Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Home Made. Show all posts
Showing posts with label Home Made. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Cendol Pandan (Homemade)

Assalamualaikum..

Cendol di tempat korang..apa bentuknya?
Bagi aku cendol tercantik dan terbaik bentuknya adalah yang bentul bulat panjang seperti mee kuning lebih kurang.. kadang2 aku tengok tak berapa nak bentuk cendol pun banyak dijual..tu tak termasuk yang jual cendol keras.adeh..hehe... agaknya bagi mereka janji warnanya hijau tu dah consider sebagai cendol kot ek..mandai jer aku kan.. :D

Sekarang ni kalau teringin sangat nak makan menu berasaskan cendol..buat ajer sendiri di rumah..resepi banyakkkk berlambak kat internet nih.. Tapi kalau ada dijual yang sedap,mana bisa ditolak..terutamanya cendol di Bekenu,memang terbaik elok kejadiannya.. iklan sket.
Tapi rasanya ia diperbuat dari tepung beras dan sekian sekian..bukan dari tepung hoen kwe..

So far aku berkenan jer guna resepi kak Fida nih sebab cendol yang dibuat daripada tepung hoen kwe ni lembut jer..

Ni separuh dari cendol yang dihasilkan..memang kena letak warna hijau dan kuning baru menepati warna yang sinonim dengan warna cendol yang biasa aku tengok..sebelum ni dah pernah buat..dan gambar acuan yang aku gunakan juga dah tunjuk kat situ..leh tengok SINI

Terima kasih sekali lagi untuk kak Fida atas resepi yang simple nih.. gaul dalam periuk sampai pekat..pastu tunggu jap.saja nak tambah sikit pekat lagi kan..lepas tu masuk acuan dan tekan sampai jatuh ke dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti ais atau air diletak ais kiub.

CENDOL PANDAN HOEN KWE
Resepi: Kak Fida @ myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( semangkuk )

40 g tepong hoen kwee
320 g air pandan -hasue guna pes pandan koepoe2
1/2 sk garam
1 sk air kapur
pewarna hijau dan kuning
acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.

Ni setelah aku bilas..saja nak 'buang' pewarna yang berlebihan sebelum digunakan untuk membuat menu2 berasaskan cendol.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 2, 2012

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)

Assalamualaikum

Korang suka makan rojak? Pernah tak buat petis atau kuah rojak tu sendiri? Kalau tak pernah lagi marilah kita buat sendiri sebab resepi dah ada ni..insyaAllah menjadi.. Aku dah cuba buat sendiri resepi dari DJ nih,alhamdulillah..hasilnya tidak mengecewakan. Buat pula di bulan puasa ni,main agak jer laa kan..nasib baik bila dah makan tu cukup rasa segalanya seperti aku bayangkan..kena adjust sendiri rasa masin pedas tu ye.

Selain dibuat rojak buah,rojak sayur,atau apa saja keturunan rojak aku memang suka je..janji sedap. Eh ada ke orang suka makan yang tak sedap ek..heh.
Selain untuk rojak,aku suka kalo cicah pisang goreng dengan petis ni..kalau rajin,cairkan la sedikit ye..sedap ko..pisang goreng rangup cicah petis..ada lagi pisang masak kat dapur nun. dah 2 malam berturut2 duk goreng pisang..memang tak jemu laa kan pisang goreng nih..kalau orang jual pun memang pisang goreng laku jek..
Ni aphal tah citer pisang goreng lak kat entri petis rojak nih.

Dah,meh layan resepi. Terima kasih kat Dayangjack yang kongsikan resepi yang asalnya dari ibu saudara merangkap ibu angkatnya..minta izin nak panjangkan ke sini pula ya DJ ku sayang..hihi...tqvm.. untuk resepi asal tu sila klik kat linknya di bawah ye... :)


Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood-hasue guna cili boh cap sampan
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)- hasue kurangkan agar tidak terlalu pekat

Kicap yang HaSue gunakan

Cara-cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  4. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!

Aku suka kuah rojak atau petis yang tidak terlalu pekat.. sendiri buat ni boleh laa adjust ikut citarasa kan..wee~

Rojakku yang tak cukup sifat.Cuma stok mangga,nenas dan timun je ada masa aku buat petis ni..hehe...lain hari aku buat complete aksesori rojak yang aku sukak! Korang pun cuba laa sekali,pasti tak rugi.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 1, 2009

Ketupat Oh Ketupat

Hari raya tanpa ketupat umpama sambal belacan tanpa belacan..
Umpama lemang tanpa buluhnya..
Umpama jari tak berkuku..ahehee...apekebenda jauh nak merepek nehh...

Okeh2...ada sapa2 kat sini tak pandai nak menganyam ketupat??
Sila angkat kain kibod tinggi2!!

Ada ke??takde yer??semua dah pandai laa nih ekkk..ingat baru nak bukak kelas menganyam ketupat tadi..hihih.. :P
Alaa...aku pun bukan tau anyam banyak jenis ketupat ponn...heee...janji leh isi beras jadik ler kan.hee...
Mana tahu kita boleh kongsi ilmu jenis2 ketupat nih kan..
Tapi buat ketupat sendiri nih memang seronok kan kannn..berbaloii.. :)

Ketupat di hari raya menu wajib di rumah aku kat kampung. Semua adik beradik pompuan reti menganyam ketupat nih..sebab kalo tak reti pun 'kelas' ketupat tuh akan diadakan setiap tahun.hehe..yerlaa,sapa x reti mesti ngengada nak belajar menganyam dari yg reti...di waktu berkumpul tuh pelbagai pesen ketupat kuar..huhu..
Selain ketupat,kat rumah MIL aku..kadang2 buat kelupis juga..jarang2 wat lemang.tahun depan laa kot..ehehe...
Kalau nasi himpit memang tak berapa nak laku laa pulak kat keluaga kitorang nih..iskh2..selera lain2 kan..ehee

Gambar yang bakal korang saksikan nih di ambil kat rumah MIL..
Kat sarawak ketupatnya memang daripada beras pulut..
Yang nak tunjukkan di sini daun pucuk kelapa yang digunakan untuk membuat ketupat tuh yang speselnya..
Teringat aku kalo zaman doulu2...kat depan kad2 raya selalu tayang gambar tupat daun gini haa..ehehee...
Latar belakang tuh beras pulut yg dah dicuci, Kalo nak cepat masak...beras pulut tuh rendam laa dulu yer..masak pun santekkk jer :)
Turut nak interframe...ketupat dari pucuk daun nipah .. aku suka shape ketupat gini..nampak betul ke'ketupat'an nya tuh..ekeke...abis la cikgu bahasa melayu pangkah nih.huuu
Ada juga yang dianyam menggunakan daun pandan untuk direbus bersama supaya aromanya lebih memikat gitu...
Sedap wo...ketupat daun pandan..hehe..cuma kena cari daun panjang sket..ketupat pun comel2 jek.
Sekarang kite selak sikit kat hujung tuh untuk mengisi 3/4 sarung ketupat tuh yer.. kalo beras pulut yang direndam isi penuh sikit pun takpe. Lepas tu tutup balik dan selitkan daun tuh supaya rapat dan beras tak terkeluar semasa merebus...
Lepas tu rebus dengan santan bersama garam secukup rasa..air rebusan(santan) tuh banyaknya hampir menenggelamkan ketupat tu..kalo ada pelbagai saiz,letak laa yg besar sebelah bawah supaya senang masak yer..
Masak ketupat sehingga air hampir mengering..perlahankan api dan biar betul2 kering.

Tadaaa...ketupat pucuk kelapa yg dah siap dibelah..petua orang2 tua dulu jngan bukak ketupat nih ikut anyaman...takut sesat kalo masuk hutan...hehee...
Sedap wooo ketupat pulut nihh..cicah ngan rendang ayam ke..nih rendang ayam kakak ipar aku masak...aku sekali lagi tolong tengok jer.hahaa...apa jer laa keja aku masa raya nih kan..hehee..
Yang penting isi ketupat tuh biar laa lembut yer..kalau yang keras dan pejal sangat tuh tak pasal2 kena komplen di pagi raya lak kang.huehuee..

Note:adusss...terasa lak nak makan ketupat..huhu.mana nak carik daun nih..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 7, 2009

Homemade Popcorn

Salam Isnin..
Untuk kudap2an menonton tv,buat popcorn nih perisa jagung..
Macam terlebih letak pun ada...janji puas hati.selalu beli tuh kan...dapat sikit jer tang karamel tuh...makan popcorn nih kalo dapat yang tawar memang tak besh..
Tapi kalo bercampur tawar dan manis,hah yang tuh ok...
Excited tuh tunggu depan periuk dengar bunyik 'POP!POP!'heheee...
Sapa2 lom pernah wat sendiri,meh laa try cara nih yaa...
Bagi yang ada microwave tuh,guna microwave lagi senang kot...tinggal nak buat karamel jer lagi..hehe
Thanks to aludra..yg sudi share resepi n skill yer :).sue c n p jelah yer...tq2

Bahan2:
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara2:
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Sue letak pati(kordial jagung yg pekat tuh) ke dalam karamel sebelum digaul dengan popcorn. :)

P/s: Apa kata raya tahun nih gantikan biskut raya dengan popcorn jer..hahaha..kijam tol kan!kikiki :P nak jimat kos ke hape?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 14, 2009

Jem Nenas


Nih projek nak ngabiskan stok nenas dalam esbox yg dah hampir menopos..
Walaupun ader lagi stok jem nenas dalam esbox tuh..

Err..sebenarnya kan,pestaim ler buat jem nenas sendiri nih..
Kalo kat kampung 'tolong' tengok jer..ahak :P
Yang stok dalam esbox tu pun beli yg dah siap ajer..huehueee..<--pengakuan ikhlas nih.. hahaa
Nak buat bukan ler susah mana sebenarnya..
Tapi kalo dah M,usahkan jem nenas..mengupas nenas pun tak terbuat..ekeke..

Resepi hanazmanis dr myr..c n p jek..thanks yer :)

Bahan-bahan ( 700-800 gram )

  • 3 biji nenas saiz besar
  • 4 cawan gula pasir (nak manis lagi tambah)
  • 1/2 sudu serbuk kulit kayu manis (kalau x de letak jer kayu manis 1 btg)
  • bebrapa titis warna kuning/oren (bagi seri)
  • 1 sudu besar tepung gandum/jagung
  • secubit garam

Cara-cara

  1. parut halus nenas dan tapis buang airnya
  2. masukkan dlm kuali bersama bahan lain kecuali tepung
  3. masak hingga kering dan berkilat..baru taburkan tepung...kacau sebati hingga betul2 kering
  4. sejukkan dulu baru simpan dlm bekas bertudung dan simpan dlm peti sejuk utk jangka hayat yg lama... boleh la nak buat tat ke apa2 kuih yg berkaitan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 28, 2009

Cendol Pandan Hoen Kwee

Ini projek tgh hari semalam..
Mulanya nak buat maruku,tp tengok bhn2 nak buat cendol nih ade,
cara membuat pula senang..so try la dulu..x pasal2 maruku kena langkah bendul..ehee
Tersengih sorang2 tengok hasilnya..sebab x sangka yg membuat tu daku sendiriii..hihi
1st time guna acuan nih..tujuan beli acuan nak buat maruku kak fida tu haa..
Layan cendol nih dulu..masih bertapa dalam esbox..x sempat diperlakukan apa2 lg.hehe..
Tengok hijaunya tuh..aku kompius!ingatkn hijau@kuning..rupanya kena guna dua2 kaler baru lawa kot..hehe


Nih laa acuan yg daku guna..
Menurut k fida,yg lubang bintang utk maruku,
Yang lubang bulat byk2 tuh yg dgunakn utk membuat cendol

Thanks to Kak Fida

nih resepi Cendol Pandan Hoen Kwee

Bahan-bahan ( semangkuk )

  • 40 g tepong hoen kwee
  • 320 g air pandan
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • pewarna hijau dan kuning
  • acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

  1. Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
  2. Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
  3. Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.
  4. contoh acuan ade di SINI
Resepi asal juga boleh klik sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 15, 2009

Susu Pekat Manis[Home Made]

Ehe..
Baru perasan petang tadi stok susu pekat manis dah abis..
Jarang beno kehabisan susu pekat tuh..
Yang wat cicah kuih getas2 tuh tin yang last rupanya..
Ingat malam nih nak buat Kek Batik Jawa untuk anak2 bawak gi sekolah sempena Hari Guru esok..adehh
Nak gi kedai alahai malasnya semata2 nak beli susu jerk..nak skip bahan tuh mmg x sedap ler kek tuh kang..
Nak wat kek lain majuk lak anak aku kang..


So carik,korek,gali kat tenet..kat myr jumpa resepi kak yani..tp kena guna susu segar la pulak..
LAGI ler tak adanya stok wat masa nih,kat kedai pun selalu kehabisan..

Jumpa resepi nih,kat baking beauties..sibbaik ade stok susu tepung!..selamatttt..
Memang ade iras2 susu pekat dalam tin..nak kate 100% tuh tak gak kot,sebab tepung susu kan dah ada perasa masing2..tp sedap laa pulak..
Kalo nak cair lagi bleh tambah sedikit kuantiti air tuh..

Close up sket..cam lain plak kaler nyer...penataan cahaya krg memuaskan.hehee..

Nih resepinya..juga dlm sukatan gram..

Bahan2:
  • 1 Cawan / 100g Tepung Susu
  • 2/3 Cawan / 125g Gula Halus
  • 1/3 Cawan / 50ml-60ml Air Suam (sori..aritu aku silap taip daa..)
  • 1/4 Cawan Marjerin
Cara2:
  1. Masukkan air suam DAHULU ke dalam pengisar(blender),diikuti dengan bahan2 lain-gula halus,tepung susu dan marjerin
  2. Kisar sehingga semua bahan halus dan creamy.(kacau jika perlu)
  3. Sedia untuk digunakan atau disimpan dalam bekas udara dan tempatkan di dalam peti sejuk anda.
P/s:Jangka ketahanannya mungkin tidak selama susu pekat dalam tin sebab takda pengawet kan..Selamat Mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...