Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, March 4, 2012

Kek Suji Oren Berkalori Rendah..

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di hari Ahad yang cerah.. :)

Kek ni,sesuai sangat untuk orang2 diabetes, darah tinggi, sedang diet tapi nak makan kek dan orang2 yang tak suka manis2.
Sesuai dengan nama kek ni juga la kan,memang bahan2 digunakan pun memang rendah kalori..jadi jangan komen tak sedap macam kek yang biasa korang makan kat secret recipe lak..tu nak kena tangan namanya tu..eheh.

Kot2 ada yang tercari2 resepi kek yang sesuai untuk orang2 yang berpenyakit seperti aku sebutkan tadi ..mana tau ada sedara mara ke,sesapa ke kan..boleh la korang buatkan kek ni untuk dorang..rasa kek ni lebih best bila disapu sirapnya tu...kalau tak buat dier tawar n kering la sket kan..tapi masih boleh dimakan la.. cam dalam gambar ni aku lum sapu ngan sirap lagi..den lupo..heee..
kulit oren tu pulak memang menambah perisa. Jangan parut sampai kulit putihnya yer,takut pahit lak.

Resepi ni aku rujuk dari buku Shadow Kwan yang bertajuk Manisan Berlemak Rendah. Jadi tak semestinya semua kek menggemukkan atau tinggi kalori yer.
Kek ni aku buat sempena nak menghabiskan stok tepung semolina aku tu..dalam pada tu memang dari beli buku ni dulu nak cuba resepi ni tapi takde stok tepung ni lak..
Okeylah,untuk rujukan bersama,aku kongsikan resepinya di sini..selamat berdiet!hehe..

Kek Suji Oren Berkalori Rendah
Resepi Asal:Shadow Kwan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2 biji telur
50g gula halus
60g tepung suji
20g tepung bergluten rendah -hasue guna tepung hongkong
2 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar jus oren-dari buah oren
2 sudu besar minyak sayuran

Cointreau Syrup:50g air,1 sudu bsr cointreau(pati oren cam sunquick pun ok),15g gula

Persediaan Awal:
  1. Panaskan oven 180c
  2. Gris dan alaskan tin pembakar 7 " x 2.5 " dengan kertas pembakar,ketepikan.
  3. Ayak tepung suji bersama tepung bergluten rendah,ketepikan.
  4. Panaskan minyak sayuran lebih kurang 5 minit,ketepikan.

Cara2:

  1. Pukul gula dan telur sehingga pekat dan kembang.
  2. Tambahkan campuran tepung dan suji. Masukkan parutan kulit oren dan gaul perlahan dengan senduk plastik
  3. Campurkan minyak sayuran dan jus oren.Kacau sebati dan segera tuangkan ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit atau sehingga permukaan kek nampak keperangan. Keluarkan kek dan cucuk dengan lidi,ia masak jika lidi keluar bersih.
  4. Untuk membuat syrup cointreau:masak air dan gula hingga larut,padamkan api dan masukkan Cointreau. Sapukan kek yang baru dikeluarkan dari oven dengan syrup,potong dan hidangkan..
Kejadian kek yang gebu..yang penting ia berkalori rendah! selamat mencuba.. :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 2, 2012

Kek Span Pelangi ..versi Angry Bird

Assalamualaikum.. ^_^

Korang pasti biasa dengar atau baca orang kata, jangan suka marah..nanti cepat tua. kan? Begitulah yang terjadi kat angry bird aku ni..sebab suka marah,tu yang dia jadi kerepot tu..angry bird kat kek orang lain sumer awet2 mude belaka..tu mesti diorg pakaikan botox tu,tak pun pakai susuk kan?ahahak..*ayat jeles
Yang sebenarnya tangan nih tak cukup lembut lagi..rendam soflan berbotol pun tak lembut2 gak. Jadi angry bird pun jadi tua sebelum usia..nasib badan laa kan..
Agaknya sebab tu ramai yang lebih suka guna fondant untuk deko2 tempahan..lebih kemas dan elegant gitu.. Takpe2,kite bertatih2 dulu yer.. ^_^

Buat kek ni masa ngengada rajin sebab semua ahli keluarga ada masa tu..cik abang pun baru balik dari luar kawasan kan. Buat ni pun secara spontan..buat merasmi turn table ku itu pun yer juge..ada laa buat bukti kat incik suami yang kite ni bukan sekadar beli2 ajer..tapi kite guna apa yang kite beli kat kedai bakery tu.. aa,lepas tu kalo nak simpan lama sikit takpe dah kan..ehehe..ajaran sesat betul.
Kita yang tak pandai2deko ni elok laa praktis2 kan..tu yang cuba2 deko kek yang simple2 lagi..tah bila nak cuba yang rumit sikit cam orang lain buat. Tapi bila anak2 tengok,excited juga sebab nampak angry bird tu..sibbaik diorang tak cakap aku ngah lukis barbie ke,popeye ke..ahahak! :D

Sila betulkan saf anda..kalau nak gelak secara berjemaah pun takpe..memang herot berot jer muka angry bird nih aku kerjakan..dah laa lukis direct atas kek,kan. Guna whipped cream jek..ngee..
Baru nak start lukis tu,kena pause kejap lak,iklan..sebab zhariff nangis,lepas tu baru sambung balik..hihi. kek ni makan buat sarapan la pulak masa tu..lembut dan gebus..sebelum ni pernah buat dah kek span versi pandan kastad..boleh google dalam blog ni atau blog rakan2 pun ramai yang dah cuba.

Meh potong kek nih,tengok keratan rentas lak..kot2 ada yang nak tengok ke'pelangi'an kek ni camner kan..

Jeng jenggg..kaler biru? mesti adaaa...heh! Semua pewarna2 ni aku beli di kedai bakery ingredient (KST)depan Mega hotel,Miri.. saje siap2 bagitau kot2 ada yang tertanya2.. :)
Semua warna ok bagi aku,cuma merah jer belum menyerlah sangat..


Oh yer,resepi ni aku adaptasi dari resepi sweet4ever yang asalnya kek span pandan atau keladi..
Sebelum ni ramai rakan blogger buat kek pelangi kan..ada tak yang guna resepi sweet4ever nih untuk dipelangikan gak?maaf la yer kalo tak perasan..cuma masa kak Anim tayang kek pelangi(rainbow cake) dulu,terbayang2 aku kegebuan kek ni kalau di pelangikan.hee.. Apa2pun terima kasih buat sweet4ever dan rakan2 blogger masakan yang bagi inspirasi nak buat kek pelangi kaler2 nih..
Jom semak resepi..aku dah edit secukup rasa untuk rujukan sendiri dan kot2 ada yang nak mencuba ke,kan..
Kek ni bukan jer mudah nak buat,tapi sedap dimakan..sesuai untuk kek harijadi gitu.

Kek Span Pelangi
Resepi Asal: Sweet4ever@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
Pelangi yang cuma ada 6 warna..kira ok laa rupanya tu kan,untuk wat makan2 sendirik..hee.. Nak sepotong? Dah habesss daa..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 1, 2012

Muffin Marble Chocolate Chips..untuk minum petang

Masuk bulan Mac ni macam pasang azam jer sebagai blogger at least nak buh satu hari,satu entri atau lebih, semangat ko..walaupun tenet cap kuye2 nih masih mengekalkan identitinya.sebab tu dari pagi tadi beria upload gambar dalam entri tapi bukan masalah nak upload jer..nak connect pun tak dapat..sampai ngantuk dan pengsan kejap sebelum tengah hari masa tidurkan zhariff..heh..
Bukan apa keletihan sikit,semalam incik suami ajak main badminton..dah lama tak main kat court..bertahun2 gak laa..sebelum ni paling tidak main depan laman jer ngan abang long. Jadi kekok gak laa memula kan..hehe. Sebab tu letih jer badan..agaknya lemak2 terkejut tiba2 diajak bersenam lama sikit.muehehe..

Minta maaf ye pada yang bertanya soalan kat entri tapi tak terjawab2 lagi tu..harap bersabar dan kalau urgent sangat bolehlah tanya kat PM di FB. Tu pun tak janji nak jawab segera sebab bergantung dengan kelajuan tenet dan masa terluang untuk me'refresh' ni ha.. sabo jela kan.ngee

Buat muffin ni petang semalam..eh,entri mungkin berterabur tak ikut turutan mana yang buat dulu dan kemudian yer..ikut mood tuan tanah jer nak buh entri mana.ehee..kadang2 dah upload gambar tapi takde idea nak pot pet tak blogger lak rasa kan. Kalau hari Rabu,boleh gak buh wordless wednesday..tapi ada pulak yang tak puas ati kang..tu kak Anim laa tu..eheee.. tapi betul gak kadang2 kan,suka jer baca celoteh rakan2 blogger yang kita kenali di alam maya nih.. ;)

Hasil skodeng dari dapur Kak Nor yang suka mencubit garam aritu..lepas skodeng tu aku lum terasa nak cuba,tapi petang semalam cam teringin2 jer kan..
Kejadian ek ni macam kata kak nor lah,memang tekstur cupcake,tapi dah nama orang letak mapin tu kite ikutkan ajer laa kan.. rasanya kalau gi bakery kita leh beza yang mana muffin dan yang mana cupcake,kot2 ada yang masih konfius yer.
Tapi apa2pun memang sedappp tau..

Kalau tengok kat bahan takde esen pandan,tetiba kat cara membuat tu ada lak..hehe...jadi ikut suka kite laa ek..aku buh ekstrak pandan(perisa dan pewarna sekali),coklat tu buh serbuk koko dan yang warna asal aku buh 2 titik butter oil..aromanya,pehhh!

Minta izin laa kepada semua penyumbang dan pengedar resepi ni untuk rujukan di hari tua yer..maaf sebab derhaka sikit...hee..tapi memang mabeles dan yang lagi best,simple n sedap! Terima kasih semua...

Resepi di bawah aku edit sikit untuk rujukan sendiri tau...bila aku letak 'by' tu..maksudnya yang dalam blog ni gambar muffin yang aku buat ler..gitu gak dengan resepi lain..untuk rujukan asal resepi,sila klik pada link yang ada pada nama mereka..

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri, -hasue guna tepung gndum+1/4tsp baking powder
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
-hasue bahagi 3 warna-1:plain dan buh 2 titik butter oil,2:pes pandan,3:serbuk koko
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.-hasue tambah kacang walnut
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.-hasue bakar 25 minit suhu 175c


Kejadiannya 12 ketul..tu yang tak tinggi sangat.Sedap makan masa baru masak tu,suam2..yumm2.. nyaris tak sempat posing..licinnn!hehe..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...