Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, August 7, 2012

Cendol Pandan (Homemade)

Assalamualaikum..

Cendol di tempat korang..apa bentuknya?
Bagi aku cendol tercantik dan terbaik bentuknya adalah yang bentul bulat panjang seperti mee kuning lebih kurang.. kadang2 aku tengok tak berapa nak bentuk cendol pun banyak dijual..tu tak termasuk yang jual cendol keras.adeh..hehe... agaknya bagi mereka janji warnanya hijau tu dah consider sebagai cendol kot ek..mandai jer aku kan.. :D

Sekarang ni kalau teringin sangat nak makan menu berasaskan cendol..buat ajer sendiri di rumah..resepi banyakkkk berlambak kat internet nih.. Tapi kalau ada dijual yang sedap,mana bisa ditolak..terutamanya cendol di Bekenu,memang terbaik elok kejadiannya.. iklan sket.
Tapi rasanya ia diperbuat dari tepung beras dan sekian sekian..bukan dari tepung hoen kwe..

So far aku berkenan jer guna resepi kak Fida nih sebab cendol yang dibuat daripada tepung hoen kwe ni lembut jer..

Ni separuh dari cendol yang dihasilkan..memang kena letak warna hijau dan kuning baru menepati warna yang sinonim dengan warna cendol yang biasa aku tengok..sebelum ni dah pernah buat..dan gambar acuan yang aku gunakan juga dah tunjuk kat situ..leh tengok SINI

Terima kasih sekali lagi untuk kak Fida atas resepi yang simple nih.. gaul dalam periuk sampai pekat..pastu tunggu jap.saja nak tambah sikit pekat lagi kan..lepas tu masuk acuan dan tekan sampai jatuh ke dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti ais atau air diletak ais kiub.

CENDOL PANDAN HOEN KWE
Resepi: Kak Fida @ myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( semangkuk )

40 g tepong hoen kwee
320 g air pandan -hasue guna pes pandan koepoe2
1/2 sk garam
1 sk air kapur
pewarna hijau dan kuning
acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.

Ni setelah aku bilas..saja nak 'buang' pewarna yang berlebihan sebelum digunakan untuk membuat menu2 berasaskan cendol.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 3, 2012

Ikan Goreng Berlado Kak Anymz

Terima kasih buat kawan2 yang wish besday banglong baik kat Fb mahupun kat entri tadi.. :)

Kot2 takde idea nak masak apa untuk menu berbuka petang karang,apa kata korang masak berlada gini..sebelum ni kalau masak berlada gini aku selalu guna cili kering,kali ni ikut resepi kak anim,buh cili basah..eh.cili segar..tapi sukatan cili tu aku kurangkan la ikut tahap kepedasan kitorang jer..tapi tu pun dah berasap..laju jer makan tak hengat..pasni kalo den gemuk den nak salahkan kak nim yo sebab share menu sodap2..haha...buleh ye kak nim ye.


Semalam tu berbuko dongan air kelapa pandan...ahhh sogar amat! Memang ngam laa ganding dongan masakan podeh2 nih..terbuko selera den..asal guna resepi kak anim jer automatik nak cakap nogori 9..walaupun broken jer kan.hahaha..

Tima kasih buat kak anymz yang kongsikan resepi simple nih...mintak ijin nak share kat sini lak ekk...saya tambah hirisan bawang besar kat sambal tu jugak..mabeless n meletup pecah selera sebab dah over terbuka..huhu..

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Ratah gitu pun sodapppp... ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Happy 13th Birthday Banglong!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hari ini 03.08.2012 genaplah 13 tahun usia anakanda sulungku.. sungguh masa begitu cepat berlalu..
Tahun ni kali pertama di hari ulangtahunnya tak dapat nak wish awal2 pagi,maklum laa sekarang dah jadi penghuni asrama..kena la duk berjauhan dan mudah2an beliau lebih berdikari lagi bila duk jauh ni kan.

Muhd Amrie Zahrul namanya,lahir 03.08.1999.. berat 3.25kg tapi begitu membesar dengan jayanya di usianya beberapa bulan tu. Berat cepat jer naik..hehe..tapi takde laa chubby sangat pun..tough sket jer..lenguh gak la lengan kalo dukung time gi shopping.huhu..

Bila tengok gambar2 lama memang terusik kenangan membesarkan dia..baru 13 tahun je..bukan dah nak kawin pun kan..jadi emosi masih di bawah kawalan.haha..
Saja nak letak beberapa gambar banglong masa kecik..malas nak kuarkan dari album gambar dan scan,jadi aku snap je guna kamera.hee...


Masa kecik memang banyakkkk gambar banglong nih...anak sulung katakan. excited tu kena lebih.hehe..sebab tu dia pun jadi seronok jer nak posing..kalau boleh pantang anak bergerak,nak aje snap gambo. Tapi zaman tu kamera guna kodak..jadi kena la pilih aksi menarik baru nak snap.huhu..

Hehee...saja jer babah nyer memposing sepit biru hasil pancingan beliau tu..cuak jer muka banglong kat gamba nih.kesian anak yang tak bersalah kena paksa bergambar dengan udang galah.hahaha..macam terbayang balik moment masa amik gamba nih..tu la kuasa sekeping gambar kan.. ;)

Badan masa kecik memang semangat sket..ni waktu kemuncak la lebih kurang..lepas tu dah start aktif badan pun dah susut..

Ni masa baru2 lagi pandai melangkah.. masa raya ni. Fenomena kat belakang tu stok biskut2 raya,gula2 dan sebagainya.sila abaikan.hehe

Bergaya di hari raya pertama.. kontrol ensem,muka serius..tp semasa kecilnya memang tak memilih orang. semua pun dia ok jer..tak nangis kalau orang nak dukung..tapi bukan jugak jenis mudah gelak.hehe

Nih sambutan hari lahir ke 3 tahun..sambut pada tengah2 antara hari lahirnya dan babahnya... ;) bergaya senget bahu ni diwarisi sekarang oleh Yana..hehehe..

Dan yang terkini..

Ada hati tu nak bawak moto dah...eppp! Ni masa kat umah my bro aritu.

Aduii..sapa yang tembam tuu?Lepas ni nak diet.nak diet..*azam tahun lepas..*heh..eh!Nih laa anak2 bujangku..adeh,nak tinggi dah dari omaknya ni ha.. sebenarnya dah sama paras,tapi penafian tetap berlaku di situ..hahaha... Ada iras tak zhariff ngan banglong masa kecik?Lain kan muka dorang..hehe.. tapi ada part gambar banglong masa kecik yang ada iras gak..

Buat abanglong, happy birthday to u my son... semoga membesarlah jadi seorang anak yang taat agama, ibubapa..menjadi contoh teladan terbaik kepada adik2 sekalian..menjadi anak yang soleh kejadiannya..semoga dipanjangkan usiamu,dimurahkan rezekimu serta mendapat pelajaran terbaik dunia akhirat..aminn...
Kami semuaaaaa...sayang banglong... ;)


Happy birthday juga buat Ain..anak Mas-Duniaku.. semoga membesar menjadi wanita solehah dan dimurahkan rezeki selalu..aminnn..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 2, 2012

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)

Assalamualaikum

Korang suka makan rojak? Pernah tak buat petis atau kuah rojak tu sendiri? Kalau tak pernah lagi marilah kita buat sendiri sebab resepi dah ada ni..insyaAllah menjadi.. Aku dah cuba buat sendiri resepi dari DJ nih,alhamdulillah..hasilnya tidak mengecewakan. Buat pula di bulan puasa ni,main agak jer laa kan..nasib baik bila dah makan tu cukup rasa segalanya seperti aku bayangkan..kena adjust sendiri rasa masin pedas tu ye.

Selain dibuat rojak buah,rojak sayur,atau apa saja keturunan rojak aku memang suka je..janji sedap. Eh ada ke orang suka makan yang tak sedap ek..heh.
Selain untuk rojak,aku suka kalo cicah pisang goreng dengan petis ni..kalau rajin,cairkan la sedikit ye..sedap ko..pisang goreng rangup cicah petis..ada lagi pisang masak kat dapur nun. dah 2 malam berturut2 duk goreng pisang..memang tak jemu laa kan pisang goreng nih..kalau orang jual pun memang pisang goreng laku jek..
Ni aphal tah citer pisang goreng lak kat entri petis rojak nih.

Dah,meh layan resepi. Terima kasih kat Dayangjack yang kongsikan resepi yang asalnya dari ibu saudara merangkap ibu angkatnya..minta izin nak panjangkan ke sini pula ya DJ ku sayang..hihi...tqvm.. untuk resepi asal tu sila klik kat linknya di bawah ye... :)


Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood-hasue guna cili boh cap sampan
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)- hasue kurangkan agar tidak terlalu pekat

Kicap yang HaSue gunakan

Cara-cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  4. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!

Aku suka kuah rojak atau petis yang tidak terlalu pekat.. sendiri buat ni boleh laa adjust ikut citarasa kan..wee~

Rojakku yang tak cukup sifat.Cuma stok mangga,nenas dan timun je ada masa aku buat petis ni..hehe...lain hari aku buat complete aksesori rojak yang aku sukak! Korang pun cuba laa sekali,pasti tak rugi.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...