Bagi yang belum pernah merasai laksa Sarawak nih.. cubalah sekali..pasti selepas beberapa ketika selepas merasainya,anda akan terbayang2 dan terasa2 lagi keenakannya yang ternyata berbeza dari laksa2 lain.. kalau biasanya laksa lain menjanjikan kuah yang pekat,laksa sarawak pula menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah pedas2 n lemak2 gitu... disulami dengan sambal belacan dan masam2 limau kasturinya..wuhhh! tak rugi mencubanya..
Adalah senang untuk memasak laksa sarawak,baru2 nih aku siapkan laksa sarawak seorang diri dalam masa 1 jam aje..haha..dalam seminggu buat 2x. Sebab yang pertama tu macam tak puas makan..huh..sedap amat! Tapi memang gigih la,dapur jangan cerita..hihi..dah kenyang baru laa nak kemas2kan balik kan..
Tapi guna pes laksa yang dah siap dijual tu jer... dalam tempoh tu juga laa nak goreng/rebus ayam,kupas kulit udang,rebus telur,cendawan hitam,goreng tauhu,celur tauge, buat sambal belacannya..celur bihun..
Kalau nak makan laksa Sarawak,bahan2 kat bawah nih aku suka letak..mungkin dah terbawa2 cara hidangan restoran kat sini kot.. termasuk laa penyediaan sambal belacan tu..sotong rasanya kurang sesuai laa nak letak..(ada restoran yang letak..aku rasa x sedap)
Tapi kalau malas sangat atau nak cepat,boleh jer nak letak seadanya bahan penting seperti udang,telur dadar,isi ayam,tauge jer.. yang pentinggggggg...sambal belacan itu jangan dilupa..limau kasturi juga..oohh!sedapp gilerr

Di sini aku kongsikan cara memasak atau menyediakan laksa..cara aku ye. Sebenarnya asas penyediaan laksa dah disertakan sekali kat rempah tu..
Aku lebih suka ayam yang digoreng sebab ia kaya dengan perisa berbanding ayam direbus..jadi terpulang selera masing2 ye..
Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2 laksa(tidak terhad):
- Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
- Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
- Tauhu goreng
- Telur dadar
- Tauge(celur seketika)
- Cendawan hitam(celur)
- 300g udang(celur)
- Telur rebus
- Sambal belacan dan limau kasturi
Bahan2 kuah laksa:
- 200g pes laksa sarawak hj manan
- 2 liter air
- 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
- 2 batang serai-ketuk
- 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
- Garam n gula/perasa secukupnya
- Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
- Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.

Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.