Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, May 5, 2009

Donut....!Donut...!Lagi2 Donut..!

Salam...
Ehee..sape nak donut??Jom buat Donut sendiri jom..
Haa..ni sarapan pagi tadi..
Abanglong request donut topping coklat..
sebenarnya nak n3 pagi tadi,tapi tak sempat..
Sebabnya dalam kul 8.30 pagi tadi bawak anak2 gi klinik sebab demam..
So hari ni secara automatik jadi nurse tak berapa nak terlatih ler..
Nanti citer pasal tu eh..

Ni nak tayang gak donut nih..
Bagi yang lum pernah cuba membuat donut,sila2 laa beli tepung barang segenggam 2...hehe
Resepi nih amat mudah dan amatlah sekejapnya..
Kalo bagi yang bekerja pun boleh buat sekelip mata..
Biasanya saya buat untuk 1kg kurang 15 minit dah siap menerap...dah terap susun tunggu kembang je lagi..(kalo nak xpress sangat kadang2 memang terus goreng!)Tapi x sebest yang kembang tu laa..

Tapi untuk donut yang lagi gebu tu,selepas diterap..tunggu sehingga naik 2x ganda..
Sementara tuh boleh laa mandi manda ker,wat air ker..joging ke..siram bunga ke..agak2 dah 20min,boleh panaskan minyak..tengok dah kembang boleh laa digoreng kan...

Resepi ni juga dah kongsi kat myR..sila rujuk kat sini
Selepas nih nak kongsi 1 lagi resepi donut yang agak best juga..
jadi sape lom tr yang nih sila2 laa try dlu eh..

Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Donut
    Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  2. Donut
    Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Donut
    Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Donut
    Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Donut
    Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  6. Donut
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  7. Donut
    Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Donut
    Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada kawan2 di myR yg telah sudi mencuba n menghantar laporan..
Untuk melihat laporan kawan2 yang telah berjaya menayang kegebuan donut masing2 sila rujuk sini eh.. DONUT

Jadi jangan cipta alasan malas nak buat donut sendiri lagi yer..takde bread maker pun donut menjadi juga..!hehe..Kalo ade lagi laa bertambah menjadinya... :D

P/s: Satu lagi makanan untuk orang sedang berdiet!ahaha...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 Komen Di Sini:

Sulela said... [Reply to comment]

Ahahaha...terliur tengok donut yang ada coklat tuh. Tu kalau buat jenis frozen dalam peti ais tu pun buleh tu...

princessfrogy said... [Reply to comment]

wah gebunya donut cik sue.. geram tengoknya.. cubit skit...

De' Sal said... [Reply to comment]

Sedapnya donut tu,dah lama akak tak bikin itu donut.rasa malas sekarang ni sibuk menjahit.

HaSue said... [Reply to comment]

Sulela: a'ah..boleh2,goreng kejap jer untuk wat frozen..

princessfrogy:cubit banyak pun tak pe..hehe

De'Sal:Masa sibuk menjahit pun bleh lari kejap ke dapo bikin kak sebab simple sgt..hehe

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Mama dah cuba resepi HaSue ni. Sedap dan lembut. Terima kasih banyak ye... mama tepek resepi kat blog mama ya. Halalkan tau.

fara kertina waty said... [Reply to comment]

Sue boleh tanya, berapa lama ya kalo kita frozenkan donut ni? letak di tempat beku ka tau di temat sayur jak?tq sudi kongsi..tadi fara dah try dan masuk dlm blog..sudah bg backlink juga..makasih ya sue..

HaSue said... [Reply to comment]

@MamaFaMi
Terima kasih kembali buat mama kerana sudi cuba..hrp kena dgn selera ya.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@fara kertina waty
Biasanya kalau frozen ni boleh tahan sampai sebulan kot..tak pasti sgt sebab x pernah frozenkan begitu lama,sebab nak buat pun kejap je kan,janji cukup bhn.hehe..

Kalau nak frozenkan,jgn lupa gorengkan sekejap (untuk hentikan yis)-goreng sekadar beberapa saat je tau jgn smpai masak..
Selepas tu toskan dan sejukkan.. masuk dalam bekas plastik/tertutup dan masuk dlm freezer(sejukbeku),bukan tmpt letak sayur ok..nanti ia x thn lama.. hrp dpt membantu :)

nora said... [Reply to comment]

salam perkenala sue...sy dh cuba resepi donut awak..mmg gebus & ssdp..cume rupe tk brp k cun ler...tak smooth..mase terap doh tepung pecah/rapuh...nape ek..sape doh keras ke lembik...hrp dpt membantu

idah said... [Reply to comment]

salam..hasue...sy dah try buat donut nie..tapi...bila nak amik donut yg dah siap diterap yg mengembang 2x ganda tu..dia melekat kat tray..wpun dah ditabur ngan tepung...masa mengembang tu elok jer rupernya, bila nak grg..aduh..dah xcantik, akibat melekat..mcm ner yea?

Zuraihan said... [Reply to comment]

Salam, kak hasue, saya dah try buat. Memang sedap dan gebu. Naik cepat ja. Tq kak. Akak ada email tak? Saya ada soalan nk tanya akak. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...