Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, February 16, 2011

Resepi: Kek Alunan Kasih

Mesti ada 'orang' yang tertunggu2 entri aku arini ekk..maklum laa,malam tadi dah berakhir Giveaway yang menimbulkan ketidakpuasan hati ibu2 yang tidak melahirkan anak tahun 2010..hahaha..Mahap la yer,dah bukan rejeki agaknya.. :)
Cabutan belum dilakukan memandangkan aku sangat sibuk buat masa ni,sibuk yang susah nak dirungkaikan dengan kata2..haha..
Petang ni kang kot..eh?ni dah petang laa..uwaaa..harap bersabar yer,takkan lari loyang dikejar.. hiks! =)

Apa2pun,meh makan kek nih dulu..duduk yer,duduk..aku nak potongkan kek nih..sila2..

Haa..sampai juga kek ni ke dapur biru aku nih kan..sebelum ni uiii,semua blogger masak2 dah buat..semua ke?oo..ada gak yang belum buat ek..
Dulu tuh,aku nengokkkk jer laa kek orang yang santek2 belaka..macam2 kaler..dan pesen alunannya..aku lum buat masa tu sebab aku malas lah oven belum renew masa tu..ehee..
bila dah ada oven nih,aku masih gak malas nak buat macam takde masa sesuai jer nak buatnya..ngeee

Sebelum ni pernah buat kek main letak terus gini(tak berlapis2) ni,memang akan jadi beralun secara automatik bila dibakar..tapi yang ni buh serbuk koko,memang kretif kan? Lenkali nak try buh milo lak..ok tak?
Tapi mesti tak segelap serbuk koko kan..jawabku sendiri

Boleh tahan gak rasa kek nih,sedapp..aku buh tepung 2 cawan jer..tu pun masih agak kering bagi tekak kitorang kat umah ni..lenkali nak boh 1 cawan terus susu cair tuh cam kak nor,pastu tetap nak kurangkan tepung gak..hee..takpe laa kan,takde orang nak marah..kite yang buat,sukati2 jek nak kurang nak tambah..hihi

Eh,dari tadi korang nak tengok resepi ekk..citer panjang lak aku ni kan..yela2..sabo2.. iyerr2..kejappp..adehh
meh2, nak letak dah..baru balik dari dapo Kak Nor Ganu nih..abis aku selongkar dapo beliau td ngeee..

Mekasih tuan punya resepi asal nih,kak am, kak nor dan semua kawan2 yang promote kek nih ek..korang memang best!

KEK ALUNAN KASIH

(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder) >hasue letak 2 cawan
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
  1. Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  2. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  3. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  4. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  5. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  6. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  7. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri(empunya resepi):
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Potong2 lagik,nih aku bagi2 dengan jiran sebelah ..kalo korang nak juga,meh laa jadik jiran aku jap..hehehe..

Amik sepotong sorang jer tau..nak yang beralun cam banyak ke nak beralum sikit?
Ehh,korang ada bawak bekal air sendiri tadi kan?hihi.. ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 15, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

[Entri ini adalah STICKY POST..
Sila skrol ke bawah untuk entri terbaru,TQ]


Lama duk tangguh nak buat giveaway nih..aritu nak buat bulan Januari,nih dah tercampak bulan Februari baru berkesempatan nak buat..ampun yaa.. ;P
Sebelum ni dah war2 kan kat entri pendek ni(klik).. memandangkan ada yang nak join..so kesampaian laa nak buat GA nih.. =)

Saja suka2 nak buat giveaway KHAS untuk kawan2 pengunjung lama n baru blog nih yang telah melahirkan bayi pada tahun lepas(2010)..iaitu tahun yang sama saya melahirkan juga.. ;)
Motifnya adalah untuk saling kenal mengenali sesama kita di arena blogging ni..insyaallah kalau murah rezeki boleh buat GA untuk semua orang lak lepas ni..nih bukan diskriminasi yer,tapi kira versi special sikit..hehe

Nak join tak susah pun,tak jadik follower pun tak kesah,tak payah sertakan bukti surat beranak bayi pun..jauh sekali nak minta surat pengesahan dari pegawai pendaftaran,surat bidan bersalin dan sebagainya..sebab mesti tak ada yang sanggup tipu nak join GA semata2 kan..hehe

Syarat-syaratnya senang jer:
  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikit nama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayi anda secara ringkas..
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.

Hadiah menanti pemenang :

Satu set loyang bulat, 4 saiz yang berbeza! Sesuai sangat buat ibu2 yang suka baking2 kek..tak guna pun simpan ajelah buat kenang2an..hehee..

Jika sambutan menggalakkan,mungkin hadiah ke 2 dan ke 3 juga akan disediakan.. =)


Penghakiman adalah berdasarkan entri yang menarik dan kalau susah sangat nak pilih,pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah ajerlah (ikut suka aku jer wat peraturan kan sebab giveaway aku..hihi)

So,apa lagi,meh join ramai2 n ajak member yang dah melahirkan bayi 2010 untuk join skali..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Senarai peserta 'HaSue Giveaway STMB 2010' setakat ini

[Ni pun Sticky Post jugak,Scroll ke bawah lagi untuk entri terbarunya,tQ]

Assalammualaikum..
Tarikh tutup GA nih adalah pada 15 Februari 2011 pada pukul 11.59 pm.
Sesiapa yang melahirkan anak tahun 2010 tu masih sempat lagi kalau nak join yer..
Ibu-ibu yang melahirkan anak pada tahun selain 2010 minta maaflah banyak2, insyaallah ada rezeki di lain kali akan dibuat lagi Giveaway yang semua boleh join..jangan marah ha.. =)

Baiklah,jom kita semak peserta2 yang telah men'join'kan diri mereka dalam GA nih..macam2 stail entri yang aku baca..Bagi anda yang sedang stress tu atau suka tengok baby,jomlah klik link2 di bawah ni untuk melihat gambar2 bayi 2010 yang comel-comel belaka..di samping tu boleh menambah kenalan sesama kita kan.. :)

Terima kasih buat semua peserta yang sudi join yer..semangat gini ler yang membuat dunia blogging semakin meriah..dan diucapkan semoga berjaya..x kiralah siapa pemenang GA kali nih,yang pasti kita telah dianugerahkan trofi bernyawa pada tahun yg sama..TAHNIAH2!

Senarai peserta2 setakat ini:
(Peserta diwakili oleh nama anak yang dilahirkan)

  1. Uwais Firdaus Alqarni
  2. Fauzan Niyaz Bin Fariff
  3. Imran Syakir
  4. Muhammad Ammar Furqan Bin Ahmad Fairoz
  5. Awali Azwar B. N. Nezree
  6. Maisarah Hani
  7. Muhammad Ammar Fahmi
  8. Anees Bt Hashim
  9. Puteri Syaza Amani
  10. Darwish Qusyairi bin Shahrul Azhar
  11. Muhammad Amsyar
  12. Nuryn Sufi Nadhirah binti Abdul Ajib
  13. Muhammad Haziq Naufal bin Mohd Radzi
  14. Nur Arissa Fariza Binti Mohd Fairuz
  15. Zhariff Luqman Bin Zamri
  16. Muhammad Rayhan Hatta Bin Mohd Shah Affende
  17. Nurhania Humaira binti Abdul Halim
  18. Mya Zara Khaleesa Binti Mohsinnul Muharram
  19. Nurhusna binti Ahmad Fahmi
  20. Muhammad Irfan Rifqy Bin Shukri
  21. Auji Adni Umairah Binti Asrizal
  22. Sofiya Yasmin binti Mohamad Sayafiq Yasin
  23. Wan Zimamumarhajj
  24. Wan Nurkhalisha Maisarah
  25. Azyan Zahirah
  26. Nur Aimy Afifah
  27. Danish
  28. Husna Raihannah
  29. Muhammad Khair Rayyan bin MK
  30. Arissa Binti Ahmad Rozaidi
  31. Nur Aleeya Yasmin Binti Mustaza
  32. Muhammad Fahim Mikael Bin Muhammad Mubasyir
  33. Amzar Shakir Bin Shahizan
  34. Nur Irman B Nur Affendi
  35. Muhammad Qaid Ashraf
  36. Muhammad Ismadanial Bin Ismail
  37. Dania Alisha
  38. Alia Kaiyisah Binti Mohd Adzam
  39. Muhammad Zhariff Bin Mohd Nabli
  40. Muhammad 'Asim bin Abdul Nasir
Haa..amik. unik2 n manis2 belaka nama anak2 yang join nih..tu belum tengok gambar diorang lagi..aku kan,paling tak boleh tahan bila nengok gambar bayi senyum/ketawa..mesti aku sengih balik ngadap skrin.hee..so comel okeh!

Pada mulanya, ingin memilih berdasarkan entri yang menarik sahaja tetapi memandangkan rata2 buat entri yang menarik,susah juga buat pemilihan..tak caya cuba tengok entri2 mereka di atas..
Jadinya peserta akan diadili melalui cabutan bertuah sebanyak 3 kali pusingan. 10,5,3 dan akhirnya akan dipilih seorang sahaja daripada 3 orang terakhir..jadi semua berpeluang untuk menang..Lagipun bak kata orang,kalau dah rezeki,takkan ke mana kan..mana tahu kali ni,rezeki anak.. =)
Loyang/tin pembakar yang sedia menanti pemenang bertuah.. 4 biji loyang mewakili 4 orang anak penganjur GA nih..ehehe. ;P
Cantik tau loyang ni,rasanya tak mudah kemek ni..aku pun takde lagi dalam koleksi..memang beli khas untuk buat GA nih..sebab memang niat asalnya begitu.. ;)
Lepas ni boleh laa usha lagi kot2 masih ada stok..untuk koleksi sendiri pulak.hee..

Kepada mereka yang baru tau GA nih..sila semak entri:


Penyertaan selepas jam 11.59 malam ini tidak akan dilayan..mekacih. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...