Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts sorted by relevance for query ikan goreng asam. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ikan goreng asam. Sort by date Show all posts

Monday, March 7, 2011

Resepi: Ikan Tongkol Goreng Kicap

Haiiiiiii...
Dah tengah hari baru berjaya update nih..dari semalam line tenet seakan2 kebingungan jerr...tak tahu kenapa!huu...nak blogwalking n jawab komen pun sangkut2 nih..haiyohh...harap2 laa tak berpanjangan hendaknya..aminnn..hehe

Oklah,menu yang sedang berposing di bawah ni sebenarnya menu ulang tayang versi derhaka..eheeee...
Resepi asal buh manisan,aku letak sikit jer sampai takleh rasa..hihi...kire jangan tak cukup syarat jer gitu...tapi asam tu aku guna asam jawa..perghh!lagik best laa ke tekak aku yang lebih suka gabungan asam jawa n ikan tongkol nih..

Selain digoreng begitu sahaja dengan asam jawa dan garam..ikan tongkol sedap gak dimasak gini..tapi harus ada rasa pedas2 baru cik abg aku tuh layan..kalau tak dia memang akan request goreng dengan asam jawa ajer laa nanti..goreng basah2,takmo garing2..eheh

Selain ikan tongkol boleh juga guna ikan lain seperti tenggiri,ikan sardin(bukan yang dalam tin yer) atau apa jua jenis ikan yang berisi tebal cam tongkol ni haa...
Kalau suka masakan yang manis sikit,letak laa nisan tu lebih eh..(bukan nisan yang pacak kat kubur tu yer,tapi manisan cam gula melaka tu ha).
Kat semenanjung mungkin biasa jer dengar nisan2 letak dalam makanan2 nih..orang sarawak ada yang tak tahu kot termasuk laa aku dulu..ni dah tau dah..tapi aritu takde laa pikir nisan yang dimasak tu adalah batu nisan tu nak dikikis buh dalam masakan..kakaka..melampau laa nak kutuk kejakunan aku tuh.. ;P

Resepi asal dikongsikan oleh Makyong@myresipi.com...tapi aku alter bagi sedap ikut tekak kami sekeluarga..apa2pun boleh rujuk resepi asal kat link tu nanti yer...mekasih atas keperihatinan korang sumer...tau tak aku suka bila korang baca abis entri aku sampai abis biar pun agak merapu kekadang tu..hihih..tengok2,korang masih membaca lagi kannn..best2! ;P
Sekarang meh layan resepi nih...



Resepi Asal:Makyong@myresipi.com
Diubahsuai: HaSue

Ikan Tongkol Goreng Kicap


Bahan-bahan ( - )

* >>Bahan untuk rebus
* 5 keping ikan tongkol
* 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji)
* 2 cm halia atau lengkuas(hiris)
* 1 sudu teh garam
* sedikit manisan/gula melaka

* >> Bahan untuk goreng kicap
* 1 labu bawang besar-hiris
* 2 ulas bawang putih- hiris
* 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
* 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
* 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
* 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Memang sedap niii makan ngan nasik putih..kalau nak budak2 leh makan sekali jangan laa masak pedas2...tapi kalau nak makan pedas,lenyek laa cili kat mangkuk berasingan..ala,sama jugak tuu..rasa pedas2 n lemak2 ikan bertambah sedap bila digabungkan dengan rasa asam jawa..jika dibiarkan semalaman lagi masyukkkk..perhh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 20, 2009

Tongkol Goreng Asam Jawa

Hari nih masak simple2 jer laa ek..encik suami tak makan di rumah..
Jadinya,goreng ikan tongkol yg segar hari tu jelah..
Aku ratah jer..suka goreng ikan tongkol gini..
Boleh gantikan ngan ikan sardin bagi yg tak makan ikan tongkol
Lagi2 kalo perapan asam jawa tuh dah meresap,
Goreng plak masih basah2,jangan terlalu garing..uihh...memang x sedar diri makan tuh..huhu

Resepi nih simple jer ye.
Mungkin ada yg dah selalu buat pun..tapi,rahsia nak sedap,jgn goreng ikan nih terlampau garing/kering..masih kebasahan gitu..hmmm..sedap!

Bahan2:
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..
Ikan goreng begini juga sesuai nak bagi baby makan dengan mengisarnya bersama bubur nasi seperti menu eyana hari ini.. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 3, 2012

Ikan Goreng Berlado Kak Anymz

Terima kasih buat kawan2 yang wish besday banglong baik kat Fb mahupun kat entri tadi.. :)

Kot2 takde idea nak masak apa untuk menu berbuka petang karang,apa kata korang masak berlada gini..sebelum ni kalau masak berlada gini aku selalu guna cili kering,kali ni ikut resepi kak anim,buh cili basah..eh.cili segar..tapi sukatan cili tu aku kurangkan la ikut tahap kepedasan kitorang jer..tapi tu pun dah berasap..laju jer makan tak hengat..pasni kalo den gemuk den nak salahkan kak nim yo sebab share menu sodap2..haha...buleh ye kak nim ye.


Semalam tu berbuko dongan air kelapa pandan...ahhh sogar amat! Memang ngam laa ganding dongan masakan podeh2 nih..terbuko selera den..asal guna resepi kak anim jer automatik nak cakap nogori 9..walaupun broken jer kan.hahaha..

Tima kasih buat kak anymz yang kongsikan resepi simple nih...mintak ijin nak share kat sini lak ekk...saya tambah hirisan bawang besar kat sambal tu jugak..mabeless n meletup pecah selera sebab dah over terbuka..huhu..

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Ratah gitu pun sodapppp... ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 4, 2011

Resepi: Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Rugi la kalo tak reti makan tempoyak..ni kalo yang ngah diet memang tak boleh nih...of coz makan nasik nak lebih..heheee...tapi aku suka kalo tempoyak dicampur dalam masakan..cuma kadang2 tuh terpaksa laa tak letak sebab bukan tekak kite sorang jer nak dilayan kan...

Resepi simple jer..meh tengok..mekasih kat anak teruna Sedenak nih..cuma ada laa derhaka beberapa bahan skip jer..ahak..macam tak biasa derhaka2 ni kan.. :P

Ikan Kembung Goreng Sambal Tempoyak >> Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Tak buh kunyit idup n daun kunyit sebab ni pun asalnya ikan goreng ajer...yang makan 2 ekor ini adalah aku sorang..ngehehe..memang sedap giler laaah...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 16, 2011

Ampap Hati Ikan Yu ..keenakan yang sukar digambarkan!

Assalamualaikum.. ^_^

Menu ni rasanya banyak kali gak aku dah tayang dalam blog ni..tapi mungkin ada yang terlepas pandang atau tak sudi memandang tidak mengapa kerana ku tahu aku insan hina..ok,itu lirik lagu.

Hati Ikan Yu kali ini sangattt besar..sebab ikannya pun besar. Kitorang tak beli pun ikannya,cuma beli hatinya aja.. tauke restoran kat sini calling2 incik suami..kot2 dia berminat nak beli kan.. dan dengan zass dan pantasnya incik suami memecut mendapatkannya.. Pilihan masakan adalah seperti biasa,ampap.. tak pun sedap di 'pais'.. goreng gitu jer pun sodap..buh berempah!erghh...stress bila terbayang ! sila baca tajuk entri ini.
err,korang tak pernah dengar ek nama masakan2 aku sebut nih? Kalo orang sabah sarawak mesti tau kot..ada juga orang semenanjung yang tahu rasanya..hehe.. :D

Cadangan hidangan..hehe..
ok la,aku bagi gambaran sket, rasa masakan ni berempah pastinya..ada rasa kunyit,sedikit rasa pedas,sedikit rasa masam..ermm..dan rasa istimewa lemak2 dari hati ikan yu itu sendiri ..sangat best dijadikan menu sampingan dan pembuka selera! Selera berbeza la,mungkin tak kena selera korang kot..kang susah lak kalo ramai yang pandai makan kann <-ayat orang takut tak dapat hati ikan yu lenkali nih.haha

Pada entri lepas aku ada tunjuk hati ikan yu yang dah dimasak jer ek sampai ramai yang tertanya2 dan tak dapat bayangkan rupa hati tu masa belum dimasak..
Meh ler aku nak tayang,cuma kali ni versi yang besar laa ek..tak semestinya yang kecik tak leh dimasak gini..kecik pun sedap..besar gini lagi lemak2 ler rasanya..


Model cilik sedang menunjukkan hati ikan yu yang sudah dibersihkan.. kalau saiz gini,haruslah dipotong2 dan bahagikan kepada beberapa bahagian..tak best kalo masak banyak2 sangat.. nak simpan pun,asing2kan siap2 untuk sekali masak,tak perlu laa keluarkan semua sekali kan.

Tadaaa...!! close up sket.. ada tak aku sebut ia besar?hehee...beratnya lebih kurang 1kg..Oh ye.. jangan lupa buang hempedu pada hati ni yer...kerana kalo tak terbuang hempedunya,nanti akan pahitlah masakan anda..percayalah! :P

Tapi awas yer..orang kata ada juga hati ikan yu yang tak boleh dimakan..efeknya mungkin sebabkan pening2 sket la,bukan keracunan(so far yang aku tau ler) yang cam dalam gambar kat atas ni,dah sah selamat dimakan!Tapi ikan yu yang biasa dan saiz sederhana sehingga besar tu insyaAllah boleh..kecuali ikan yu yang muncung lebar tu aku muskil sket..ada yang kata boleh,ada yang kata tak boleh.. agaknya bergantung kepada kekuatan antibodi kot.

Teringat aku geng seorang ni yang ngidam nak makan hati yu masa mengandung tempoh hari..sayang sekali dalam tempoh tu aku tak dapat carikan dia hati yu yang segar gini.. dia pun tak dapat agaknya..sampai dah selamat bersalin pun..harap2 lepas ni nanti dapatlah jumpa.. :)

Sebelum ni aku dah bagi resepinya..tapi takpe lah,aku taip lagi..memandangkan aku rajin sikit..tak banyak,sikit jer..agar memudahkan mereka yang ingin mencuba sendiri..

AMPAP HATI IKAN YU
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250 hati ikan yu
1-2 tangkai cili merah(kalo nak pedas tambahlah cili api)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
2 batang serai-potong2 dan ambil bahagian putih sahaja*
1cm belacan*-bakar dahulu jika suka
2 inci (atau lebihkan sedikit) kunyit hidup*
Garam dan perasa
Asam gelugor secukup rasa-kalau guna asam keping 1-2 sudah memadai.
Daun kunyit secukupnya


Cara2:
  1. Bersihkan hati ikan yu-buang hempedu,cuci dan toskan. Potong jika saiznya besar.
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga halus-hasue kisar menggunakan pengisar bahan kering kecuali kunyit..setelah itu baru ditumbuk bersama kunyit untuk elakkan pengisar menjadi kuning kesan kunyit hidup.
  3. Gaul bahan2 kisar tadi bersama hati ikan dan tambahkan garam dan asam gelugor. Gaul sebati dan rasa sedikit guna hujung jari. Pastikan rasanya sedikit masin dari yang sepatutnya. ini kerana bila dimasak nanti rasa garam akan lebih meresap.
  4. Sediakan periuk kecik yang sesuai, susunkan daun kunyit sehingga menutupi dasar dan dinding periuk. susunkan hati ikan bersama rempah2nya sekali di atas daun kunyit yang sudah disusun tadi.
  5. Ambil sekeping daun kunyit dan racik halus..taburkan di atas hati ikan yu yang sudah siap disusun dalam periuk dan tambahkan air sehingga sekadar paras hati ikan..Sekadar cukup untuk menenggelamkan sedikit hati ikan tu yer,jangan buh banyak sangat airnya..
  6. Ambil beberapa keping lagi daun kunyit dan tutup permukaan hati ikan..masaklah sehingga air surut dan hati ikan masak.-dalam 15 minit menggunakan api sederhana-perlahan.
  7. Selamat mencuba!
Resepi aku bagi kali ni nampak cam panjang lebar,tapi ia untuk memudahkan korang juga untuk mencuba sendiri..kang kalo tak cukup detail susah lak nak bayangkan yer dak? :)

Tapi,buat mereka yang tahu rasanya..pasti dapat bayangkan rasa hati ikan yu ini..betul tak?

Sudukan sedikit bersama rempahnya n masuk mulut..yummm! Juga amat enak dimakan bersama nasi putih..menu sampingan istimewa yang jarang ditemui di restoran.. :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 19, 2010

Ikan Tongkol Goreng Kicap dan Nisan Gula Melaka

Hari tu dah pernah buat ikut resepi ni..
Kali ni rebus air bersama bahan2 rebus sampai mendidih baru letak ikan dan selepas seketika terus padamkan api..nak elakkan isi ikan tongkol ni kering..
Bukan apa,my hero memang tak suka kalo terasa isi ikan ni kering n garing..huhu...Dan kali ni betul2 perap semalaman ..hasilnya memang lebih sedap dari terus digoreng...Opps,serta tambahkan sedikit sos cili pada bahan tumis..yummyy!

Sekali lagi aku c n p resepi asal dari makyong ni ke sini agar senang untuk sapa2 nak cuba tu merujuk yer..

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
  • sue tambahkan sedikit sos cili
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Kalau tengok tajuk entri tu ada sebut nisan gula melaka,bukan maknanya aku buat yek..eheee...
Pertama kali dengar nama nisan ni,memang terbayang 'perhiasan rumah' kita terakhir tu laa... tapi bila lama2 di alam cyber ni baru biasa dengar nisan gula melaka... kalo kat sarawak ni rasanya aku bukan orang terakhir yang tak pernah tengok kot..haha

Nisan gula melaka ni la aku guna nak masak ikan tongkol kat atas tu..guna separuh jek dari seketui tu..sedang2 laa manisnya..kalo manis sangat my hero tak sukakk..ahak

Nisa gulo melako ni sebenonya pemberiey dari akok yg berasa dari kelate nu..tapi duk menetak KL lamo doh..akok ni duk belas2 taun doh kat KL..eheee...abis aku kena mrh org klate..sori2..ada salah grammar ke?hik
Orang yg dimaksudkan tu Kak Rosaliza ler..hik.mekacih kak...best dapat merasa nisan yg boleh dimakan original dari sana...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 17, 2009

Ikan Kembung Tumis Berkuah

Dah lama tak makan ikan kembung yang segar.. dalam kepala dah terbayang nak hirup kuah ikan nih ala2 sup gitu..memang cam sup ikan pun..hehe

Cara memasak pastinya mudah jer..pejam mate sebelah pun boleh buat.hehe...pejam mata dua2 takut lain jadinya kang..huhu

Bahan2:
  • 6 ekor Ikan kembung@ikan yg sewaktu dgnnya. > siang dan bersihkan.
  • 1-2 Cili merah+ cili padi (letak ikut tahap kepedasan masing2
  • 1cm halia
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 Batang serai
  • Asam gelugor/ asam kandis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili, halia, bawang putih dan bawang merah. Serai diketuk
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi termasuk serai.
  3. Masukkan asam gelugor dan kacau sedikit supaya tidak hangus
  4. Setelah bahan tumis kekuningan masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam
  5. Setelah mendidih barulah masukkan ikan
  6. Renihkan seketika(lebih kurang 4 minit) dan sebatikan semua rasa.
  7. Padamkan api dan hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng(jika suka)
Tadaaa....aroma daun sup membangkit selera untuk menghirup airnya...kalau suka pedas letak laa cili banyak2 yer..pasti terangkat..

Kalau nak isi ikan lebih,guna ikan uji rashid ke(ntah apa nama sebenar ikan nih)..dan ikan lain yg seumpama ni laa..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 28, 2009

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Dah lama KIV resepi nih...dah cuba masa tenet buat hal hari tu...
Ramai dah cuba resepi ni kan..memang sedap,rasa pedas2 manis masam sket...suka2!
Lenkali nak try 'rendam' semalaman lak..mesti lagi sedap n rasanya meresap..

Resepi sedap ni c n p dari makyong..tq2 :)

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas
Lenkali nak buat kuah pekat sket..sapa2 lum cuba tu..cubalah yer....pasti tak menghampakan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 1, 2009

Ikan Bawal Golek

Salam 1 September.. :)
Semalam ikut hati nak masak ayam lagi..tapi asyik2 menu ayam boring juga kang..
Walaupun dimasak cara berbeza,tapi kari juga yg akan meruntun jiwa..hehe
First time laa buat ikan bawal golek nih..resepi dah lama dalam simpanan... Cuma aku tambah bahan2 tertentu jer..ikut selera kita yang nak makan nih ye tak...
Yang penting bahan sedia ada tak dikurangkan...ehe..

Ikan bawal golek nih,rasanya ala2 rendang gitu..
Cili aku kurangkan sedikit khuatir juga anak2 tak nak makan kalau terlalu pedas..
Tapi bila dah cedok pinggan kami suami isteri lenyek laa cili api kat pinggan..
Cik abang makan bertambah2..banglong pun 3,4 kali tambah..(tambah sikit2 laa..hee)
Memang berselera betul walaupun menu nih agak simple juga dibuat..
Ikan bawal tu memandangkan saiz tak besar aku masak sampai 3 ekor.hikhik..anak2 memang suka bawal nih..
Lagi satu, resepi asal patutnya ikan nih dipanggang,tapi oleh sebab aku rajiinnn(pinjam ayat che'iza)..aku goreng jer laa ikan bawal tuh..heeeee

Bahan2:
  • 1 ekor ikan bawal
  • 4 tangkai cili merah*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 1/2 biji kelapa- sy guna santan kotak jer.. :P
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam serta serbuk perasa secukupnya
  • Cili padi -diketuk >yang nih ikut selera
  • serai-diketuk
Cara2:
  1. Ikan bawal dibersihkan tapi jangan dipotong dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian panggang sehingga masak.
  2. Bahan bertanda * digiling/dikisar halus.
  3. Kelapa diambil santannya. Setelah itu masukkan ke dalam periuk semua bahan giling/kisar tadi bersama santan,jerangkan ke atas api sederhana.
  4. Sambil dikacau perlahan-lahan tambahkan asam gelugur,garam serta serbuk perasa secukupnya.
  5. Biarkan ia mendidih seketika,tuangkan sedikit kuah semasa ia sedang cair ke atas ikan tadi.
  6. Bakinya masaklah sehingga pekat, bila sudah pekat tuangkan ke atas ikan semasa hendak menghidangkannya.
Kalau nak tambah daun kunyit yang diracik halus pun best rasanya nih..memang sedapp..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 27, 2011

Sotong Masak Kicap & Cerita Blogging Episod 1

Sotong nih salah satu menu juadah lunch kami tengah hari tadi..adik2 aku yang 2 orang tu datang bertandang ke sini..selain sotong tu,sempat laa masak ikan tongkol goreng asam jawa, sayur pucuk paku goreng belacan,kangkung goreng belacan gak dan lauk sampingan,umai ikan.. yang lelain x sempat nak amik gambar sebab masing2 dah kebulur.. gambar sotong ni pun satu tu ajelah..hehe. Takde nak nyukat angel2 atau close up bagai dah..huhu..

Haa..tiba-tiba rajin ngentri memalam ni kan..huhu..saja nak hilang boring..nak cerita sikit2 laa boleh kan..lepas ni baru nk mereply komen2 pada entri lepas yang mana sempat.. *sebelum terlelap..
Sebenarnya komen2 kat entri ni biasanya memang aku tak miss baca..cuma nak mereply tu kadang2 ada yang tak sempat..bila ada kesempatan memang nak aje aku mereply balas komen2 di entri.. walaupun kadang2 tu memang tak reply pun tak apa,tapi just suka2 kan..
Kebelakangan ni blog aku dimeriahkan oleh beberapa bloggers yang suka mengomen kat entri..ada yang aku dah kenal lama dan ada yang baru jer aku kenal semenjak aku kembali berblogging pada tahun ni..taknak laa sebut nama,tak disebut kang ada pula yang kecik ati..tak besh,tak besh..
Bagi aku la,blogger2 tegar memang suka komen pada entri berbanding pada chatbox..setuju?
Sebenarnya ramai yang menggunakan cbox/shoutbox tu untuk blogwalking,untuk chat atau untuk berfoya2 je..hehe..ayat kemain...rasanya ramai yang tahu perkara ni.. ada yang rajin blogwalking tapi malas tinggal jejak..sebenarnya satu kerugian buat korang kerana satu jejak yang ditinggalkan mungkin menarik beberapa orang ikut korang balik(ke blog)*jika link disertakan
Tipulah jika seorang blogger nih taknak orang masuk blog dia kan..kalau taknak orang masuk,buatkan aje blog tu private..hehe..

Satu perkara lagi,aku tengok ramai yang masuk blog orang tapi senyap2 jer..*jadi follower,ikuti perkembangan tapi just jadi silent reader..atas alasan,segan/takut orang tak layan.. tak tau nak komen apa,atau pun malu la,kite nih blogger picisan aje.. jom kita ubah sikap tu mulai sekarang.. aku nih memang blogger picisan aje pun..tapi nak juga maju ke depan kalau ada peluang..sapa nak ikut?hehe..

Bagi aku,kalau aku dah baca entri tu,suke je nak komen..tak kira tuan punya blog baca ke tak..tapi sebagai penghargaan kepada blogger tersebut yang telah mengentri sesuatu yang menarik minat kite... Tak semua blogger kata senang nak kuarkan satu2 entri tau.. at least bagi laa penghargaan dengan meninggalkan komen,tanda kite dah baca entrinya..dia pun tahu kite ada jenguk kan..
Aku sebagai blogger pun,bukan laa mengharap sangat komen tu,tapi bila dapat baca komen,sekurang2nya kite dapat dengar pendapat orang lain..
maksud aku nih bukan kat blog aku aje yer..blog2 yang suke aku terjah laa ni..kadang2 aku tengok entri kemain best,follower kemain ramai..kenapa xde yang komen..siasat punya siasat..rupanya dia pun jenis malas nak ngomen entri orang..aheh..

Tapi ada juga blogger yang hanya tinggalkan komen pada entri tertentu sahaja..walaupun mengikuti perkembangan blog tersebut..kan?
Sebenarnya memang terpulang kepada diri masing2 laa kan..yang mana kita rasa selesa*ini pendapat zon selamat.. :)

P/s:Maaf la jika menyinggung mana2 pihak..entri nih hanya selingan saja n untuk ringan2kan minda..aku segan sebenarnya nak bagi pendapat pasal blogging nih tapi untuk bacaan tengah malam,boleh laa..kan..lenkali aku sambung lagi pasal blogging nih..anggaplah satu pengalaman tu boleh mengajar kita yang jakun ni ha..
harap dapat memberi manfaat buat kita bersama.. terimalah dengan hati terbuka ;)

Update: Chatbox juga untuk mereka yang bukan blogger tinggalkan komen.. tapi ada juga blog yang membolehkan bukan blogger mengomen di entri mereka..yang id kuar anonymous tu,sila laa tinggalkan nama yer.tq :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 2, 2010

Ikan Masak Asam Manis

Salam Ogos.. ini sebenarnya entri tertunggak..patutnya publish semalam tapi macam biasa lah yer..malas citer pepanjang pasal tenet nih..pagi ni pun kuar signal GPRS jer berbanding sebelum ni signal EDGE..ehe..

Tanpa buang masa meh tengok resepi nih..lebih kurang gak sini sana resepi sweet sour nih yer cuma kali nih ada guna sos plum. Sian sos plum aku beli berapa lama dah tu x guna2 gak sibbaik lum expired..lepas tu bahan2 sayur macam biasa campak jer apa yg ada atau teringin nak adakan..ehehe

Bahan2:
1-2 ekor ikan bawal(sederhana)-atau ikan talapia,siakap dan sebagainya
2 ulas bawang putih(diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 potong nenas
1 batang lobak merah
1/2 biji epal merah
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
setengah biji bawang besar-potong berbaji
1/2 cawan air

Minyak
Garam,gula dan serbuk perisa secukupnya

Cara2:
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan serbuk garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga hampir masak. Ketepikan
  2. Kurangkan minyak dan tumis bawang putih. masukkan sos cili,sos tomato dan sos plum. Kacau sekata dan masukkan air.
  3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan,bawang besar,nenas,epal dan lobak merah
  4. Biarkan renih seketika,masukkan gula,garam serta serbuk perisa(jika suka) dan masukkan ikan bawal. Kacau sekata dan ikan masak sepenuhnya.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

P/s: Semua mesej kat cbox dah dibaca yer..tq semua.cuma x dapat reply satu2..kdg2 tu ada yg tereply ada yg tidak jangan ada pula yg berkecil hati.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 11, 2011

Lintas Langsung dr Bintulu..dan Antara menu ari tu..

Bersiaran secara langsung dari Bintulu,Sarawak..boleh je nak buat auto publish,tapi nak ngarang lum ada idea laa tengah malam td ke pagi bute..zhariff lak asik terjaga jek.heh :D
Lebih kurang 3 jam perjalanan baru sampai malam tadi..dah kira dekat laa tu kan..kalo lajak ke miri terus,up lagi dekat 2-3 jam .hee..

Insyaallah hari ini akan menghadiri perkahwinan sahabat baik aku dari sekolah dulu..alhamdulillah bertemu juga jodohnya dengan lelaki pilihan..saat yang kitorg tunggu akhirnya tiba jugak..kawan nak kawin aku eksaited lebih..ngahaha..
Kawan aku nih penggemar biru jugak..dah azali laa kak nor..haha..sabor jela kak nor kalo citer bab2 biru ni ek..hihi.Yang kawan aku nih kad jemputan pun kaler biru,macam memanggil2 aku untuk datang jer..jadi aku dah sedia laa sepasang baju kurung biru*sila nyanyi lagu Khairil Johari Johar jap
dan sediakan kemeja batik biru untuk lelakiku itu..ahak..
Baju banglong pun kaler biru..*paksa gak sebab dia nak pakai baju kaler itam..ngahaha..muncung seketika mulut anak bujangku itew..
Si kakak n Yana jer kaler hijo kot..lari tajuk sebab lum terjahit lagi baju kurung kaler biru.Tengok?ayat tuh cam aku je yang jahit baju kurung tu kan? haha..

Oklah,ni menu2 semasa family aku datang ke rumah tempoh hari,2 malam juga mereka di situ..seronok sangat! Tambah lagi kazen aku n ibunya ada sekali..cuma mereka satu malam je sebab nak balik awal ke miri sebab esoknya tu nak balik ke sabah dah..eh?grammar aku ok ke?lantak laa ek..x kuasa nak semak balik..

Ayam bbq n jagung bakar.. sibbaik udang galah takde stok kat penjual biasa kitorang beli tuh..kalo tak,ada laa yang kuarkan bom c4 dari handbag lagik..

Ikan bako ke lebih sesuai panggil ikan salai?sebab cicah ngan air asam+belacan..perghh..ni je yang sempat amik gambo..gambo ikan beso mana ntah..hee

Coklat cupcakes..untuk resepi klik SINI

Pau goreng,inti kacang merah.. eksen je cop mohor bertenggek situ ek!hehe..

Sup tulang..eh?tak nampak tulang lak sebab dah asingkan siap2..hehe.. masak guna pressure cooker,40 minit aje dari masa ia dah bunyik tu..kalo biasa mau dekat 2 jam lebih baru lembut betul2 gini kan..huu..
Semalam kan, memang tak dapat connect langsung sebab signal GSM je kuar..tu yang macam takde keje je gi godek2 cop mohor sendirik tu..heee...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...