Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, May 30, 2009

Lempeng Pisang

Yang nih laaaaagi nostalgia..
1/3 adunan pengat pisang tu aku buat laaa menu nih..
Perghhhh..sedap dari roti canai woo..hehe
Terbayang wajah2 nostalgia,arwah mak,arwah nenek,nenek sedara..wajah2 yg x dikenali pun ter interprem same.hehee..

Cara2 nembuatnya:
  1. Hamparkan daun pisang,letak adunan dan ratakan.
  2. Tutup dengan sehelai lg daun pisang.
  3. Bakar di atas kuali panas dengan api sederhana sehingga masak,balikkan dan tggu masak sambil ditekan2 sedikit.
  4. Hanguskan sedikit untuk keenakan yg tak terkata..hehe


Bagi yang tak pernah makan menu kampung nih,cubalah..memang tak menyesal.. =)

Ini pisang yg daku gunakan..
Korang biasa jumpa kan?
Memang sesuai sangat untuk pengat dan lempeng sebab aroma dan rasa yang sungguh istimewa..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengat/Lepat Pisang

Nih semalam punya aktiviti yer..
memandangkan semalam tak boleh connect internet..
So paksa diri gak duk depan laptop nih masukkan n3 ..
Korang biasa makan tak pengat/lepat pisang(kat sini panggil lain nama..banyak namanya)
Biasa orang letak gula melaka pun ader,gula apong pun ader..
Tapi aku letak gula biasa ajer..malas nak godeh2 gula lain tuh..heeee..
Tapi aku memang sukaaaaaa pengat pisang....PISANG LEBIH TAUUU...
Rasa pisang lemak2 manis gitu..besttt


Yang nih masa nak kukus selepas diserkup ngan daun..hehe..
Main hantam jer cara bungkusnya tuh..janji adunan x terkeluar ye tak..

Guna resepi simple aje..bahan2 tu nk tmbh atau kurangkn ikut selera..

Bahan2:
1 cawan pisang dah dilecek
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan pati santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula(bergantung kemanisan pisang)
Daun pisang/daun irik secukupnya

Cara2:
  1. Campurkan kesemua bhn dalam 1 bekas dan gaul sebati.
  2. Jika menggunakan daun pisang,layurkn dahulu di atas api supaya ia mdh dibentuk. jika menggunakan daun irik,tidak perlu berbuat begitu kerana ia sudah lembut dan mudah dibentuk
  3. Masukkan sedikit adunan ke atas daun dan bungkus kemas, sematkan dengan lidi/pencungkil gigi.
  4. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Selamat mencuba ya..
Seperti biasa,nak suap saper2 yg nak merasa tu..ngaaaa... :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selamat Bercuti & Selamat Hari Gawai serta Pesta Menuai..

Salam di hari Sabtu.
Sila baca dengan penuh perhatian dan pengertian..ehehe

Seperti yg semua maklum hari ni bermulanya cuti persekolahan untuk penggal pertama.
Hari ni juga InsyaAllah kami akan pulang ke kampung halaman..x jauh sangat pun,5-6 jam perjalanan jer.
So lepas nih cuba2 update blog melalui laptop adik kot(kalo orang tak guna ler)
Sebab laptop nih akan digunakan oleh cik abang yg akan terus bertugas di sini,selepas menghantar isteri dan anak2nya ke kampung nanti..(uwaaaa..berjauhan lg..iskh2)

Seperti sedia maklum juga,
1 & 2 JUN ini adalah hari perayaan GAWAI DAYAK di S'wak n PESTA MENUAI di Sabah.
Selamat Hari Gawai Dayak untuk yg menyambutnya..Agi idup agi ngelaban. Enti nuan bisi ngasuh kami ngabang ka rumah,nda ulih kami datai legi,laban kami pulai ke menua sari tok..hahaa..
To my best friend,Ira..Selamat Hari Gawai au..aku tu nda nemu jaku iban.. ka nyaba asai ku lama udah nda meda nuan tu..lelengau asai ku.. (yang tak paham tu buat2 paham jela yer..sue pun bukan tau byk sgt bhs iban nih..hihiii)

Masa gawai nih memang agak bahaya kalo memandu sepanjang perayaan.
Sebab ramai yg 'tweng2'-mabuk akibat minum 'tuak' iaitu minuman tradisi mereka yg diperbuat dari tapai nasi. So bila datang ngabang(beraya),tetamu biasanya dihidangkan air tuak sebagai minuman rasmi di samping minuman dan makanan yg lain.

Tetapi di zaman sekarang,ramai juga yg dah ngelat taknak minum sebab ada yg terpaksa memandu pulang ke rumah..Yelah,dulu2 mana ader kereta kan...
Mereka minum pun sebab nak meraikan kejayaan menuai padi yg menghasilkan rezeki untuk mereka pada waktu itu..

Kepada yg pulang ke kampung halaman..
Slamat kembali ke tempat asal masing2..
Dengar berita,di kampungku akan diadakan kenduri 'makan tahun' pada cuti ini..
Kenduri ni setahun sekali sahaja diadakan bagi setiap kampung yg berbeza.
Yg istimewanya,setiap tetamu akan membawa pulang ' kelupis'+wajik+kuih penyaram selepas menjamu selera..
Berbeza dengan bunga telur di majlis perkahwinan..
Err..Lain kali cerita panjang pasal itu ya..

P/s:Semalam x dpt connect internet...dekat 1 jam bergayut ngan celcom careline tapi xleh gak..pagi nih baru boleh tp ngah bz packing..
Sayang korang sumer skali..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 28, 2009

Air Tembikai Laici

Dah bercerita panjang lebar tadi,
Jom layan minuman di kala panas..memang sesuai sangat..
Guna laici dalam tin jer..tembikai tu nasib baik takde jumpa yg dalam tin lagi..hehe

Resepi Ros(onigiri) myR..

Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )

* Beberapa Potong Tembikai
* 1 gelas air laici dalam tin
* 8 biji buah laici
* beberapa ketul air batu

Cara-cara

1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



Jom minum...Emmphhh.. arhhhhhh..sejuk dan nyaman di tekak..kan?Thanks Ros.. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Maruku Bijan

Besttt2...akhirnya,terlaksana juga impian nak buat maruku sendiri..
Siap request resepi maruku kat Kak fida myR..
Yang bestnya,dia pun ada resepi nih n sudi nak berkongsi..
Berapa bulan dah masuk resepi kite lom dapat acuan gak..
Dah dapat acuan,beli bahan2 selalu tercicir lak..
Maklum laa,1st time mmg x suka derhaka2 resepi orang nih..takut apa yg empunya resepi cuba sampaikan x kesampaian..ahahak..kecuali darurat,itu dimaafkan..dan pastinya bukan bahan yg major laa..kang bleh mengubah rasa pulak kan!

Berbalik kepada maruku nih,projek lewat petang semalam..
Kak fida ader bg contoh acuan tu,guna acuan bintang yg berlubang 1?
Aku duk telek2,tekan2..doh x moh kuar..adehhh...
Sengsara laa minachi2 bikin ini kuih..hahak
Dah rasa x sanggup2 tuh aku belek2 lak acuan yang ader..
Ader lagi satu acuan bintang tp 3 mata..lubang pun besar sikit..
So,dah tukar tuh,tekan ler...
TEN TENENNNNGGG...(sound effect doh keluar)

Lancar sikit dari tadi n sekali lagi tersengih(tadinya dah sengih masa buat cendol kan)-iyerr2...jakun pun jakun laaa
Rupanya jenis acuan tak sama maa..yg nih lg cepat banyak..
Automatik jer kuar sekaligus dan bleh dibentuk..
Walaupun x santek,tp for beginner daku berbangga pada diriku sendiri..
Terbayang dah cik abg puji balik nih karang(ntah orang nak puji ke idak)hahak
Cuma lenkali nak tambah garam lagi skit..
Dan airnya tuh saspen gak tau,memula nak tuang sumer skali,
Sibbaik refer resepi balik..rupanya tak guna semua..huhu...


Pastu,dah beberapa kali goreng,doh selebihnya kite try warnakan kuning..tuh pasal cam ader 2 warna.hehee..

Jom Semak Resepi kak fida nih..Thanks banyakkkk2 kat kak fida..Sedappp dan rangup..kak fida,kalo akak ader jenguk sini,tinggalkan laa komen yer kak..heee

* 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
* 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
* 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
* 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata )
* 100 g bijan = (10 sb rata)
* 1 sk serbuk lada putih
* 1-2 sk serbuk cili
* 750 ml air dicampur 1/2 sk garam
* minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
* acuan maruku yang berbunga bintang

Cara-cara:
  1. Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
  2. Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.
  4. Atau dgn cara yg lagi satu...tekan adunan lingkaran bulat di atas piring dahulu...
  5. Balikkan di atas tapak tangan dan perlahan2 masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak keperangan.
  6. Angkat maruku dan toskan di atas kertas serap minyak dan sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
  7. Contoh acuan ada di glossary myr,klik sini atau boleh jugak guna acuan atau penerap kuih atau menggunakan piping bag pastikan guna nozle bintang jugak...
  8. Doh boleh juga dipicit terus kedalam minyak panas...tapi mesti berhati2...
Resepi asal boleh klik Sini
Siap dengan cara2 membuat bergambar lg..

Dah siap stok untuk cik abang ku kunyah balik nanti..hihii.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cendol Pandan Hoen Kwee

Ini projek tgh hari semalam..
Mulanya nak buat maruku,tp tengok bhn2 nak buat cendol nih ade,
cara membuat pula senang..so try la dulu..x pasal2 maruku kena langkah bendul..ehee
Tersengih sorang2 tengok hasilnya..sebab x sangka yg membuat tu daku sendiriii..hihi
1st time guna acuan nih..tujuan beli acuan nak buat maruku kak fida tu haa..
Layan cendol nih dulu..masih bertapa dalam esbox..x sempat diperlakukan apa2 lg.hehe..
Tengok hijaunya tuh..aku kompius!ingatkn hijau@kuning..rupanya kena guna dua2 kaler baru lawa kot..hehe


Nih laa acuan yg daku guna..
Menurut k fida,yg lubang bintang utk maruku,
Yang lubang bulat byk2 tuh yg dgunakn utk membuat cendol

Thanks to Kak Fida

nih resepi Cendol Pandan Hoen Kwee

Bahan-bahan ( semangkuk )

  • 40 g tepong hoen kwee
  • 320 g air pandan
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • pewarna hijau dan kuning
  • acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

  1. Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
  2. Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
  3. Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.
  4. contoh acuan ade di SINI
Resepi asal juga boleh klik sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Dangai@Rangin

Salam hari Khamis..
Err..?Dah khamis?(wat2 tanye plak)
Yeahuuuuww..si dia balik ari ni..hihihh..malam jumaat plak tuh..akakaka.. :P
Tapi mmg bz sungguh arinih..dari awal pagi keje x abis2..
Nih ngah nidokn si kecik smpt gak metenetkan diri..
Jap lg nak amik kakak plak..pastu baru nak masak..
Waduh,kain baju dah menggunung tuh..uhuuu..
Bilik air dah memanggil2 mintak mandikan gak..
Bla..blaa..blaaa...<-(yg nih pun korg baca gak?best laa korang nih..hehe)

Nih nak nunjuk jap kuih rangin nih.. Kat kpg aku femes gak..org2 tua suke nih.. Rasa lemak2 kelapa gitu..sedap. Kadang2 ade yg kaler ijau,perisa pandan..
Baru sekali tengok yg kalerpul.
.heh heh.. Korang pernah tengok yg kalerful?rugi x tgk..hihih

Salute laa kat kak as meng'alternatif'kn guna kelapa kering.. Aku yg duk dlm negara nih,(kire perantau gak ler kn..bkn tmpt kite.hihii)..pun susah dpt kelapa parut fresh.. Kalo rajin carik mmg ader..tapi,hee..

Jom layan gamba n resepi mudah ni sekali yg telah di kopi lalu di letak pes jer dr myr..Daku bakar dalam muffin tray ajer..ehe Nih pembakaran pertama..agak garing daku rasa..mesti sebab jenis kelapa kering nih x best (nak salahkn kelapa pullekk..pdhal yg membuat nih yg x reti..hihi)
Nih aku alterr dengan mletak sedikit air dalam adunan..uli sebati,letak tebal sikit mcm dlm gambar n bakar lebih kurang 20min..baru daku mendapat kebasahan dalam kuih nih..

Tengok kat dalamnya nih..kelihatan si tepung pulut sudah tersebati dgn si gula setelah kupaksa..hehee..

Tak sabar daku nak men'try' resepi kak as nih guna kelapa fresh..
Nanti dah balik kpg nih akan ku coba.ehee
Thanks to kak as

Bahan-bahan ( loyang bulat 19cm (dapat 2 keping) )

  • 2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave)
  • 2 cawan tepung pulut (boleh kurangkan jika suka rasa kelapa yg lebih)
  • 1 cawan gula( manis ikut suke)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
  2. Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
  3. Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
  4. Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
  5. :: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga.. :: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..
Resepi n laporan mskn pun blh tgk sini k..
Selamat mencuba
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 27, 2009

Buah Yg Di Luar Pagar..?

Haaa..mesti dengan automatiknya korang tau jawapan kepada persoalan di atas kan??
Selalu kat pantun2 melayu tuu haa..
Saja cuci2 mata kite pepagi yg dah celik nih..nak tengah hari pun.hehe

Tapi ini bukan sebarang cempedak tau..
Istimewanya Cik Cempedak nih ialah kacukan dengan Cik Nangka..
Jadilah perkahwinan antara Cempedak dan Nangka..
Cempedak+Nangka=nak bg nama apa eh?
Puan CEMPEKA?CEMNANG?ahehe...lantak ler yer..
Err..korang tak dpt kad jemputan ke?ehe

Hasil perkahwinan tu menghasilkan buah yg berkulit macam nangka,bentuk sedikit cempedak..isi rasa cempedak,tekstur rasa nangka pun ader..bau ader dua2.
Ishh2..susah nak explain.ahehe..
Pendek kata memang gen kedua2 buah nih leh rasa lah dalam 1 buah ni..
Tapi memang best wo..dah lama x mkn,tetibe ade rezeki plak..best2!


Buah nih orang bg(bukan dusun aku pon..ekeke)..beberapa hari lepas..
Semoga murah rezeki dier..eehe
Wat cempedak goreng..x smpt amik gambo dah lesap..
Bagi2 kat jiran sebelah gak..
Pastu xleh goreng sebijik2,cepat muak..isi tebal kan..ehee
So buang bijik n potong 2.. baru celup adunan tepung..

Nak rasa ke?Nganga mulut tuh..nak suap nih...ngaaaa... :D
Manissss sangat buah ni kan?kan? hikhik :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bakso!Bakso!

Haaa..tengok!tengok!dekat 1 jam try post satu n3..
Jadi n3 nih dah masuk n3 ari rabu ler pula ehh..
Jadi,salam utk hari Rabu.hehe..

Bila orang sebut bakso nih,terbayang kat filem2 indon yg duk sorong gerai kecik tuh jual bakso..
Sambil jalan,wak tuh jerit laa,BAKSO!BAKSO!heheee

Arituh tengok kak yatiezaini buat nih..
Pastu bakso Ctzura plak menggoda..daku x leh tahan dahh..huahuaa..
Padan mukaku kena buat bakso sendirik..



Telur lebihan buat meat ball tuh aku goreng tabur kat atas..penambah sedap..lgpun x baik membazir..hehe.Dalam gambar takde cili padi..mmg kaw2 tenyeh cili padi kat dalam mangkuk tuh..

Bakso nih 1st time buat..nak kate 1st time makan,tp macam pernah makan gak sebelum nih.
Ada satu resepi indon gak,pernah makan mcm nih gak,tp ayam dan bersantan..err,ader kacang kot..lupe plak..rase lebih kurang gini gak..cuma yg nih tak bersantan.
Jadi sesuai gak untuk menu diet ni..
Minyak untuk menumis tuh jangan ler letak banyak sgt..
Kalo ngah diet,meatball tuh mkn seketul 2 udah ler yer..

Ohya,kite wat meatball sendirik tau..
Tak main ler yg frozen2 tuu..(jeling2 kak t n ctzura)ekeke.. :P
Tapi terasa tul kelainannya tuu
Rasanya jangan cakap lerr..nak taip jer..SEDAPPP(sape lg nak puji ye x)hahak

Bakso nih biasa org makan ngan sambal kicap eh?
Kite makan ngan cili padi lenyek dalam mangkuk..
Perghhh..berppoluh den!pedasss..tp terangkattt..di samping simpleeee..hehe

c n p resepi che iza myr...thanks! :)

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 26, 2009

Sekali Sekala Senaman Jari...

Wuiyooo..'sakit' gak line tenet lately eh..
Line korang lancar ker?
Asyik2 page load error manjang nih..
Jadik kelawar ler terpaksa merayap umah org malam2 sebab line ok skit time nih..
Tuh pun kire nasib baik kalo bleh nmpk cbox kat umah org..
Kalo tak,jd penonton jelaaa..kan kan..ehee

Ader kelancaran skit server di tgh2 malam nih
So n3 pun bleh lancar skit nak post..aheh
Kadang2 ngendeng umah org tgh2 malam pun 'terserempak' gak blogger2 yg lom tdo..ekeke

Malam nih pulak takde selera nak tdo awal pasal encik suami terpaksa gi satu tmpt atas satu urusan..huwaaaaa...kalo bleh xnak tdo pun xper..huahuaa..
Tido peluk bantal mmg x beshhh...bleh meroyan kalo lelama..hakhak
*Teringat pernah demam sebab rindu 2 mggu x jumpe..haa,sapa ingat demam rindu x wujud..cik abang balik jer demam terus kebah!ahahaa...
Memang salute ler kat isteri2 yg suami diorang kejer offshore tuh..kena tggal berminggu2 atau berbulan2..iskhh2..

Hari ni 26/05 besday kakak aku..yg duk atas aku..
Dah lama woo x jumpe dier..
Tadi smpat gak wish..ehee..
Harap dier tabah dengan dugaan hidup..
Dulu2 masa sekolah kitorang geng..geng gaduh pun yer jugak..geng menggatal pun yer gak..aheh
Sekarang sama2 dah kawen..
Dia lum tambah umat lagi..lom ader rezeki,baru seorang hero yg boleh thn lasaknya.hehee..

Siang tadi adik aku call..
Sampaikan berita sedih..
Comeng kucing yg kitorg bela semenjak 2004 dah mati..
Sadis n sedih gak sebab dah lama bela..
Lagipun adik aku kate Comeng ngah pregnant agaknya sebab pewutnya agak besa..
Comeng nyer kaler lebih kurang cam Chombi(kucing kitorg bela sekarang)
Selalu dah beranak tuu..Chombi nih pun selama kitorang kat sini dah masuk kali ke 3 beranak..
Jangan x tau aku dah 2 kali membidankan Chombi beranak tau..
Haa,korang mesti x pernah membidankan kucing kan!ahahak..
Lagi 1 berita sedih,Chitam pun dah takde.
Cara kematiannya aku x sanggup citer..uhuuu..
Lenkali laa kalo aku rajin aku citer psl chombi n anak2nya..

Tadi aku sempat buat bakso tau..
Tak makan nasik..so buat ler bakso..nanti2 laa aku post..saje nak test server dulu..hehe..
KOrang dah tido ke?
Iskh..baru 11.30pm..awal lagi nih..jangan laa tdo dulu..ahehehe..
*Sebenarnya aku jeles ngan korang yg x peluk bntal malam nih!ahahaa.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Goreng Sos Tiram Bermadu

Untuk sape2 yg nak tahu resepi daging simple tuh..
Masak lg daging nih sekali untuk lauk ptg nih..
Daging masak gini selalu menjadi santapan masa kesuntukan masa atau nak perabis stok daging.
Resepi asal tak letak madu..dapat ilham dr resepi Caramel Chicken .. :)

Bahan2:
250g Daging Lembu-dihiris agak nipis dan lebar.Pastikan hirisan menentang urat daging
4 Ulas Bawang Putih-Dipenyek mnggunakn dinding pisau dan cincang
sedikit halia-hiris bulat/hiris halus pun ok
Sedikit serbuk lada hitam(guna ld hitam tumbuk lg menyengat)
2 Sudu mkn Sos cili
3 Sudu mkn Sos Tiram
2 Sudu kicap pekat
2-3 sudu Madu
5 Sudu mkn minyak masak

Cara2:
  1. Daging yang sudah dihiris,dicarik2 kan sedikit jgn sampai putus..cukup untuk meregangkn supaya ia tidak liat ketika digoreng. Jika dihiris terlalu nipis,tidak perlu dibuat begini tetapi daging akan bergulung sikit ketika digoreng
  2. Gaul daging dengan sedikit dr halia,lada hitam dan 1/3 dari bawang putih.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau/sedikit garing.
  4. Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap pekat.Kacau goreng seketika..
  5. Masukkan madu dan kacau lagi.
  6. Akhir sekali,masukkan kesemua daging dan kacau rata.Tutup kuali dan balik2kn sekali sekala..
  7. Daging akan mengeluarkn jusnya dan pastikan guna api perlahan untuk elak hangus
  8. Kacau goreng sehingga kelihatan berminyak daging tidak liat lg.TIDAK perlu tambah air..Biasanya daging akan msk dlm masa 20 min bergantung gred daging.
  9. Boleh tambah bawang besar dihiris bulat jika suka.
Note: Jangan masak daging terlalu lama sebab akan menyebabkan daging tu keras..

Enak dimakan bersama nasi putih,nasi goreng mentega atau apa sahaja menu pilihan anda..

Selamat Mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friendship Award-The Best Blogger 2009

Salam hari selasa..
Alhamdulillah..murah rezeki blog nih bln ni yer..hehe
Dapat lak FRIENDSHIP BLOGGER'S AWARD dari adik AtiQah yang suka kaler purple/ungu iteww..hehee..

Tiqah nih baru nak kenal2 dgn lebih rapat lg..muda lg,20 thn kan tqah kan?hehe..
Ngah latihan industri sekarang ekk..
Lepas nih kite tenet2 n kenal byk2 lagi yer dik..
Thanks bagi award kat akak..cayanggg dier!!mwahh2..hehe

RULES:
1. Put this badge on your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
Nak bagi kat saper ekkk..semua geng bloggers inspirational and friendly.
Rasanya dah ramai gak dapat nih..Jadi saper2 yang lum ader sila2 laa amik tepek kat blog memasing n share ngan kengkawan eh..
Tapi nak bagi gak kat bloggers nih..
Harap sudi2kan laa yer.. :P

3. Make sure you put the ‘receipents’ name here, along with their link.

  1. Hana [Kak Ina]
  2. Kak Nor
  3. Dayang_Jack
  4. YatieZaini[Kak Tie]
  5. CtZura
  6. Mr. PenyuBiru
  7. Sulela
  8. Ika[Ijah]
  9. Ros[Onigiri]
  10. Azura Rahman[Kak Zura]

4. Let them know about this.

Harap nama2 di atas tahu diorang dah di award..Memandangkan server nih kdg2 angin senggugut kan..takut x leh muncul di blog anda nak bagitau..huhuh.

Tq in advance.. :-)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 25, 2009

Bingka Telur [Perisa Durian]

Salam Hari Isnin..
Mari2..singgah jap ke sini..ehee
Ada yang monday blues ke hari ni?
Blues kejap2 dah laa ekk..heheee..
Kepada yg bekerja selamat bertugas..Kepada student selamat study..rata2 tgh exam skrg kan?ada yang praktikal dan ada yg ngah coti2 lg..
Kepada surirumah2 sekalian,selamat bertugas+bercuti dalam masa yang sama..
Percayalah,tugas kita paling istimewa..

Berbalik kepada menu sarapan pagi ni..
Resepi asal 'Bingka Telur' resepi Joayee myr nih dah banyak kali buat..
Uihhh..memang senang dan yang penting sedapppp...lembuttt..lemakk..(guna santan kotak pun ok)
Resepi asal perisa pandan dan pernah dah buat sebelum nih..
Kali nih kite tukar perisa durian pula dan warnakan kuning..
Hubby sukeeee..sebab lembut tuu...

Memang rugi sape2 peminat bingka yang belum try resepi mudah ni..
Resepi bingka ni antara kuih yg selalu dibakar oleh oven comelku itew..
Kopipes ajer laa eh..Thanks to Joayee

Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )-Sue buat separuh adunan..dpt 1 loyang

  • 6 biji telur
  • 2 cwn air daun pandan( atau 2 cwn air + colour kuning)-sue ltk pewarna kuning n perasa durian
  • 2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 4 tbs butter-cairkan
*Tengok laa bahagian kerak neh..part kesukaan ramai..tp taknak ler sampai pahit kan...hehe
Cara-cara
  1. Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  2. Tuang 1 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. masukkan dalam oven.
  3. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3". sedap nipis2.-sebaiknya tapis ler untuk dptkn hasil terbaik
  4. Masak sehingga perang.
Mudah kan? Jadi..sila2kanlah mencuba dan rasai sendiri keenakan bingka ini..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 24, 2009

Menu Simple se-simple simplenyaaa..lalala

Hari Ahad.
Memang hari berkumpul seisi keluarga..
Tak kira berkumpul kat umah atau makan kat luar sekeluarga..
Tapi arini x mkn kat luar pun..masa kat bandar pewut kenyang lg..
Selepas gi pasar jap..makan kudap2an,buah2an segala..mcm2.
So memang x lapar dah..
Khuatir gak anak2 kelaparan nasik..
Keluar lah menu nih..

Nak masak sayur sure jadi perhiasan atas pinggan jer..heh..
Di samping kemalasan menyelubungi perasaan.. :P


P/s:server..tolonglah..asyik page load error jer nih..sampai umah org,cbox plak tak nmpk2..
nak ngendeng pun susah...huwaaaaaa..

p/s lg:Bila laa nak projek maruku nih..acuan dah tggu tuh..hihiii
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Sagu [Bronok]

Salam di hujung minggu..
Pernah makan kuih sagu bronok nih tak?
Kite baru pernah buat sendiri stail nih..sebelum nih biasa buat yg lain dari ni..
Nih tengok umah kak asma aritu..hehe..jadilah projek smlm..
Buat setengah adunan jer..esbok dah sarat katekn..hihi


C n p dari umah kak asma..halal orient yer kak..hehe

Bahan bahan
  • 2 cawan sagu (cuci dan toskan)-sue guna yg dah sedia berwarna dr pasaran
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • pewarna-tak letak dah
  • daun pandan untuk mewangikan
  • susu cair (bubuh sedikit air gula)
Caranya:
  1. masukkan air dan gula kedalam kuali berserta daun pandan
  2. masakkan gula hingga cair dan masukkan sagu.
  3. kacau hingga sebati dan masak.
  4. masukkan pewarna yang disukai.
  5. bila dah pekat dan tidak melekat di kuali angkat dan bolehlah dimasukkan kedalam bekas.sejukkan
  6. boleh dimakan dengan kelapa parut yang dibubuh garam(sue guna kelapa parut kering jer.heee) sedikit atau dengan susu cair.
  7. sedap dimakan sejuk sejuk..
Thanks kak asma..sedappppp..dmakan sejuk.hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 23, 2009

Award dan Tag[2 in 1] Part 2

Okeh..kite teruskan meng'collect' award...errr,dan tags lagi skali.
Lepas nih nak pas lak award kat 6 Bloggers.. atau lebih
Bukan nak mengenakan ke ape..
Tags nih bertujuan utk saling mengenal lebih rapat lg..hehe..
Cara menjawab ikut kreativiti masing2 asalkan menjawab apa yg ditanya laa..
dan untuk memeriahkan blog..supaya nmpk lebih menyeronokkan..kan kan?
..dan,nak tambah keje korang..ahak :P

Tags nih lebih kurang ngan sulela bagi tuh,tp award lain plak.eheh

1-copy badge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan
diblog anda.
2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini
kepada anda?

Award nih diberikan oleh
CtZura
  • Ctzura nih baru gak dikenali tapi macam senang jer nak masyuk geng ngan dier nih..(Sapa laa gamaknya dier nih ekkk..hihi)
  • Aku lom penah jumpa kat realiti pun...(ntah2 dier nih puteri bunian ke..kan.hahak)
  • Dier duk kat Miri tp berasal dari Johor..ikut suami bertugas sebagai seorang guru..(lorr..bukan puteri bunian laa nih ekk)
  • Beliau bercita2 nak menjadi petani moden di masa akan datang sebab tuh minat asal dier lepas abis study(hoh!sah bukan puteri bunian!)
  • Ctzura nih nampak jer pendiam tapi otak penuh cerita nih..(cewahh,cam pakar motivasi je aku kn)
  • Nanti aku rasa kalo nak gi miri aku nak serbu umah dia.hahaha..(jaga ko ct..siap ko kena buat puding beruang)
  • Ohya,aku lupa dia ada sepasang anak yg chumel2 belaka.(aku nak kata husband dier chumel gak tp kang dier tendang aku naya plak)
  • Ohya lagi sekali..dia nih sebaya ngan aku daa..beza umur bulan2 jer...err,aku tua sikitttt je.heh (err..diulangi,tua sikittt jer tau..hakhak)
3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri
sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

Beberapa fakta/hobi 'lagi' mengenai aku:
  • Sila rujuk tags dibawah...errr,x boleh eh?eheh
  • Seorang yang simple & berfikiran terbuka (angan2 dulu nak jd pakar psikologi..heh)
  • Suka gelak,suka nangis(alamak,bocor rahsia aku)
  • Suka kumpul majalah(ada gak benda nak anak aku sepah2kan)
  • Suka masak2 tapi kena kontrol makan(badan cepat naik..huhuuu)
  • Benci ngan samseng jalan raya(gelaran baru mat rempit kan)
  • Rindu giler babas kat geng2 masa sekolah dulu..huhuhuhh.. (rata2 dah jadik mak org)
4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan pada
mereka diblog anda....
  1. Kak Intan
  2. Nana
  3. Ela
  4. Ain
  5. Ita
  6. Noorsha
Dan Extra juga kepada semua yang sudi tinggalkan COP MOHOR masing2 kat bahagian FOLLOWERS..
Terima kasih banyak2 sebab sudi tinggalkan cop kat situ..
Sudi2kan laa amik award di atas tanda perkenalan..tak amik pun kite x kecik ati..
Tags tu kalo rajin jawab lagi best..senang nak kenal rapat lg kan kan.. =)

Sudi2kan lah eh...tQ =)

Thanks to Ctzura yg sudi pass award n ngetag skali..heehee..
Diharap berpuas hatiii..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Award dan Tag[2 in 1]

Salam sumer..
ari nih nak collect award...errrr,dan di tag juga dari sulela
Ntah2 korang plak kena pasnih..haha..

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:
  1. Aku 'kenal' kat alam maya jer dulu nih..dlm peringkat kenal mengenal lg..
  2. Aku tau pasal seni amirugumi dan mcm2 seni pelik2(kehkeh..)dr blog dia
  3. Aku tau pasal udang lipan(sebelum nih aku ade post) kat blog dier gak.ms tuh aku x sure nama udang nih..
  4. Lagi,dia suka jer nak tayang hasil kraftangan dier yg kretip tuh mbuatkn aku yg x kretip nih kejelesan gak..hakhak
  5. Paling suka pasal dia,dia suka nyemak kat petak komen n3 aku..tengok laa carta komentator tuh.dia paling ngetop.ehehe..tQ lela!
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:

Fakta ATAU hobi sendiri eh..
  1. Fakta: Dah berkahwin
  2. Fakta lagi: Ada seorang suami (hiiihii..)
  3. Fakta lagi skali: Ada 3 orang anak (sorang ultraman 2 powerpuff girls)
  4. Yang ni mmg Fakta: Kahwin di usia muda..(sekarang pun muda lagi kan..ahaks)
  5. Err..Fakta ke ni?: Sukaaa sangat kaler biru(korang kalo nak bagi hadiah carik kaler biru tau!ahahak)
  6. Ha..Yg ni Hobi: Suka mencuba resepi baru @ meng'edit' resepi sedia ada nak bg lg sedap@lagi mudah..hee
  7. Fakta kot?: Seorang yang pemalu(thii..hii..hii) tp brutal gak(suka lasak2)
  8. Fakta gak: Suka bercakap tapi khuatir terlebih cakap dan terbuat orang sakit hati ke..
  9. Hobi lagi: Baca majalah2 yg aku suka..terutama berkenaan kesihatan dan pengetahuan
  10. Fakta dan Hobi: Suka berkawan dan mencari kawan..peaceee!
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

  1. Dayang_Jack ->Selalu merempit ngan dia kat myr,skrg dier cuti2 dulu..hehe..oh ya,dia kimsalam kat sumer kawan2 myR..sila jawab kalo korg kenal nama dia ehh..hee
  2. Ctzura -> Geng ngendeng gi umah orang nih..hehe..nanti kite dating kat miri nak?hihi
  3. Jiya -> Aku gelak2 jer gi umah dier nih..gamba cantik2.Tp dia kata dia mls msk2..hahaha)
  4. Ika/Ijah ->Ika kan rajin menaip..hihii.kuat ngendeng dier nih.kakaka
  5. Mr.Penyu Biru -> hakhak..aku mmg x abis gelak kalo gi blog mamat nih.byk blaja ngan dia.
  6. Syahadah ->Baru nak kenal lbh rpt lg..tp suka bace n3 beliau gak
  7. Hanim -> Anak bujangnya yg bergaya..sila2 ler tengok keletahnya..hehe
  8. Princessfrogy -> Seorang katak yg chumel..hihiii..suke loncat2 ke blog dier
  9. Kak Maria ->Nurse yang rajin memasak sedap2..merayau selalu ke sini
  10. Ynn->Budak remaja yg rajin memasak sbb nak kawin awal..hahaha..ampun dikk! :P
Adoii..aku pilih 10 secara random jer..nak pilih makyung tuh dah penuh bakul tags dier kot.
Pasnih ada lg satu 2 in 1..kalo server ok nak sambung gak..
Tengok sapa yg kena plak.. :P
Thanks SULELA.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 22, 2009

Kari Ayam Cara Kampung

Lauk ayam masak kari paling kerap menjadik menu kat umah nih..
Sebab menu nih memang x jemu2 dimakan oleh kitorang sefamily nie..
Ayam cara lain(selain digoreng),memang mudah 'lejuk'(jemu) kata orang sarawak.hehe

Mula2 share resepi kat myr aritu aku letak tajuk Kari Ayam Kampung..
Ramai plak salah faham,ingatkan kena guna ayam kampung..
Sebab tuh aku edit jadi seperti di atas..
Aku cuba sampaikan tuh cara masak ayam bandar nih untuk mdapat rasa ayam kampung..
Nak kata sama 100% tuh x logik laa kan..tapi iras2 tuh ader..
Kira cara yang sama boleh dibuat untuk buat sup ayam masa dalam pantang..

Cuba tengok resepi nih:
* 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
* 2 cm Halia*
* 2cm Lengkuas*
* 2-3cm Kunyit Hidup*
* 2 Ulas Bawang Putih*
* 4 Ulas Bawang Merah*
* 1/3 sudu mkn Belacan*
* 2-3 Btg Serai-Diketuk
* 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
* 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
* 3 sudu makan Kerisik
* 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
* 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
* Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
* Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
* 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
* Air Secukupnya

Cara-cara

1. Mula2,nyahbekukan ayam dari peti ais.Jangan potong dahulu..Bakar di atas api sehingga kulit ayam keperangan(kalo boleh smpai kelihatan bminyak)tp jangan sampai hangit.Jika guna ayam daging mungkin sedikit berlemak jadi buang bahagian yg berlemak terlebih dahulu.Bakar keseluruhannya..(guna penyepit masakan jika tiada dawai pemanggang)-Bakar dlm oven?Tak sedap... -aku pun bakar atas dapur gas jer..heee

2. Dah siap dibakar,bahagian kulit ayam yg berlemak boleh lah dibuang. Potong ayam tersebut pada saiz sederhana kecil [dlm 8 bahagian utk 1 peha(bgantung saiz ayam)]-Cuci bersih dan toskan.

3. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar.

4. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma.

5. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api.

6. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya]

7. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya

8. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee

9. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang.

10. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula.

11. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut)

12. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu..

13. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda.

Boleh tengok kat SINI yer..
Kemain details cara2 aku taip tuh..saja2 laa nak senang bagi orang paham..terutama yg baru berjinak2 dlm bidang masak2 kan..eheee

Tapi selalunya resepi panjang2 nih orang jarang nak tengok walaupun sebenarnya simple sangattt,so malas nak cuba..sebab tuh akan banyak keluar soalan kat petak komen..kan?hehe..
Tapi tak kisah,dah memang tak faham..suka jer nak jawab kalo benda yang kite tau kan..

U/p: Aku jarang letak santan dan kerisik tauu..hehe

Note: Thanks kepada mereka yang sudah mencuba resepi ini..love ya! =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rich Choc. Pudding

Salam Jumaat..
Hari ini cuaca panas terik..
Sibbaik dah ada standby dessert nih dalam esbox..
Buat lewat petang semalam..

Resepi nih dr kak jun di myr..thanks to kak jun

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan susu tepung
* 1/2 sudu teh garam
* 4 1/4 cawan air
* 4 sudu besar tepung jagung
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 sudu besar butter
* 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

4. Untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
Mudah nak membuatnya, kan??
Mulanya nak buat kat acuan kecik2 tuh..tapi..malessss nak kuarkan sebijik2..huahuaa..

Puding nih betul2 kaya dengan rasa coklat tau..apalagi dimakan sejuk2..emmmpph
Dah ramai yg try resepi nih dan mengakuinya..
Haaa..sapa2 nak merasa tuh,ada lagi dalam esbox tuh..
Pergi laa amik sendiri...amik sampai abis pon takper..
Kita tak kisah nak buat lagik..hihiii
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 21, 2009

Ketupat Sotong

Hari tu tengok tupat sotong kat umah kak nor dan kak yatiezaini.
Teringin pulak nak merasa..ngendeng2 pun orang x bagi juge..
Sibbaik x kena baling ngan besen..huhuuu
Memula saspen gak,takut pulut tuh x masak..tp alhamdulilah..sedappp

Selalu dah cadangkan menu nih kat hubby.Tapi..macam tak rela jer dier..
Kalo masakan nih dier memang kurang gemar yang manis2 sikit nih..
Tapi kalo makanan lain seperti kek atau dessert yang sememangnya manis suka pula dier..hehee..
So buat sikit jer..hubby pun tak lunch kat umah kan
(aku je yang makan,anak aku pelik tengok nasik dalam sotong..sungguh terserlah kejakunan anakku ini)huhuuu..

Suka betul kalo sotong yang bertelur tau..hehe..tengok dah ilang separuh!uhuu..

Layan jelaa resepi yana dari myr nih..Thanks to yana.. :)
cuma daun pandan aku skip sebab takde..heee

Bahan-bahan ( 10 - 12 ekor )

* 10 - 12 ekor sotong sederhana besar
* 1 cawan beras pulut
* 2 - 3 cawan santan
* satu hiris halia di mayang
* satu kuntum bunga cengkih
* sehelai daun pandan - dicarik2
* satu keping gula melaka
* garam
* gula
* pencungkil gigi @ lidi

Cara-cara

1. bersihkan sotong
2. bersihkan beras pulut, sesudah itu rendam beras pulut dengan santan dan sedikit garam.
3. rendam sekurang kurangnya 30 minit, lagi lama lagi bagus.
4. setelah itu, isikan beras pulut kedalam sotong. jangan sampai penuh.. lebih kurang 3/4 je
5. setelah di isi dengan beras pulut boleh lah dicucuk dengan lidi @ pencungkil gigi di bahagian atas. blh juga diletakkan kepala sotong, jika suka.
6. bila dah selesai, susun sotong ke dlm periuk. masukkan sekali lebihan santan tadi.
7. masak di atas api sederhana besar, masukkan sekali halia, daun pandan dan bunga cengkih.
8. apabila dah mendidih, masukkan gula melaka. tambah gula dan garam mengikut selera anda. biasanya kalau kat kelantan ketupat sotong ni lebih kepada rasa manis.
9. apabila beras pulut dah masak, boleh la dihidang untuk minum petang...

SELAMAT MENCUBA
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sotong Goreng Tepung


Hari ni makan tgh hari berdua dengan kakak(my doter yer..not my sister)..
Banglong(my oldest son ye not my brother) tak balik lunch,ade aktiviti kat skul..
Kuar la menu yang jarang aku buat sebab cik abang x berapa suke..(yg kering2 nih)
Hari ni cik abang takde ada urusan ke sibu..
so aku goreng sama itu sotong kawin dengan tepung..
Extra menu untuk kakak, telur masak minyak(telo goreng daaa...)heee..
rindu nak makan sotong pasar malam..
huhuuuu...

Aku ratah jer sotong nih..tepung x berapa tebal sebab malas nk keringkn betul2..wahaha..
layan resepi Che Iza dr myr..c n p jer..thanks iza

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 300 gm sotong
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sk baking powder
* 1 biji telur
* sedikit garam
* lada sulah

Cara-cara

1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Aiyahh.Windu laaa sama my laling...Sudah 10jam tidak jumpaa..
Uwaaaa...uhuk..uhukk
Tadi kol sempat gak bg list barang2 minta tolong shoppingkan barang dapur skit..hihiii.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Crispy Fried Bread

Salam untuk hari khamis..
punya laa susah nak upload pic nih..
Bestnya korang yg takde masalah server langsung tuh..huhu..jeles tau!!
Brekpes pagi td,nak ngabiskan stok bread nih laa kejadiannya..
Resepi ni dah share kat myr..



Sebenarnya roti nih rangup dimakan,tp kalo ada yg buat tak jadi rangup mesti sebab terlebih letak marjerin tuu..
Takpun sebab melanggar pantang larang..hehee...takde lah,tipu jer.
OKlah,layan resepinya..c n p dr myr

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Resepi nih juga boleh tengok kat SINI
Thanks kepada mereka yg sudah mencuba n anta laporan..

P/s:Boleh dijadikan menu emergency untuk tetamu yg tetiba dtg..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 20, 2009

Bihun Goreng Bersama Bendi

Ada tak antara korang pernah makan bihun goreng bersama kacang bendi?
Nih idea my hubby...dah terjangkit sukeeee...
Kitorang nih gemar sayur bendi..so memang rasa best n sedap..
Yang penting sayur bendi nih kena cuci dulu sebelum potong..untuk elak lendir berlebihan..
nak naip resepi maleh plak..mate berat dah neh..heee..
Nak try msk mcm resepi biasa,cuma letak bendi jer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cara Menyediakan Bihun Yang Lembut

Sila Ambil Perhatian kepada sesiapa yg bkenaan..hehe

Satu ketika dulu..dengar encik hubby request nak makan bihun goreng mcm mimpi ngeri jer..
Dah terbayang bihun yang bakal jadik..Kengerian bertambah parah bila hubby cakap bihun goreng sebenarnya peberet dier..macam beku jer darah jap..
Mana taknya,selalu jer bermasalah nak goreng bihun nih..jarang2 sangat menjadi seperti yang dimahu...suamiku ini pula berkenan sangat dengan bihun lembuttt sahaja,bukan lembik..Erkkk!

Kalo baca arahan kat peket bihun biasanya suruh rendam n tos jer..bleh rendam ngan air sejuk atau panas..tp arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk,alahai lama gak ler..seorang kawan bagitau emaknya mmg biasa rendam air sejuk jer sbb takut terlebih lembik kalau guna air panas..

Ini kemungkinan2 yg biasa berlaku pada bihun goreng,kdg2 kat restoran pun leh jumpa!:
  1. Bihun keras kejung-ala2 tangsi gitu..yg org guna utk mancing tuh..hahaa..
  2. Terlampau lembik..adehh berpintal2!
  3. Dah ok..tapi bihunnya putus2,bahan2 kadang2 masih berketul dan tak sebati
  4. Terlebih masin!
So,pergilah berguru(sebenarnya tengok mase dier buat) kakakkite yg dah biasa menggoreng bihun n mee goreng..
Sekali goreng bihun tuh sampai 5-6 bungkus..kite ni estimate 2 bungkus jer..lenguh tangan weh..beratt..(nih biasa alasan kat kakak kalo dia mintak cover ngacau bihun jap..mmg x brp larat nak kacau goreng tau..hehe)
Dia goreng bihun lembut jer..tak keras tak lembik..

Tapi itu cerita dulu..sekarang tidak lagi.. :P

Jadi,Hari ini nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut seperti sepatutnya dan tidak seperti tak sepatutnya..hehe
Bagi yg dah terer tuh..nak share idea pun boleh juga ya..kite nih budak tgh belajar gak..heheh..

Cara2:
  1. Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan tau..Kadang2 ada bihun yang rendam kejap jer dah lembut.Ada yang rendam lama pun,ia x lembik2 gak..lambat lembut..sementara tu bolehlah kupas bawang2 atau sediakan bahan2 lain.. /kalo guna air sejuk sila abaikan tips ini.. (edited)
  2. Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tak..test dengan angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit2an gitu.kalo senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..hehe.kalo tak bihun anda akan kenyal juga mcm tangsi..
  3. Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja(nih yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya yer..angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat je..hehe..
  4. Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..
Bagaimana nak dapatkan Bihun Goreng yang panjang2 dan tak putus2 lak??

Ok..Nih hasil cubaan sendiri sebelum ni..kalo kakak tuh dier guna sudip jer,zup zap zup zap..tu kdg2 tgk terputus2 gak..hihi..saya yg amatur nih kena laa amatur juga gayanya kan.hahak..
  1. Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng tu,kite potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
  2. Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalo guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau tu garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
  3. Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum yer..untuk mengelakkan terlebih masin.
Cara2/ tips ini amat membantu saya..harap dapat membantu anda juga..penggunaan ayat agak skema supaya senang difahami..kalo tak faham,sila tanya yer.hehe..kalo ada tips tambahan meh ler kongsi2..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Udang Masak Nenas

Ya Ampunn..udang lagi?nih ika yg nak nihhh...Ikaa..nak udang kan?tp semangkuk jer ader nih..hee..sila2 lerrr..
Nih try resepi kak yatt aritu..tergendala nak bagi ika,ctzura, mak yung dan sapa lagi nak udang aritu eh..ekeke..
Makyung x berani makan nih sebab ada nenas kot..hehee...
Ika,sebab tergendala..'terpaksa' laa kak sue makan sendiri..kensel nak bagi,sowiee..huahuaa :P

sedap tauu..guna nenas fresh,kebetulan ade plak aritu..Emmpph..kuah dier makan ngan nasik..isi udang pulak fresh..iskh2..

Jom semak resepi kak yatt nih..c n p dr myR..thanks to princessharyati


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* 12 ekor udang besar
* 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
* 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
* 2 ulas bawang putih dimayang
* 1 diji bawang besar dimayang
* Cili sos
* Daun bawang
* Gula dan garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.

2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)

3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 19, 2009

Diriku Kembali.. baru nak amik award..heee

Salam Kembali setelah beberapa hari menyepi..
Ada yang perasan, ada yang tak...tapiii nak gak bagitahu..
Kite kan..dah beberapa hari tak bleh online..
Well,masih cerita laptop dan broadband..malas nak cerita dah..hahaa..
Tapiiii..lepas nih insyaAllah..takde ape2 lg,kalo 2,3 ari ilang lg memang merajuk ngan broadband ler tuh..huhuuu...
Ditambah2 lagi dengan kesibukan..ntah ape2 jer..adoi,banyak benda nak citer berasak2 nak kuar dari kepala sampai tak tau nak taip mana satu dulu..ahahak..
Cuma nak bagitau..thanks pd kengkawan yg sudi view bloG ini,tinggalkan mesej kat cbox..dan yg komen kat n3..thank byk eh,ada gak cucu2 aku nak bace sok.haha... :P

Oh ya!citer pasal cbox..si oggix dah dibuang kerja sebab selalu sangat ngular+malas di'shout'kan dan selalu tido waktu bertugas..Timakaseh pd yg rajin ngomplen..hehe.Sekarang jawatannya sudah diganti dengan cik cbox yg ceria..pantas dan xyah tggu beberapa minit nak post lg.cuma kdg2 dier khayal jap,kate sending failed tp bleh post plak.So,harap semua gembira dengan kehadirannya..mesej anda suka je nak baca..sila2 laa nyemak kat sana yer..kalo ade benda mcm x best jer kat sinii,sila kemukakn ok...timakasih..hee ;)

Nih baru berkesempatan ler tergedek2 nak ngambik award/keahlian kat umah cik adik 'princessfrogy' nih..

Puteri katak nih aku tringat ngan akak aku yg juga 'puteri katak'..
Semua laa eksesori katak dier wat koleksi..
So kitorg pun kalo jumpa kat pasaraya ke mana2,ade eksesori katak yg comey2 tuh mesti belikan dier..hehee
So aku rasa princess frogy nih spesis sama laa cam akak aku tuh..cuma nih versi adik lak..heheee...
Tq dik puteri katak..ekceli nih bukan award..membership puterikatak laa nih..sori lmbt amik yer.. =)

Nih plak award dari Hanim..

Pernah dapat award sama sebelum nih,tp x kira nak amik gak sebab org dah bagi kan..hehee
Hanim nih kalo aku tengok anak dier Danish yg comel tuh nak jer aku sikat rambut anak dier ke tepi..hihiii..Saje jerla nak nyakat bebudak nih kan..
macho jer dier make up anak dier,stail ape ntah bebudak skrg panggil tuh..(mcm ler kite dah bangka sgt eh)
Dulu anak bujang aku selalu gak sikat rmbut gitu..tp skrg mcm malas jer dier nak guna gel rambut tuh..huhu..
Thanks hanim..bg award nih eh.. :)

Alahai..takde idea jap nih..ntah ape2 aku taip kang..
Nak merayau gi umah orang jer rasanya..tp mata ngantuk jer nih..uhuu..
Later2 bleh lg kan.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...