Gambar yg belakang tuh tart yg dah dipotong,baru ingat lom amik gamba..tuh yg dipaksa berposing lagik jd background..hahaha...
Salam Jumaat..
Kalo nak makan tart telur dengan banyaknya..buat laa sendiri..bukan susah mana pun sebenarnya..betull..kalo dah pandai buat biskut segala tuh mesti pandai buat tart punya..
Dah lama gak aku tak buat tart telur woo..kalo makan selalu sangat cepat muak juga kan..
Nih aritu dah habis yer..usah mintak2 dah..serdak2 pun dah linchin dah haaa..
Rasanya tart telur nih lebih ayu bakar dalam bekas muffin..aku bukan kesah ayu ke idak ler sebenarnya..bekas muffin tuh kan lebih senang dicuci berbanding bekas tart yg ketak2 tuh..hikhik..tak kisah laa guna acuan mana2 yer..nak guna acuan yg besar leper tuh pun boleh dongg..
Aku biasa buat tart telur ikut resepi dr myR nih..disumbangkan oleh zlinda_mz, mekasih...
Bahan-bahan
* bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan gula halus
* 1/2 teaspoon baking powder
* 1/4 teaspoon garam
* 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
* 2 biji telur
* bahan utk filling : 1 cawan susu cair >sue lebihkan sikit untuk filling yg soft
* 4 biji telur
* 1 cawan gula halus >sue guna 3/4 cwn jer
* 1 cawan air
* 1 tbs tepung kastard
* ½ tsp vanilla essence
Cara-cara
1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
2. Masukkan butter. Sebatikan.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
8. Selamat menjamu selera!
Adunan kali nih aku ejas2 sendirik sebab nak yg lembik sket..yg adunan asal dah ok cuma tambah sket susu cair jer..tu yg mudah retak2 gitu..maknanya intinya lembut..heee
Crustnya pun ejas ikut2 suka jer..tapi bagi yg x pernah try buat tart,boleh rujuk 100% resepi nih,insyaallah jadik..dan yang penting sodapppp!!selamat mencuba!
P/s:adunan untuk filling tuh biasanya x abis digunakan yer,jadi boleh laa buat puding roti pulak dengan menuang adunan filling ke dalam bekas loyang yg sudah disusun roti secukupnya..bakar sehingga masak