Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, February 28, 2010

Tag dr McSue

Sebelum meneruskan sessi dapur, nak jawab tag dari adik yg sorang nih dulu...lama woo x jawab tag..nih mood blogging ngah rajin katekan..ahaha..takde la,kebetulan line tenet pun laju kan..ehehe...
Tapi sebenarnya tag ni saja untuk meriahkan dunia blogging jer...jawapan tu terpulang pada masing2 laa kan..
Tak jawab kang kecik ati adik sengal sorang nih makin sengal2 badan dier jadinya..hiihii..
so here we go...!

1) Adakah anda rasa HOT??
>> Tak jugak ..anda rasa sy hot ke?(ada plak bleh tanya balik ek...ahaks :P

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
>> Done!
3) Cerita pasal gambar
>> Gambar tu memang asal wallpaper kat lappy ni semenjak dibeli 2 minggu lepas (ehem..saja jek nak bgtau lappy baru akak kat sue..pdhal pjm lappy hb akak jek..lappy akak masih kong!hahak)..yg dalam gambar tu ler lappy nya..sue kan nak beli lappy baru kan..ehe.. pastu taknak tukar ler sebab kaler wallpaper dah biru mengancam jiwa raga tul laa...cantik dan menawan kalbu menusuk jiwa..best tgk kaler biru setiap kali bukak lappy nih..hih! :P

4) Bila kali terakhir anda makan pizza??
>>aik,dari citer lappy tetibe cite sal pizza..kejutan budaya tul soalan korang nih.. Errmm,bila ekk..rujuk kat entri lepas2 tu ler..x ingat tarikh nya..rasanya last month kot..pehh,teringin lak nak makan piza!ehe

5) Lagu terakhir anda dengar
>> Lagu 'mahligaimu dari airmataku' nyanyian kump lestari yg femes sekitar 90-an..suke giler lagu nih dr dulu smpai skrg..(tgh dgr fullamak carta sms sinar nih ha..)ehee..

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
>> Mendengar sinarFm ler..hehe..

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa
>> Macam2 nama sampai tak tersenarai kat sini..haha.. :P

8) Tag lagi 8 orang
>>Aku tak suka nak tag ni,kang aku tag,korang tak buat aku kecik hati.haha..tp terpaksa tag sebab
nak kena jawab soalan seterusnya,korang kena buat,klu tak buat,jgn panggil aku HaSue..haha..(nih kopipes ayat mcsue jerk..kikikii) :P
  1. Kak Rosaliza
  2. Jiya
  3. Ika / Ijah
  4. Sue@Nenie
  5. Hana / Kak Ina
  6. Dayang Jack
  7. Love2cook
  8. CtZura
9) Siapakah orang no. 1 kepada anda
>> Kak Rosaliza nih kenal dr myR ..jadi pengunjung setia blog nih dan tak lepas memberi semangat untuk aku terus berblogging..selain rajin mencuba resepi2 baru beliau juga seorang yang amat mesra rakyat(cam menteri lak) dan peramah orangnya..dah anggap mcm kakak sendiri dah haa.. sekarang ni beliau senyap jer sebab tak sedap badan nak blogging...harap kak Rosaliza cepat pulih seperti sediakala n sedia jawab tag ni..rasanya belum pernah lagi jawab tag tu..hihi

10) Katakan sesuatu mengenai orang no. 5
>> Tak banyak yg perlu dikatakan sebab kak jawa nih dah ramai yg kenal..hihi...Juga kenal dia melalui myR..selain rajin masak2 beliau juge seorang ibu kepada 3 orang D..ehehe...pastu rajin lak ngupdate blog tuh..sapa2 malas update tuh,mintak semangat R dari kak ina skettt...

11) No. 3 ada hubungan dengan sapa?
>> Pstt..si nombor 3 nih ada hubungan dengan seorang ninja..cuma bukan hubungan sulit laa..dah 'berhasil' 3 orang pun..ahehe..cam sinonim lak si nombor 3 nih ngan 3 org anak ek..hihi...

12) Bagaimana pula dengan no. 4
>> No 4 nih antara blogger dan seorang kawan yg rajin mengomen kat entri aku nih..so bila dah selalu tengok dia ngomen kan,aku berpendapat dia memang seorang blogger yg tegar dan dedikasi..ahak..opss,beliau juga ahli myR..rajin masak2 n mencuba resepi

13) Pesanan buat org no.6
>> 'Tolong tinggalkan sikit makanan yg kitak masak esok untuk kamek ahh...kelak kamek tauk napau jak,sik payah kamek masak gik..ahaha...' pesanan ditaja oleh kerajaan sarawak :P

14) Kata-kata cinta utk org no.2
>> Sampaikan salam rinduku untuk kambeng mu yg sudah lama tak kau temui...aku tahu ko amat merinduinya..hihih

15) Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
>> Ada,kedua2nya isteri dan ibu orang..so jangan nak mengorat mereka yer..kalo nak merasa kena lepuk buleh juge..ehehe

16) Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda
>> Sengal (yg mana diakui tuan punya badan sendiri..haha)
>> Cun n sweet orangnya..
>> Single pulak tu
>> Nak sambung study balik sbb rajin thp gaban
>> Walaupun single,tp ada bakat memasak n bersifat keibuan..sbb penyabar tu jaga anak2 buah smpai 2 org..hehe

17) Persamaan antara kambing dan lembu
>> Kedua2nya suka makan rumput dan keduanya boleh dibuat lauk korban..tp cuma kambing yg Jiya berkenan..hahaa

18) Perasaan anda buat tag ni
>> Macam nak makan nasik pun ader..

19)adakah anda tahu si rizman itu sengal..
>> Tak tau la pulak..sengal ke dier? Err..Rizman mana 1 nih ek?

20) Gay or less
>> Nih dah abis modal laa nak tanya nih..hahah.. :P

So,harap McSue berpuashati dengan jawapan2 akak tuh..kalo x puas hati gak jom ke gelanggang!ahaha..
Buat mereka yg di tag tu,kalo malas gak nak buat tiada paksaan yer..tapi kalo dapat buat seronok gak nak baca..ehehee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Belang Harimau

Buat kek simple ni juga untuk majlis maulidur rasul tempoh hari...sajer letak serbuk koko n tambah coklat emulco untuk warna coklat digabungkan dengan warna kuning.. fikir2 nama sesuai,tengok macam belang harimau jer, tu yang letak nama belang harimau tu..ehehe...

Kek ni seperti dah bagitahu sebelum ni memerlukan modal yang amat minimum sekali untuk sebiji kek, memandangkan hanya menggunakan marjerin sahaja tapi kek ni tetap lembut.. lepas tu hanya menggunakan bahan2 asas sahaja untuk membuat kek...sesuai sangat untuk mereka yang baru belajar nak buat kek dan kek ini juga sesuai untuk hidangan di majlis2 kenduri ke..minum petang ramai ke...

Dari bahan2 basic ini boleh dikurangkan dilebihkan ikut citarasa masing2 contohnya kurangkan gula,tapi letak susu untuk lebih moist dan lebih lemak.

Resepinya sama seperti kek marjerin marble sebelum ini...jika mahu dipublish di sini sila bagitahu yer sebab aku amat rajin sekarang ni kalo takde yg nak resepi tak perlu nak publish kan..heheeee...selagi tenet nih laju ler..

Perlu diingatkan,resepi ini asas dalam membuat kek..cubalah sekali yer! Kalau taknak buat satu adunan,buat setengah adunan pun dah cukup untuk sekeluarga

Bahan2(8 1/2" x 8 1/2"): *gelas yg digunakan-(200ml)
  • 330 marjerin
  • 290g gula pasir / 2 gelas
  • 6 biji telur
  • 310g tepung / 2 gelas setengah
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko + coklat emulco-(optional)
  • Pewarna Kuning-optional
Cara2:
  1. Panaskan pengukus.Pukul marjerin bersama gula pasir sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang
  2. Masukkan telur satu persatu..adalah penting untuk memukul sebati setiap kali telur ditambah sebelum memasukkan telur seterusnya
  3. Tambahkan esen vanilla atau esen pisang,pukul seketika
  4. Ayakkan tepung terus ke dalam adunan sambil dipukul sebati
  5. Adunan siap dan bahagikan kepada 2 bahagian.warnakan kuning dan satu lagi tambahkan serbuk koko dan coklat emulco.
  6. Masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang sudah di gris marjerin dan ditabur tepung
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
  8. Kukuslah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit/sehingga masak. Selamat mencuba!
Lagi satu,bagi yang tak tahu.. kalo nak tahu bagaimana membuat bentuk marble atau belang tu dibuat juga akan dipublish pada entri seterusnya esok..insyaallah... so,stay tuneeee...!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Tepung Beras

Fuhhh..tarikkk nafas...hembus slowly..fhew! semangat blogging sudah kembali meresap ke dalam jiwa..terima kasih buat kawan2 yang bagi komen dan semangat(yg bagi komen tu selalu bagi semangat utk blogging kan)..buat McSue n Aemylina,(habis lencun muka akak ni haa kena tempias masa korang hembus semangat vitamin R tuh..ekeke..)Thanks atas semangat tu.. dan di kesempatan ni ingin nak ucapkan selamat kembali ke alam persekolahan kampus buat Mcsue.. semoga segalanya berjalan lancar dan jangan sedih2 tau..hepi sokmo! :))

Baiklah,apam tepung beras ni dah dimasukkan dalam list yg dah berderet tu untuk majlis maulidur rasul Jumaat lepas..Buat 2 adunan dan amat mudah nak buatnya...sebab tu semangat jer nak buat walaupun sebenarnya nak buat lebih awal tapi tak kisah laa janji dah buat kan..ehee...
Tak sia2 keluarkan acuan lompang yang dah lama bertapa dalam kabinet tu,kalo berkepompong dah lama keluar jadi rama2 dewasa yang cantik dan berwarna biru..weee...
Nih apsal acuan lompang pun kaler biru nih...2 jenis biru lak tu..sapa ntah yg pilih nih..hahak :P
Tu laaa,sapa suh kat kedai tu jual acuan warna biruuu..kan dah terpaksa beli sebab x tahan tengok kan..walaupun dah ada warna biru sebelumnya(yg terang tu) nampak lagi biru muda tu..adehh...x tahan makcik! Nih apsal citer acuan lompang lak nih..hikhik...
Apa2pun bagi mereka yang belum ada acuan lompang leh cari kat kedai2 peralatan dapur yer..ala,murah jer...kat sini tak sampai rm3 pun 1 set..satu set kalo tak silap ada 20 acuan.

Kali ni try resepi Kak Watie yang rajin masak2 nun..mekasih kak..sedap n sedang jer manisnya..minta ijin c n p dr dapo akak yer...tq2
Bahan-bahan:
• 1 cawan nasi
• 2 cawan tepung beras
• 1 cawan gula putih
• 1 1/4 cawan air
• 1 sudu kecil yis
• sepeket kecil eno

Caranya:
  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
  2. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
Boleh makan dengan kelapa parut jika suka yer.. :)

Yang ni pulak letak sedikit pandan paste jadilah perisa pandan..sedap!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 26, 2010

Datang lah dikau..wahai vitamin R!!

Salam maulidur rasul buat semua..
Ya ampun...kenapa nih ada entri tp malas bebeno nak publish..rasa down nak blogging pun ada..huwaaaa..sapa2 ada lebih vitamin R tuh tolong tiup sket ke sini yek..kalo cukup vitamin malam nih jugak entri ku akan publishh..erh!..

sambung sket lg,
Alhamdulillah,sehari 2 ni line tenet ok...eyana pun dah kebah dari demam.. cuma penggunaan lappy my hero ni yg buat kurang biasa mengentri agaknya..my lappy kong skrg,lom berkesempatan hantar ke klinik semula..sebab baru minggu lepas hantar..

Apa2pun,terima kasih buat kawan2 yg setia berkunjung dan yang sudi memberi komen,x jemu2 menyokong amatlah dihargai...followers,peniup semangat juga tu...buat blog ni x padam2 sampai sekarang adalah kerana kamu..memang tak nak sia2kan followers yang ada..terima kasih semua..yg sudi link ke blog masing2,amatlah dihargai..tq2
Fuhh...rasa lebih baik lepas luahkan perasaan kat sini..

p/s:kat fb bukan apa rajin tuh sue,situ laju jek..huhu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 25, 2010

Happy Birthday Kak Nor Ganu!!!!

Hari nih hari spesel buat seseorang iaitu buat Kak Nor yg duk di ganu nunn..yg terer masak2 macam2 juadah..dan suka cuba mencuba resepi2 baru...
Jom kita sama2 ucapkan selamat hari lahir pada akak yg comel nih walaupun usia dah lebih 40 tapi kalo tak bagitau mesti kita ingat 20an atau 30an lagik..hihi..(kak,kek sepotong yer)

Selamat hari lahir buat Kak Nor..semoga di usia terbaru ni akak mendapat yang terbaik dari segala yang terbaik yang akak harapkan...
Juga semoga rezeki akak semakin mencurah2 kerana sudi berkongsi ilmu masakan dan pelbagai ilmu zahir batin dengan kitorang adik2 yg chumel2 dan masih mentah ini..heeee.. :P
Semoga semakin banyak ilmu bakal akak kongsikan lagi dan lagii dan semoga ceria2 laaa selalu yer kakk..muahhhhhhhhhhhs!!!

Harap akak sudi angkut kad2 ini balik umah..mulanya nak tepek 1 kad atas tu jer...tgk kad kedua nih cam sesuai utk akak gak..hikhik..

alala....comelnya kak nor masak.. ^__^ ..ehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 24, 2010

Tauhu Lembut Kukus Berhias Udang Kering

Uih..laju lak tenet pepagi nih..semalam tak tembus2 kat umah cyber ni haa...kena taip laju2 nih..ehehe...

Sekarang ni makanan2 kukus dan bakar jadi pilihan utama sebab nak turunkan beberapa kilo berat badan..hahaa...sapa nak ikut diet meh laa skali..hee

Apa2pun nih antara menu semalam yer..resepi cedok dr majalah Rapi..yg terbaru di pasaran.hehe...
Ada yang dah try lum?
Kalo dah try mesti dah tahu keenakan tauhu kukus nih...
yang bestnya resepi simple tapi menten sedap...tp tauhu lembut ni bak kata Dina, makan ngan kicap pun dah sedap...heheee...

Tapi bila taruk udang gini memang best...sebelum ni pernah makan ngan pulut kuning jer udang kisar nih...haa,cubalah yer..
Dipanjangkan di sini resepinya..copy lebih kurang jerlah ye..thanks Rapi!

Bahan2:
  • 1 ketul tauhu lembut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • Daun bawang > sue letak daun sup,cili hiris skali
Cara:
  1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
  2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
  3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
  4. Selamat mencuba..
Tauhu ni sedap dimakan semasa masih suam lagi....macam semalam tuh kan,tak sedar 1/3 dak aku ratah...hahah...sedap!

Nota Biru:Info dari Rapi mengatakan Tauhu mengandungi zat minyak omega 3 bagi menurunkan kadar kolestrol dan protein yang kaya dengan asid amino.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 22, 2010

Kek Mata Kucing [Kukus]

Salam..
Hai!Iskhh...napa laa tuan umah ni malas ngapdate blog yek...
Padahal pantang ada masa memang ada depan lappie ni haa..
Pastu kan...aritu ada dah redi nak entri pasal kek2 kukus sarawak..sebenarnya tempahan untuk thn baru cina...tapi baru berkira2 nak mengentri,komputer buat hal pulak...
Gambar tak sempat di copy dah hilang..huwaaa..

Apa2pun buat kek yang ini untuk makan sendiri jer..lama x makan kek sarawak...
Kalau dah nak makan sendiri pastinya pilih kek yang basah2 gini..

Ok,ada beberapa kek kukus sarawak yang seakan2 serupa tapi tak sama cuma tak jauh beza.. Antaranya ialah kek mata kucing ini,kek belacan,kek puteri dangdut dan kek negro. Mungkin ada lagi tapi yang femes dari dulu kek2 inilah yang bila muncul salah satunya boleh menjadi persoalan sesetengah orang...'ini bukan kek ______ ke?' sebabnya penggunaan bahan2 dan paras rupa kek2 ni tidak jauh bezanya...
Yang pasti kek ini memang sedap dan tidak lapuk ditelan zaman..kek mata kucing ni sudah ada sewaktu aku kecik2 dulu..dulu kan,masa raya jer baru dpt merasa kek sedap begini.. :)

Bahan-bahan ( loyang 8 1/2" x 81/2" )
  • 450 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 10 Biji telur Gred A atau B
  • 380g susu pekat manis ( 1 tin kecil)
  • 200g serikaya
  • 200g horlicks(sepeket kecil)
  • 300 gm tepung hongkong/gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol browning sugar atau secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus dan gris loyang dengan mentega serta ditabur tepung supaya adunan tidak melekat pada loyang
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
  4. Kemudian, masukkan serikaya , susu pekat manis,horlicks dan esen vanilla
  5. Putar lagi sehingga adunan sekata
  6. Masukkan tepung hongkong yg sudah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
  7. Masukkan browning sugar dan kacau supaya sekata
  8. Kukus selama 3-4 jam.(jika untuk dimakan untuk tempoh sehari dua,kukus 2 jam atau sehingga masak sudah memadai)
Penggunaan tepung hongkong dan tepung gandum biasa ada bezanya..apabila menggunakan tepung hongkong,tekstur kek akan lebih halus berbanding tepung biasa..kali ni aku guna tepung biasa jer..rasa sama cuma perbezaan rupa :)
Kek kukus sarawak tidak kira yang berlapis atau tidak lebih baik menggunakan tepung hongkong/superfine untuk tekstur kek yang memuaskan..
Selamat mencuba!

Nota Biru: Nama2 pada resepi lama kek sarawak tidak semestinya bersangkut paut dengan bahan2 yang digunakan..jangan ingat ada letak mata kucing lak dalam kek ini..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 21, 2010

Kembar Tak Seiras.. :P

Salam ahad..
Dah ahad pun!jap nyer...ada yg sambut besday arini?happy birthday to u..yg sambut sebelum2 ni hepi belated besday to u yer..sori x dpt wish mungkin kebetulan tak on9 ler sebab masalah yg tak dapat dielakkan...

Sekarang ni agak aktif juga di facebook mencari kenalan lama dan baru(yg baru tu biasanya kenal dr kalangan blogger la ek..memang agak seronok bila jumpa kawan2 kat sana..lebih real gitu..heee
Dalam pada itu,terjumpa laa gambar lama ni.. my uncle yg upload. xpernah tengok sebelum nih.haha...
Masa kecik2 dulu,sy dan kakak memang akan dibelikan baju yg sama atau hampir sama seperti pasangan kembar. Jarak umur kami yg beza cuma 1 tahun membuatkan kami nampak seakan kembar dengan saiz badan yang sama,potongan rambut,ketinggian cuma muka jer berbeza..
Sehingga laa satu tahap kegedikan tu sampai,taknak dah baju sama ni..tak best. Nak baju lain 'kayu' dah...taknak sama bunga..taknak sama warna..huhu..
kadang2 tuh bergaduh memang ada..hahah..berebut nak terbaik..alaa,bergaduh adik beradik nih perkara biasa laa kan..hik :P

Gambar ni diambil semasa hari raya tahun entah berapa pun tak ingat..tapi yg pasti kat rumah arwah nenek(yg duduk senyum kat belakang ) ler..
Yang laki sorang tu bukan adik beradik kitorang entah camner leh interprem mungkin sama beraya masa tu kot..lepas tu zaman kitorg kanak2 takde org bagi angpow meriah cam sekarang..cuma sesetengah sedara mara jer yg bagi..pastu kalo dapat angpow tgk dapat 5 hengget dah macam kaya jer..ahaha

Masa ni memang jarang2 dpt tgk kamera..so kejakunan tengok mende alah tu memang ada ler..hehe
Seronok jer berpeluang dapat mengimbas kembali zaman kanak2 kan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 18, 2010

Acar Timun Nenas

Mesti ramai yg dah tau macammana buat acar mudah gini kan..
Amat sesuai digandingkan dengan nasi beriani, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan macam2 jenis nasi pun..

Kalau untuk kenduri kecil2an menu ni juga selalu menjadi pilihan kakak sy...jadi selalu jugalah membantu potong2 itu ini...sedap ratah gitu jer..tp kena sebatikan semua rasa yer

Bahan2:
  • Nenas-kupas,potong kecil memanjang
  • Timun-potong kecil memanjang
  • Lobak merah(optional)-potong kecil memanjang
  • Cili merah-hiris
  • Limau kasturi-hiris sebahagian dan sebahagian diambil jus menggantikan cuka
  • Bawang merah-hiris nipis
  • Bawang putih-hiris nipis
  • Sedikit halia-hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan2 dan sebatikan semua rasa.
  2. Jus limau kasturi juga boleh digantikan dengan cuka
Kadang2 orang tak letak bawang2an tu.jadi pendek kata boleh letak bahan2 ikut citarasa sendiri lah yer..selamat mencuba!

Nota Biru: Jika tidak habis boleh simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 17, 2010

Thanks Love2cook


Dapat award ni dari LOVE ..thanks yea love...
Bukan sahaja blog dia lovely,but the whole family so lovely..hehe

Seronok dapat kenal blogger berbangsa lain as a friend...
Haa love,jangan lupa cubitkan pp ur kids 4 me..heee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Salam Rindu Buat Sahabat2 Cyber..

Maaf lama tak bersiaran..
Selepas ini akan cuba bersiaran seperti biasa dan aktif semula ber klik2.. rindunya kat dunia cyber..
Sebenarnya banyak benda nak kongsi dengan anda semua...bukan setakat nak kongsi resepi tapi pelbagai benda lagi yang mungkin ramai lagi yg tak tahu..
Bukan maksudnya sy tahu banyak benda...tp mungkin ada yang kite tahu orang lain tak tahu dan begitu juga sebaliknya..sebab tu ramai yg guna ayat'sharing is caring..' kan? *wink*

Baru2 ni balik Miri tengok2 plat kenderaan dan QMP XXXX rupanya...macam laju jer no plat bertukar huruf..kalau dulu,nak tukar ke satu huruf tu makan masa 2,3 tahun juga..sekarang ni ramai yg dah beli kenderaan sendiri agaknya..
Nasibbaik masa pergi ke bandar baru2 ni takde laa jem sangat sebab ramai balik tmpt asal masing2..
Sempat jugalah meredah ke Parkson,di situlah segala restoran francais n tempat makan yang disebut2 orang banyak berkumpul..seperti coffee bean,big apple doughnut,secret recepi dsbgnya...
Rasa nak cerita panjang lagi...tapi mata ngantuk je petang2 ni..ingat nak buat sesuatu dululah..

note: rindunya kat kawan yg sorang tu,lama x sms ngan dia..biasanya kalau ada apa2 nak tanya pasal komputer mesti tanya dia.huhu...kitorang 'kenal' since 2001 gitu ler.. so sorry! dah buat silap kan,kena laa minta maaf..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 9, 2010

Tauhu Kukus Sos Tiram

Tauhu gini sesuai dihidangkan bersama nasi ayam..tapi aku makn ngan nasi putih jer..
First time merasa pun kat SCR(Singapore Chicken Rice) tauhu kukus gini...tapi rasanya kesedapan masak tauhu simple2 gini banyak bergantung pada rasa tauhu tuh sendiri kan..
Kalau dapat tauhu yang sedap,halus sedap laa jadiknya.

Jadi buat penggemar2 tauhu,tak lupa buat ibu2 mengandung...ehem2...*jeling2 kat orang2 tu(ramai yg pakat2 jadik makyung rupanya geng masak2 ni yek..Tahniah2 buat mereka..hee...esok2 gi beli tauhu yer..hihi..
Ramai orang cakap kan,tauhu leh 'hasil'kan anak yang putih gebu kalo diamalkan..tak salah ler usaha ek!

Resepi nih kebetulan lebih kurang jek ngan resepi yang ada kat myr,so dengan malasnya aku c n p dari penyulawa di myr..thanks n check it out..

Bahan-bahan ( 2 orang )
• 1 pack tauhu lembut
• 2 sudu besar oyster sauce
• bawang putih - cincang
• sesame oil
• bawang goreng
• daun bawang - potong kecil

Cara-cara
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan oyster sauce dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
3. Kukus selama 15 minit
4. Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
5. Hidangkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Roti Sosej Mini

Semalam nengok roti sosej umah kak watie,teringin lak nak meroti ..(eceh,macam pantun 2 kerat lak)hek..
Untuk pengetahuan kak nor JB,hanya guna kudrat tangan montel ini jer kakk..nak nguli roti ni..sue nyer breadmaker(BM) duk kedai lagi,takmo ikut balik..hahah..
Actually x pernah ushar pun lagi BM sebelum nih sebab takde nawaitu nak memilikinya..maklum laa,meroti pun jarang2..heee...
Lagipun takde laa nak patah tgn ni,nguli tepung sebanyak suku kilo jer pun(chet,berlagak!haha)..kalo sampai 3 kilo tadi mau meraung gak laa nak mintak belikan BM kot...ekekee

Oklah,jom kite tengok resepi kak yani dr myR nih..hehe...sue tambahkan bread softener untuk melembutkan doh dan kurangkan sedikit air sebab selalunya resepi yang guna BM ngan uli guna tangan sukatan air tak sama...nih ikut pengalaman yg tak seberapa ni ler..ehe

Bahan-bahan ( 16 biji )

* 140ml air > sue letak dalam 12oml jer
* 20g telur
* 250g tepung roti
* 20g gula
* 4g garam
* 25g mentega
* 3g (1 sudu kecil) dry yeast
* 8g susu tepung
* 8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
* susu segar utk sapu di roti
>sue tmbh sesudu kecil bread softener
>sue letak sedikit keju cheddar parut untuk ditabur atas roti

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. .

Sebenarnya sosejnya nih bahagi tiga sebab stok x banyak rupanya..(doh dah siap adun baru sibuk kuarkan sosej dr esbok)ngee...tuh yg kontot2 jek roti ni...dah laa ala2 roti obesiti gitu..hukhuk..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 8, 2010

Muffin Coklat

Ini tugasan dr c kakak,gara2 tengok gambar muffin kat majalah..huhu..
Senang tau nak buat muffin ni..dah pernah buat sebelum nih..kali nih letak coklat chips kat atas tuh... yg bestnya,senang2 tu pun, hasilnya sedap sangat..moist dan kaya rasa coklat..
Takyah sibuk2 kuarkan mixer bagai..godek2...geduk2..gedak2..bakar!daahhh siapp!!

Resepi nih dikongsi oleh cik puan besar myR tuh sapa lagik kalo bukan kak yani..
Mekasih eh kak...sue panjangkan resepi kat sini lak,kalau2 ada yg nak mencuba sendiri..

Bahan-bahan ( 10 biji )

• 200g coklat masakan
• 70g mentega
• 2 biji telur
• 50g gula halus
• 60g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Lembap sekali muffin nih..sedappp!

Note: Resepi tu kata dapat 10 muffin,aku dapat 6 ketui jer..maknanya bekas muffin aku guna lebih besar..jadi bakar lebih kuang 30minit baru masak..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Udang Blackpepper

Kebelakangan nih malas beno nak amik gambar masakan..ada mencuba resepi2 baru tapi dah abis baru ingat nak amik gambo...huhu...
Oklah,x nyempat nak tulis panjang bebeno nih..jap lagik kena jadik drebar bas skolah lak..ehe

Rasa udang nih lebih kurang honey prawn pun ader cuma ada rasa lada hitam n kicap sket..
So sapa2 nak cuba leh laa cube ehh...

Thanks dayangjack sebab bagi idea nak masak udang simple sedap nih..kite tambah sos lada hitam lagik untuk bagi 'kick'..haa,jom makan!

Bahan-bahan :
• 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1/2 cm halia (dihiris)
• 1 labu bawang besar (dimayang)
• 1-2 sk serbuk lada hitam
• 1-2 sb kicap pekat
• 1 sb sos tiram
• 2 sb kicap manis
• sedikit hirisan daun ketumbar
• 4-5 biji cili padi (diketuk)
• 1 sb madu + 50 ml + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
• 1 sudu makan sos cili
>sue tambah sos lada hitam puteri untuk perapan..

Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.

Udang,kalo goreng2 gini memang best jer nak ratah..kan!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Roti Goreng Telur

Selamat pagi isnin..
wahh,dah minggu baru kite nih ekk..arini ada yg monday blues ke?
Kalo nak blues2 meh layan sarapan yang teramat simple tapi best nih..

Rasanya ramai yg pernah buat roti ni kan..
Resepi nih 'kawan spesel' aku yg bagitau duluu..masa tu x pernah try sendiri...tak sangka sedap pulak roti telur gini kan! Mekasih byk utk beliau..ehe

Bagi yg tak pernah cuba tu cubalah...tak rugi! Lagi2 kalau ada roti yg nak luput tarikh tu..

Bahan2:
  • 4 keping Roti putih-potong 2 setiap 1
  • 2 biji Telur
  • sedikit Maggi seasoning (optional-tp kalo letak lg sedap)
  • Secubit garam(jika perlu)-jika hendak dicicah sos rasanya x letak pun x pe
Cara:
  1. Dalam bekas,telur dipukul sebati dan tambahkan sedikit maggi seasoning dan garam untuk perasa.
  2. Panaskan kuali(pastikan minyak betul2 panas untuk mengelakkan roti menyerap minyak ketika digoreng)
  3. Setelah minyak betul2 panas,barulah celup roti pada telur dan goreng shingga keperangan. Angkat dan toskan .
  4. Hidangkan bersama cili sos dan mayonis jika suka.
Pastikan minyak benar2 panas untuk elak roti dari menyerap minyak berlebihan..sedap nih,makan koyak2 gitu..kalo xnak koyak2,leh laa potong kecik2 ye
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 7, 2010

Mungkin esok giliran kita..

Salam semua..
Comel,kan?Kenal tak dengan Ammar ni? Aku pun x kenal..tp 2,3 hari ni memang ammar sering dilihat di dada2 blog rakan2 nuffnangers yg prihatin..
Nama penuhnya Ammar Danish...usianya baru 2 tahun. Tapi di usia muda ni dia dah diuji dengan ujian yg amat berat..bayangkan susu dimasukkan melalui tiub ke dalam perut kecilnya.. tak sanggup aku tgk lama2..

Kata ibunya sejak dia lahir ammar mmg ada heart defect ... yg dipanggil PDA ...
tp sementara itu doktor kata walaupon salur tu x tutup (PDA), ia takkan mengganggu kesihatan ammar..
Jadi doktor kata boleh jadi ia tak boleh tutup sendiri dan pembedahan perlu dilakukan segera..

Saat orang memerlukan bantuan kita tak semestinya kita tidak dapat bantu..walaupun dari jauh.
Bukan perlu jadi jutawan baru boleh membantu orang susah kan..

Bayangkan keluarganya memerlukan RM15,000 dalam masa yg singkat iaitu sebelum 22/02/2010 ini..

Kalau kita letak diri kita dalam situasi mereka pasti amat tertekan..
Kecuali lah kita dari golongan jutawan kan..
Marilah ringankan beban mereka..walaupun tak banyak, tapi ia tetap menambah jumlah wang untuk kos pembedahan tersebut..

Segala wang bantuan boleh di bank-in ke akaun ibu Ammar Danish..kalau nak baca kisah ammar,boleh ke blog ibunya >> Ibu Ammar(klik)

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)

cepat2 save no akaun ni dalam handphone dan boleh laa singgah kat mana2 maybank bila2 masa ye.. Tima kasih sebab sudi baca entri ni...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 6, 2010

Roti Paun

Jom buat roti paun lak.. senang jek nak buat. hasilnya gebu dan yg best tu,rasanya sedap!
Sebelum nih hana/kak ina dan mamafami dah try resepi yg sama...
Sy buat tuh cara buat donut gak ler..cuma bahan2 yg sama dengan resepi asal..eheee...ikut yg mana kite selesa laa ek..

Resepi asal dr rnana dan c n p dari bro rozzan...thanks semua skali!

Bahan-Bahan

*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver

3 bahan bertanda * saya timbang sekaliarung.. = 400gm semuanya..


Cara:

1) tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
2) lubangkan tengah.. masukkan telur..
3) masukkan majerin
4) gaul rata then masukkan air+yis
5) uli then masukkan pelembut roti..
6) uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
7) perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
8 ) bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
9) bakar about 20 minit @ 180C
10) bila dah masak.. gliskan dengan majerin...

Dah meroti nih rasa nak meroti lagik..adehh.. apa menu besh nak buat ujung minggu ni ekkk...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 5, 2010

Soft Crust Pizza

Silakan yer sorang amik sepotong..jangan makan depan lappie / pc tau!

Tengah hari ni kite tak makan nasik k..
Apa?diet tanpa nasik?oh bukan2...sebabnya nak melayan pizza dulu...takkan layan nasik ngan pizza skali kot...tak lama makin mancung pp den nih haa..huhuee...

Sapa2 lum pernah buat pizza tuh cube2 laa buat ek..lagi2 kalo korang yg dah pernah buat donut sendiri tuh...mesti pandai buat piza...guna adunan yg sama jer...cuma canai nipis pastu buh sos tomato atau tomato puri..yg lelain tuh lantak ler nak buh apa ikut selera kan..yg penting untuk rasa sesuai ler letak sos,mayonis kalo nak letak seasoning megi tuh pun sedap...tapi apa2 pun memang terpulang kepada citarasa ajer...

Kalo sebelum nih selalu buat ikut resepi donut tuh.kali ni try lak resepi asal dari mat gebu kalo x silap...,disyorkan oleh kak ina kl,dipanjangkan oleh kak ina ibunya di darwish..ehehe..mekasih buat semua yg terlibat...

Amik resepi nya nih dari dapo kak hana/ina jer laa ye.mekacih2... sedappp! cuma ada gak bahan yg terpaksa di skip atas ketiadaan stok..eheee

Soft Crust Pizza

Bahan Doh:
• 250 g tepung roti (high protein flour)
• 130 ml air
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca besar gula
• 1 camca teh yis (instant yeast)
• 1 camca besar madu
• 1 camca besar lemak sayur (shortening)
• 2 camca besar minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih, cincang halus
• 1 camca teh oregano kering

Cara membuatnya:
1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

Note: Sue letak inti sosej,udang,lobak merah, jagung(dlm tin) dan guna keju cheddar ajer..letak sedikit jer sos lada hitam sebab khuatir anak2 xmo makan kalo letak byk.. :)

Iskh2...sapa degil gi makan depan lappie nihhh...huhuuuu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mee Goreng Mamak Simple

Selamat pagi Jumaat semuaa...dah sarapan ke?kitorang dah kenyang pepagi lagik dengan hidangan simple tapi menyelerakan nih...layan lak dengan teh 'O' panas di awal pagi memang beshhh...
Bukan apa keletung keletang awal pagi,my hero nak gi ke luar daerah ler sebab ada meeting lagi.huhu...
Tapi kan,bahan2 letak mana yg sempat ajer...kangkung bukan tak ader...tumbuh subur kat kebun tuh tapi tak sanggup lak nak turun pepagi buta gi amik..ehee..

Takpelah kan..janji guna bahan basic tu haa...yg tuh kunci penyedap mee goreng mamak nih..ops,bru perasan lupa boh tomato.ahak...

Selongkar dari dapo Kak Nor Ganu..thanks kak...sedappp!!

Mee goreng mamak Simple

1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.

Betul2 ho liow!!heheeheee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 4, 2010

Kuih Abok-abok

Kalau kat sarawak ni,'abok' atau 'babok' adalah panggilan hormat untuk makcik2 atau wanita yang lebih tua dari kita..
Tak tahulah kuih ni ada kena mengena ke tidak..hehehe
Kuih ni pun aku 'kenal' dari seorang abok yg aku respeklah...banyak jenis kuih beliau tahu buat..cuma aku jek tak rajin bertanya agaknya..huhu...

Kuih ni paling simple nak buat,kalo nak letak dalam daun pisang pun boleh...tapi yg ni kukus dalam acuan lompang ajer..
Tapi kuih ni sedap tau..lagi2 guna kelapa parut fresh...rasa lemak2 gitu.. sebab tu laa tinggal seketui baru ingat nak amik gambo...blur plak tuh.hahah..

Bahan2:
  • 1 cawan gula > kalau nak campur gula melaka pun boleh juga
  • 2 cawan biji sagu hijau / pink
  • 3 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • sedikit garam
Cara2:
  1. Panaskan air kukusan.Rendam biji sagu lebih kurang 20min atau sehingga kembang,toskan.
  2. Dalam bekas,gaulkan biji sagu tadi bersama kelapa parut dan gula serta garam
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan letakkan adunan biji sagu tadi sehingga penuh.
  4. Kukus selama 10 minit atau sehingga biji sagu jernih sepenuhnya.
  5. Selamat mencuba!
Kuih ni jugak sedap dimakan sejuk2 tau...tapi kali ni memang tak sempat nak simpan sejuk pun..ahaks

Note: Perasan tak sukatan bahan2 kat resepi tu guna 1,2,3...senang nak ingat..hehee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 3, 2010

Kek Batik Coklat lagi..dan lagi...

Perasan tak kek nih namanya 'batik coklat'..bukan 'batik marie' walaupun guna biskut marie macam kek2 batik sedia ada..hehe..kenapa agaknya yer.hmm..
Kek yang paling mudah nak buat ni amat rugi jika tak mencuba membuatnya..terutama penggemar coklat tegar..

Sebenarnya dah masuk kali ke berapa ntah aku buat kek nih sebab sebelum nih pun memang selalu kena ada stok kek jenis gini dalam esbok sebab kita tak tahu bila tetamu tiba2 akan datang..selalunya kek jenis yg tahan disimpan begini menjadi penyelamat..
Kek nih pulak kemain senang dibuat,bahan2 pun leh dapat kat kedai mui kuang mini market(contoh nama kedai runcit..aheh)

Bukan takat tu jer,sedap lak tu...jangan laa bygkan kesedapannya melampau2 lak.....nih untuk penggemar ceklat ler...kalo jenis tak gemar tu,lain citer laa...tp x mustahil korang suka gak!hik...
Aku cuma mampu kongsikan gambar hasil2 kek batik coklat nih kat korang..dari segi nak merasa tu kena buat sendiri laa ek!

Resepi yg best nih dikongsi oleh Milla pengusaha kek2 di Sabah...thanks again milla...lebiuuu!
Sebelum nih leh tengok kek aku buat kat sini(klik) ,untuk memudahkan mereka yang baru2 nak berjinak2 buat kek,resepi nih aku dah edit dan kongsikan cara mudah nak buat.. Apapun,resepi asal boleh rujuk dr myR laa ek...check it out!

Kek Batik Coklat

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Untuk lebih faham,di sini ditunjukkan cara biskut marie itu disusun sebelum dicurahkan adunan coklat selapis demi selapis.. di celah2 susunan itu juga boleh dipatah2kan biskut marie supaya tertutup keseluruhannya

Kek ini sedap dimakan sejuk...


Note: Untuk membuat biskut marie seperti ini,disyorkan TIDAK menggunakan biskut marie yg manis kerana adunan coklat sudah mengandungi perisa yang mencukupi..

P/s : Gambar2 di atas menunjukkan kek2 yang berbeza menggunakan resepi yg sama...kan dah cakap dah,aku selalu buat kek nih..hahhaa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 2, 2010

Sardine Rolls

Ehee...walaupun kurang anggun sardin gulung ku ini...aku nak tayang juge..huehue.nih menu minum petang tadi.. Dulu dah pernah buat sekali guna resepi yang sama tapi masa tu guna marjerin ajer..kali ni konon2 nak bagi lembut rapuh gitu sebab tu guna mentega..

Resepi dr bkl besanku yg sedang menyepikan diri..huehue..amik dr myr jek..tq sha!

Bahan-bahan ( Untuk Pastri)
• 200 gm Tepung Gandum
• 100 gm Mentega Sejuk
• Air Sejuk
• Secubit Garam
• Bahan-bahan untuk inti
• 1 Tin Besar Sardin
• 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
• * 3 Ulas Bawang Putih
• * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
• 1 Biji Lada Merah - Dihiris
• Garam
• Secubit Gula
• 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Untuk Pastri :)
2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
7. Untuk Inti
8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
13. Tumis hingga betul² garing.
14. Cara menyediakan Sardine Roll
15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
18.
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Macam terlalu rapuh lak adunan doh aku nih..hihih..tapi takpe la,janji sedap n abis ditelan daa..(ayat penyedap perasaan)
Korang jangan berani nak mintak2 lagik,aku suruh buatkan kang haaa...ekeke :p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Lapis Intan Terpilih

Entah macammana aku boleh lupa nak update resepi kek yg satu ni..
Bila tengok cerita 60-an kat tv tadi kisah Puteri Intan terpilih yg hitam ala2 puteri senandung tu baru teringat dengan kek ni..tengok2 kat blog belum diletak kat sini rupanya..
Takpe laa ek..bukan basi pun gambo n resepi nih.tp keknya usah ditanya la...ehehh

Bahan2:
  • 16oz mentega (golden churn)
  • 10 biji telur ayam
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin serikaya (300gm)
  • 1 botol/bungkus horlick coklat (200gm) / horlick putih pun boleh >sue guna original
  • 1 gelas tepung roti/biskut marie
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 bungkus/secukupnya roti saltcheese
  • 1 tin kecil susu manis
  • Sedikit pewarna coklat >sue guna perisa horlicks original,jadi x letak
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu..
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga putih dan berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul sebati
  4. Masukkan serikaya,susu manis dan gaul sebati
  5. Masukkan pula bahan2 tepung seperti horlicks,tepung biskut marie,tepung gandum dan digaul sehingga benar2 sebati.
  6. Bakar selapis adunan menggunakan api atas bawah sehingga keperangan dan susunkan biskut saltcheese di atasnya brulah tuangkan selapis adunan lagi
  7. Bakar lagi dengan menggunakan api atas sahaja.
  8. Setelah masak,keluarkan dari oven lagi dan susunkan biskut cheese seperti tadi...Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
  9. Setelah lapisan terakhir masak,bakar lagi pada suhu terendah selama 10 - 15 min
Kek ni agak berbeza dari kek lapis sarawak yg biasa kerana menggunakan saltcheese ni jadi agak masin2 manis lemak gitu.sedappp!kalo nak tau rasanya kena laa cuba sendiri yer..

Gelas yg digunakan untuk sukatan tu adalah untuk 200ml sukatan yer.selamat mencuba :)

Biskut saltcheese yg digunakan untuk membuat kek lapis ini...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...