Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Juadah Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Juadah Hari Raya. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Hari ni nak share satu lagi resepi kek kukus Sarawak,resepi ni dapat dari kakak ipar dulu dah..beberapa tahun lepas..tapi baru 1st time buat sendiri..dulu merasa yang dia buat jer..hehe. Macam biasa laa dah buat sendiri tu pepandai jer adjust mana2 yang nak ditambah atau dikurang bahannya tapi tidak menjejaskan resepi asal..insyaallah..
Penggunaan cream cheese dalam kek sarawak boleh dikatakan baru juga..dulu2 zaman 80an dan 90an belum dikomersialkan lagi agaknya..

Kek ni,walaupun gah menggunakan nama cream cheese tapi rasa kek tidak semata2 perisa cream cheese seperti kek2 biasa tu yer..terutama kek keju non bake mesti rasa cream cheese yg kuat kan..kek ni masih mengekalkan ciri2 kek sarawak yang tetap ada rasa moist, pastu dalam setiap gigitan boleh rasa asam manisnya,coklat rice dan rasa lemak2 cream cheese sendiri..
Nak explain lebih2 pun tak reti,kena cuba sendiri baru tau tu..
Yang pastinya,kek nih pun ada penggemarnya tersendiri ketika dihidangkan sebagai juadah di hari raya..

Mengenai warnanya yang oren lak resepi asal memang dah gitu so malas lak rasa nak tukar warna tapi kalau korang nak tukar jadi kaler lain seperti kuning ke.. apa salahnya kan..
Di sini disertakan resepinya sekali bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri..

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya >hasue guna saiz sederhana
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder > hasue x letak
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
2 bungkus hawflakes(potong halus)
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Bila sudah masak,taburkan hawflakes yang sudah dipotong halus
  7. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  8. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  9. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  10. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir.
  11. Selamat mencuba!
Note: Macam biasa,jangan lupa kaedah mengukus yang betul iaitu pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus kek yer..

Maaf laa takde gamba yang dah dipotong kecik2..nih dah redi nak pack balik kampung hari tu..hehe..nak tengok gambar potong kecik2 leh refer entri sebelum ni ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 27, 2010

Kek Pandan Serikaya (Kukus)

Salah satu kek raya aku buat tahun nih.. kegemaran ramai juga ni..Kek ni tergolong dalam kek yg agak popular juga beberapa tahun dulu.. Ada yang ingat kek kek lumut sebab rupanya yg seakan sama tapi sebenarnya bahan2nya lain dan rasanya juga agak berbeza yer..kek lumut menggunakan tepung badam n nestum tapi yg ini mengandungi perisa horlicks dan kaya dengan rasa pandan..
Kek ni lagi sedap sebenarnya kalau guna serikaya pandan yg berwarna hijau tu tapi memandangkan ia agak sukar ditemui,guna serikaya biasa pun sudah memadai..

Cuba perhatikan warna pada kek kukus yang aku buat ni eh..
Sebelum ni pasti korang pernah dengar kek2 sarawak ni selalu dikukus berjam2 lamanya..tekstur dan warna pada kek kukus yg dikukus lama dan sekadar masak sahaja berbeza sebenarnya..
kek pandan ni..lebih lama dikukus hijaunya semakin tua..keknya lebih tahan lama tapi kelembapannya tetap maintain gitu..tapi kalau bercakap pasal tahan lama sekarang lebih senang dah ada peti sejuk...lepas sehari dah leh sumbat jer dalam aisbox..tahan berminggu2 kek2 kukus gini...cuma perlu bungkus jer dalam aluminium foil atau dalam bekas kedap udara..


Kek yang dipotong tu(gambar di atas ni) kek yang lebih sekejap kukusnya..warna masih hijau muda gitu..so kalau bertandang di hari raya tengok warna kek gini mungkin dia kukus kejap jer ek..hehe..
Kek lumut pun gini gak,sebab tu dinamakan kek lumut sebab warna lumut yg hijau tua..ehe

Oklah,untuk mereka yang ingin mencuba sendiri membuat kek ini di sini dikongsikan resepinya yer..resepi lama dah lama dalam simpanan,dari buku koleksi my sis kalo tak silap.. :)

Kek Pandan Serikaya
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana

Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
  2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
  3. Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
  4. Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
  5. Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba
Contoh pes pandan yg digunakan dalam resepi ini.. terdapat 2 saiz di pasaran.


Kek Sarawak kukus biasanya memang agak padat tapi lembut..bukan bantat yer.. ;)

Jika taknak kukus lama2,memadailah selama 1 setengah-2 jam sahaja tempoh mengukusnya..

P/s: Mungkin terdapat nama lain lagi bagi kek yg menggunakan bahan sama. Tak perlu keliru ya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 26, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua.. :)

Masih belum terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..minta maaf zahir batin jika selama berblogging nih pernah menyinggung perasaan mana2 pihak ke..
Lagi satu lama blog ni x berupdate sampai kad2 raya cyber tahun ni pun x tergantung2 langsung harap kawan2 x berkecil hati yer...
Sian yer lama2 lak hidang biskut sarang semut..lepas raya pun duk ngadap sarang semut lg..hihi

Sebenarnya semenjak bulan puasa dah mengalami masalah internet(yg semulajadi dah lembap) yg agak teruk dan semakin teruk semakin hampir raya..
Dah nak raya tu,hubby tukar guna broadband(mobile partner) yg kononnya lebih berdezup tapi tipah tertipu bang..langsung tak boleh view blog..yg dpt tembus cuma facebook jer..itupun dgn bersusah payah..huhuh..
Tak habis2 lg aku ngan masalah tenet yg lencun(bkn lembap dah) nih kan..harap satu hari nanti merasa juga internet laju berdezup haa..sekarang nih kesabaran sentiasa menjadi teman..hehe
Jadinya petang ini tadi nekad habis nak sambung balik broadband lama walaupun cap kuye2 tapi at least tembus juga laa ke blog ni kan..
Rindu banget aku ngan rakan2 blog..pengunjung blog..dan terharu juga bila tengok walaupun tak update ada gak lg yg rajin menjenguk..
Pastuh tengok lak ada new followers..gambar comel2 belaka..hehe..trm kasih sudi follow blog ini..insyaallah akan dikongsi sesuatu benda yg boleh kita manfaatkan bersama..

Jadinya untuk entri pertama di bulan syawal nih aku hidangkan uols dengan kek2 yg menjadi juadah di rumah MIL aku raya lepas..uik,bukan semua aku buat tu..hihih..yg aku buat yg itu..yg ituu...err,yg x berapa cantik tuh aku ler buat..ngeee... :P
insyaallah akan menyusul resepi yg ada yer...

Sekarang nih rasanya ramai yg sibuk buat open house..yg x buat tu pulak sibuk menghadiri undangan yer..jaga2 sikit makan tau,jangan naik berat badan tanpa diduga lak..kang sakit nak turunkan balik..hehee...(ni ingatkan diri sendiri jugak nih)

Buat mereka yg sudah mencuba resepi2 dr sini,ada tu siap minta izin atau maklumkan hasilnya setelah mencuba..semuanya dah dihalalkan dan semoga kena dengan selera masing2 yer..terima kasih buat kalian..
sebenarnya komen2 n mesej2 insyaallah akan dibaca cuma nak membalas ada masanya terlambat atau x berkesempatan gara2 masalah tenet nih..
Apa2pun semoga jalinan persahabatan di alam maya ini terus berpanjangan laa hendaknya..


P/s:Tahniah buat makyung2 yg sudah selamat melahirkan bayi2 comel..dan ada pulak yg sedang menanti hari semoga selamat segalanya tanpa sebarang kesulitan,insyaallah..aminn..

*Banyak benda betul aku nak cerita sampai x tau nak cerita yg mana dulu nih..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 2, 2010

Ketupat Pulut vs Kari Ayam Kampung n Kuah Kacang

Salam semua..bertemu lg kita.
Tahu tak lagu raya nostalgia yg intronya.."kini tiba masanya..berhari rayaaaa..." bila dengar lagu ni memang rasa raya habis jer..meremang bulu roma kalo time sunyi2..coz lagu dier menusuk jiwa raga tul. Terbayang juadah2 raya tu haa..apa2pun lagu raya yg menjadi pilihan semestinya yg nostalgia kan..agaknya sebab masa kecik2 dulu kita lebih rasa kemeriahan hari raya..

Entri kali ni mungkin panjang sket..saja merajinkan diri menaip..lepas geram sebenarnya..sesambil tunggu lagu raya kat sinarfm tapi takde jugak rupanya disiarkan pepagi buta nih..eheh
Semalam x entri sebab x tembus nak pegi ke 'create post'..betul,kalo dah tenet tenat..hanya yg pernah mengalami jer memahami.huhu..jeles tul tengok orang guna tenet laju berdezup.hehe..

Ketupat keris,bila dipotong2..iras2 lemang la rupanya..hehe

Ok,nak cerita lak..menu yg sedang posing ni projek masa cuti laa..ketupat pulut..
Kat semenanjung aku x sure laa ketupat guna pulut atau nasi biasa? Kak liza cakap guna beras biasa..kawan kakak ipar aku pun cakap gitu gak..betul laa agaknya ek?hehe.. kalo guna pulut untuk ketupat palas jer ek?

Mulanya projek nih..kira nak buat lemang 2nd round di bulan puasa cam aritu..tapi takde org jual buluh lak..yg ada orang jual pucuk nipah. Jadinya aku suggest kat cik abg,'apa kata,tak buat lemang kita buat ketupat..nak?'
Dia pun kata,"biar betul ni?" aku angkat2 kening..tanda sungguh2
Daun palas ada gak org jual tapi pendek2 so malas la nak beli..

Balik umah terus jer anyam ketupat sorang2 sebab cik abg kite tu tau nganyam sejenis ketupat jer..yg guna satu daun,tu pun kadang2 jadi,kadang2 tak jadi(sedap jer aku ngutuk laki aku ek)hihi..tak,betul ni..kadang2 kalau kita jarang2 nganyam ketupat ni memang gitu,dah sekali diajar kita akan buat menjadi..cuba buat lagi sekali..haa,mula laa tanya balik..'lepas ni macammana?','yg ni masuk mana?'
Taaaapiiii..yg itulah yg seronok n bagi meriah semasa proses menganyam beramai2 masa nak raya tu..kadang2 yg tak jadi ada yg senget(tak seimbang), lepas tu ada yg double line(x berselang seli) dan mcm2 rupa jer..last2 kang ada yg kata,'asalkan beras x kuar,sudah..'hehee..
Aku pun bukan reti anyam banyak jenis ketupat nih..dalam 5 jenis jer..tu pun yg 2 jenis tu ikut stail 'modified'..maknanya 2 jenis ketupat diubah menjadi ketupat yg berbeza bila ditukar bucunya.
Kat atas tu contoh gambar ketupat yg aku buat aritu..yg panjang tu ketupat keris,ada ketupat satay,ketupat ayam ke burung ke..ntah apa nama ketupat pun x sure..hii..
Ada lagi jenis2 ketupat aku x reti anyam seperti ketupat bawang,ketupat lepas dan lain2..nama ketupat mungkin berbeza ikut tempat masing2 yer..

Kalau kat umah mertua biasanya anyam ketupat guna pucuk kelapa..aromanya lebih istimewa..
Lagi satu,kat rumah mertua di hari raya,juadah ayam yg digandingkan dengan ketupat pulut ada 2 jenis..satu rendang ayam(kuah pekat) dan 1 lagi kari ayam cara kampung..

nih sebenarnya resepi mak mertuaku itew..memang ala2 kampung..best2. Dah share resepi sebelum nih rasanya..
dari mula2 kawin dulu dah jatuh cinta dengan kari beliau nih..kuahnya tak pekat melekat tapi tak ler cair sangat..rasanya amat istimewa..kalau betul cara masaknya.
Biasanya kari ni lebih laku dulu dari rendang..hehe..
Nih juga laa aku masak untuk gandingan ketupat aku baru2 ni..tu pun aku ikut stail mertua aku nih masak..dan yg ni memang guna ayam kampung asli..bukan ayam bandar..hehe

Kalau kat rumah kitorang lak,di pagi raya pertama menunya kari ayam gak..tp kari ayamnya stail agak pekat gitu..dan agak pedas..selain tu gandingan ketupat pulut biasanya ada pilihan daging masak hitam, kuah kacang, ayam/daging kurma..
Nasibbaik la masa raya boleh melantak dua2 rumah..haha

Di sini nak kongsi resepi ketupat pulut bagi yg ingin tak tahu..ni cara kitorang sini(sarawak) laa ek..mungkin sama mungkin tak..

Ketupat Pulut

Bahan2:
  • Sarung ketupat secukupnya(boleh anyam sendiri atau beli jer yg dah siap)
  • Beras pulut
  • Santan secukupnya (dari kelapa segar)
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan.-tujuannya untuk mendapatkan nasi pulut yg kembang elok dan ketupat tidak mentah walaupun terisi sedikit padat
  2. Isikan sarung ketupat hampir2 penuh,jika pulut tidak sempat direndam dan hanya dicuci isikan 3/4 dari sarung ketupat
  3. Susunkan kesemua ketupat yg sudah berisi pulut ke dalam periuk,dan tuangkan santan sehingga hampir menenggelamkan ketupat. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak sehingga air santan hampir kering,setelah hampir kering,perlahankan api sehingga air tadi benar2 kering(supaya ketupat tidak mudah basi) . Jangan sampai hangus ya..
  5. Semasa sedang dimasak,balik2kan ketupat yg berada di sebelah atas agar seimbang masaknya.
Yang nih semua kenal,kan..kuah kacang...buat simple2 jer.

Cili kering,bawang merah,bawang putih-dikisar,pastu tumis..buh serai diketuk,tambahkan serbuk ketumbar,jintan manis,jintan putih. Tumis sampai benar2 garing baru tambah air,kacang tanah,gula dan garam..kena letak lebih gula untuk seimbangkan pedas dari lada kering..kalo pedas sangat rasa tak sesuai lak..tapi jangan termanis pula..masak sampai kuah pekat mengikut piawaian selera masing..

Oklah..dah panjang sangat lak entri nih..kalau sempat lagi selepas ni akan ada entri menyusul..kalau takde x sempat laa tunggu upload tu..

Waktu aku menaip entri nih jam menunjukkan pukul 3.52 pagi waktu Malaysia.
Mata tak ngantuk,jap lagi nak bersahur lak..ehe..baby sekarang alhamdulillah semakin aktif kat dalam tu. Saat2 baby aktif begini la moment yg paling best semasa mengandung...dah lupakan dulu bab mabuk hamil dibuatnya..pegang sini,gerak..usik sana dia buat gelombang sket..tak usik pun dia 'geletek2' jugak..hehe..rasanya semua ibu2 hamil suka bila baby dalam kandungan masing2 buat akrobatik dalam tu..pengalaman indah kan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 19, 2010

Lemang (pulut susu) Dan Kuah Kacang

Dam dam dummm!! bunyi mercunn!!kanak2 datang berduyun2..!!
Selamat hari rayaaaa...yeaaa...meh makan lemang!!huhuu..

Projek ahad aritu..hb beria benar nak buat lemang..dah dia ternampak ada orang jual buluh lemang..ingat nak buat pansuh ayam sekali..tapi dah masak kari ikan tu rasa macam akan berlaku pembaziran pula nanti...
Mulanya hb kata nak buat sebatang lemang jer..cukuplah untuk kitorg sekeluarga kan..jadinya aku turun laa dari keta nak gi beli buluh tu..(parking tarak so hb tggu dlm keta).
Bila tengok orang jual tu,tengok2 tinggal(atau mmg dia x jual byk) 5 batang jer..tanya harga pun RM1 sebatang..rasa nak beli semua jek..tapi kang mesti beria benar rupa aku pikul buluh lemang banyak tu di khalayak ramai..muehehe...dengan pewut memboyot lagik tak kuasa aihh.. jadinya aku beli 3 batang jek..tu pun hb sengih2 coz tadi aku yg ngata dia beria2..haha.

So..dah dapat buluh...carik beras pulut lak..bukan takde stok..tapi nak guna beras pulut susu..peknya seperti dalam gambar di bawah. Sebelum ni pernah guna untuk buat ketupat gak..rasanya memang lebih enak dari beras pulut biasa.. cuma jangan guna santan pati dalam kotak tu yer..aritu skali kitorg try pulutnya jadi liat gitu..x best.rasanya sebab guna santan kotak laa kot..hehe..sebab yg lain2 tu ikut prosedur biasa jer(bg yg biasa rebus ketupat guna santan lah ye)

Di bawah ni proses mengisi beras pulut yg sudah dicuci dan direndam seketika ke dalam buluh lemang..

Gambar di bawah menunjukkan proses pembakaran lemang..saja nak tunjuk sebagai bukti lemang ni bukan dibeli yer..(ayat ini ditujukan buat kakak aku yg mcm x caya kitorg buat lemang)huehuee...
Dah tinggal bara jek sebab dah nak angkat dah pun..

Baiklah,sekarang lemang dah siap jom tengok kuah kacang lak..kuah kacang pun kena laa masak sendiri...kuah kacang very the simple nak buat..aku sebenarnya lagi suka kalo kakak aku buatkan..huehue..tapi nak wat camne,kena laa wat sendirik tapi aku koling2 gak my big sister kot2 aku ada tertinggal bahan ke...

Resepi takyah laa kot..rasanya ramai pandai buat kuah kacang nih kan..hehe

alhamdulillah..kuah kacang ni sedapppp(kena puji masakan sendiri lak ek)..walaupun tanpa daging atau ayam..
Aku sebenarnya prefer tanpa daging atau ayam sebab lebih tahan disimpan lama...kali ni buat sikit jek..heee
Yang pastinya makan ngan lemang memang x hingat...sibbaik siang2 ingat gak puasa..kalo tak mesti berdezup jek abis..huhu..
Dan 3 hari gak laa baru lemang kitorg habis tu pun ada gak sedekah kat jiran.. panaskan lemang ni dalam oven jek,guna suhu terendah..

Dah panjang plak entri pepagi buta nih..sekali sekala kan..heee..

Jemputlah jamu selera mata yerr..maaf zahir batin..hehe

P/s: Thanks to hb yg sanggup berkorban jadi tukang parut kelapa untuk buat lemang hari tu...hihi.nanti raya kita buat lagi yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 3, 2009

Kek Lapis Bumi [Kukus]

Entah kenapa masa buat kek2 lapis tempoh hari memang tak nyempat2 nak amik gambar..
Rasanya sebab konfiden leh amik close up bila dah sampai kat kampung dan setelah dipotong2 kot..Hmm...
Tapi bila dah sampai kampung memang lupa terus nak posingkan kek2 tuh..
Sibuk shopping last minute lagi..nak buat itu..ini..
Bila dah hidang(yg potong orang lain) lak memang ingat nak makan tapi tak ingat nak posing2kan..huhu..
Minta maaf sangat2..bukan taknak kongsikan ye
Nih antara yg sempat ditangkap..
Sebab last peking..nih pun buat sebab anakanda sulung yg menjadi penggemar kek nih yang request. Nak tengok gambar ek nih lebih banyak klik link diberikan kat bawah nih ye

Resepi nih dah kongsi kat myR,terima kasih pada kawan2 yg dah mencuba sendiri yer...
Boleh lihat hasil kek mereka di SINI(sila klik)

Bahan2 (8" x 8")
  • 450g Mentega (sy guna golden churn)
  • 1 Gelas / 180g gula halus-boleh kurangkan ke 3/4 gelas kalo x suka manis
  • 2 / 220g Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
  • 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
  • 3/4 Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
  5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
  9. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! ;)
Tips :
>Tutup loyang kek menggunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
> Untuk kek lapis yang mempunyai perisa(yg nih perisa nescafe),semakin banyak ulangan lapisan...atau semakin nipis setiap lapisan..rasanya semakin sedap dalam setiap gigitan.. :)

Sebelum nih dah bagi resepi untuk setengah adunan dalam sukatan metrik(gram) Klik SINI

Kek nih walaupun menggunakan 3/4 cawan nescafe insyaAllah tak pahit..tapi aroma nescafe ketika kek ini sedang dikukus semerbak jer...tak caya tanya Kak Rosaliza..
Rasanya memang sedappp..tak caya lagi tanya Kak ina/hana jepun..hehe :)..
Bukan apa,mereka dah cuba sendiri membuatnya..walaupun ada yg baru pertama kali membuat kek lapis kukus..tapi hasilnya memang boleh dibanggakan.

Bagi penggemar kek lapis sarawak yang belum pernah mencuba,mungkin inilah masanya anda mencubanya sendiri.
Opps..takde paksaan ya..tapi pengalaman sendiri adalah guru terbaik.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 2, 2009

Antara Kek2 Lapis Sarawak di Hari Raya

Salam..
Ada masa nak bercerita sikit..
Tahun nih sue kembali 'berkecimpung' menyumbang kek raya untuk keluarga di kampung setelah tahun lepas tak berkesempatan sebab masa tu masih dalam pantang lagi.
Puas telan air liur wo...berpantang masa raya nih..
Len kali bajet2 laa nak beranak yer..jangan musim perayaan..hahaa..

Tahun nih sempat buat 6 jenis kek jer sebelum raya..
Biasanya semasa raya ke 3 atau 4 akan buat lagi dalam 2,3 biji..(yang nih biasanya keje aku laa nih) tapi memandangkan ader dak kecik nih,agaknya kakak sue pun paham so dia je amik tugas tuh di samping yg datang beraya pun kawan2 dia yg ramai...huahua..

Beraya di Sarawak..
Hidangan air tin(bikarbonat) atau air gas..pelbagai perisa dan jenama..dari dulu begini..iskh2..
Cuma sekarang nih dah ada rumah2 yg beli air soya bean,teh bunga,cincau pun ada..ok sikit laa kan..hehe
Lepas tu kalau ada yang request,ada juga jus oren sunquick..
Sebab tak larat nak minum air gas dah...maklum raya dah banyak rumah kan..
Paling tak pun air kosong jer..hehe

Hidangan wajib di hari raya di Sarawak...haa?dah laa minum air gas.makan kek lapis sarawak lagi..huhu..dah laa manis ek?
Kek lapis nih walaupun ada yang manis lebih,orang tak makan banyak2 masa raya yang...ia dipotong saiz standard jer....sekadar untuk merasa sedikit setiap jenis..
Kek lapis pula ada yang kukus dan ada yang bakar
Mana lebih sedap?
Ramai akan sangka kek kukus lagi sedap..
Memang kek kukus selalunya lebih lembap dan sedap..
Tapi jangan lupa ya,bahan2 kek juga mempengaruhi rasa kek tu walaupun dibakar..
Malah ada yang keliru rasa kek itu dibakar atau dikukus sebab kelembapannya kelihatan tak jauh beza.. :)

Kalau hendak menempah kek lapis sarawak pula..pastikan ia diperbuat dari bahan2 terpilih dan terbaik..sesuai dengan harga yang kita bayar..
'U got what u paid' kata omputih..
Kalau bayar murah,dapat kek sedap..alhamdulillah.
Kalau bayar mahal,dapat kek tak berapa sedap...na'uzubillah laa ye.

Biasanya kek lapis yang dijual mahal menggunakan butter jenama Golden Churn..bukan marjerin..atau jenama butter lain..(bukan promosi ya)
Agaknya ia sudah sebati dengan kek sarawak,sebab dr dulu memang jenama ini digunakan.
Harganya lebih mahal tp rasanya memang lebih sedap untuk kek2 sarawak..
Tak kisah laaa berlapis ke tak...
Asas kek sarawak nih sedap ke tak bergantung juga pada jenama yg kite guna..
Pernah sue guna jenama lain,maaf ler yer..untuk jenama tuh..memang rasa kek lain sangat dari yg sepatutnya..tin mentega lebih kurang,mungkin saja nak konfiuskan pengguna yg tak reti membaca..hehe.
Harap kawan2 di luar sana tak keliru..

Jom cuci mata dengan kek2 lapis hidangan di rumah ayahandaku raya baru2 nih..cuma sayang,tak semua sekali di ambil gambar...menyesal tak sudah dibuatnya..huhu..

Maaf yer...gambar x clear. kek pun ada yg belum ditop-up lagi(gambar nih diambil selepas sekumpulan org dtg beraya)
Kek nih bukan semua sue buat ya.. Yang tergambar nih hanya sebahagian kek lapis..selain kek lapis,kelihatan kek gajus kukus dan kek coklat juga di sana..
Antara nama2 kek nih lagi,kek lapis tembikai,kek lapis coklat peppermint,kek lapis kenyalang,kek lapis bumi,kek lapis sandwich oreo dan kek lapis 1 malaysia...yg lelain tuh tak pasti nama apa..kang salah letak nama lak.hee...
yang tiada dalam gambar antaranya,kek belacan,kek bijan,kek lapis intan terpilih dan..errr,lupa lak nama kek..ehe
Yang kek2 kat rumah mertua langsung takde ambik gambar..
Kat rumah mertua ada kek lapis apa2 aje, kek lapis cheese, kek buah2an kukus dan macam2 lagi laa namanya...
Update sket yer...baru jumpa gambar nih td..clear sket sebab dr kamera my bro..ehek..
Yang hitam kiri nih kek belacan namanya...keknya padat,berkrim.antara yg terlaris juge tiap kali raya..yang ada kaler biru tuh kek lapis satu malaysia..sebelahnya kek gajus kukus,pastu kek bijan..tengah tuh kek lapis tembikai dan kek lapis yg satu tuh sue lupa lak akak bgtau namanya rituh..ehee...tuh lambat sket abis sebab agak kering banding kek yg lain :)

Yang nih versi kek lapis rolls pula..sedap2 dan enak2 belaka..
Tapi yang nih tempah jer...my bro tempah kat miri nun...
Ada lagi rolls coklat tp tak terambil gambar laa pula..
Yang kiri nih perisa pandan(kek lapis roll pandan)...tengah tuh vanila(plain jer-x sure nama apa) dan yg hujung(kek lapis roll daun) tuh ader rase ceklat juga..dan pastinya ader rasa jem lah yer.. :)
P/s :
Pada yang berniaga tu jangan laa guna jenama murah untuk bayaran mahal yer.
Tak kira laa org sarawak asli ke orang semenanjung yer..
Kalau nak guna bahan ekonomi,amik laa bayaran berpatutan..
Ini mutu kek lapis sarawak..kalau dijejaskan peniaga yang hanya nak mengaut untung,mutu kek lapis sarawak yang dibanggakan orang2 sarawak mungkin terjejas..
Anda menjual nama 'Sarawak',jadi eloklah dijaga elok2 yer...
Jangan ada pula yg kecik hati tau,ni cuma luahan hati penggemar kek lapis sarawak..ehe ..peace! :)

Tahniah buat mereka yang sudah pandai membuat sendiri kek lapis sarawak...dengan bakat dan kemahiran yang ada,janganlah berat hati untuk berkongsi ilmu bersama kawan2 yg lain...sebab apa yg anda kongsikan..adalah amal yang berpanjangan...insyaAllah :)

Akhir kata,maaf zahir batin kalau ada tersilap kata kat n3 nih. :)

Note: Beraya ke rumah mak sedara hb hari tu,ada sejenis kek lapis tu sedapppppp sangat2..sampai licin kitorang makan.hahahaaa...tapi tak berkesempatan tanya nama kek lapis tuh apatah lagi resepinya..huuhuuu..
Yang aku dapat pastikan,ia adalah kek kukus..dan guna butter terpilih. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 1, 2009

Ketupat Oh Ketupat

Hari raya tanpa ketupat umpama sambal belacan tanpa belacan..
Umpama lemang tanpa buluhnya..
Umpama jari tak berkuku..ahehee...apekebenda jauh nak merepek nehh...

Okeh2...ada sapa2 kat sini tak pandai nak menganyam ketupat??
Sila angkat kain kibod tinggi2!!

Ada ke??takde yer??semua dah pandai laa nih ekkk..ingat baru nak bukak kelas menganyam ketupat tadi..hihih.. :P
Alaa...aku pun bukan tau anyam banyak jenis ketupat ponn...heee...janji leh isi beras jadik ler kan.hee...
Mana tahu kita boleh kongsi ilmu jenis2 ketupat nih kan..
Tapi buat ketupat sendiri nih memang seronok kan kannn..berbaloii.. :)

Ketupat di hari raya menu wajib di rumah aku kat kampung. Semua adik beradik pompuan reti menganyam ketupat nih..sebab kalo tak reti pun 'kelas' ketupat tuh akan diadakan setiap tahun.hehe..yerlaa,sapa x reti mesti ngengada nak belajar menganyam dari yg reti...di waktu berkumpul tuh pelbagai pesen ketupat kuar..huhu..
Selain ketupat,kat rumah MIL aku..kadang2 buat kelupis juga..jarang2 wat lemang.tahun depan laa kot..ehehe...
Kalau nasi himpit memang tak berapa nak laku laa pulak kat keluaga kitorang nih..iskh2..selera lain2 kan..ehee

Gambar yang bakal korang saksikan nih di ambil kat rumah MIL..
Kat sarawak ketupatnya memang daripada beras pulut..
Yang nak tunjukkan di sini daun pucuk kelapa yang digunakan untuk membuat ketupat tuh yang speselnya..
Teringat aku kalo zaman doulu2...kat depan kad2 raya selalu tayang gambar tupat daun gini haa..ehehee...
Latar belakang tuh beras pulut yg dah dicuci, Kalo nak cepat masak...beras pulut tuh rendam laa dulu yer..masak pun santekkk jer :)
Turut nak interframe...ketupat dari pucuk daun nipah .. aku suka shape ketupat gini..nampak betul ke'ketupat'an nya tuh..ekeke...abis la cikgu bahasa melayu pangkah nih.huuu
Ada juga yang dianyam menggunakan daun pandan untuk direbus bersama supaya aromanya lebih memikat gitu...
Sedap wo...ketupat daun pandan..hehe..cuma kena cari daun panjang sket..ketupat pun comel2 jek.
Sekarang kite selak sikit kat hujung tuh untuk mengisi 3/4 sarung ketupat tuh yer.. kalo beras pulut yang direndam isi penuh sikit pun takpe. Lepas tu tutup balik dan selitkan daun tuh supaya rapat dan beras tak terkeluar semasa merebus...
Lepas tu rebus dengan santan bersama garam secukup rasa..air rebusan(santan) tuh banyaknya hampir menenggelamkan ketupat tu..kalo ada pelbagai saiz,letak laa yg besar sebelah bawah supaya senang masak yer..
Masak ketupat sehingga air hampir mengering..perlahankan api dan biar betul2 kering.

Tadaaa...ketupat pucuk kelapa yg dah siap dibelah..petua orang2 tua dulu jngan bukak ketupat nih ikut anyaman...takut sesat kalo masuk hutan...hehee...
Sedap wooo ketupat pulut nihh..cicah ngan rendang ayam ke..nih rendang ayam kakak ipar aku masak...aku sekali lagi tolong tengok jer.hahaa...apa jer laa keja aku masa raya nih kan..hehee..
Yang penting isi ketupat tuh biar laa lembut yer..kalau yang keras dan pejal sangat tuh tak pasal2 kena komplen di pagi raya lak kang.huehuee..

Note:adusss...terasa lak nak makan ketupat..huhu.mana nak carik daun nih..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 11, 2009

Tart Nenas Gebu

Yang ni doh sudah siap digulung dan sedia untuk dibakar...
Salam...
Akhirnya...terlaksana juga..setelah menguli balik dan membuatnya sorang diri..
Jom makan tart nenas yang sungguh gebu dan lembut ini...

Resepi copy n paste dari myR..Thanks to sunkist/ida

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven.
  6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  11. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  13. Kacau tanpa henti hingga likat.
  14. Angkat dan sejukkan.
Close up sket..letak kuning telur kat atas tu..nak tambah seri.hee....

Memang banyak gak dapat..

Yang nih guna acuan terap tu..1st time buat gak..selalu beli jer. :)


Ini acuan2 yang digunakan..
Best juga buat tart nih..memang berbaloi...Nak cerita panjang pun takde idea pepagi nih.
Yang pasti amat bersyukur buat masa nih sedang hujan lebat kat sini..
Harap boleh laa kurangkan jerebu di musim kemarau yang agak terlampau nih...alhamdulillah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...