuk wanita lepas bersalin,sebelum pakai bengkung..
Sila betulkan kalau info nih salah yek..

Pernah juga baca satu lagi petua, jus limau nipis dibekukan kat kiub ais ..
Bila nak minum air kosong,letakkan seketul ais kiub limau tadi..
Baik untuk diamalkan,juga untuk memecahkan lemak..

Air limau ni sedap sebab rasanya berbeza dari lemon,limau kasturi dan limau2 yg seangkatan dengannya..pun begitu limau lain juga memang sedap dibuat air minuman
Kalau tahan masam,adalah lebih baik tak payah letak gula langsung...
Tapi kalau nak sedap sket..letak laa gula dan secubit garam..kalau tak suka gak,minum perah terus dalam mulut..lagi asli...ahehe...

Bahan2:
  • Limau Nipis
  • Gula
  • Secubit garam
  • Air kosong
  • Ais kiub(kalau nak hidangan sejuk)
Cara:
  1. Perah limau nipis,bubuh gula ikut citarasa,secubit garam dan tuangkan air kosong..
  2. Kacau...sedia untuk diminum...
Aikk...tuh pun nak bagi resepi ke?aheh...saja jek merajinkan diri sebab seharian nih buat sekali lagi tenet wat hal...
Kenapa laa takleh connect jer sehari 2 nih..jangan la esok hari ke 3 nya...huhu

Berbalik kepada petua di atas, terpulang la nak caya ke tak yer.. hanya nak kongsi pengalaman dari pembacaan..

*Lama tak minum air limau,nengok umah kak hazila aritu teringin yg meluap2..dah beberapa hari minum air limau nih...

P/s: Maaf yer kalau terlambat reply komen n3 dan mesej cbox...dah tenet ok sepenuhnya nanti kite buat sumer yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 14, 2009

Soya Bean Asli

Sebelum nih bila buat air soya bean sendiri letak gula jer..
Bila letak susu gini memang lagi sedap dan lemak berkrim lak rasanya..hehe
Sapa2 lum pernah cuba,try lah resepi nih..pasti tak mengecewakan..
Nih pun gara2 nak abiskan stok tepung susu..

Resepi kopipes dari myr..thanks princessharyati /kak yatt

Bahan2:
  • 250gm Soya bean
  • 1 cawan susu tepung
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
Cara2:
  1. Rendam kacang soya bean lebih kurang 4-5 jam. Toskan soya bean, kemudian rebus sehingga 20-30 minit. Toskan lagi. Masukan soya bean dan 2 cawan air ke dalam blender yang ada pengisar sekali penapis utk soya bean. Blend hingga soga bean habis..
  2. Air hendaklah letak sedikit demi sedikit dalam blender agar dpt pati yang asli. Selepas itu masukkan pati soya ke dalam peruk masak dgn gula + susu tepung yang dicairkan terlebih dahulu dgn sedikit air serta susu pekat. Lebih kurang 10-15 minit angkat... Boleh di minum secara panas dan sejuk.. rasakan keaslian air pati soya bean.

    Lepas sejuk tuh, aku blender lagi dengan sedikit ais sebelum dituang ke dalam gelas..hmmm..sedap diminum sejuk..
P/s: Guna blender biasa jer..sebab takde blender luar biasa tuh..huhu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 17, 2009

Air Kausar / Barli Selasih

Nih pun wajib gak buat tiap kali bulan ramadhan tiap tahun.errr,baru beberapa tahun laa buat sendiri sebab baru tahu resepi nih masa tuh.selalu beli jer. Pelik gak camner laa air selasih leh sedap gini...aromanya tuh memang best sangat2.kalau masa lapar dahaga.memang makin dahaga dibuatnya..selagi lum minum.hehe

Sesiapa yang biasa gi ke bazaar ramadhan kat Miri mesti biasa jumpa air nih..
Sepeket diorang jual rm2..untuk 2 orang je kot...heheh...
Masa gi bazaar ramadhan kat Mukah tempoh hari,tak jumpa pulak orang jualnya..err,atau aku yg tak perasan.aheh..
Bukan nak beli pun..saja jek survey apa yang ada kat tempat orang kan.hik hik...

Bahan2:
  • Bes minuman berperisa barli
  • Susu pekat
  • Susu cair/sejat
  • Gula secukupnya(bes minuman nih tak manis langsung)
  • Biji selasih
  • Air secukupnya
  • Ketulan ais
Cara2:
  1. Biji selasih direndam di dalam gelas seketika dengan air panas sehingga kembang(gambar di atas
  2. Tambahkan bes minuman berperisa bali,susu pekat,susu sejat dan air secukupnya.
  3. Kacau sebati dan tambahkan ketulan ais. Sedia untuk diminum

Hah.nih laa jenama TAMIN yang aku guna tuh..nak abis dah pun..hik hik.siap ngan tanda harga lagi tuh..ada jumpa kat kedai lain tuh jenis yang cair..bukan yang itu yer.tapi yang pekat nih..
Kalau guna barli biasa boleh gak,tapi xyah laa letak gula kot sebab dah manis...
Selamat mencuba yer.pada sesapa yg nak mencuba.. :)

P/s:resepi yg sama dah share kat myr..tp myr macam biasa susah nak bukak dekat2 nak raya nih.so xleh nak bg link.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 15, 2009

Air Cincau Susu

Tak jumpa cendol(sebab malas buat sendiri),buat air cincau susu pun jadilah...ada iras2 air cendol laa jugak kan...Kalo nak sedap tambah laa jagung dalam tin,sagu ke..ikut suka..nih basic jer ek...
Memang besh jer minum nih masa dahaga..

Bahan2:
  • 1 tin air cincau(apa2 brand)
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 4- sudu susu sejat(lebih pun takpa)
  • Air sejuk secukupnya(bergantung saiz gelas)
  • Ais batu
  • >boleh tambah bahan lain seperti-jagung manis,sagu(yg dah direbus sampai jernih)
Cara2:
  • Tuangkan susu pekat,susu cair dan air cincau.
  • Tambahkan air secukupnya dan kacau.
  • Bubuh ais dan sedia untuk diminum
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...