Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, February 29, 2012

Sandwich Telur Bermayonis ..ala2 menu diet

Assalamualaikum.. ^_^

Dah hari terakhir di bulan Februari pun kite yer..selamat menyambut hari lahir buat mereka yang menyambut hari ni..jarang2 sambut ulangtahun,mesti spesel jer sambutannya yer? Ada tak korang yang sambut besday ari ni? ^_^

Sandwich sihat ni antara menu peberet ..sesuai laa kan untuk orang berdiet...cuma nya aku suka buh mayonis lebih,tu yang ala2 diet jer kan..hee. Ada ke orang diet makan menu diet letak mayonis bebanyak? Ada2..aku ler tew!heh..

Adalah best buat sandwich guna roti yang fresh/masih lembut..aroma roti tu pun best! Buat sendiri kalo reti,beli jer kalo tak reti or kalo malas..ehe

Roti yang aku gunakan adalah seperti gambar kat bawah ni..beli kat bakery femes kat Miri..rasanya lebih 10 kot cawangan bakery nih kat Miri jek..kat bandar lain di Sarawak ni aku lom jumpa lagik..
Selain roti ni,aku suka gak guna roti canola & sunflower oil-health care wholemeal bread.. leh didapati di kedai yang sama.Kedai lain pun ada kot.
Bila guna roti yang kaya serat ni,mudah kenyang jer rasanya..kiranya sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch)..try la makan nasik pastu,mesti tak larat nak makan banyak2..ehe..
Roti yang aku gunakan..ni pun nak tayang kot2 ada yang curious kan.. :) Orang2 Miri dan area berdekatan mesti tau bakery MA Baker nih..
Eh macam duta bakery lak..ahak


Sandwich Telur Bermayonis
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
4 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus
2 sudu mkn-mayonis
2 sudu mkn- sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah/putih
Marjerin lembut naturel
1/2 labu bawang besar-cincang halus(optional)
Kobis sabah/salad/tomato/timun-letak ikut selera/stok masing2

Cara2:
  1. Kupas kulit telur dan lecek menggunakan masher/garfu sampai hancur atau ikut suka nak kasar2 sikit pun tak pe..
  2. Lepas tu buh mayonis,sos cili,lada hitam,lada sulah dan bawang besar yang dah dicincang halus. Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Sapukan roti dengan marjerin lembut,letak inti(campuran telur tadi) di atasnya..susunkan sayur kegemaran dan boleh picitkan lagi sos dan mayonis jika suka. Sapukan marjerin lembut pada satu lagi roti dan tutupkan roti satu lagi..
  4. Potong dan sedia untuk dinikmati..
Nota: Inti telur tu boleh dibuat lebih,dan disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk..boleh la nikmati sandwich ni di kala kelaparan.. :)

Align Center
Inti sandwich tu ikut suka nak buh apa yer..terutama tang sayur tu..aku campak je bahan ikut stok..
Ah,satu lagi..kalau buat sandwich gini,lagi best guna marjerin lembut iaitu jenama Naturel,letak dalam esbok pun boleh guna bila2 masa,tak mengeras seperti marjerin biasa atau seperti mentega yer puan2..
selamat berdiet!hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 27, 2012

Puding Karamel..

Assalamualaikum.. ^_^

Lama rasanya aku tak tayang puding karamel.. selalu kalau beli telur masih fresh2 tu, mula laa gatal rasa nak buat puding..
Sekadar nak ingatkan kita sesama Islam,bila beli telur..jangan lupa terus cuci yer. najis2 ayam yang masih melekat tu kadang2 tak nampak .. terutama bila nak buat kuih yang guna telur dan diuli..atau kalau pecahkan telur dan kulit telur terjatuh sama,tidak ke kotor tu..malahan ia najis..najis kan haram.. tak pasal2 kita nak bagi makan keluarga kita benda haram lak kang..jangan ambil mudah ya.. :)
Jadi cuci laa telur2 tu kejap ek,dah tu baru simpan..cuci pula jangan lama2,nanti kulit telur jadi nipis lak..

Ok lah..rasanya ramai sekarang ni dah terer buat puding karamel kan.. ada ke yang belum pernah cuba buat lagi? Takpe, satu2 laa ek.. :)

Yang kelihatan seperti kaca permata kat atas tu adalah kepingan gula yang dikaramelkan yer..bukan sampah sarap tau..haha

Resepi ni asalnya masih guna resepi emee,boleh rujuk link asal resepi di SINI. Dan resepi kemudiannya aku edit sikit di SINI..
Beza kali ni aku gatal tangan tambahkan sikit tepung kastad,dalam 1 sudu teh.. hasilnya seperti dalam gambar ni lah yer.. ia bertekstur begitu..halus tu,halus gak..cuma tak sehalus lembut tanpa kastad..rasa tu masih sedap banget! Cuma my cik abang masih prefer yang tanpa kastad..lebih smooth dan lembut gitu.

Kalau korang yang sebelum ni cuba resepi yang sama tapi lambat masak di tengah,cuba bakar kat oven rak bawah,guna api bawah selama 30 minit dan kemudian tukar ke api atas lak..bakar lagi selama 5minit atau sehingga mengeras sikit kat atas tu.. tapi rasanya,resepi simple ni insyaAllah jadi.. cuma penggunaan telur agak banyak kot bagi yang tak biasa nak guna telur banyak2.hehe

Sedap makan sejuk2 weh..! Elakkan hanguskan karamel jadi hangit yer..nanti spoil segalanya..dan punah masa depan. kena guna api perlahan je masa hanguskan gula..sabar banyak2.hehe..nak buat pun bukan lama..jadi selamat mencuba!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 26, 2012

Cempedak Ku Goreng Rangup2..

Assalamualaikum.. ^_^

Haii..lama entri ni kuperap dalam draft..ni agak2 dah jadi tapai ke belum..ehe..
Sementara boleh bersiaran dari kampung dengan tenet laju ni,boleh la aku publishkan yer..tak ler haunted sangat belog ku nanti.. ^_^

Ha,sesambil bersantai ujung minggu tu kalau ada benda nak digoreng seperti pisang ke,cempedak ke,roti yang nak expired ke,keledek,keladi dan segala bapak nenek buah2an atau makanan yang boleh dicelup tepung(batter) nak goreng,boleh laa cuba cara ni lak..ramai dah cuba resepi roti goreng rangup yang resepinya dah ku share di SINI,terima kasih.. ada yang kata,adunan tu banyak untuk 8 keping roti ek?sebenarnya aku agak2 jer rotinya tu..selebih adunan tu boleh disimpan dalam peti sejuk,esok nak guna,kalau pekat tambahkan sedikit air dan kacau sebati lagi..insyaAllah tak membazir. Lagipun banyak benda tu leh goreng guna resepi yang sama.. Macam aku selalu buat,satu batter untuk 2,3 jenis kuih..ehe..kalau taknak buat banyak gak adunan tepung tu,sila la buat separuh adunan ke,ek..lagi2 bila dah selalu buat, pandai2 ler agak banyak mana nak adun yer.. :)

Resepi lebih kurang juga dengan yang di SINI,kalau ada buah terap masak pun best sangat nak wat cucur woh..
Kali ini,aku gantikan tepung gandum dengan tepung hongkong,dan sebab cempedak tu sudah manis,aku tak letak langsung dah gulanya..walaupun selalu kalau buh gula tu bukan untuk maniskan kuih,tapi untuk adunan tu lebih berkilat gitu..tapi kalau tak suka tak payah letak gula cam aku buat kali ni ek..
Bila guna tepung hongkong,rangupnya lagi best.. oh yer,kerangupan tu tidaklah lama dari pagi sampai ke petang..cuma masih sedap dimakan..
Tapi kalau goreng sedap tu,biasanya tak lama dah abis..tak sempat ke petang kalau goreng sebelah pagi.

Lagi satu kalau nak buat untuk makan petang,simpan lebihan adunan tepung(batter) tu untuk goreng sebelah petang lak.. Aku fobia sikit dengan kuih yang rangupnya lama sangat ni(terutamanya yang dibeli),dulu pernah dengar orang citer dorang bubuh straw yang dicairkan agar kuih kekal rangup..wallahualam!
Tapi tak dinafikan ada juga resepi kuih yang tahan lama rangupnya..cuma aku suka guna gini,lebih senang dan famili suka.. ;)

Oh yer, kerangupan berbeza dengan batter yang letak tepung beras tau.. tah kenapa aku tak berapa suka(setakat entri ini ditaip) kalau gorengan buh tepung beras..dia rangup keras sket bagi tekak aku..heh..cerewet..adik aku kata,buh tepung jagung jadi rangup juga lembut..tapi aku lom berkesempatan mencuba..

CEMPEDAK GORENG RANGUP 'LEMBUT'
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1 cawan tepung hongkong
1 sudu makan buttercup
secubit gula-optional,untuk mencantikkan warna kuih jer.
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 1/4 cawan air-atau secukupnya (adunan seharusnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Buah cempedak secukupnya..atau pisang masak,keledek,keladi dsbgnya..

Cara-cara

Satukan tepung ,buttercup,gula,garam dan pewarna di dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan handwhisk
Leraikan isi cempedak dari empulurnya dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
Panaskan minyak di dlm kuali,jangan terlalu panas yer,nanti kuih tak rangup sebab suhu terlampau.. sekadar cukup2 panas jer..
Sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng.


Enak dimakan suam2 panas untuk sarapan pagi atau minum petang..yang pasti mudah dan jimat kalau buat sendiri kan.. sedap dan segar dari dapur anda..ahaks :)
Selamat berhujung minggu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 4, 2012

Resepi Kek Coklat Keju Marble

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

InsyaAllah kejap lagi akan bertolak balik kampung yang memakan masa 5 jam atau boleh jadi 6 jam(kalau ada singgah)..
Sementara sempat ni nak share satu resepi kek coklat dimarble kan dengan rasa keju. Sebenarnya,aku try buka link asal tak boleh pulak..tak tau laa samaada link tu masih aktif atau sebab tenet yang lemau ni penyebabnya..

Kek ni aku dah ejas sikit bahan2nya, dapat laa moist sikit..tapi sebab terrr lama duk bakar...tu yang tak berapa moist..lenkali nak cuba lagi.
Rasa kek ni macam kite makan,"ermmmh..ermmhh??"(ada rasa keju)..barulah sambung "ermm.."balik. selalu kalo makan kek coklat dengan ganache nyer tu kan ke panjang jer..ermmmmmmmhh...nyer. sebab rasa coklat jer sekata.hehe.. korang paham x paham apa yang aku cuba sampaikan nih?heh.. :D

Kek ni senang jer nak buat macam kek biasa gak cuma kita tambah adunan krim keju di tengahnya. Buat penggemar kek yang gebu dan tidak terlampau basah seperti kek sarawak yang aku pernah aku tayang2 sebelum ni..mungkin ni sesuai dengan selera anda.
Di sini disertakan resepi sekali untuk memudahkan kalian yang nak mencuba sendiri eh..nak c n p direct takleh terpaksa laa taip satu2..huhuu

Kek Coklat Keju Marble
Resepi Asal: Mai@Ohresepi.com(link akan cuba disertakan kemudian)
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
180g mentega
170g gula halus -hasue letak 150g
3 biji telur gred A(berat lebih kurang 60g sebiji)
20g serbuk koko- hasue letak 50g*
120g tepung halus/tepung hongkong*
1 sudu teh baking powder*
-bahan2 * diayak bersama
2 sudu besar susu cair-hasue tambah
1 sudu teh esen vanila-hasue tambah

Bahan B
250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal)
60g gula halusNumbered List
1 camca teh esen vanila
1 biji telur gred A


Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 160c. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak/baking paper.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih dan berkrim
  3. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang dan gula hancur/sebati.
  4. Perlahankan speed masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan susu cair dan gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan krim keju,esen vanilla dan gula. Putar sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang,ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan krim keju dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. -hasue guna piping bag,guntingkan hujungnya dan picit rata dipermukaan adunan krim keju agar senang nak ratakan adunan.
  10. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Close-up sikit rupa paras kek ni..sesuai untuk penggemar coklat dan keju!

Rasanya bakar 35 minit (my oven) pun dah cukup agar kek ni lebih lembap.
Masa bakar kek ni aku set 45minit dan lepas tu aku tidurkan zhariff dengan aku sekali tertidur..hahah.. jadi kek ni sejuk jerlah dalam loyang tu..ngee..

Oklah,selamat mencuba buat korang yang nak mencuba di hujung minggu ni ek..kot2 ada yang nak perabiskan cream cheese ke kan.. Boleh la ikut resepi asal atau yang sudah aku edit ek..terpulang masing2.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 3, 2012

Buat Yang Merindui Zhariff..

Assalamualaikum..
Dah hari Jumaat pun hari ni..syukurlah masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat anak2 membesar depan mata..
Baiklah,pagi Jumaat yang mulia ini nak share gambar si kecik ni buat tatapan aunty2 dan uncle2 kot2 ada yang rindu dah lama tak tengok zhariff..juga buat kenangan di hari muka.. :)

Salah satu faktor utama adalah sebab dia susah sangat ditangkap gambar.. hasil gambar shaking ajer sebab asyik bergerak ligat..
Semalam kan,aku nak amik gambar dia berjalan dalam umah kan..panggil laa,'zhariff..jalannn zhariff..' ada ke dia meniarap pulak. lama jer aku tadah kamera nak snap..adehh cam nak kenakan omak dia ni pulak kan.hehe...sabor jela,kecik2 dah pandai wat lawak. :D

Jadi layan ajelah gambar pada hari Ahad baru2 ni masa kitorang gi menghantar banglong balik ke asrama..kiranya minggu ni adalah minggu terakhir banglong bersekolah di SMK Mukah setelah dapat tawaran masuk ke sekolah MRSM..dekat jer dengan sekolah dia sekarang,sebelah jer..tak sampai 500m pun rasanya.hehee..
Tapi banyak benda nak kena beli lain sebab keperluan jauh beza dengan sekolah sekarang..
Ni pun masa lepas beli belah serba sedikit keperluan banglong aritu.

Jom layan gambar dak kecik yang sekarang dah pandai guna kaki untuk berjalan ni.. Ohye,tau tak masa belum pandai berjalan aritu,dia berangan nak sepak bola.
Bayangkan,dalam posisi merangkak(4 kaki),dia angkat punggung dan sepak bola..aku gelak guling2 tengok aksi zhariff masa tu..adoyaii..lawak tak hengat anak aku sorang nih!

Lagi sekali,jom layan gambar2 dia guna kaki untuk berjalan..hehe

Pergh!Jelingan manja buat awek2 kecik di luar sana..(toleh kiri kanan,takut kantoi dek Dhira)haha.. zhariff masih lesen P lagi,lum dapat merempit dengan Amani atau ngan Maisarah.Dhira tak kasi chance!

Huh..wat muka serius lak pakcik kecik nih.. acik anim,mata maintain cepet ni ha.. gagah laa rasa tadi kan..perasan jap cam jalan sensorang kat kedai Mukah..hehe..tu yang merah2 kat lantai tu biasa laa kan,lepas chine new year ni..kertas2 bungkusan mercun ler tu.


Errkk!Ada awek..ada awek..kontrol macho...kontrol macho..tahan napas..tahan napas..posing ala2 model angry bird..kena buat muka angry sket.. :P

Pheww..letih dah jalan2 dan tahan napas nengok awek...jom lah kita gi mamam,banglong!

Yummm.!!sedapnya kepci nih..tayang lesung pipit untuk aunty2 yang suka tengok lecung pp caye..linangan air mata tu sebab kite nanges..mama tak kasi kita mamam cendiri..ahak..pandai acik Nor teka kat FB aritu..hehe
..


Ngaaaaa...nyumm..nyumm!!Kan dah kate,kite dah besha..dah pandai mamam cendiri... tapi last2 tu mama juga laa yang cuapkan nasik bagi kenyang..theee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 2, 2012

Resepi Blueberry Cheese Tart..siri 3

Pagi ni tadi kepala masih berbaki toing2 sikit..gara2 petang semalam nyibuk nak ikut cik abang gi bandar..dia ada urusan ke bandar kejap katanya..aku kata nak ikut sebab nak on9 dalam keta menuju ke bandar tu..dalam bayangan tu sempatlaa kiranya kalau nak membalas komen2 rakan2 pada entri yang sudah ni kan..sebab line tenet menuju ke bandar tu laju gak..yela,dekat2 ke bandar kang mesti lagi laju..ada 3G. Incik abang pun ok jer siap cadangkan agar aku duk belakang..senang nak online,luas sikit. Buh lappy sebelah tepi so anak2 tak kacau..

Dipendekkan cerita,ia tak seperti yang kubayangkan..yelaa,ingat duk dalam limo ke nak online dalam keta..dengan zhariff panjat2 atas lappy lagi,nak cabut modem lagi..ditambah dengan jalan yang cam duk atas bonggol unta(tak ler sepanjang jalan,cuma ada area yang beralun tu)..mak aii,mabuk laut aku dibuatnya..rasa nyesal jer ikut..hahaha..dalam pada tu sempat laa buka blog kekawan kan..nak ngomen jer tak nyempat2..adeh,lepas ni taubat dah takmo online dalam keta kalo bukan pemanduan yang santai2..ekeke..

Oklah,buat cheese tart ni minggu lepas..
Oh,masa adik dan keluarga kakak aku datang masa cuti raya cina aritu ada juga dia minta buatkan cistat,tapi masa tu dia minta buatkan yang takde blueberi filling..kiranya nak yang filling adunan creamcheese semata2 gitu.. masa tu guna resepi kak Azita,dah pernah tayang sebelum ni..memang senang dan sedap! Buat yang nak cuba resepi tu,boleh cari kat label tart / pastri kat tepi tu yer..nak bagi link,tenet slow ni nak cari.ehee..
Masa nak buat aritu pun minta RYO sms kan sebab tenet lemau..aku lak ingat2 lupa sebab dah lama tak mengetart..ahak!

Kali ni buat pesen lain lak..dan cuba resepi lain juga. Sebelum resepi kak ita tu dah pernah dulu cuba resepi haz amon.. Tu yang tajuk n3 buh siri 3,so tak konfius kan..hehe..(Maaf,gambar guna kamera hp jer sebab tak sempat usung senapang gajah masa tu)

Hmm,resepi ni dari segi rasa keseluruhan tu tak jauh beza laa kan,cuma sebab guna kuning telur jer untuk pastri,kulit tart lebih rapuh gitu..best! Rasa cheesetart?Of cozzz yummyy!

Terima kasih buat penyumbang resepi nih,r41494.. aik,nak sebut camner tu ekLink?ada la cara sebutan atau bahasa kod tu..memandai jer aku.hehe..katanya dapat resepi dari kelas baking...resepi ni juga boleh dirujuk di myresipi.com..

Blueberry Cheese Tart
Resepi:r41494@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( ~ 12biji ( saiz acuan 5cm)

Bahan untuk Pastri:
125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
63g gula icing/ gula biasa di blend
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:
250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara

Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.-hasue masukkan jap dalam peti ais
Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.-hasue bakar 15min suhu 170c

Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling. -hasue bakar selama 5 miinit pada suhu 150c.

Aku guna acuan yang 4cm (kalo tak silap)..Ah,inti tu aku buh sikit creamcheese,lepas tu picit blueberi filling sikit,barulah cover sepenuhnya dengan adunan creamcheese semula..so inti duk elokjek tengah2..kalo nak buh filling banyak2 pun ok jek.. pastuu kalau rajin,lorekkan laa atas tart dengan filling tadi yer.. ;)
Selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 1, 2012

Resepi Krim Mentega ..yang best!

Ok, Sebelum ni pernah tak korang buat buttercream,ikut resepi yang simple dan mana yang ada tapi tak menepati piawaian atau citarasa seperti yang korang bayangkan? Ada tu macam makan mentega dengan gula semata2 pun ada..
Last2, masih juga kita nak tempah kek kat kedai atau kat orang lain..ada tak korang alami?
Ke aku sorang jer pernah hadapi peristiwa gini?ahak..

Sekarang ni setelah bertambah sedikit ilmu deko tu..idak ler terus nak mahir kan,mesti mula dari bawah..tak pernah hadiri kelas pun,kita cuba jugak.. tambahan pengetahuan setelah bergelumang dengan ilmu2 dari bacaan dan internet tu ada laa jugak kan. Rakan2 cyber pun ramai yang murah2 hati kongsi skill masing2..terima kasih ek.. :)
cuma satu kelemahan aku yang pasti kalo nak buka video macam kat utube tu memang lambat sikit laa dengan line tenet cap kuye2 ni kan.. kalo dapat view blog orang pun dah syukur sangat dah! Haa,sempat lagi ngomel pasal line tenet.hehe..


Resepi ni aku cuba untuk kek besday Zhariff 2 bulan yang lalu,hujung bulan 11 tuu..masa birthday dia kan. Aku buat last minit sebab hari besday zhariff tu kitorang balik dari kampung..kalo ikut nak beli jer kek tu tapi perjalanan jauh menghalang niat suci murni tu.. Kebetulan pula famili aku nak singgah dalam perjalanan mereka dari Kuching ke Miri..Esoknya pagi2 tu aku godek2 kek mentega biasa jek...mula2 malas jugak nak mendeko2 bercampur penat yang masih berbaki..tapi bila ngenangkan anak,gi juga godek2kan kek yang tak seberapa ni..

Alhamdulillah,hampir 1 jam juga laa baru siap deko sebiji kek nih walaupun nampak simple jer..maklum laa,amatur..hee..
Tu pun nasib baik zhariff tak meragam semasa aku sibuk di dapur..

Jadi di sini,aku kongsikan resepi buttercream yang aku rasa best untuk dibuat deko untuk kek harijadi ke ulangtahun ke..dan rasanya sedap cam kat bakeri tu..tidak ler macam makan mentega+gula semata dah..
Resepi nih dari buku panduan asas menghias kek oleh zati d`hati..buku ni korang leh cari kat pasaran..aku tertarik nak beli sebab dia tayang kek berdeko kaler biru kat cover..argh!tak tahan nengok..haha..tapi bila dah beli memang best laa... :)

Lagi satu nak juga share ,untuk yang baru juga nak belajar deko cam aku tu..biasanya untuk buttercream ni,lebih baik jika guna unsalted butter atau mentega tanpa garambagi mendapatkan hasil terbaik..Jom tengok resepinya..
Opps,satu lagi.. aku guna gula aising je untuk gantikan sirap gula..bahan2 yang disebutkan di bawah mudah didapati di kedai2 bakery supplier,kalo korang tak tau kedai area korang,boleh rujuk yellow pages kot? :D

Krim Mentega
Resepi:Zati d hati
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

50g mentega(tanpa garam)
450g krimwell
300gsirap gula(hasue guna gula icing yang diayak 3 kali)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh minyak mentega(butter oil)

Cara membuatnya:
  1. Putar mentega dan krimwell sehingga sebati dan berkrim. Masukkan sirap gula/gula aising.
  2. Putar sehingga gebu dan masukkan susu pekat.
  3. Akhir sekali masukkan vanilla dan minyak mentega.
  4. Pukul sebati dan sedia untuk digunakan..
Ni la deko sembarangan dan last minute di hari ulangtahun zhariff yang pertama pada november lepas..maaf laa cam kucar kacir jek..ni pun baru terpublish sebab cuti blogging sokmo.ehee..tu pun bila seorang rakan minta resepi ni,baru aku terhegeh2 nak ngupdate..thi hii hii..

Buat yang teringin nak mendeko sendiri tu,sila laa cuba resepi ni ek..harap suka akan hasilnya..di samping halus,ia juga sedap..selamat mencuba! ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bihun Sup Ayam..

Assalamualaikum.. :)

Korang sarapan apa teww?? Mesti sedap2 belaka dan tak kurang ada yang mula berdiet hari ni kan..maklum laa,tarikh baru di awal2 bulan ni biasanya ada yang nekad nak diet..hehe..

Haa,ni menu sarapan ala2 orang insaf setelah melihat angka penimbang naik laa kiranya..dalam pada menu penuh keinsafan tu haruslah jugak nak makan sedap kan... ni sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch).. nak menyediakan tu simple sangat,lepas tu aku makan dengan sos kicap keluaran agromas tu..pedas dan enak jer rasanya..lagi2 diperah limau kasturi..yummmm!


Selalu aku kemalasan jer nak naip resepi ek..meh aku jadi rajin sikit..jom cekedaot resepi simple dimple nih..ala,resepi sama jer cam nak buat sup ayam biasa..kalo ada lebihan sup ayam buleh gak campak bihun sekali dalam tu..erkk?bihun ke mihun?ah lantak,janji paham..heee..:D

Bihun Sup Ayam
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(4-5 orang)

3 ketul peha ayam(atau mana2 bahagian pilihan)-potong saiz kecil,bersihkan dan tos
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* -bahan bertanda * tumbuk halus
1 peket sup bunjut
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar perencah tumix(pati ayam)(optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit lada sulah
Air secukupnya
-boleh tambah sayur2an kegemaran seperti lobak merah,kobis dsbgnya jika suka
-Sebungkus bihun yang sudah dicelur dgn air panas dan dibilas dengan air,toskan.

Bahan tambahan-daun sup,daun bawang,bawang goreng, cili merah, limau kasturi,sambal kicap(hasue guna sos pedas berkicap keluaran agromas)

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak,tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit garing,kacau sekali sekala.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Perlahankan api dan biar jus ayam keluar sepenuhnya dan hampir kering..
  3. Setelah hampir kering,barulah tambahkan air sehingga menenggelami isi ayam dan masukkan sup bunjut,serbuk ketumbar,perencah tumix ayam,garam dan perasa(jika suka).
  4. Masak dengan api sederhana dan tutuplah periuk. Masak lebih kurang sepuluh minit atau sehingga daging ayam empuk.
  5. Tambahlah air jika perlu.Masukkan lada sulah,kacau sebentar.Sebatikan rasa dan masak sehingga mendidih.Padamkan api.
  6. Untuk menyediakan bihun sup,sediakan satu periuk kecil dan masukkan sup dan ayam secukupnya. Panaskan dan masukkan bihun untuk satu atau berapa hidangan yang ingin disediakan. Panaskan dan biarkan sebati sebentar barulah tuangkan dalam mangkuk. Hiaskan dengan bahan2 tambahan. Sedia untuk dimakan..selamat mencuba!
Boleh tahan juga rasa sambal kicap keluaran agromas tu..ni pun 1st time guna..ermmm.sedappp!!

Oh yer,cara memasak yang ke 5 tu ikut suka memasing laa ek..tapi bagi aku memang sedap kalau bihun digaul sebentar atas api dahulu sebelum dituang dalam mangkuk...rasanya lebih sebati lagi kalau banding dijirus kuahnya aje dalam mangkuk berisi bihun siap2 seperti biasa tu..jadi,selamat mencuba sendiri yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...