Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Cupcakes/Muffin/Apam. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes/Muffin/Apam. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Resepi Apam Mentega

Assalamualaikum..

Sarapan apa pagi ni atau nak masak menu apa untuk minum petang nanti? Jika masih tercari2..apa kata anda cuba menu yang simple tapi sangat enak ini... apam mentega ni sudah ramai rakan blogger masak2 yang mencubanya sendiri.. nak sebut satu persatu pun tak larat ni..kang ada pulak nama yang tertinggal..hehe. Jadi jangan ragu2 untuk mencuba sendiri yer puan2. Memang ternyata mudah dan sedapp!

Terima kasih untuk kak Fiza yang kongsikan resepi nih kat myresipi.com.. kak fiza juga dikenali sebagai kak So fea dalam arena blogging ni..boleh la berkunjung ke blog beliau di SINI..
Terima kasih juga ye buat semua rakan2 blogger yang promote resepi ni kat blog masing2..

Untuk resepi apam mentega,disertakan di sini resepinya untuk memudahkan rujukan di masa akan datang.. untuk warna apam yang lebih gelap, disyorkan tambah sedikit browning sugar.. :)

APAM MENTEGA
Resepi n Sumber: Kak Fiza@myresipi.com
By: HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • Sedikit browning sugar- hasue tambah

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. selamat mencuba.......
Teksturnya seakan kek mentega..lembut dan gebu..dan sedap! Rugi jika tak cuba sendiri...nyummm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 30, 2012

Apam Tapai Nasi .. yang lembut!

Assalamualaikum... ^_^

Bertemu kita di minggu baru dan hari terakhir dalam bulan April.
Menu kali ni bukan je sesuai untuk sarapan pagi,tapi juga sesuai untuk minum petang.
Resepi apam tapai ni,sangat best! Hasil apamnya lembut,buat petang..masih lembut sampai ke petang esoknya.. dah esoknya lagi tak tau la pulak sebab tak sempat kan..dah abis.hee..
Tapi betul la, apam ni aku yang kureng makan apam2 ni pun leh tertelan beberapa bijik..boleh lak pakai 'ter' kan. tak sengaja laa konon tadi tu..huhuu..

Sebenarnya tapai tu aku buat dalam bekas jer..biasanya aku buat bungkus dalam daun2an.. cuma masa tu kira emergency tak sempat amik daun dah,jadi aku campurkan nasi sejuk tu dengan ragi terus campak dalam bekas..dalam hati tu,kalo takde yang nak makan cam biasa,leh buat kuih kan..
Ingatkan incik suamiku itu tidak la berminat nak menjamahnya sebab bukan dalam daun cam biasa kan. Maklum la dia sebagai penggemar tapai nasi ni memang nak bungkus dalam daun jer.. sekali bila dah merasa tapai tu tetap manis,boleh gak la dia layan.. tapi tak abis gak..tu yang aku tapaikan eh tapaikan pulak..aku apamkan tapai tu..jadilah ia apam tapaii...(ending cerita tu ala2 orang2 tua bercerita gitu..) aa,gitu la sejarah bagaimana aku buat apam tapai ni aritu.heh :D


Cuma, apam aku nih pemalu sikit laa..senyum sipu2 jer.. Aku rasa punca sifat malu mereka ni sebab tapai nasi tu aku buh dalam esbok..Ye la,sebab dah masak jadi tapai kan,kena la buh dalam esbok baru best.. so pada suhu sejuk, apam2 jenis mekar ni kadang2 susah nak sengih lebar.. begitu juga kalau nak buat apam soda tu..pastikan semua kena suhu bilik baru sengih manjang.. selain tu guna api besar pun mempengaruhi la kan.. tapi kalau buat apam guna soda yang baru keluar dari peti sejuk insyaAllah tak mekar.hee

Tapi sebab adunan ni dah peram lama sikit kan tu yang ada gak mekarnya tuu.. tapi hasilnya memang mabeles2..! cubalah... terima kasih sofinar yang kongsikan resepi nih kat myr.

Apam Tapai
Resepi: sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )

1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
2 mangkuk tpg beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno


Cara-cara

Tumbuk ragi hgga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
Peram bahan ini selama 5-6 jam
Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

Tak semua sengih..yang putih suci tu paling pemalu takmo senyum jadi kita suruh dia bergambar kat belakang je..ahak

Merujuk resepi sofinar kat atas yang kat bawah ni versi aku buat..kongsikan kat sini gak senang untuk rujukan di masa mendatang..sama jer cuma aku sukat guna cawan.. :)

By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

1 cawan tapai nasi-boleh beli atau buat sendiri(cara buat rujuk resepi di atas)
2 cawan tepung beras
3/4 cawan-tapai dah manis(kalau tapai yg digunakan kurang manis tambah gula ye)
2 cawan air
1 peket kecil ENO

Cara2:
masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. perap selama 5-6 jam(tutup bekas tau). Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan jika suka.
Kukus menggunakan api besar selama 15 minit. Pastikan pengukus sudah mendidih ketika mula mengukus

Kali ni buat ler kaler BIRU..hee.. yer akak2 adik2 sekalian..kaler biru yang santekk!haha.. ;P

Apam ni berbeza lembutnya tak gebu cam apam mekar biasa tu..tapi lembutnya cam spring..tapi tak kering..hehe..camana tu.. kena cuba sendiri la yer..
Biasanya aku makan apam panas2 suam tu je..yang ni sejuk2 pun syok nak dibaham..hee..dah macam rimau lak. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 1, 2012

Muffin Marble Chocolate Chips..untuk minum petang

Masuk bulan Mac ni macam pasang azam jer sebagai blogger at least nak buh satu hari,satu entri atau lebih, semangat ko..walaupun tenet cap kuye2 nih masih mengekalkan identitinya.sebab tu dari pagi tadi beria upload gambar dalam entri tapi bukan masalah nak upload jer..nak connect pun tak dapat..sampai ngantuk dan pengsan kejap sebelum tengah hari masa tidurkan zhariff..heh..
Bukan apa keletihan sikit,semalam incik suami ajak main badminton..dah lama tak main kat court..bertahun2 gak laa..sebelum ni paling tidak main depan laman jer ngan abang long. Jadi kekok gak laa memula kan..hehe. Sebab tu letih jer badan..agaknya lemak2 terkejut tiba2 diajak bersenam lama sikit.muehehe..

Minta maaf ye pada yang bertanya soalan kat entri tapi tak terjawab2 lagi tu..harap bersabar dan kalau urgent sangat bolehlah tanya kat PM di FB. Tu pun tak janji nak jawab segera sebab bergantung dengan kelajuan tenet dan masa terluang untuk me'refresh' ni ha.. sabo jela kan.ngee

Buat muffin ni petang semalam..eh,entri mungkin berterabur tak ikut turutan mana yang buat dulu dan kemudian yer..ikut mood tuan tanah jer nak buh entri mana.ehee..kadang2 dah upload gambar tapi takde idea nak pot pet tak blogger lak rasa kan. Kalau hari Rabu,boleh gak buh wordless wednesday..tapi ada pulak yang tak puas ati kang..tu kak Anim laa tu..eheee.. tapi betul gak kadang2 kan,suka jer baca celoteh rakan2 blogger yang kita kenali di alam maya nih.. ;)

Hasil skodeng dari dapur Kak Nor yang suka mencubit garam aritu..lepas skodeng tu aku lum terasa nak cuba,tapi petang semalam cam teringin2 jer kan..
Kejadian ek ni macam kata kak nor lah,memang tekstur cupcake,tapi dah nama orang letak mapin tu kite ikutkan ajer laa kan.. rasanya kalau gi bakery kita leh beza yang mana muffin dan yang mana cupcake,kot2 ada yang masih konfius yer.
Tapi apa2pun memang sedappp tau..

Kalau tengok kat bahan takde esen pandan,tetiba kat cara membuat tu ada lak..hehe...jadi ikut suka kite laa ek..aku buh ekstrak pandan(perisa dan pewarna sekali),coklat tu buh serbuk koko dan yang warna asal aku buh 2 titik butter oil..aromanya,pehhh!

Minta izin laa kepada semua penyumbang dan pengedar resepi ni untuk rujukan di hari tua yer..maaf sebab derhaka sikit...hee..tapi memang mabeles dan yang lagi best,simple n sedap! Terima kasih semua...

Resepi di bawah aku edit sikit untuk rujukan sendiri tau...bila aku letak 'by' tu..maksudnya yang dalam blog ni gambar muffin yang aku buat ler..gitu gak dengan resepi lain..untuk rujukan asal resepi,sila klik pada link yang ada pada nama mereka..

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri, -hasue guna tepung gndum+1/4tsp baking powder
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
-hasue bahagi 3 warna-1:plain dan buh 2 titik butter oil,2:pes pandan,3:serbuk koko
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.-hasue tambah kacang walnut
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.-hasue bakar 25 minit suhu 175c


Kejadiannya 12 ketul..tu yang tak tinggi sangat.Sedap makan masa baru masak tu,suam2..yumm2.. nyaris tak sempat posing..licinnn!hehe..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 28, 2011

Resepi Gebulicious Butter Cupcakes..

Assalamualaikum.. ^_^

Dah semakin ke hujung tahun ni bertambah2 kerja kat rumah ni rasanya..kalau orang yang bekerja makan gaji sibuk nak clear cuti,kita yang duk umah ni sibuk nak clear stok bekalan di rumah la kot..kalo ada bahan2 masakan yang agak2 dah lama beli tu,baik check bila tarikh luputnya..kot2 leh lagi diselamatkan kan...tidak laa membazir.

Kesibukan bertambah gak bila anak2 dah nak masuk sekolah semula minggu depan, waduh..si abanglong yang nak masuk tingkatan satu dan si kakak yang nak masuk darjah 2 sungguh teruja nak pergi sekolah.. semoga segalanya dipermudahkan laa nanti..aminn..

Baiklah,resepi kali ni nak kongsikan hasil skodeng dari myresipi sana.. alhamdulillah,sedap.
Buat mereka yang suka2 nak deko2 cuppies, resepi ni pun boleh la dibuat sebab kos pun ekonomi jer sebab guna buttercup.. kek cawan yang terhasil pun lembut gebu..

Buat yang baru berjinak2 nak belajar baking pun boleh laa cuba yer..insyaAllah jadi punyalah! Cuma jangan lupa ya,kalau membuat kek atau apa2 yang melibatkan telur ni,pecahkan lah telur di tempat berasingan terlebih dahulu..jangan nanti korang pecahkan terus ke dalam adunan gara2 malas nak cuci banyak bekas..terkena telur busuk lak habis ler kan..kalau dapat diselamatkan ok la..huhu..tapi for safety purpose,dont try it at home ok!

Versi aku buat ni buh coklat rice dan sebahagian lagi aku buh pati pandan.. cik abang aku prefer yang perisa pandan..manakala anak2 suka yang ada coklat rice.. korang boleh jer buat versi kesukaan masing2 seperti nak buh coklat chips ke..kelapa parut ke..blueberry filling ke.. ikut stok dan anak tekak masing2 lah yer.

Jadi inilah resepi asasnya untuk menghasilkan cupcake yang gebus dah lembut ni..terima kasih CHA dari myresipi.com untuk perkongsian resepi dan tips di bawah ini..minta izin nak share pula kat sini yer..

Gebulicious Butter cupcakes
Resepi: Cha@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( menghasilkan 25-30 cupcakes menggunakan souffle cup.. :) )

250g Buttercup
5 biji telur (gred B)
200g gula castor
210 tepung self-raising (ayak)
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)-hasue tambah coklat rice
-sebahagian lagi hasue buh pati pandan

Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu
  2. Masukkan telur sebiji dan kacau sebati. Ulang proses ini hingga telur habis.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..gua kaedah kaup balik.
  4. Panaskan oven 180c (10 minit)..bakar selama 15 minit..(bergantung saiz paper cups)
TIPS:
Psstt..petua kek naik cantik,ringan dan gebu ialah anda perlu panaskan oven pada suhu maksima di oven anda selama 10 minit. Selepas oven dah panas,tukar suhu kpd 180c dan bakar selama 15 minit..jgan lupe turunkan suhu..klu x hangit la kek mu itu..hope it helps..

Sesuai untuk minum petang atau buah tangan buat rakan2 atau orang tersayang.. nak best lagi,sila laa deko2 ngan buttercream..ehehe.. :D

Selamat mencuba!!

P/s: Zhariff dah genap setahun sebulan dah hari ini.. sedang berusaha sendiri menggunakan kaki untuk berjalan.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 4, 2011

Resepi NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalamualaikum.. ^_^

Time ujan2 ni kan..makin menjadi2 perangai broadband nih..siang tadi semalam,cik abg dah tanyakan kat kedai telekomunikasi tu nak try maxis..kate pekerja kat situ line maxis pun bergantung ngan celcom..huh?tak paham aku..kalo gitu lagi teruk la kalo guna maxis kat sini kot..digi lak takde katenya..unifi?dalam mimpi pun belum tentu jumpa..huhuh
Jadi buat masa ni terpaksa laa jadi pelanggan setia celcom broadband..boleh la daripada takde langsung kann..tengok laa sampai mana leh bertahan. Kalo agak2 takleh bertahan berhenti je jadi blogger..senang citer.hehe.. :D

Berbalik pada menu yang sedang berposing..
Nih sebenarnya bila digoda2 kak Ganu nun..haihh akak sorang nih rajin lak goda2 yer..baruu nak berdiet balik ni haa kak,lemak2 senang nak tepu time2 ujan ni..ekeke..ni pun makan mapin tak hengat.. sibbaik yang sorang tu tak selera nak memapin sekarang ekk kak ekk..kalo idak mau dier dulu berlari ke dapur membuatnyer..hihi..

Nampak cun sangat ler bila kak nor guna mapin cup kaler biru tu kann..pastu nengok mewah ngan ceklat cips tu..tu yang tambah teringin lak test resepi Nigella nih..kalo kat AFC kadang2 ada gak aku tengok rancangan nigella tu..tapi tu laa kadang2 bahan2 dia guna yang takde kat sekitar aku..susah sikit nak try..eh ni nigella yang sama ke, yang lain ek..ke anak makcik senah ujung kampung?ehe.. aku nak klik link kak nor bagi tu pikir banyak kali. nanti penuh jer tabs aku nih dengan page error..hee..

Aku buh sekali badam cincang..kebetulan ada dalam stok..aku suka jer kalo mapin yang bercoklat chips dicampur badam nih..tak ler rasa keseorangan kesebijian coklat tu bila digigit..rasa bila ia berdua2an ngan almond tu lagi besh..ehehe..ikut selera kite laa kan nak buh apa..tul tak kak Nor? ;) (tu nampak kak nor angguk2 tu...)

Buat korang yang suka gigit2 coklat tu..sila2 laa cuba resepi mudah ni ek..
Terima kasih buat kak Nor Ganu kite yang promote baek punyer resepi yang asalnya diskodeng dari dapur Ady.. terima kasih gak buat ady(lum kenal lagi stakat nih..nanti leh laa kenal2..hehe) nak nyekodeng dapo orang pun lemah semangat jer masa tenet lembaps nih..nih pun sibbaik kak nor tag kat FB..gigih sikit nak refresh.hihi.. minta ijin yer kak nor nak share kat sini lak resepinya..Tq2
Sebab aku rajin sikit(tak banyak tau)..aku alih bahasakan bahan2nya yer..yang cara2 tu senang jer nak paham kann..

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
source : Ady Greatsword & K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Ingredients: | Bahan2:

250g plain flour | 250 tepung gandum
2 tsp baking powder | 2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer | 1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp good quality cocoa powder | 2 tbsp serbuk koko(sebaiknya guna yang berkualiti tinggi)
170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm | 170 gula kastor/gula halus
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips) |150g coklat chips(tinggalkan 1/4 untuk ditabur)
200ml milk | 200ml susu - hasue guna susu cair/sejat
80ml vegetable oil | 80ml minyak sayuran
1 large egg |1 biji telur gred A
1 tsp pure vanilla extract |1tsp ekstrak vanilla

Aku dapat 12 cups untuk satu adunan nih..hehe..

Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Kalau ikut cara2 tu senang jer ek..kak nor pun dah bagitau.. kalau mapin nih rata2 resepi memang buh bahan basah yang dah disatukan bersama ke bahan kering yang disatukan..
Satukan bahan2 kering..pastu satukan bahan2 basah..pastu gabungkan je dalam satu bekas..godek2 bagi sebati tapi jangan terlebih pukul..nanti mapin ko bantat lak..hehe..

Oven tu aku panaskan dulu ke suhu 200c..bila dah masukkan mafin aku kurangkan ke suhu 180c..pastu untuk mafin nih aku bakar 25minit..ada soalan? hehe.. ;)

Dapat bayangkan tak kalo gigit mende kat atas tu..best ko!Rasa coklat n rangup2 almond..bersama mafin yang gebu n lembut. Selamat mencuba..!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 24, 2011

Bukan Sekadar Apam Dot Dot..

Selamat sejahtera buat semua pengunjung blog I LOVE MY LIFE.. semua sihat2 belaka hendaknya yerrr..
Bagi aku hujung minggu baru2 ni penuh dengan aktiviti dan pengalaman baru..korang bagaimana? Harap2 banyak peristiwa best yang berlaku ek..
Semalam pun cik abang gi Miri sebab ada miting arini..so hari ni sibuk lah sikit sebab pegang jawatan menteri pengangkutan di samping tugas utama sebagai tukang masak,tukang kemas,tukang cuci,baby sitter,guru dan sebagainya tu..
Walaupun tugas kita cam banyak jer dan tak berkesudahan.. berbanggalah jadi surirumah,tak semua orang berpeluang merasai membesarkan anak sendiri di depan mata kan.. ;)

Lewat petang semalam aku sempat mengukus labu,lebihan dari sebiji labu yang aku buat pengat pada malam sebelumnya...kira2 nak buat bingka. Lama tak makan bingka labu.

Bila ngenangkan anak2 ni kureng sikit kuih jenis bingka ni..pikir lagi apa plak yang sesuai untuk sarapan budak2 nih.. teringat lah apam yang bercorak2 yang ramai rakan2 blogger masakan dah cuba. Dari tahun lepas lagi rasanya dah ramai yang buat..sampai buat bisnes pun ada..tapi aku macam tak cukup minat nak cuba memandangkan selalunya menu apam ni dipandang suram jer kat umah ni..lagi2 kalau ada menu sampingan lain..memang lambat sangat ler habis. Sudahnya kang..incik tong sam pah kwang juga yang kekenyangan.

Tapi bila izahdaut buat minggu lepas,cam teringin lak nak try bercorak2 nih..tapi masa tu masih malas.
Jadi kan, malam tadi bila pengukus dah kat luar tu..terus jer mengadun apam nih nak buat untuk sarapan paginya..
Sudahnya aku dengan ditemani zhariff mula mengadun dan mencorak..tak lama pastu zhariff pun meragam nak tido..huhuuu.. jadi aku kukus je dulu mana yang sempat.

Nih antara kukusan pertama, ladybird yang kena bedah pastu lupa nak jahit balik agaknya..

Tapi tak semua merekah..naik tu memang naik. Yang over merekah pun ada..tapi macam sadis sangat nak diambil gambar..macam mangsa kemalangan ngeri,tak sesuai ditonton masyarakat di bawah umur..heh.. :D

Dah si kecik tido, aku sambung balik..untuk kukusan ke 2,aku kecik kan sedikit api, tapi bila dah nampak elok je naik tu aku besarkan laa sikit2..nak suruh masak cepat sebab tak sabar nak padamkan api..nak tidur.huhuuu..

Pastu jadilah jugak yang gini..ada laa rupa ladybird comel sikit kan.. yang jauh di hujung sana tu konon2nya bee(lebah) ler..pemalu n low profile sikit sebab tak berapa comel..ladybird depan ni bajet paling comel dah nih..hahaha..

Yang nih versi dot dot..naik elok menggebuss2

Dah tu, aku tutup api..bahaya wo buat kuih malam2 kalau lupa nak tutup api..hehe
Kemudian sambung kukus esok paginya lak..alhamdulillah adunan masih elok naik jer ..cuma aku tak berapa rajin nak mencorak je laa kan..buat dot2 jelah..asal siap.ehee

Nih lagi,antara yang terlibat dalam pembikinan filem tapi tak berapa nak comel..hehee.. lebah kat atas kanan tu terlebih pakai celak..

Saja jer aku dendiam simpan atas meja n suruh anak2 minum macam biasa..teruja diorang tengok ladybird haa..sibbaik diorang sebut ladybird gak..bukan katak ke..kuye2 ke..maknanya ada laa rupa ladybird tu kan...ngahaha

Tekstur apam ni..gebu jer..erm,anak2 suka lak makan yang ada corak2 ladybird n lebah tu..si kakak masa sarapan tadi taknak..dah balik sekolah baru mencari..sibbaik ada lagi. Aku suka makan apam ni masa panas2 suam tu je..masa sejuk tak berapa best ke tekak aku.hehe...tu yang bahaya ngadap masa suam tu...tak hengat!

Ohya..untuk resepi n skill mencorak boleh rujuk ke dapur kak MadiHaA atau kak Ratna di SINI(klik) dan asal usul pengumbang resepi dan teknik boleh rujuk di sana yer.

Sebenarnya tenet aku mengong je ni..nak buka browser pun problem jer..huh. harap2 tak lama..

Apa2pun terima kasih buat izah,kak hana,kak Ratna dan semua sekali yang terlibat dalam penyebaran resepi n teknik nih..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 18, 2011

Resepi: CARROT AND BANANA CUPCAKE with creamcheese frosting

Entri malam laa pulak..
Maaf lah yer tak sempat jugak entrikan di siang hari tadi..
Banyak hal agaknya kot..lepas tu baca berita pasal pelajar perempuan kelar anak kat asrama tu..Ya Allah..gerun yang amat..tapi taknak ulas panjang2..huu..sedih!!

Nih kesinambungan daripada entri sebelum nih..ramai yang teka betul walaupun aku tak suruh teka pun..ada yang teka cupcake betik tu sabor jelah..tapi satu idea bagus gak kan..kot2 sedap! ;)

Resepi cupcake ni tengok aritu kat dapur kak Nor Ganu..aritu ada je pisang,lobak merah takde.. bila cik abang dah belikan carrot tu cepat2 laa aku buat cuppies nih semalam sebelum pisang tu dimamah usia..
Meh layan gambar..

Enak dimakan ngan creamcheese frosting.. cawan kertas ni pemberian adik blogger dulu tu,aritu ada gak guna sebahagian,tapi tak amik gmbr lak.apa2pun,mekasih kat dia..u know who u are :D

Yang ni pemberian akak blogger..yang segiempat tu pun pemberian orang gak..seorang rakan blogger yang boleh tahan sengal. Aiseh..semua pemberian orang belaka ni..rasa dikasihi jap..ehee..mekasih semua yer.. sesi menghabiskan papercup rupanya malam tadi..
Nanti leh laa gi bakery carik untuk stok lagi..dah lama tak berlama2 kat kedai bakeri tu..asyik sepintas lalu je kan,mana sempat nak ushar benda2 comel..huhuu.

Lembut jek n lembap..aroma masa dibakar tu ala2 bakar kek pisang n carrot..eh memang 2 bahan utama pun kan.hehe..

Terima kasih kak Nor Ganu untuk resepi nih. Boleh klik link kak nor untuk tengok cuppies yang comel dalam mould yang comel(dengan nada irama penuh kejelesan)
Mintak ijin kopipes kat sini yer kak...kak Sheila(nshafea) pun dah cuba..sila tengok juga ye

CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


CREAMCHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental

meh amik sorang satu... wat bekpes esok ke..ehee.. wat yang nak mencuba tu,
Selamat mencubaaaaa!!

P/s:Kak nor kena amik sebijik..kang tak bagi pengeras,blog kena block lagik.heeee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 8, 2011

Chocolate Muffin with Almond Flakes

Aku kan, kalau nak mengunyah sesuatu yang chocolathy..pastu rangup sikit2..mesti aku terbayang2 rasa muffin coklat yang satu nih..

Muffin ni tekstur dier lembuttt je kat dalam,atas dia tu a bit crispy laa..kaya rasa coklat ni sebab 100% guna coklat masakan dan bukan serbuk koko..
Tapi aku laaaagi suka kalo buh sesuatu kat atas dia cam almond nibs ke,almond flakes cam nih kan..sebab,masa gigit tu rangup2 jer lah..iee!sedaplah!!Opps..takleh imejin lebih2..puasa2.

Muffin ni aku buat lepas buat kek lumut ..sesambil ngukus kek,aku godek muffin nih..

Kalau di bulan puasa ni sesuai laa untuk menu moreh kata orang kan..kat Sarawak ni jarang orang guna perkataan moreh kot..aku bila dah masuk2 ke alam bunian cyber 10 tahun lepas baru familiar dengan perkataan tu..
Yerlah,sebelum tu katak bawah tempurung katakan...mana laa nak tahu bahasa2 orang luar kan.
Kalau kitorang kat umah family beso aku tu..biasa makan yang selepas sembahyang terawih atau selepas isyak tu kitorang gelar "second round" jer..hehehe.. masa tu laa nak makan bubur ke..kuih muih kalau ada belen berbuka tadi ke..

Eh..dah panjang lak citer kan..ingat tadi nak citer mapin aje.hek..
Jom tengok resepinya pulak..

Oklah,resepi nih resepi sama gak yang sebelum ni..alaa,resepi kak Yani. Ramai dah cuba tau..tapi aku nak tepek jugak laa kat sini..senang kan nak rujuk..lagipun leh tambah semak blog aku yang dah sedia semak nih.hikhik..
Terima kasih kak Yani..suka resepi nih! Resepi asal plain jer..ikut suka kite laa nak buh apa kat atas tu..jangan buh benda pelik2 udah.heh..

Oh ye..jangan lupa tips untuk dapatkan muffin yang membumbung tinggi,korang panaskan dulu oven ke suhu tinggi sehingga 200c(kadang2 aku buh 230c) kejap..dah masukkan muffin dalam oven baru turunkan suhu 170c..muffin ni dah dekat nak masak baru dier naik,so isi hampir nak penuh pun tak apa..

MUFFIN COKLAT with almond flakes
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Almond flakes secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Taburkan almond flakes ke atasnya sehingga hampir penuh permukaan. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula
Aku dah kata dah..kaya dengan rasa coklat..dan lembut lak tu..atas tu rangup2 jer,lagi2 ada almond tu haa..korang leh bayangkan tak apa maksud aku nih? ehee ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 30, 2011

Cupcake Coklat..mudah dan sedap!

Biasa kalau orang datang rumah,dah menjadi adat atau kelaziman kita hidang air panas ke..sejuk ke kan...
Kalau tetamu datang siap2 bagitahu takpe juga,boleh laa sediakan makanan dan minuman siap2.. Ni kalau tetamu datang mengejut..stok makanan pun biskut kering jer..tak ayu laa,kan.. air tu ok lagi,nak bancuh tak lama sangat kann..buat laa air apa pun,kopi ke,teh ke..

Bahan2 stok baking ada,jadi apa salahnya sesambil tunggu air mendidih..kita bancuh adunan cupcake coklat moist yang mudah ni..
Bila air dah mendidih,adunan pun dah siap...kalau ada pembantu lagi cepat..sorang buat air,sorang bakar cupcake..pulak2 tu tetamu suami kita,suami layan tetamu,kita duk siapkan kat dapur..jap je..oh..dapur mungkin berselerak sikit laa masa ni kan..tapi bukan ke tetamu harus diutamakan..hehe

Hantar air,sementara bercerita itu ini..cupcake dah masak..weee..boleh laa hidangkan panas2. Tetamu pun selalunya tak jamah terus..so sempat laa ia sejuk dulu.hehe

Jom buat cupcake mudah ni..penyediaannya mudah jer..tak sampai setengah jam pun dari mula mengadun sampai siap dibakar..
Resepi asal chef zubaidah aritu..sebab aku masih hafal masa tu..tu yang aku buat tu.heee..buat pun masa ada tetamu datang..nak buat sebelum dia sampai tak nyempat2.haha..

Sebab dia lepak2 sini malam tu,sempat la aku siapkan ni haa..sesambil tunggu cupcake masak,goreng pisang..terkejut dia aku bawak kuar 2 menu..ingatkan buat pisang goreng jer ..sebab mula2 aku tanya dia makan pisang dah ke belum?(sebab dia baru lepas bersalin bulan 4 aritu,kadang2 ada orang berpantang lama2 kan)..dia kata dah makan dah..tu yang aku gi goreng pisang sebab dah nak over masak dah..

Malam tu last dia jadi jiran aku nih..dah pindah lak. Tak kesampaian hajat dia nak belajar buat kuih katanya..maklum laa orang baru kawin.
Lepas kawin lak tak terus tinggal sini..hujung tahun lepas baru ikut suaminya duk sini..masa tu masing2 sarat..jadi acara masak2 pun tak laa aktif..ni lepas bersalin dah pindah lak..takde rezeki laa nak main baking2..pengukus pun tak sempat guna..agaknya.hehe. Takpelah,ada rezeki boleh laa lepak2 lagi .. memang tak berkesempatan jer sebelum nih..masing2 duk dendiam dalam umah..maklum laa,aku nih pun bukan jenis suka keluar umah n bertandang ke rumah jiran.. tak tahu kenapa..memang dari dulu begitu. lagi2 kalau dapat jenis jiran yang suka cerita hal orang,ah..lambat sikit laa aku nak lepak2.. bukan la nak kata jiran aku sekarang jenis gitu..itu contoh je.hehe..

Moh ler tengok resepi ni..sebelum ni dah buat kat SINI,tapi kali nih aku tambah sedikit nescafe n sunquick idea dari muffin coklat izahdaut..
mekasih izah yer..ada kelainan laa dari tak buh kan..rasa dia lagi sedap..tapi kalau tak buh pun ok jer.. :)
Sebenarnya kalau sunquick ni aku ada 'alahan' sikit..tapi memandangkan buh dalam kek,ok jer kot..hihi..

Moist Chocolate Cupcake
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Link
Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 1/2 sudu teh nescafe*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 1 sudu besar sunquick
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk,masukkan sunquick(pati buah oren). Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!


Sebenarnya resepi tu nampak jer panjang,tapi kalau benar2 faham..apalagi kalau dah pernah buat,ia sebenarnya simple aje..kan kan..

Sedap n moist..pastikan jangan terlebih bakar yer...kalau oven aku nih bakarnya dalam 16 minit jer kalau guna papercup yang lembut macam dalam gambar tu

Selebihnya tu aku tapau suh ex jiran aku tu bawa balik..selamat laa dari aku makannya banyak2..haha..esoknya dia balik Bintulu dah..semoga dapat berjumpa lagi.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 19, 2011

Resepi: Muffin Yogurt Coklat Chips

Hai.. ^_^
Dah masuk ke petang lak yer..ntah kenapa lak tenet nih tadi kejap ada kejap ilang..lappy nih pulak merajuk ke apa skali klik FB berderet tabs keluar...bila restart nih tadi sibbaik dah ok..kalau tak gerun gak nak on lagi.
Jadi puan2,takmo celoteh banyak.. kite terus jelah ke menu petang ni yang menjadi santapan kami malam tadi dan pagi tadi.

Masa nak membuat mapin nih pun mencabar kesabaran gak laa..bukan cabaran nak membuat mapin nih yang aku nak perkatakan di sini..
tapi bila si anak dara membantu dengan menolong mencuci papercups yang sudah aku susun siap2 dalam tray muffin tu tanpa aku sedari.. ingatkan apa ke lama bebeno dia cuci dalam sinki kan..tengok2,dah 'bersih' 2,3 kertas cawan mapin aku yang belum digunakan..adeh laa.. kalau yang dah guna tadi tak kisah laa,kann..leh je terus buang. Nih lum guna lagi,sibbaik yang ni jenis separuh plastik(plastik ke ek yg licin2 nih) mmg nonstick la berbanding yang biasa..huhu..dan tak semua yang aku sediakan tu dia cuci..hehee..anak..anak..

Oklah jom layan mapin mudah nih..senang nak buat sedap dikunyah..aku abis gak laa seketul..err,dua.kot.heh.

Nih la kejadiannya..ehem2..pinjam pinggan ijahdaut tapi kaler lain.hihi
Mula2 cari kat dapor izah nih tapi tenet lembap jer tak kuar2 lak bila search..try carik kat myr,jumpa lak..so aku amik rujukan dari sana jer

Terima kasih kepada tokey mapin nih yang kongsi resepinya..korang kalau ada lebihan2 yogurt n coklat chips tu buleh laa try sendiri..

Yogurt Muffin Coklat Chip
Resepi: Izahdaut@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 7 biji medium )

1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural
1/3 cawan susu segar
1/2sk essence vanilla
2 sb butter cair
1/2 cawan coklat chip

Cara-cara

Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu,mentega cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt. Masukkan coklat chips dan gaul sebati (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Kaya dengan coklat chips.. sedapp dan gebuss.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 13, 2011

Resepi: Chocolate Choclairs Muffin

Jom layan mapin ceklat ni lak..

Layan gambar n resepi dulu yaa..kalo rajin nanti aku cerita balik..ni nak kuar jap.hee...

Ok,sambung citer sikit.. dari aritu nak mencuba buat mapin guna choclairs nih sebab stok choclairs nih ada berbaki dalam 20 biji gitu dalam bekasnya.. bukan budak2 taknak,tapi saja sorok takut sakit gigi.hehe..alasan ler tu.

Pastu takut gak adunan tu melimpah ruah sangat so cuba gak dalak beberapa biji dulu..sibbaik laa tak melimpah2.. isi dalam 3/4 dalam cawan tu n kejadiannya seperti di bawah..


Resepi amik dari dapur kak Yani..kak Ummi kuantan n kak sheila(nshafea) pun dah try..err, sapa lagi dah try sila ngaku!hehe..
Terima kasih kak yani n semua sekali ye..sedappp..dah sejuk lagi sedap!

Chocolate Chocolairs Muffin
Resepi: Yani@deco choco
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

200gm tepung naik sendiri - hasue buh 180g
20gm serbuk koko
2 biji telur
45gm gula perang
45gm gula kastor
100gm mentega
100ml susu segar
50gm chocolate chips
10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)

Cara-cara:

Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Teksturnya gebus jer..mula2 rasa cam kering sikit laa ke tekak aku,tapi cik abang kata sedap,sedap... bila dah sejuk sepenuhnya baru lagi sedap ku rasa..lebih moist!
Aku buh lebih sikit ceklat chips tu sebab nak perabis stok.hee

Bahan utama dalam muffin ini di samping ceklat chips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 4, 2011

Resepi: Apam Yogurt

Lambat bebeno terpublish entri aku hari nih...yang sempat bertenggek kat umah orang kat FB jelah arini.nak BW pun tak nyempat2 sangat..
Semalam buat apam yogurt nih..dah lama masuk list..since kak nor publish lagi. Dah ramai dah pun mencuba kann..paling latest adalah di dapur DJ nun..semerbak aje mekarnya..

Apam yogurt nih,sedappp makan masa suam2..selembut kapas gitu..penggemar apam harus cuba resepi nih..rasanya yogurt tu sendiri penyumbang tekstur apam yang membuatnya gebus skali..rasa pun boleh tahan,sedapp!!

Cuma kat umah ni memang lambat sket kalo menu apam..aku suke je nak buatnyer..skali buat tamak lak tu,1 adunan terus...tapi masa panas2 suam tu memang laju jer..tak hengat..memang bestt!
Resepi asal dari kak Rima, tapi aku ikut resepi kak nor..pastu tepung tu pun aku kurangkan sikit tak bagi penuh 2 cawan..sibbaik jadi jugak.heee..
Satu lagi yer kak nor guna cawan metrik yang sukatan isipadunya 250ml manakala aku guna 200ml..tapi alhamdulillah,tetap jadi..
Terima kasih kepada kak Rima,kak nor dan semua yang terlibat..ni versi translate bahasa melayu

Apam Yogurt

Sumber: Kak Nor@secubitgaramnor67.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

1 1/3 cawan gula halus
1 tsp ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yoghurt atau (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 biji telur
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)


Cara2:
  1. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  2. Dalam bekas sesuai, pukul semua bahan2 sehingga sebati,gebu dan pekat. Adunan akan bertali jika diangkat dengan pengadun
  3. Tinggalkan sedikit adunan (lebih kurang 5 sudu besar) untuk dicampurkan serbuk koko dan coklat paste
  4. Masukkan adunan putih ke dalam cawan kertas dan sudukan sedikit warna coklat di atasnya. Kukus selama 15-20 minit. -hasue kukus selama 7-10 minit sahaja.
Best laa terbubuh kaler biru..ngeee..


Erm,aku buat jugak yang versi ada adunan ceklat jadi 'bunga kat atas tu...mekar juga. Tapi tak sempat ambik gambo dah jadi gini..Yana makan tang ceklatnya aje..heh..sabo jelah makcik. pastu siap tercari2 lagi yang ada ceklat kat atas tu..pas abis ceklatnya siap kate tak sedap..tu alasan taknak abiskan laa tu..hahaha..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 19, 2011

Muffin Coklat..Ooops! I did it again.. :P

Ah..ni pun menu sampingan gak...aku terbuat('ter' ok,tak sengaja) untuk makan petang budak-budak kat umah ni..err,aku ada laa terrmakan('ter' tau..) seketul..eh,2 ..kot?heh :D
Mula2 nak buat kek coklat,tapi tah napa aku terasa2 jer keenakan muffin coklat yang ini..sedapp ohhh..korang dah try tu mesti dah tau rasanya..yang besshh tu senang nak buat..haha..

Pastu aku guna muffin cup hadiah dari akak nun jauh di mata dekat di hati(flyingkick kiss ala2 diva kat akak tuh..)hee..mekasih2..i loikee..bery2 much!aritu ada nampak dah kat kedai bakery kat sini cup kaler biru gini..tapi takde jual sikit2 lak..lain kali usha lagik..
Ha,kali nih aku buat muffin tinggi2..buh sampai dekat2 nak penuh..7 bijik jer kejadiannya. tu sebab laa gemuk je muffin nih..dengan aku2 sekali.Err..korang tak nampak ayat ujung tu kan?ahak


MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
*almond nibs secukupnya(optional)

Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Tidakkah korang terasa2 akan kerangupan almond tu dan 'daging' muffin yang kaya raya dengan rasa coklat..ermmmh!>_<
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 5, 2011

Resepi: Blended Carrot Cupcakes

Dari oren kita tukar lak ke lobak merah ..sebelum nih pernah tengok rakan2 blogger lain gantikan guna epal hijau, strawberi dan sebagainya..
Nih nak perabis stok carrot laa nih..pastu dah abis kang ada laa alasan nak nyopping kat cik abang kan..hahaha..kata nak soping carrot tapi kuar kedai bapak carrot cucu cicit mak menakan carrot semua ikut balik..maksudnya barang yang tak dalam list pun terbeli laa tu..hikhik..
Well,biasa laa tu.. err,kot? ;P

Memula nak wat topping cheese frosting,tapi virus M tiba2 menjalar..nak kena cantas dah nih..takut menjalar terlalu berleluasa..huhu

Di samping tu,nih juga upacara malam pertama ngan toy baru nih haa..lama gak aku carik bekas mapin tray atau cup cake tray yang stail gini..kat sini takde..sibbaik Ryo 'terrr'beli..haha.. dia kalo beli perkakas baking memang tak hengat gak.. ikut perangai sapa tah..heee.. Biasa laa kan,kalau dah terjebak ngan dunia baking2 nih memang mudah jer dating sorang2 kat bakeware tuh..

Cupcake tray nih leh muatkan 12 cuppies..bleh juga guna untuk mapin.. untuk satu adunan nih menghasilkan 24 bekas..maksudnya 2 kali bakar la..

Aku kan,kalo cupcake ke..mapin2 ke..memang suke jerk kalo yg garing2 kat atas tuu..sedap jek nak ngunyah..hehe..
Di sini aku sertakan resepi yang diubahsuai dari resepi kak fida@myresepi..sebelum nih aku dah buat versi oren,bleh tengok kat SINUN.. Terima kasih kak fida untuk idea nih..sebelum nih jugak selalu dah buat versi pisang..resepi dari kakak aku..guna method yang sama..sekarang baru berani nak guna bahan lain sebagai ganti pisang..hehe

Blended Carrot CupCakes
Resepi asal :Blended Orange Cake by Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan: 24 cups

* 1 btg lobak merah(dlm 180g)
* 1 cawan minyak
* 1 cawan gula halus
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 3/4 sb baking powder* ( *diayak bersama )
* secubit serbuk kayu manis*(optional)

Cara-cara

1. Bersihkan kulit lobak merah(kikis jika perlu),potong2 kecil.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga masak.

Sesuai diletakkan topping kegemaran anda atau dimakan begitu sahaja..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 24, 2011

Resepi: Muffin Coklat Yani

Kalau korang sedang dilanda keinginan untuk mengunyah sesuatu yang chocolaty, dan tidak terlampau berat..mungkin muffin ni boleh menjadi menu pilihan korang kali nih..
Dah merata tempat resepi muffin nih pergi..maksud aku dah ramai yang mencubanya sendiri..dan rata2 berpuas hati dengan hasilnya.

Bagi aku lak,kalau tak silap ni kali ke dua aku buat muffin coklat menggunakan resepi nih..memang mabeles..ni gara2 tak tahan godaan dari nOOrsha yang reset balik diet dia sebab asyik mengekek aje kebelakangan nih katenya..haha..dah kuwus cekeding nak diet bagi kuwus kelengking ka besan?
Di samping tu nak wat tayangan amal muffin cup pemberian Ryo nih..yang pemberian orang warna kebiruan tu sayang pulak nak pakai...err,kalau pas pakai cuci balik cam guna pinggan boleh tak?hakhak..

Meh laa jamu mata ngan muffin coklat yang sedappppp nih..

Ditabur dengan badam cincang.. sedap ko..!

Dapat 9 cups..kalau tak silap,3 cups aku jer makan..bukan laa sekaligus,sikit2 sekali kan..harap2 aku silap laa...entah2 1 cup je kan..huehue...

Resepi asal dikongsikan oleh kak Yani,tokey myR..dulu dan kini..ahehe..Terima kasih kak yani..muffin nih memang kaya rasa coklat dan senang nak dibuat..
Nak senang lagi sila klik link di bawah untuk cara2 bergambar..

MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Bahagian atas muffin ni a bit crispy..dalamnya moist jer..sedaappp amat! Selamat mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...