Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, January 31, 2012

Oyster Cookies...membiskut la pulak!

Assalamualaikum..

Dah masuk hari terakhir dalam bulan Januari pun kita yer..pantas amat masa berlalu ni..mudah2an urusan kita semua dipermudahkan hari ini dan hari2 mendatang,aminn..

Baru berkesempatan berblogwalking ke beberapa buah blog jer dari semalam.. masa terasa terhad jer tah kenapa.. tapi bak kata sorang akak tu yang penting ada entri kan..blogwalking mana yang sempat jer takpe..orang paham ke idak belakang kira.hee.. Nanti kite sambung BW lagi ek..menerjah mana2 blogger yang rajin menerjah ke sini..insyaAllah.. kalau tak sempat gak tu jangan ler kecik ati ek..meh nak pujuk sket.. ;P

Ok,biskut ni dah selamat dimakan aritu ek..takyah susah2 nak mintak dah.hehe..
aih,nak membuatnya amat ler senang cam biskut mentega jer gitu..tapi dari segi rasa ia berbeza sikit la..teksturnya lebih halus dari biskut mentega sebab ada penggunaan tepung kastad di situ.
Bagi korang yang pernah buat biskut bertepung kastad mesti dapat bayangkan bagaimana rapuhnya biskut ni .

Oyster tu kalo ikutkan maksudnya tiram,kan..tapi yang macam ulat mulong depan tu ler rupa asal kalau ikut resepi asal biskut ni.hehe.. siap ada 'kepala' depan tu kan..sapa2 tak tau ghupa ulat mulong atau si'et tu sila laa google sendiri yer..takmo ler nak tunjukkan kat entri ni.. Tak pun korang datang sendiri ke pasar tamu Mukah pada hari Ahad untuk melihat sendiri yang segar dari ladang...kehkeh.. ada plak cerita ulat kat entri biskut kan..tak senunuh! :P

Selain pesen asal, aku buat laa aneka pesen seperti kat bawah ni.. ia senang jer dibentuk sebab picit dalam piping bag ajer...
Untuk baking paper tu adalah lebih afdholl jika gunakan yang non stick...aku guna brand LACY's..memang best jek nak baking2 terutama biskut. Tak melekat dan boleh guna ulang tayang selagi tak hangus.hehe

Kalau ikutkan resepi asal tu kan,ia dibakar dalam masa 15 - 20 minit,tapi aku bakar dalam 7 minit jer dah masak.. maybe ketebalan yang mempengaruhi tempoh masak dan jenis oven masing2 laa kan..lagipun aku buat comel2 jer.saiz biskut raya giteww..
Maklum la,raya cina..hoho..

Untuk resepi tu aku rujuk dari majalah Chef yang diadaptasikan(ececeh..ayattt) dari majalah Perempuan. majalah ni aku beli tahun 2003..baru terbuka hati nak cuba resepi nih.heheee.. sebenarnya dulu majalah ni tak jumpa2 lepas pindah ke sini.. dah jumpa tu syok laa belek2 resepi kat dalam tu kan.. ada macam2 resepi seperti biskut dan roti kat dalam tu..cuma ada bahan2 yang susah nak carik jer kot.huu..
Oh yer,selain dari majalah tu..ada lagi satu buku resepi dalam koleksi yang menayang resepi yang sama tapi nama jer sedikit beza..yang satu oyster cookies,yang satu oyster biscuit..tapi bahan sama aje.

Dah membebel..terasa lama tak membebel kat sini kan..ahak. Jom tengok resepi mudah ni pulak..

OYSTER COOKIES
Sumber: Majalah Chef
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya

Cara2:
  1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
  2. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170c.
  4. Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
  5. Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba!
Biskut ni fragile(rapuh) macam biskut bunga cina,semperit gitu.. best dan sedap nak kunyah2 sesambil tengok tv atau hidangan di hari raya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 30, 2012

Resepi Kek Coklat Lembap Chef Zubaidah

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat pagi Isnin di minggu yang baru setelah bercuti panjang sempena perayaan hari raya cina.. seminggu budak2 cuti sekolah..tapi bapak budak aritu dapat cuti sehari jer..huh..kejam je rasanya bila dapat cuti raya satu hari jer walaupun bukan perayaan kite..ehee..saje ngengada nak demand kan. Padahal tak plan nak ke mana2 pun..

Orang cuti,aku sibuk2 gak nak cuti blogging kan..haha.. ni gara2 terlebih ambil cuti baru terupdate balik resepi kek coklat yang aku dok tayang aritu. Buat yang dah biasa buat kek coklat tu memang pandang sebelah mata jerlah ek. Ni khas untuk mereka yang belum mencuba resepi Chef Zubaidah ni...nak kongsikan sekali lagi resepinya di sini..

Oh yer,kalau sebelum ni kek ni aku main bakar jer..kali ni aku bakar dan kukus..yeaa, satu adunan tu aku bahagi 2 loyang..satu aku bakar dalam oven dan satu lagi aku kukus dalam pengukus..
Terus terang aku katekan,resepi ni (yang hasil percubaan aku laa ek)hasilnya tak jauh beza dibakar dan dikukus. lebih kurang sama jer kelembapan kek tu.. aku rasa lenkali kalo malas seperti selalu tu aku nak bakar je.hehe..memang dasarr :P

Untuk deko yang ngengada tu aku gunakan ganache yang sama untuk aku curahkan atas kek tu jugak..cuma aku tunggu ganache tu sedikit keras,boleh simpan dalam peti sejuk atau tunggu je pada suhu bilik beberapa jam..masuk dlm piping bag yang dah pasang nozzle bintang tertutup,picitkan aje yer..teknik picit tu,picit-tarik-tekan..aa gitu laa lebih kurang.ehee.. simple ye puan2.

Baiklah,untuk resepinya..terima kasih sekali lagi buat penyumbang resepi asal chef zubaidah dan rakan2 yang share kat blog masing2..tak silap dulu aku terpaut hati nak cuba masa tengok kat noorsha..tq2.. :)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dalam tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.


P/s: Warna kek coklat bergantung kepada jenis serbuk koko yang digunakan.. sebelum ni serbuk koko yang aku guna lebih gelap maka hasil kek coklat pun lebih gelap gitu..bolehh rujuk di sini.(klik)

Untuk ganache, terpulang masing2 nak guna resepi mana2 yer.. aku sebenarnya main letak jek coklat masakan dan cairkan..lepas tu tambahkan whipping cream dan kacau guna hand whisk sampai sebati dan licin. Tunggu sejuk sedikit baru tuang atas kek coklat. untuk resepi secara spesifik, boleh rujuk link atas ni ek..

Snap gambar mana2 yang sempat jek..janji bukan dari blog orang kannn.. hee..apa2pun,resepi ni memang kelass dan memanggg sedappppp!!!
Selamat mencuba..! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

Testing..testing..!

Assalamualaikum.. ^_^

Saja la ngetest update blog ni..kot2 dah expired takleh sign in lagi tadi kan..
Tengok2 boleh lak..iee,x sangka!tak sangka!

Oklah,tu cuma alasan ..ehee..wat pemanis mata..layan la gambo kek ceklat ni dulu erk..sori la ala kadar jer..amik guna kamera hp.Ok la wat pengganti ayam kashmir yang dah lama basi tu kan. Adik aku duk bising je asik ngadap ayam kashmir.. sibbaik kak rosaliza selalu panaskan..tak laa berkulat.aheh..maceh kak!

Dah terlambat ke nak ucap selamat tahun baru 2012? Better late than never kata uncle John.
Rasa nak jenjalan blog kengkawan dulu rasanya nih. Tapi tu laa,kang cerita banyak orang tak caya..emm..modem broadband nak beli baru lagi kot esok..melampo2 tahap kuye2 modem yang ni. Nak citer pasal modem,2 mukasurat tak abis...masuk mukasurat ke 3 korang tertdo kang..cukup la aku katakan modem broadband aku bermasalah besar yang menghalang aku nak update entri di samping aku enjoy my life and my moment as a mother..dan sebagai bukan blogger dalam tempoh tak ngupdate tu.. rasa best gak tau. hehee..

Walaupun selama beberapa minggu ni tak aktif blogging,selalu jek jenguk FB..gi bertenggekkat situ tengok perkembangan n citer terkini..terima kasih buat semua.. rindu tau!
Ni rasa dah bersemangat je nak blogging kembali..insyaAllah kalau terus diizinkan Allah.. akan terus menimba ilmu..bukan jer dalam bidang masakan,tapi bidang lain2 juga.. semoga kita sama2 mendapat manfaat dari blog yang tak seberapa ini.. aminn..

P/s: Ada hadiah tertunggak sebenarnya dari tahun 2011..ada sapa2 yang ingat?hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...