Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Tauhu / Tofu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu / Tofu. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Tauhu Kukus Berhias Udang Kering

Hari ini rajin pulak aku nak jenjalan blog orang..nak entri blog sendiri yang kurang rajin..ngihihi..

Oklah,udah2 ler nengok menatang yang nampak kurang sedap tu yer..
Meh aku hidangkan pulak dengan menu yang ternyata sedap..
Boleh kata dah beberapa kali gak laa aku masak tauhu stail gini haa..
Berselera jer makan,kira separuh berpuasa diet laa untuk arini..ngeee

Bagi penggemar tauhu,jangan teragak2 nak mencuba yer...makyung2(ibu2 mengandung) yang sedang baca ni..boleh laa cuba lepas ni ek..mana tahu esok2 gebu bayinya putih melepaks macam tauhu goreng kann.. ;)

Sebelum ni aku dah post kan resepinya,tapi kali ni aku tambah sos tiram sikit..bagi yang nak pedas,boleh laa tambah cili api yer..
Tauhu lembut digunakan untuk membuat menu ini yer..entri sebelum ni boleh rujuk sinun(klik)

Tauhu (lembut) Kukus Berhias Udang Kering >> HaSue

Bahan2:

* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan

Cara:

1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..

Ermmmm..memang sedap!amat sesuai juga dimakan begitu sahaja...yummm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 24, 2010

Tauhu Lembut Kukus Berhias Udang Kering

Uih..laju lak tenet pepagi nih..semalam tak tembus2 kat umah cyber ni haa...kena taip laju2 nih..ehehe...

Sekarang ni makanan2 kukus dan bakar jadi pilihan utama sebab nak turunkan beberapa kilo berat badan..hahaa...sapa nak ikut diet meh laa skali..hee

Apa2pun nih antara menu semalam yer..resepi cedok dr majalah Rapi..yg terbaru di pasaran.hehe...
Ada yang dah try lum?
Kalo dah try mesti dah tahu keenakan tauhu kukus nih...
yang bestnya resepi simple tapi menten sedap...tp tauhu lembut ni bak kata Dina, makan ngan kicap pun dah sedap...heheee...

Tapi bila taruk udang gini memang best...sebelum ni pernah makan ngan pulut kuning jer udang kisar nih...haa,cubalah yer..
Dipanjangkan di sini resepinya..copy lebih kurang jerlah ye..thanks Rapi!

Bahan2:
  • 1 ketul tauhu lembut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • Daun bawang > sue letak daun sup,cili hiris skali
Cara:
  1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
  2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
  3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
  4. Selamat mencuba..
Tauhu ni sedap dimakan semasa masih suam lagi....macam semalam tuh kan,tak sedar 1/3 dak aku ratah...hahah...sedap!

Nota Biru:Info dari Rapi mengatakan Tauhu mengandungi zat minyak omega 3 bagi menurunkan kadar kolestrol dan protein yang kaya dengan asid amino.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 9, 2010

Tauhu Kukus Sos Tiram

Tauhu gini sesuai dihidangkan bersama nasi ayam..tapi aku makn ngan nasi putih jer..
First time merasa pun kat SCR(Singapore Chicken Rice) tauhu kukus gini...tapi rasanya kesedapan masak tauhu simple2 gini banyak bergantung pada rasa tauhu tuh sendiri kan..
Kalau dapat tauhu yang sedap,halus sedap laa jadiknya.

Jadi buat penggemar2 tauhu,tak lupa buat ibu2 mengandung...ehem2...*jeling2 kat orang2 tu(ramai yg pakat2 jadik makyung rupanya geng masak2 ni yek..Tahniah2 buat mereka..hee...esok2 gi beli tauhu yer..hihi..
Ramai orang cakap kan,tauhu leh 'hasil'kan anak yang putih gebu kalo diamalkan..tak salah ler usaha ek!

Resepi nih kebetulan lebih kurang jek ngan resepi yang ada kat myr,so dengan malasnya aku c n p dari penyulawa di myr..thanks n check it out..

Bahan-bahan ( 2 orang )
• 1 pack tauhu lembut
• 2 sudu besar oyster sauce
• bawang putih - cincang
• sesame oil
• bawang goreng
• daun bawang - potong kecil

Cara-cara
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan oyster sauce dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
3. Kukus selama 15 minit
4. Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
5. Hidangkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 30, 2009

Tauhu Goreng Belacan

Susah juge nak nembuskan diri ke alam maya hari nie..
Agaknya line tenet overloaded kot..huhu.

Dah lama tauhu nih duk berkubang dalam esbok..
Tiba saatnya berkubang dalam kuali laks..siap mandi sauna dan mandi lulur bersama belacan lagik..ditemankan udang dan kacang panjang..
Kira berbaloi laa si tauhu nih duk tunggu lama dalam esbok tuh...
sibbaik lum menopoz..hehe

Kepada penggemar tauhu.try laa ..korang mesti suke punyer la..sedap,lagi2 kalo boh udang banyak2..kerekkk seyy!heheee
Resepi kopipes dari umah dayangjack..tq dayang :)

Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu (dipotong dadu dan digoreng separuh masak)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 6 ekor udang basah (dibuang kulit)
  • 1/2 inci belacan bakar (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 2 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1 sdt jus limau kasturi
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kering hingga garing.
  2. Masukkan udang dan kacau hingga separuh masak. Masukkan kacang panjang dan tauhu. yg sudah digoreng tadi. Kacau lagi.
  3. Perasakan dgn garam dan gula barulah diperahkan dgn limau kasturi.
  4. Sedia utk dihidangkan.
Kalau nak ratah pun sedap gak nih.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 24, 2009

Egg Tofu Berkuah Sos Tiram

Salam ditengah malam..hehe...
Maklum laa...server ngah lengang kot sekarang nih...sebab tuh agak ok je banding siang hari..huhu
Malas nak huraikan pepanjang pasal server..meh cakap eh!cakap pulak..meh bicara(kan ke sama jer maknanya tuh) pasal menu nih..
Sebelum nih,pernah laa masak sos tiram gini..cuma x letak telur jer...rupanya lagi sedap letak telur..hehe...
Penggemar segala tauhu,tofu,kungfu dan segala jenis FU..sila2 laa try eh..mana tau kena dengan selera...

Resepi c n p dari myR..tq cahayer

Bahan2:
  • 2 tiub egg tofu
  • 2 tsb sos tiram
  • 2 tsb kicap pekat
  • 2 cawan chicken stock (kiub ayam campur 2 cwn air)
  • 1 biji Telur
  • 3 tsb air tepung jagung utk pekatkan kuah
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Minyak
Cara2:
  1. Potong egg tofu dan goreng sehingga golden brown, ketepikan
  2. Satu sudu minyak, panaskan dan goreng bawang putih sehingga sedikit garing, terus masukkan chicken stock 2 cawan.
  3. Bila air dah didih masuk sos tiram, kicap pekat, kacau2 kejap masukkan telur dan kacau laju.
  4. Bila telur dah masak, masukkan egg tofu dan air tepung jagung, bila pekat dah boleh angkat.
  5. Boleh tambah isi udang time tumis bwg putih kalau suke.. kita buat kosong jek.
Sedap nih kalo makan ngan nasi ayam...kan kannn...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...