Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Terus sahaja kita ke menu hari ini ya..kuih yang simple nak buat,simple nak makan. Tapi dalam pada serba simple tu,bertahun jugak laa aku nak buat kuih cara nih tapi tak terbuat2..thii hii hii.. Maknanya lama laaa acuan ni duk bertapa dalam kabinet tu kan. Kasihan. Eh! aku pernah guna laa,duluuuuuuu...(lama beno dah bunyi nya tu) la,untuk buat kuih bahulu..heh. :D
Tapi takpelah,ni dah terbuat ni..lepas ni leh buat lagi dan lagi...boleh cuba buat kuih cara yang berlauk lak laa pasni kan..sebabnya syok lak aku rasa bakar kuih guna acuan nih...cuma panaskan acuan,calit2 minyak..tuang adunan,tabur gula.tutup acuan..tunggu masak dan angkat..
Dah siap!
Untuk resepi,aku amik kat dapur Izah, Nieza pun dah buat kuih cara manis ni baru ni ekk..korang dah buat gak ek..sedap kan!
Terima kasih izah, dan sumber resepi asal Che Mat Gebu dan kak Nannie. Minta izin dikongsikan di sini pula ya..
Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG, Kak Nannie, Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan -hasue guna paste pandan koepoe2
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Kebetulan pulak ada penutup periuk yang bersaiz ngam2 ngan acuan...ahak.. ;P
Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Jemput amik sorang seketui untuk berbuka yer...takyah banyak2,takut tak muat kat perut tu kang..hehe