Entri istimewa untuk mengkhabarkan berita gembira atas kehadiran orang baru dalam keluarga Mas, seorang blogger masakan yang kita kenali dari blog Mas-Dapur Mas(klik).. rasanya dah ramai rakan blogger yang ada FB dah tahu berita ni melalui berita yang dikongsikan Izahdaut kat FB.. **dan dikongsikan oleh Anna di blognya,boleh tengok SINI,(sori anna..aku baaru nampak lak lepas post entri nih td..tak sempat blogwalking siang2,sibuk..hihi..sama lak tajuk entri tu ha.. :P )
Jadi nak kongsikan melalui blog pulak,memandangkan tak semua rakan blogger ada FB kan.hehe..maklum la,seperti kita sedia maklum Mas ni salah seorang pengomen tegar di kalangan blogger.. kiranya satu penghargaan untuk Mas juga laa ni.hee.. lagi satu nak taip kat FB tak reti nak pendek,taip pastu padam balik,taip padam balik..last2 baik taip kat blog aje.huhuu...
Jom tengok orang baru Mas..
Ni laa bayi comel yang Mas lahirkan seberat 3.16kg tengah malam tadi(29/05/2012)..dah minta izin dari Mas nak share gambar ni dengan rakan2 semua..Muhammad Adam namanya..aduhhh,comel laa..comel laaaa..tengok bayi kecik gini memang nak siyumm2 jer..aku yang nengoknya rasa nak beranak lagi lak dibuatnya(eksaited terlampau)..huahuaa..
Untuk makluman, mas masih lagi admitted kat HUKM sebab bayinya masih dalam pantauan doktor 48 jam lepas lahir sebab kes bersalin paksa(induce)..
ALHAMDULILLAH.. selamat segalanya,pengalaman selebihnya tu sama2 kita tunggu cerita dari Mas sendiri ya.
Buat rakan blogger berdekatan yang mengenali Mas tu bolehlah pergi melawatnya dan baby Adam jika berkesempatan yer..dia berpantang kat sepital sampai khamis ni katanya..aku duk jauh ni cuma mampu doakan ibu dan anak ni sihat sejahtera jerlah..huhu :)
Setakat ni dah ada sorang rakan blogger tu yang dah melawat Mas..amboii menjeleskan sungguh..huh..*jeles ni. ;P
Untuk Mas,selamat berpantang yer Mas..semoga cepat sihat seperti sediakala..lepas ni kitorang blogger masak2 pakat tayang ice cream,segala puding memuding,masakan belacan budu sumer..agak2 kejam tak,mas?muahaha..takde la mas,sian ko..paling tidak kitorang tayang kek coklat dan kek keju jerla ek..ops!hee :D
Ko makan ikan bilis je jadi snek k..lepas tu buat puding nasi(nasi lenyek ngan lada hitam campur halia pastu buh dalam loyang,baru potong2 ala2 nasi himpit,tuang air kunyit jadi karamel).ahak..resepi baru tu.. *seronok ye nyakat orang dalam pantang..hihi.. teringat masa bersekongkol dengan aida mamaigloo nyakat kak hana yang dalam pantang ngajak beliau pergi joging sama..huhuu.. saja ngusik kawan2..kan kan..hihi..
Dah,panjang dah bebel ni..asal nya tadi nak ucap TAHNIAH je.hehee..
Meh nak siyum baby Adam..hmmmpphh..hmmppphhh..wangi bau babyy...
P/s: aku suka siyum bau anak2 kecik aku yang baru bangun tido..bau busyuk diorang tu macam aromaterapi..siyes..hehe
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Tuesday, May 29, 2012
Kuih Cakoi.. sedap dicicah
Assalamualaikum.
Dah beberapa hari di kampung halaman. Macam biasa,tak sempat berlama2 depan lappy bila bersama keluarga,tapi best nak blogwalking sebab tenet laju aje..nak bukak blog kawan2 pun tak perlu tunggu lama2..baca entri dan tengok gambar puas2. Kalau tenet lemau tu kadang2 gambar kuar separuh aje..sungguh kasihan.
Pagi ni cadangnya nak pergi melawat ke kedai bahan2 bakery..buat lawatan sambil membayar..huhuu..
Sebelum tu nak kongsi satu resepi ni dulu. Dah buat minggu lepas.. jangan nak mintak ye.. Baki yis buat donut labu tu aku campak dalam bekas buat cakoi nih..
Cuma aku derhaka la sikit kan untuk memenuhi selera tekak masa kini..yang teringin nak rasa cakoi yang bau cakoi biasa ditelan..
Aku tambah bawang putih dan bawang merah serta minyak dalam adunan.
Cara menguli pula aku ikut cara menguli donut aku biasa buat tu..
KUIH CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak-hasue tambah
1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih-parut halus-hasue tmbh
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota:cara HaSue-sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah diparut halus.
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan..
Tak sempat nak buat sos manis,sempat cicah dengan susu manis jer..hehe..untuk resepi sos manis yang best nak makan dengan cakoi ni boleh rujuk blog Izah di SINI.. selamat mencuba!!

Terima kasih kat mamaFami yang empunya resepi asal dan telah dikongsikan oleh kak Azura Rahman dan Izahdaut..yer,begitulah nama komersial mereka di arena blogging ini..jika anda belum mengenali mereka ini,silalah berkunjung ke blog mereka melalui link yang disertakan bersama nama mereka di bawah ni yer..tapi rasanya nama2 itu dah memang dikenali di arena blog masakan.. ^_^
Minta izin yer nak kongsikan resepi ni di sini pula..tqvm.
Minta izin yer nak kongsikan resepi ni di sini pula..tqvm.
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak-hasue tambah
1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih-parut halus-hasue tmbh
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota:cara HaSue-sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah diparut halus.
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan..
Tak sempat nak buat sos manis,sempat cicah dengan susu manis jer..hehe..untuk resepi sos manis yang best nak makan dengan cakoi ni boleh rujuk blog Izah di SINI.. selamat mencuba!!
Labels:
Kuih-Muih,
Resepi - Cuba Sendiri
Friday, May 25, 2012
Kuih Bakar Labu Bermadu.. err..labu lagi?heh
Uik?menu labu lagi..hee..
Menjawab pertanyaan mek Sury pada entri lepas,ai takde kebun labu buat masa ini..sila jangan buat tempahan labu nak buat bingka buat masa terdekat ini yer..heheee.. ;P
Buat yang berpantang labu tu,tak dapek laa den nak nolong eh..den nolong nayang yo la..erk?broken2..
Labu nih macam pisang la jugak kan,menu boleh dipelbagaikan dengan berasaskannya..tapi seeloknya pilihlah labu yang dah cukup matang untuk kuih muih atau pengat..rasa dan warnanya lagi best!Yang kurang matang tu lebih sesuai untuk dimasak sebagai sayur..tapi yang dah matang pun ok je kalau nak buat masakan..
Kat umah ni selalunya labu habis dimasak tumis sebab kegemaran si kakak,kali ni penghabisannya buat bingka lak..nanti lenkali kita beli labu lagi ek..nak tanam macam tanah kat bawah tu tak subur dah sekarang..sob sob..
Resepi kuih bakar atau bingka nih adalah dari Ros@jintanmanis.com.
Khabarnya Ros akan kembali menetap di jepun bersama suami beliau...semoga dipermudahkan dan kita sama2 doakan yang terbaik untuk ros sekeluarga..amin..
Sebenarnya bingka nih aku potong masa masih panas2 lagi sebab tak sempat tunggu sejuk..sepatutnya tunggu la sejuk baru cantek nak potong kan..cik abangku dah balik dan masa untuk minum petang..baru bingka masak(lambat nak buat menu petang masa tu.heee) Kalau nak hidang kemudian takut timing tu tak ngam lagi memang tak laris laa kang..membazir lak kan..
Tu laa rupa potongan tak berapa nak kemas nih..huu..
Terima kasih Ros atas perkongsian resepi.. minta izin nak kongsikan di sini pula ya.. :)
Kuih Bakar Labu Bermadu
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180gram)
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun takpe)
3/4 cawan gula
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis)
2 sudu besar minyak masak
Cara-caranya
1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar) dan blender hingga semuanya sebati.
2. kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dan gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, dan taburkan bijan di atasknya, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi perang.
4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila-bila masa dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.
Nota:HaSue buat separuh adunan,letak 200ml santannya,tambah 1 sudu besar susu cair dan tambah labu yang sudah dilecek hanya setelah bahan2 lain dikisar.

Labu,
Puding/Bingka,
Resepi - Cuba Sendiri
Bendi Goreng Kicap Pedas..buat penggemar bendi.
Tu diaa..bendi goreng pun nak masuk blog? Uihh..jangan pandang senget sebelah wokeh.. yang dah terer masak tu boleh la pandang sebelah mate jer(pakai spek kapten hook)ni khas buat rakan2 yang baru nak berkecimpung mengenal bawang.. diorang tak bersalah,cuma lambat sikit je nak belajar memasak..better late than never kate uncle John*seorang watak omputih..
Siapa minat sayur bendi sila angkat kibod tinggi2..kalo guna laptop tu sila angkat laptop masing2..motip nak angkat tu aku pun tak tau la kan..saja jek.heh..kalau yang online kat umah tu ok lagi,kalau yang kat opis ke,kat cybercafe ke..tak ke pelik rupa dier ngangkat kibod tinggi2..sungguh bekerjasama..hakhak.
Bendi nih,memang berlendir kan..tu KALAU dicuci selepas dipotong.. Jadi,untuk mengelakkan lendir tu berleluasa.. maka,cucilah ia sebelum dipotong..tak perlu letak garam untuk elak lendir tuu..
Masa nak masak tu..cuci bersih2,nak gosok kotoran ke apa,buat sebelum dipotong. Lepas tu toskan..kalau dah rajin sangat sebab takde kerja boleh jugak la nak lap guna tisu dapur ke.. Dah lepas potong2 tu usah dicuci lagi..terus ajer memasaknya..insyaAllah tak berlendir.
Tips nak tahu bendi yang muda dan sedang untuk dimasak adalah melenturkan/mematahkan hujung bendi tu..kalau liat jer..usahlah kau mengharap pada yang sudi..tu dah tua la maknanya. .lupakan,lupakan..ingat!jangan patah2kan pula bendi yang dijual kat pasar raya tu..lentur sikit2 jer.. sebab ada 2 jenis bendi ni. ada yang panjang tu kadang2 masih muda lagi..ada spesis yang kecik2 lagi dah keras.. ah, lantak la kalo korang paham ke tak bahasa aku ni..hehee
Bendi Goreng Kicap Pedas
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
10 tangkai bendi -cuci dan toskan,baru dipotong serong
2 tangkai cili merah-buang biji dan potong2
2 tangkai cili merah*
5 cili padi-nak pedas tambah la lagi *
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu mkn penuh udang kering-rendam air panas jap*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat-hasue guna ayam brand
2 sudu besar minyak masak-atau secukupnya untuk menumis
Cara2:

- Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau goreng sebentar.
- Masukkan bendi dan cili hiris. Kacau goreng lagi sehingga masak.
- Jika mahu bendi yang lembut(tidak rangup) masukkan sedikit air dan tutup periuk. Tunggu sehingga kuah kering sedikit dan tutup api.
- Walaupun ada penggunaan air,ia tidak akan berlendir kerana kuah sudah mengering.. selamat mencuba!
Nama jer pedas tapi tak pedas mana pun yang aku masak nih.hee..Korang yang suka pedas tu pepandai la tambah cili yer.
Sebenarnya kalau incik abangku lebih gemar yang betul2 sudah lembut..dan sedikit berkuah.. aku lak suka dua2,lembut ok..yang masih sedikit rangup pun ok.. dia suka masakan yang biasa jer tak buh cili kalau masak bendi nih.. aku masak gini masa dia tak lunch kat umah masa tu..hehe.. sedap makan ngan nasi putih..

Dari Dapur HaSue..,
Sayur-sayuran
Ikan Masak Taucu .. pembuka selera
Salam Jumaat untuk semua..
Mesti ramai dah sibuk kemas barang nak balik kampung kan..cuti sekolah ni mula meriah laa suasana kampung lepas ni..kenduri kendara sini sana.. rakan taulan bertemu jodoh kan..alhamdulillah... semoga selamat sampai ke destinasi masing2 yer..
Oklah,takmo citer panjang untuk entri kali nih...ehe
Tak tau nak masak apa tengah hari ni?
Minat taucu ke? Meh cuba resepi dari nina mirza nih..simple jer tapi InsyaAllah sedap..boleh membuka selera sebab ada rasa pedas dan masin dari taucu tu sket kann..
Aku guna ikan merah...kepalanya aku masak kari,badan ke ekornya aku masak taucu nih.hehe...tambah cili kering lagi tambah power.eceh..nak power ajer..badan pun makin power berlemak ..ehh,ikan takde laa berlemak..kalau makan nasi bertambah2 memang boleh menambah berat badan tu..huu..insap2.
Terima kasih nina mirza untuk resepi simple nih..tapi membuka selera..selamat mencuba!
Nina,minta izin share resepi kat sini yer...tadi cuba kopipes cara biasa tak dapat,kite kopipes cara luar biasa jer..boleh kann?hee.. jangan marah aa.. :D
Resepi:Nina Mirza@ninamirza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
3 ekor ikan kerisi (atau ikan pilihan anda)-hasue guna ikan merah
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris kasar utk hiasan
beberapa tangkai cili kering(potong 2)-hasue tambah
Cara-caranya
Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan.
Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi

Buat yang belum mengenali Nina Mirza,salah seorang blogger masakan juga..boleh la buat kunjungan ramah tamah ke blog beliau di SINI.. ^_^
Ikan Masak TaucuResepi:Nina Mirza@ninamirza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
3 ekor ikan kerisi (atau ikan pilihan anda)-hasue guna ikan merah
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris kasar utk hiasan
beberapa tangkai cili kering(potong 2)-hasue tambah
Cara-caranya
Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan.
Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi
Oh ye,bahan2nya tu sendiri laa korang adjust ikut selera ye..contoh kalau nak berkuah banyak tambah la air,taknak rasa taucu tu kuat sangat,kurang kan ler..ala korang pun tau kan..saja je aku bagitau kot2 ada yang tak tau.hikhik :P
Labels:
Ikan,
Resepi - Cuba Sendiri
Thursday, May 24, 2012
Donut Labu ..misi menghabiskan labu..
Taadaaa..! menu hari ni..
Tadi dah celoteh panjang kan..ni celoteh pendek lak..pendek ke?
Memandangkan takde menu pagi tadi,boleh la layan menu minum petang ni lak kan..
Raamaiiii dah mencuba resepi ni ek..aku jer baru terhegeh2jelita nak buat..ahak.
Sebenarnya dah berapa kali aku ngukus labu nak mendonut...tapi timing tu tak ngam orang kata.. macam, iskh..tak ngam lah! Aku free nak buat tapi takde tukang makan kang susah gak aku jadi gedempol makan donut labu sapa nak jawab kan.. nanti mesti aku nak salahkan yang kongsi resepi lak..hahak..
Dah,meh nengok donut labu nih.. kalau ada stok labu lagi tu,sila la kukus sekarang yer.. aku ni kes nak perabiskan labu nan sebiji tu.. esok nak balik kampung..lalala
Tengok jer donut mesti anak aku(si kakak) nak suh buh topping ceklat.. sama macam banglong gak..macam kewajipan lak..asal budak2 jer nak buh coklat..asal budak2 jer nak buh coklat..asal buh coklat jer untuk budak2..
Dah sinonim katekan.
Jadi aku buh laa jugak yang topping ceklat..
Resepi Asal:Donut kentang-citarasawan
Resepi Olahan :Izahdaut@izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahan2 lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.
Nota:cara hasue-sediakan air dalam bekas,masukkan yis dan gula. Biar kembang/hidup dahulu baru masukkan bahan lain dan uli.. tepung hanya digunakan sehingga doh dapat diuli. selebihnya guna untuk menyalut tangan ketika menguli.
Tadi dah celoteh panjang kan..ni celoteh pendek lak..pendek ke?
Memandangkan takde menu pagi tadi,boleh la layan menu minum petang ni lak kan..
Raamaiiii dah mencuba resepi ni ek..aku jer baru ter
Sebenarnya dah berapa kali aku ngukus labu nak mendonut...tapi timing tu tak ngam orang kata.. macam, iskh..tak ngam lah! Aku free nak buat tapi takde tukang makan kang susah gak aku jadi gedempol makan donut labu sapa nak jawab kan.. nanti mesti aku nak salahkan yang kongsi resepi lak..hahak..
Dah,meh nengok donut labu nih.. kalau ada stok labu lagi tu,sila la kukus sekarang yer.. aku ni kes nak perabiskan labu nan sebiji tu.. esok nak balik kampung..lalala
Tengok jer donut mesti anak aku(si kakak) nak suh buh topping ceklat.. sama macam banglong gak..macam kewajipan lak..asal budak2 jer nak buh coklat..asal budak2 jer nak buh coklat..asal buh coklat jer untuk budak2..
Dah sinonim katekan.
Jadi aku buh laa jugak yang topping ceklat..
Coklat chips yang kaler putih tu sedap tau..terang2an perisa vanila..hehe
Terima kasih kat mak labu eh! Izahdaut untuk resepi olahan nih dan citarasawan aka kak wan yang kretif atas perkongsian resepi asalnya yang menggunakan kentang.. lenkali nak test yang kentang lak..nak buh pisang pun takde masalah kot..dah ramai juga blogger masakan yang mencuba..nak sebut satu2 memang 'sik terkaber' kata orang sarawak.. Minta izin nak share kat sini resepinya ye jah..eh!mak labu..eh!izah..tq2.. :D
DONUT LABUTerima kasih kat mak labu eh! Izahdaut untuk resepi olahan nih dan citarasawan aka kak wan yang kretif atas perkongsian resepi asalnya yang menggunakan kentang.. lenkali nak test yang kentang lak..nak buh pisang pun takde masalah kot..dah ramai juga blogger masakan yang mencuba..nak sebut satu2 memang 'sik terkaber' kata orang sarawak.. Minta izin nak share kat sini resepinya ye jah..eh!mak labu..eh!izah..tq2.. :D
Resepi Asal:Donut kentang-citarasawan
Resepi Olahan :Izahdaut@izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahan2 lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.
Nota:cara hasue-sediakan air dalam bekas,masukkan yis dan gula. Biar kembang/hidup dahulu baru masukkan bahan lain dan uli.. tepung hanya digunakan sehingga doh dapat diuli. selebihnya guna untuk menyalut tangan ketika menguli.
Labels:
Kuih-Muih,
Resepi - Cuba Sendiri
Oh!Astro B-yond PVR
Assalamualaikum..
Fheww..! Setengah hari menahan rasa nak online guna broadband sebab tak perasan prepaid broadband expired pagi tadi..semalam dah tau sebab ada reminder kan..tapi boleh lagi lupa tu.nak pegi kedai semata2 beli kad prepaid malas la pulak jadi tunggu tengah hari selepas amik anak dari sekolah baru singgah kedai jap..
Dah sampai umah, ada pulak astro installer call bagitau set PVR dah sampai kat kedai dorang n akan datang umah sebelah petang ni jugak untuk install..untuk rekod(ala2 blog mazidul lak),sebenarnya aku tak apply pun pvr tu,pihak astro call awal bulan aritu katanya free install..masa tu memang yeyy yey...sambil menari cha cha laa kan,kalo biasa harga katanya rm250 ke berapa tah..tapi installer tadi kata memang akan kena caj rm50..pfttt(tak puas ati)..kira aku terpedaya olehnya laa jugak kan..lepas tu tanya lagi,ada extra caj tak untuk monthly? Katanya rm5 sebulan tambahan dari bil sebelum ni..'ok,kalau macam tu saya tanya hb saya dulu laa..' Nampak sangat sifat seorang isteri taat kan?
'orait'kata apek tu. Jadi aku pun mengadu kasih laa kat buah hati aku yang sebenarnya sedang sibuk amat sebab masih menguruskan urusan kematian pekerja yang merupakan pekerja asing dan memerlukan banyak urusan di hospital nun jauh..urusan nak memandikan dan penghantaran ke negara asalnya dan sebagainya..
'helo,yang.."*dengan suara sedikit tergedik2
"yea sayang..?' rileks je
"bizi ke? "
"bizi sangat2.. "adeh..potong setim je nak ngadu kasih pasal astro nak tambah bil rm5 bulanan...muahaha..
Jadi aku pun teruskan la mengadu ala2 orang kena kejar(bercakap dengan laju )..
sila baca dengan laju-"astro nak pasang pvr tapi diorang tetap caj rm50 lepas tu caj bulanan tambah rm5. So nak teruskan atau nak kensel? "tanya ku dengan harapan dia pun kesal macam aku jugak..
"Hermm...oklah.. teruskan saja." Macam dia nak cepat2 habiskan perbualan pun ada aku rasa.*buruk sangka
"OK ke? perlu ke kita ada set pvr tu?*dah macam dialog filem usop selam lak pertanyaan aku tadi rasanya..
"Ok lah tu..rm50 jer kan..kira jauh la jugak diorang datang nak pasang tu..bulanan pun tambah rm5 jer.. kalau banding dengan bahan masakan yang beli tapi tak abis pakai tu.. "-yang hujung tu aku tambah..makan cili terasa pedas katekan..ahahak
"Oklah..kalau macam tu" ujarku perlahan..dalam hati dah terbayang2 nak record citer apa..nak record..jakun2.
"Ok??ok.."Dia tanya,dia jawab..tanda nak mengakhiri perbualan"ada waiting call ni syg.."sambungnya lagi..takut aku merajuk laa tu guna suara lembut..*tak abis2 buruk sangka..hee
"OK2..kataku juga.. kiranya kalau buat drama nak aje aku buh tajuk drama OK sebab asyik sebut OK je..
Nasib baik installer tu betul2 sampai petang ni jugak.. dah la aku ni jenis tak suka tertunggu2..(ada ke orang yang suka?hehe..)
Terbantut hasrat aku nak bekerjaya di dapur buat menu minum petang nih..huhuu.. takpelah,jap lagi leh buat kan.. :D
Dipendekkan cerita, sekarang dah ada astro pvr..hoyeyy2. Boleh rakam cerita yang kite miss nak tengok(tapi astro selalu jer buat ulang tayangan kan) tapi kadang2 time dia mengulang tu time kite takde kat umah ke mana ke.. Atau pun masa berebut anak beranak laki bini nak tengok cerita kegemaran masing2..huahua..tapi selalunya kalo cik abangku ada,yang lelain mengalah.. bagi chance laa kan...suami penat2 nak juga rilex tengok cerita kegemarannya..
Entri ni sekadar berkongsi dan bukan berniat nak menunjuk2 yer. Korang jangan asyik negatip thinking jer..hahak.. kot2 laa ada yang teringin nak pasang gak kan.. :D
Dah..nantikankan menu selepas ini... ni entri selingan je..hehe
*Drama di atas telah dialih bahasa. :D
Labels:
Saja2 Nak Kongsi
Wednesday, May 23, 2012
Kuih Kaswi Gandum.. lembut!
Assalamualaikum..
Kuih ni buat semalam,semalam buat..semalam gak abis. Tak pernah buat kaswi terus habis pada hari yang sama..hehe.. sedap laa maknanya tu kan. Diakui oleh ramai yang telah mencubanya.. Korang tak cuba lagi? cubalah!Kali nih tiada lagi tahi lalat kat kelapa parutku..suruh parut kat kedai lain lak..hehe. Nak parut sendiri tak kuase mak.. :P
Beli banyak sket kelapa parut,buh dalam bekas tertutup rapi ataupun bekas kedap udara dan buh dalam freezer..maka tahanlah ia berbulan2(agaknya la..tapi tahan lama la kan).
Oh ye,aku buat separuh adunan gak cam Mas..memang sesuai la untuk keluarga kecik..
angkut resepi dari dapur mas gak sebab baru2 ni dia ada buat,tu yang baru ingat nak buat nih..Tima kasih mas..baby ada tendang tak tu mas?meh nak pegang..hihi..
Kaswi Gandum
Resepi : Chef Hanie liza - Fotopages
Sumber : Izahdaut, Anna & MasDuniaku.
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1tsp browning sugar-hasue tambah
* Mas ikut Izah tambah beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.
Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional - Kali ni Mas x letak
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam
Cara:
Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga masak ( 30 minit ).
Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
Labels:
Kuih-Muih,
Resepi - Cuba Sendiri
Tuesday, May 22, 2012
Kek Lapis Evergreen Kukus..
Assalamualaikum.. ^_^
Jadi beberapa bulan sebelum raya ni amat sesuai nak mencuba kek2 lapis yang tak pernah dibuat lagi..
Kali ni nak buat tayangan amal satu lagi kek lapis sarawak kukus..
Penggemar kek lapis sarawak boleh laa cuba buat sendiri dan merasai keenakannya yer..kalau berkenan dan kena dengan selera,boleh buat pula satu adunan untuk raya nanti.. ^_^
Kalau yang sebelum ni asyik buat kek lapis bakar jer,cuba la pulak kek lapis kukus..ada bran? :D
Kepada mereka yang belum pernah merasai kek kukus sarawak.. mungkin inilah masanya anda mencuba sendiri. Tekstur kek sarawak ni lembut ye,dier bukan bantat..ala2 bingka tapi rasa kek...emm..emm..yeke.. ah lebih kurang la. Tapi sedappp.. kesedapan kek kukus ni berbeza dari kek yang guna baking powder seperti kek coklat kukus tau.. senang cerita,nak merasa kena laa buat sendiri..resepi dah ada..ai,tak reti2?ahak..
Buat yang bertanya bagaimana ia dilapis sama sekata tu,kena guna sukatan yang sama..kalau guna senduk memang susah sikit nak sama rata sebab masa cedok tu kadang2 kita terlebih atau terkurang susah nak tengok kan. Guna la cawan ke,gelas yang sesuai untuk sukatan yang sama..tak perlu nak timbang2.. :)
Tapi aku buat nih tak santek cam DJ buat tuh..boleh laa wat minum2 petang kan..heh.. :D
Perlu diingatkan, untuk menghasilkan kek lapis atau kek sarawak yang benar2 lembut dan menepati piawaian(perghh ayat..) yang sebenar,sila guna mentega tulen atau mentega berkualiti ye...buttercup lepa susu tu bukan butter tulen,jangan keliru ye..kalo brand buttercup,guna yang buttercup-pure butter tulisnya. Aku pernah jumpa sekali je,lepas tu tak jumpa2 dah.. butter yang lain boleh laa guna jenama scs,anchor,westgold atau mana2 jenama halal.. sekarang golden churn pun dah disahkan halal kan..
Terima kasih untuk DayangJack yang jelita tu,rakan senegeri merangkap rakan blogging dan rakan FB yang telah kongsikan resepi ni kat blog beliau...bila laa nak bertentang mata kan..hihi..
Memang sedappp kek lapis nih,perisa pandan horlicks..owh,boleh rujuk pada link di bawah atau klik SINI untuk resepi asal beserta tips mengukus kek lapis dari DJ yer..selamat mencuba...!
Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)
Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)
Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah
Cara-cara:
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
Jari berlesung pipit nih memang tak makan saman...time orang snap pic,time tu jugak nak nyibuk..huhuu.. ;P
Eh lupa nak bagitau,aku pun buat separuh adunan..memang sedap..InsyaAllah ada masa nak buat lagi sebab mudah je didapati bahannya dan sentiasa ada stok di dapur.hehe..kerajinan je kadang2 yang abis stok.. ;P

Kek,
Kek Lapis Sarawak,
Resepi - Cuba Sendiri
Monday, May 21, 2012
Resepi Rendang Ayam.. nyum2
Bertemu kembali.. ^_^
Orang2 yang tengah diet atau jaga makan tu,sila tutup mata..hee..
Nih sah2 bukan menu diet yer tuan2 dan puan2.. sekali sekala layan menu gini memang tak sedor diri la kejap kan..anggap jela yang turun 400g tu macam dah turun 4kg..jadi boleh makan rendang tanpa rasa bersalah..muehehe..
Buat rendang ni ..err,bila ek? Dalam minggu lepas laa... yang sadisnya,dah laa buat lauk makan nasik pun sedap..petangnya tu boleh pulak ngukus pulut lagi nak makan bersama rendang nih.. mana laaa si diet nak balik umah kann.. gi mancing ke laut lagi laa gamaknyer..
Masa nak buat tu baru nak gi gali lengkuas belakang umah.. aku suka aroma lengkuas dalam rendang.. tapi sapa2 pernah gali lengkuas pasti tahu bukan macam nak amik serai tau amik lengkuas ni. Aku kalo jumpa orang jual memang beli jek..hehee.. malas nak gali tu,aku tarik(cabut) je batang lengkuas tu..ada laa 2,3 batang aku tarik yang terputus kejadiannya..haha..rosak kebun olehku. Lepas tu baru gali2 sikit..sebab tu dapat sikit jer..tapi yang muda..best2. Lepas tu amik serai kat kebun gak,daun kunyit kat kebun gak..halia je mati masa banjir aritu..*macam banyak sangat kebun bunyinya,padahal semua kebun yang terbiar..hehe..
Bila mula2 tengok resepi ni mula2 tu(eh apsal 2x penggunaan ayat 'mula2' nih,nak edit ke tak..ah tak payah la..gasakk..) ingatkan macam rendang yang macam kakak ipar aku pernah buat dulu..sebab guna bawang besar tu..bila sedang buat tu baru aku teringat balik yang rendang tu ada guna sos cili dan cili giling kalo tak silap.
Tapi yang resepi mak tun yang diperturunkan kepada tun nih boleh tahan sedap woh.. anakku Yana suka jer meratah ayamnya..
Sila laa mencuba.. minta ijin yer tun,akak tepek kat sini lak..nanti kirim salam terima kasih kat mak tun sekali tau,sedap resepi mak tun nih..kalau mak tun yang masak mesti lagi sedap kan.. (pehh,kalo lom kawin leh jadi calon menantu mithali,berbudi bahse sungguh!)*motip puji diri?kakaka..urut dada mak tun kalo terbace nih :D
OH yer..terima kasih kat anak mak tun,yakni tun sendiri..sebab share resepi ni kat blog.. sapa2 tak kenal lagi Tun Telani nih sila2 laa berkunjung ke blog beliau di SINI(klik), comel dan peramah orangnya..tapi perasan gemuk,sibukkk je mendiet..padahal sekeping jek.huh!jeles*paling muke..hahak.. :P
Dah2,jangan dilayan sangat petang2 nih..memang otak menggelegak sikit sekarang ni sebab cuaca panasss jek.. tercari2 air kelapa muda..fuhh!fuhh..
Meh layan resepi rendang ayam yang simple tapi sedap nih..tq skali lagi tun..
Rendang Ayam
Resepi: tun telani@qurrataaayun.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
1/2 kilo ayam- kerat kasar2
2 biji bawang besar*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 batang serai*
10 tangkai cili kering* (bahan * di mesin)
1 sudu besar gula perang/gula melaka
1 sudu besar kunyit serbuk-hasue tambah sikit kunyit hidup
1 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit- mayang halus
1 kotak santan (200ml)-hasue kurangkan sket
2 kpg asam keping
Garam
Cara2:
Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
Perasakan garam.
Siap. Boleh laa dihidang dgn nasi himpit, pulut kuning, or lemang ^^

Resepi yang simple tapi berbaloi untuk dicuba..sapa2 yang sukaaa pedas amat tu sila la tambah cili kering tu yer.. ikut resepi tun ni sedang2 aje pedasnya dan boleh kate tak terasa sangat pedasnya..sesuai sangat untuk sekeluarga ngadap termasuk anak kecik.. jemput laah..jamu mata lagi skali yer..heh :D
Labels:
Ayam,
Resepi - Cuba Sendiri
Nasi Goreng Kampung Satuuu!!!
Assalamualaikum..
Bertemu di minggu baru.. ada yang lemau2 lagi ke hari ni? Yang ada blog tu sila2 laa update blog masing2 yer..ada juga nak ditatap anak cucu kemudian hari.. aku yang tenet tak berapa laju ni pun terupdate,takkan la korang tenet laju berdesup tak ngupdate2 kann..hee...tapi paham gak tu,kadang2 tenet laju tapi kekangan masa membuat kita tak sempat berlama2 di depan skrin kan.. tambahan lak di dunia blogging ni bukan nak buat entri aje...tengok blog kawan update,nak jugak gi jengah..hehe...
Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah..mesti ramai hati dah berbunga2 nak balik kampung atau cuti2 dengan keluarga tu ha..
Cerita pasal kampung meh laa layan menu kampung lak pagi nih..
Rasanya ramaiii dan rata2 kita tau goreng nasi kan.
Nasi goreng antara menu yang mudah disediakan dan mudah mengenyangkan.
Nih nasi goreng yang simple dan mudah disediakan. Tapi sedappp.. untuk anak2 aku kurangkan cilinya..nanti kalo merasa pedas,boleh fobia budak2 tu nengok nasik.hehee..
Nasi Goreng Kampung
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
3 cawan nasi
2 ulas bawang*
1 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili api-letak lebih jika suka pedas2.*
1 sudu mkn ikan bilis-siang* -bahan2 bertanda * ditumbuk hampir lumat
Garam secukupnya
1 cawan kangkung
1-2 biji telur-pukul sedikit
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah-hiris
Minyak masak secukupnya untuk menumis(lebih kurang 2 sudu besar)

- Panaskan minyak masak secukupya dan goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan,angkat dan ketepikan, goreng pula ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Kemudian goreng telur hancur,angkat dan ketepikan.
- Panaskan secukupnya minyak,tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan nasi dan kacau goreng sehingga nasi tidak melekat langsung antara satu sama lain dan benar2 sebati. Tambahkan garam (tabur atas nasi agar mudah sebati) dan kacau goreng lagi.
- Akhir sekali masukkan kangkung dan bahan2 yang sudah digoreng tadi. sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati..
Aku suka jika bawang goreng tu yang dah lembik untuk makan nasi goreng ni..hee..ia lebih berkaramel dan sesuai untuk dimakan bersama nasi goreng pada tekak aku ler. Kalau nak yang lembut kena la goreng lebih awal kan.. :)
Dah,jemput laaa jamu mata yer. Air ada bawak sendirik kannn..hee
Eh..Korang pernah makan cili api jenis cili jarum tu tak? Atau dalam bahasa sarawak cabik jaghum?pedasss oohh.. :D
Dah,jemput laaa jamu mata yer. Air ada bawak sendirik kannn..hee
Eh..Korang pernah makan cili api jenis cili jarum tu tak? Atau dalam bahasa sarawak cabik jaghum?pedasss oohh.. :D
Labels:
Dari Dapur HaSue..,
Nasi
Sunday, May 20, 2012
Bingka Labu Lemak Manis..
Assalamualaikum..
Selamat hari Ahad...! Vah..vah... lama tak ngupdate blog ari ahad..hee..
Ni pun sempena Kak Nor dah tanya mana gambo bingka labu ni semalam tu yang ngade2 lak rajin ngentri nih dan didahulukan dari entri yang lain.. hehee..takut cikgu beso marah lama peram report..kikiki...
Sebenarnya nak post semalam,masa kak nor tanya kat FB tu..(nak reply komen tapi uhh,tenet tak sporting lah).. tapi baru ngedit gambo, cik abangku dah ajak gi jenjalan cari kelapa muda..phewitt!semangat makcik.. keliling satu kampung orang kat area banyak kelapa tu..uwaa, tak jumpa pun orangnya..kepada orang yang ada kelapa,sila jaga pokok kelapa masing2 agar senang orang seperti kitorang nak membeli kelapa muda ye..hahahak..Jadi balik dengan tangan kosong ler..hukhukk..
Malam lak cik abangku ajak gi main badminton. Wah best gak join kan..bolehlah membakar lemak2 yang ado.. tapi balik main perut lak kebuluran tahap hampir maksima ,singgah kat stall burger,beli burger,yela takkan nak beli beskal lak kan.. dah makan baru insaf balik..Ni nak membakar lemak ke nak menambah lemak nih..kann..huhuu..takpelamkira balance la tu..*sedapkan ati
Oklah,cite pasal bingka ni memang hajat nak membingka je kebelakangan ni.. dah menge'save' beberapa resepi nak cuba.. tapi nampaknya yang ni mendahului carta buat masa ni nak dicuba.. tulah sapa suh kak nor goda2 kan(haha)..stok labu lak memang jarang kehabisan..suka beli labu yang cukup tua dan yang lemak serta halus uratnya.
set semua bahan dah ada...sekali santan,tinggal setengah kotak je dalam peti ais.. jerit laa'santan habissss....' macam dalam iklan tu..cuma versi manja dan agak mengada2.. tapi takde pun cik abangku gi naik pokok kelapa untuk amik kelapa tua..huhuu..agaknya sebab takde pokok kelapa laa kot ek..
Jadi hajat yang pada mulanya nak buat satu adunan penuh terpaksa dikensel,buat separuh adunan aje macam kak nor..
Lepas tu kan,dah cawan pekat tu setengah cawan je,jadi susu cair aku letak la 1 cawan.hee.. untuk sukatan setengah adunan aku buat tu... alhamdulillah..memang sedap bingka nih..berbaloi2 untuk dicuba..korang dah cuba lum?
Terima kasih akak2 yang cantik manis dan jelita serta awet muda sekalian..kak yatie,kak jun,kak rima dan kak nor ..minta izin nak panjangkan pula resepinya ke sini ya..lebiuu all(ala2 retis gitu)
BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun & K.Nor
By:HaSue
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi -Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek- hasue kukus labu tu
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Tangan si kecik lagi..time menu berposing memang suka masuk campur.hehe
CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tengok jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.
*HaSue pun sama macam K.Nor buat 1/2 adunan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam

Friday, May 18, 2012
Kek Lapis Choco-Horlicks..
Assalamualaikum..
Perasmian..perasmian..nak rasmi apa? Ingatkan apa laa kan..padahal merasmikan header blog kat atas tu jer.eh nama pun header,takkan duk bawah lak kan.hee.. saje boring2 macam orang takde keje..tu yang gi godek2 header sendirik.. aku kate 'macam' takde keje ..padahal keje tak abis2..maklum la surirumah berwawasan kann..ahak!
Apa2hal, nak wish dulu HAPPY BIRTHDAY buat adikku yang kini semakin meningkat dewasa pada hari ini.. Buat Cik Haza yang kini berada nun jauh di mata..dah tua ko yer sis..hehe.. last jumpa dia masa gi KK aritu jer..rinduuu sangat
Owh,pasal kek lapis ni lak..aritu dah tayang kat FB..saje nyakat DJ aritu yang tayang kek lapisnya kat FB untuk bertukar kek,tibe2 ramai pulak menge'like' pic kek tu..huhuu..Terima kasih lah semua yer.. maaf baru kuar dengan resepinya ni.. ^_^
Nih kek lapis bodo2 jer..yang bermaksud kek lapis simple amat ..tapi boleh tahan sedapnyer woo!
Untuk buat minum2 petang tempoh hari.. oh dah lama buat aritu baru nak share kat sini yer..saje jek,takut korang mintak!haha..takdelah. Kemalasan ngupdate disebabkan tenet lemau dan semangat lemau..tu yang jadi entri tertunggak..huhu
Mula2 aritu nak buat kek lapis holiday inn..tapi sebab takde stok biskut marie masa tu...jadi godekkan ajelah bahan yang ade,masa tu main letak aje bahannya ikut resepi biasa buat(basic kek lapis)..
So ni laa kejadiannya..
Kek nih tetap moist dan lembut menepati ciri2 kek lapis sarawak biasa .. perisa coklat(tak la heavy sangat, dan perisa horlicks)
Kalau nak perisa coklat yang heavy sket,boleh la guna coklat masakan ..cairkan dahulu coklat masakan tu guna kaedah double boiler.
Duh..aku masih malas amat menaip nih.. tapi aku gigihkan jugak laa..kalau idak makin banyak entri tertunggak karang...heh.. macam banyak sangat kan..
Aku buat dalam loyang 8.5"x4.5".. Kalau nak kek lebih besar kena doublekan bahan yer.. yang nih sebab malas nak simpan baki mentega yang dipek 250g tu,aku gunakan aje 250g.. kalau nak buat sebiji guna 450g pun insyaAllah takde masalah.. ^_^
Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara2:
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
- Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
- Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
- Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
- Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
- Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
- Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
- Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Labels:
Dari Dapur HaSue..,
Kek,
Kek Lapis Sarawak
Tuesday, May 15, 2012
Getuk Ubi Kayu.. sedap dan best!
Assalamualaikum..
Selamat pagiii...
Korang sarapan apa pagi ni? Nasi lemak ke? Jangan disebut2 deh..aku jeles kang.. aritu ramai buat pakatan tidak terancang tayang laksa sarawak kat FB,tak pasal2 aku melaksa jugak..walaupun tak berapa nak cukup bahan..heee..gitu laa kalau imaginasi pasal makanan ni melebih2. Kecuali kalau stok bahan takde langsung tu takleh la nak buat apa kan.. tu selera ngade2 tu,orang nak makan..ko nak makan gak.. :D
Ni, kuih ubi kayu ni,getuk ke getok eh? Mana2 laa kan..kat sarawak aku tak sure panggilan kuih ni apa... kalo orang jual yang intinya gula tu ada ler..tu pun bila tanya nama dia kata kuih ubi jek. ^_^
Rasanya korang semua pun pandai buat kan..
Aku suka makan kuih ni kalau kena gayanya..lapisan tepung tu aku guna adunan batter aku biasa buat tu,untuk buat roti goreng rangup, goreng pisang dan sebagainya.. kecairan dan kepekatan batter(adunan tepung untuk menggoreng) sendiri la ejas ek.. kalau nak lapisan tu nipis cam aku buat ni kena la cairkan sikit adunan tu,tapi jangan sampai cair sangat lak..cukup sekadar menyelaputi ubi kayu tadi..
Oh,intinya tu tak terhad.. ubi kayu yang direbus dilenyek atau ditumbuk halus,lepas tu gaul dengan gula dan kelapa parut(putih sahaja).. buh laa sebanyak mana ikut suka dan ikut selera..jangan lupa buh secubit garam untuk rasa lebih best dan lemak.
Lepas tu korang leh bulat2kan,atau bentuk ikut suka..lepas tu celup kat adunan tepung dan goreng macam goreng pisang..
Maaf ler,gambar yang ada ni tak berapa memuaskan..janji ado jer.. heee.. ni pun kes nak ngabiskan stok kelapa parut bertahi lalat aritu.. Nanti suruh parut yang putih aje,orang tu nak juga parutkan yang itam sekali..
Sedappp tau..luar rangup,dalam lembut.. resepi boleh cari dalam blog ni untuk adunan tepung(batter) tu..atau untuk resepi getuk ubi sepenuhnya..
Tenet ku sangat lemau lak nak bagi link..petak carian kat tepi tu pun dia tak abis2 loading..sebab tu juga laa lemau nak mengentri kebelakangan ni..hehe.. :D

Kuih-Muih
Friday, May 11, 2012
Musim 'Makan Tahun' Kembali Lagi
Assalamualaikum..!
Salam Jumaat buat semua. Dah beberapa hari blog bercuti atas sebab2 kesibukan yang sukar diceritakan ditambah pula kelembapan line tenet,kini kembali aktif seperti biasa insyaAllah..walaupun tenet masih agak lembap..
Tanpa membuang masa,nak cerita sikit laa perihal makan tahun dan kesinambungan cerita kelupis pada entri sebelum ni.
Makan tahun semenangnya tradisi di daerah sekitar kampung aku di Bekenu,Miri. Ia tradisi kaum kedayan yang dahulu kalanya sebagai majlis meraikan tamatnya musim menuai padi.. kiranya untuk kenduri ni akan dihidangkan beras yang baru dituai.. tapi zaman sekarang semua beras yang dituai kat kedai aje.. :D
Orang2 dari kampung berdekatan pun dijemput untuk majlis kenduri nih.. Jadi 2 hari laa meriahnya sebab hari Sabtu tu bergotong royong membungkus kelupis dan keesokannya baru makan kenduri secara besar2an.
Makan tahun kali ni aku berpeluang laa join sekali,tapi tak berpeluang merakamkan banyak gambar2 dan aksi menarik sebab handbag hidup asyik nak berkepit aje dengan aku..dah lama2 tu pandai pulak dia bermain dengan rakan sebaya cuma pada masa tu aku tak ingat dah nak snap2 gambar..huhuuu
Tapi takpe,layan jela gambar2 dan cerita ringkas mengenainya ek..sebelum ni pun rasanya dah cerita kat blog ni. ^_^
Hari Sabtu lepas, maka bermulanya projek gotong royong membungkus kelupis dimulakan dengan memasak pulut untuk dijadikan 'dadih' (bukan puding tu yer,maksudnya pulut yang dimasak separuh masak,sedia untuk dibungkus dalam daun).
Adegan memasak pulut ni dilakukan oleh kaum lelaki... sila rujuk gambar di bawah.
Nampak tak kawah2 yang tersedia tu,tu dah digunakan untuk
Proses membuat dadih ni kena didihkan santan dahulu sampai naik minyak(haha..betul ke istilah ni),macam nak buat minyak kelapa tuu.. lepas tu baru tuangkan beras pulut dan kacau dan kacau dan kacau..sampai setengah masak gitu..
Model kawah..kakaka.. sebenarnya Ryo lepas lari nak tolong angkat guni beras pulut tadi tu tapi tak sempat - ye laa sangat.hahaha
Ni haa dadih yang dah siap..sedia untuk dibungkus dengan daun nyirik@irik atau ada yang guna daun palas..tapi bukan seperti ketupat palas..ia guna daun yang lebih tua. Kalau ketupat palas guna daun yang muda kan? Tapi cara buat kelupis ni macam buat ketupat palas pun ada..
Potong kiri kanan dan sudukan guna sudip(sukati aku je panggil sudip) khas yang panjang dan diperbuat dari buluh...kalau nak guna senduk nasik boleh jugak tapi tu menyusahkan diri la namanya kan.. dah disediakan peralatan khas lagi ko nak guna senduk nasik..huhu..
Lepas tu buh laa atas daun nyirik atau irik atau iikk( ni sebutan ikut tempat masing2 laa..kat tempat korang ada tak?) atau guna daun palas ye.. aku takde amik lak gambar guna daun palas tu.. tapi selalunya orang2 muda cam kami..diulangi,macam kami..(hehe..) tak gemar guna daun palas tu sebab mencabar la sikit nak bungkusnya kan sebab permukaan yang tidak rata.
Lepas tu zup zap..jadilah gini..ala,cam bungkus lepat pisang jek.. tapi pastikan saiz dia sedang2 je..kalau ada orang tua menegur bungkusan kelupis korang macam tapai,jangan bangga lak..tu maksudnya harus diperbaiki lagi..maknanya bungkusan korang tu besar gedabak macam bungkusan tapai nasi.hehe..
Hasil kelupis dibungkus tadi selitkan aja bawah talam besar tadi haa..nanti ada laa collector yang amik kelupis2 tu dengan bakul untuk dijalin oleh pihak lelaki pula..tapi ada juga kaum perempuan yang tolong jalin bila kerja membungkus tertangguh sebab menunggu dadih seterusnya masak
Kat atas ni laa lebih kurang suasana ketika membungkus kelupis secara beramai2 tu..yang ni memang semua jawatan disandang wanita belaka..Aku nak amik gambar banyak2 tapi segan lak tetiba..maklum laa aku kan pemalu tak bertempat orangnya..
Nampak tak daun palas tuu..tuuu(muncung mulut) yang digunakan oleh makcik yang berbaju pink tu ha..yang biru tu contoh bakul yang digunakan untuk mengutip kelupis2 yang dah siap untuk dijalin...tu pun aku nak bagitau kan.

Lagi jugak nak tayang kelupis yang dah siap.. kalau yang kemas dan cantik2 tu anggap jela aku yang buat..hahaha
Ni proses menjalin kelupis(ehsan gambar dari FB Ryo)...gunakan tali(dari akar kayu yang hanya boleh dicari dalam hutan,maksud aku akar hutan la tu) yang dah siap dibelah2 pada saiz yang sesuai.. tapi kini digunakan juga tali rafia sebab susah nak cari akar tu kalo banding zaman dulu.. lagipun zaman dahulu kala mana ada tali rafia kot eh..
Tujuan kelupis tu dijalin adalah untuk memudahkan ianya diangkat dari rebusan atau kukusan. Dahulu orang rebus,kini orang kukus dah kelupis ni. Pengukus pun dah stainless steel aje..sila rujuk gambar di atas ye..yang area orang memasak tu
Selain tu,tujuannya supaya senang orang nak bawa(jinjing) kelupis bahagian masing2 balik ke rumah..
==================================================
Keesokan harinya,kenduri makan tahun pun berlangsung... sebelum subuh lagi kelupis yang dah siap dikukus dan disejukkan akan digotong royong buh dalam plastik pula..proses ni aku selalu gak ikut serta tapi tahun ni aku lewat sampai balai raya sebab di khuatiri si kecik mencari sebaik bangun dari tidur.-ni kira alasan kukuh dah ni..memandangkan suami ada urusan lebih penting lagi,jadi dia tidak pulang ke kampung kali ni..kalo tak,ada gak yang jaga anak sementara aku turut membantu di balai raya.- rajin sangat la bunyinya kan.
Apabila sudah siap dipek satu set...kelupis sedia untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir untuk makan tahun tuu... so,ko dah makan ko dapat laa sebungkus kelupis dan set nya.. Ni kiranya kalau orang dulu2 tu untuk bekal dalam perjalanan pulang.. orang dulu2 maa ada naik keta pergi kenduri ko.. paling2 pun kenderaan femes masa tu perahu la gamaknya.. kalo ada perahu kira dah makcik kayo laa tu..(agaknya la) Agaknya kalo tanya,datang ngan apa? naik perahu jerr..awak naik apa? tahu dah orang tadi tu jalan kaki jer,tanya lagi..hahak..(cerita ini hanya rekaan semata2) eh perahu ke sampan?adik beradik laa tu kan..bukan ek?lantak,janji paham
Untuk memudahkan imaginasi korang,aku bagi sedikit gambaran..
Nampak tak? Depan nun balai raya ye.. makan2 tu macam biasa laa,ada nasik dan lauk pauk kan.. Aku tak berkesempatan amik gambar pun,sebab masa gi sana malas nak pikul senapang gajah(kamera)..
Tengok tu(rujuk gambar di atas), orang yang dari balai raya menjinjing sebuah beg plastik berisi kelupis dan setnya,manakala yang dari arah kanan ni orang yang baru sampai..lum ada kelupis lagi.. Aku siap buat bulatan biru lagi kat kelupis tu ha..
Kiranya ko dah ada kelupis tu ko dah makan laa tu...tak reti2 nak balik?hehehe...kasarnya bahase.
Lepas tu mesti korang tertanya2 apa pulak set kelupis tuu...
Nih laa dia,set kelupis yang akan korang dapat jika menghadiri makan tahun ni.. Ada 1 jalinan kelupis, sebiji kuih penyaram dan sebungkus kecil wajik..adakalanya,sebiji pisang pun ada sekali..kampung aku tahun ni kebetulan bukan musim pisang masak kot(bila masa la pisang bermusim kan)..hehe..
Yang kat atas ni kelupis yang dibungkus menggunakan daun palas.. dan jalinan dari akar kayu hutan..kira keasliannya tu masih cuba untuk dikekalkan..
Pulut yang sudah masak..sedia untuk dicicah apa saja.. kelupis dari kampung aku tuh masih dalam list peberet sebab biasanya ia dimasak cukup rasa lemak dan pulut yang lembut..terima kasih pada tukang masaknya..hehe.. Aku penah gak buat kelupis di rumah,berdua dengan suami tapi takde la guna resepi,lenkali kalo ada buat insyaAllah share kat sini eh..hee..
Jadi minggu ni ada lagi kampung berdekatan yang mengadakan kenduri makan tahun nih..sebab tu aku buh tajuk musim makan tahun...setiap kampung tu akan adakan kenduri ni setahun sekali sahaja.. yang bestnya bila ada kampung yang adakan serentak,boleh laa pergi ke setiap kampung..makan sikit sini,dapat kelupis...gerak ke kampung sebelah lak.. kira dapat laa 2,3 bungkus kelupis dalam masa sehari kan..kalo sekeluarga pergi kenyang kelupis laa 2,3 hari..hehehe..
Kelupis ni boleh dipanaskan dengan mengukusnya kembali.. tapi 2,3 kali panaskan mungkin warna pulut ikut warna daun tapi tidak memudaratkan.. :)
Sekian dokumentari kali ini..haha
P/s: Macam mana lak entri aku leh panjang nih..ingat nak citer sikit saja..adeh.. Kalau ada yang tertinggal nanti aku edit balik...taip entri pun laju berasap ni haa...zhariff demam lak,kejap2 merengek..huhu
Terima kasih kerana membaca ^_^..harap dapat menambah pengetahuan anda yang tak mengetahuinya.. :)

Begini ceritanya..,
Saja2 Nak Kongsi
Monday, May 7, 2012
Tayang Kelupis dulu lah..
Assalamualaikum..
Hari ni memang malas tahap berganda..
Rasa nak berlama2 jer golek2 atas tilam..bila nak mencuci,plug extend ke mesin basuh lak rosak..rasa nak terjerit kegembiraan sebab takyah mencuci..eh! stress je tak dapat nak mencuci pakaian sebab baru balik dari kampung semalam kan... Nasib baik laa semalam tu dah mencuci jugak kat kampung,jadi takde laa banyak mana pakaian terpakai..heh.. :D
Masak menu tengah hari kari ayam dan pucuk paku goreng belacan je makan ngan nasik.. dengan membuang perkataan diet dari kamus hidupku untuk dua,3 hari lagi(rasanya la)..aku boleh plak makan kelupis nih lepas makan nasik..hahha..sadisss.. Tapi agar kelihatan tidak terlalu gelojoh,aku suka nak ingatkan korang yang aku makan setengah pinggan nasi tu kongsi dengan Zhariff tau.. <-motip nak bagitau?
Dah,jom cuci mata nengok rupa paras isi dalam kelupis ni..kat FB aku duk sebut2 je.. nih aku close up sket bagi korang tengok.hee..KALAU aku rajin,aku citer lagi di entri seterusnya..KALAU ye.hee..

Dia ala2 ketupat palas kot paling terdekat nak describe...
Biasanya orang cicah ngan kari ke,rendang ke,ada yang suka cicah susu pekat, atau gula apong pun ada...
Biasanya orang cicah ngan kari ke,rendang ke,ada yang suka cicah susu pekat, atau gula apong pun ada...
Sebab tu aku masak kari hari ni... leh layan makan dengan kelupis..heee.. Aku siap dah kukus balik..so memang besttt makan suam2..
P/s:semalam sempat laga2 pipi nga Tun Telani di tepi jalan.. terima kasih buat tun yang sudi luangkan masa untuk pergi ke simpang jalan umahnya..heheee..
P/s:semalam sempat laga2 pipi nga Tun Telani di tepi jalan.. terima kasih buat tun yang sudi luangkan masa untuk pergi ke simpang jalan umahnya..heheee..
Dah,nak gi siap2 dulu... nak ikut tak?taknak?dah2..duk umah dendiam.. daaaa...!
Saturday, May 5, 2012
Award daripada Kak Shahriah@Masterchef M'sia
Angkut award dulu..
Terima kasih buat kak Sha yang bagi award nih khas untuk semua pengunjung blognya..
Bagi yang belum mengenali kak Sha ni sila la bertandang ke blog beliau di SINI(klik).. seperti ramai sedia maklum Kak Sha merupakan peserta rancangan Masterchef Malaysia tahun lalu.
Kak Sha yang merupakan seorang novelis kini dah tampil dengan buku resepinya sendiri..TAHNIAH buat beliau..semoga semakin berjaya lagi selepas ini ye kak..dah makin berjaya nanti jangan lupa kitorang tau..hehe
Eh,Kak Sha walaupun dah femes amos tidak ler sombong kan..insyaAllah tak..mudah2an berkekalan ukhwah kita sesama blogger masakan..
Jika berkesempatan memang menyinggah kat dapur kak sha nih untuk menjamu mate dan membaca entrinya.. :D
Jadi nak gantung award ni dulu ek..tanda ingatan.. :)
Tak lupa juga cute teddy bear pakai bib nih..so comels eh..lepas ni gi dapo kak sha kena bawak bib sndiri laa ek..hehe

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kak sha.. nanti jangan lupa kirimkan buku resepi bertandatangan untuk orang jauh ni tauu...hehehee...
Labels:
Blogger's Awards
Subscribe to:
Posts (Atom)