Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, December 30, 2011

Resepi Ayam Kashmir

Assalamualaikum.. ^_^


Korang masak apa untuk lauk hari ni?
Nih aku masak aritu sudah..masa Dj tayang kat fb,esoknya tu..leh paham dak ayat aku ni ek..hehe..
Terima kasih laa kat kawan2 yang rajin mengetag kat fb tu..kadang2 bila jarang2 on9 cam aritu memang akan miss je entri kawan2 kalau tak ditag..
Lagi satu terima kasih gak buat kawan2 baru yang sudi cuba resepi yagn dikongsikan dalam blog ni dan share gambarnya kat fb atau kat email...suka tengok hasil masakan korang!

Sebenarnya dulu dah pernah tengok Dj buat,pastu Kak nor buat,Mas pun dah buat..Izah pun dah buat kot..sapa lagi ek..maaf laa ek kalo tak tersebut nama kat sini..dah ramai yang buat rasanya ni..
Walaupun orang dah cuba dulu lagi,tapi aku baru ler nak cuba..
Sedap..ala2 masak merah gak cuma ada rasa berempah sket..

Buat korang yang takde idea nak masak apa,leh laa cuba resepi ni lak.. aku guna bahan yang ada dalam umah jer..daun kari takde,aku tak buh ler.hee..

Terima kasih yer DJ dan rakan blogger masak2 yang turut mempromosikan resepi ni..sedap dimakan bersama nasi tomato ke,beriani ke.. tapi kitorang makan dengan nasi putih jer.. :)

AYAM KASHMIR
Resepi:Dayangjack@dayangjack.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
-hasue buh serbuk kunyit n sikit garam,goreng kejap je.


bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.


Ratah gitu jer pun best!nyummm2..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

rahel said... [Reply to comment]

Selamat tengah hari Hasue..
ko punya masakan ni bikin gue ngences aje..ngam dah nak lunch ni..bole post sini sikit ayam kasmir tu..

chikadakbiru said... [Reply to comment]

amboi lajunyeee hari nih....
sat2 td baru comment pasal kuih...hihihi
ni mesti amik kesempatan smetara berukband tgh laju kan?

DjDayang Jack said... [Reply to comment]

haiyya...sudah sampai Mukah woo...hehe

kmk alu lapar tok..huhu. dapur mek sik berasap ari tok. urang gik renovate dapur mek. lom siap gik tok..tpksalah kmk tapau jak ari tok. mintak sikit lok. ada kaleng indah diembak mek tok...hehe (eh..byk nar juak bunyi tok2 tok..haha)

tq Sue. tahniah dpt update lagik...hihik. mmmmuahhh!

Liza said... [Reply to comment]

salam sue...mmg nmpk best ayam kashmir ni, akak amik resepi dulu yer...thnx sue

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedapnya ayam kashmir tu, kaler merah2 gini anak2 mesti suka

tun_telani said... [Reply to comment]

aik.. tun pelik nih.. beruk ekor panjang x buat hal ke arini? mesti lajuu je kan..
eh eh.. kak CB pun dh komen pasal nih jugak. hihi.. muga2 kekal laju la brukben tu. kenyang dh ke makan nasi? mana aci tayang lauk dh habis, baru nk bawak taperware bungkus utk dinner.

Kak Sam said... [Reply to comment]

Bila le pulak agaknya org penang nak sampai kashmir.

izahdaut said... [Reply to comment]

yep aku pun dah buat ayam ni. terbaik wokk

blogresipi.com said... [Reply to comment]

Salam Kak HaSue,
Selamat tahun baru buat akak dan keluarga. Semoga tahun baru membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.
Ijan

Ayu Safieza @ Humaira' said... [Reply to comment]

Assalamualaykumwbh Sis Dear...

Smg Allah swt mudahkan dan uruskan Ha Sue sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...

Love, Ayu...:)

~~zAnAfAhMi~~ said... [Reply to comment]

Ni ayam hindustan ni........kalau mkn kena ada lagu background, kuch kuch hota hey...

LinRosly said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Hasue
Selamat tahun Baru 2012


*Ini ayam baru mai dari Kashmir ka? Ayooooo Manyak sedaplaaa.... tgk pun dah tau sedap!

Pia said... [Reply to comment]

"salam hasue...lama tk jenguk sini,hari ni mai2 jer, nampak ayam kashmir pulak dah...emmm dappp.... leh try ni,ank2 pulak mmg suka ayam,hari2 ayam pun tak pa..."

AbbotCottage said... [Reply to comment]

sampai Kashmir dah aku nihhhh..hunss hunsss hunssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...