Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, February 4, 2011

Resepi: Kek Puteri Dangdut

Hari ini bersiaran secara langsung dari kampung..semalam balik kampung dan blog pun tak terupdate..nak buat entri berjadual tapi nak upload gambar pulak failed.
Malam tadi buat kenduri kesyukuran n doa selamat sikit untuk si kecil zhariff.. dan doa selamat untuk seisi rumah lah..semoga selamat segalanya..aminn =)

Nampak kek yang sedang berposing nih? Kalau tak bagitahu mesti ada yang ingat ni adalah kek coklat kan? Tapi kek ni tak menggunakan coklat langsung dalam bahan2nya..
Ini adalah resepi kek tradisi Sarawak yang semestinya menggunakan browning sugar ataupun dalam bahasa melayunya disebut gula hitam.

Jika kurang biasa menggunakan browning sugar ni pastinya akan tak yakin sikit nak guna yer, browning ni sesetengahnya berkondisi pekat likat melekat dan agak leceh nak guna. Kalau yang benar2 pekat,kena tambahkan sedikittt air panas agar ia mudah sebati dalam adunan dan tidak berketul.

Rata-rata resepi kek sarawak menggunakan sebotol(dalam 180g) untuk sebuah kek.
Sebagai pewarna,ia tidak berfungsi seperti pewarna lain..yang digunakan sedikit sahaja tu..tapi browning sugar ni,makin letak banyak makin cantik laa hitamnya kek itu nanti. Tapi jangan laa marah sangat sampai letak bertong2 lak yer..kalau setakat sesudu dua,browning sugar memang tak menyerlah langsung..untuk sebuah kek la ek.
Paling terserlah kehitamannya dalam kek yang popular di sarawak seperti kek hati pari, kek belacan,kek negro dan sebagainya. Kek-kek yang berwarna hitam begini amat memerlukan browning sugar dan susah untuk menyamakan dengan pewarna yang lain.

Ops,suka aku nak ingatkan..nama2 kek Sarawak dulu2 memang unik yer..malahan nama2 kek inilah yang membuat kek Sarawak mudah dikenali.. =)
Jika anda penggemar kek2 sarawak,dan masih belum mencuba kek2 kukus..sebaiknya cubalah buat sendiri,sebab amat jarang orang jual kek kukus ni disebabkan kurang tahan lama..tapi keenakannya berbeza dari yang dibakar..
Kemanisannya pula boleh laa adjust ikut selera sendiri .. :)

Jom tengok kek ni bila dipotong..
Tarraa..memang moist tauu..yang ni aku tambah sedikit serikaya dan kurangkan sedikit gula..buat nih untuk seorang kawan berbangsa cina yang sambut perayaan thn baru cina..hehe..dah dia berbangsa cina takkan sambut thaipusam lak kan!

Resepi ni aku dah kongsikan lama dulu kat myresipi.com dan ada beberapa orang rakan yang sudah mencubanya..boleh tengok kat SINI(klik) yer..

Kek Puteri Dangdut
By:HaSue

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml

* 450g mentega berkualiti
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
* 10 biji telur
* 1 gelas tepung gandum
* 2 gelas horlicks
* 1 tin kecil susu manis
* 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)
Kek ni perisa horlicks ..nak lapis2 pun boleh juge..senang amat nak membuatnya..sementara kukus kek nih kat tingkat bawah,aku buat kek lapis kat tingkat atas..hee..so bila dah siap dapat laa 2 bijik kek.. =)

Sebab nak bagi orang,kan..so potong yang tepi2 tu jelah..takkan nak potong sampai setengah loyang kan..hehe..
Plan nak buat untuk makan2 sendiri tertangguh lak aritu sebab kebetulan line tenet laju..jadi,eheh..paham2 ler.hii..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 2, 2011

Resepi: Udang Goreng Nestum

Lama dah nak mencuba resepi udang nestum ni..sibbaik resepi nih tak jadik tapai..lama sangat peram kan.
Tapi tak rugi cuba tau..aku guna udang galah jer...ulang suara,'udang galah jer..' *jeling2 kak nor ganu.. akak dengar tak kak?ke nak ulang lagi sekali?kehkehkeh..

Buat pun bukan untuk lauk makan nasik..nak wat ratah aje..sedap wehh!
Kalah restoran pak manap tepi sungai tuh * ade ke pak manap bukak restoran tepi sungai?
Ah, x kesah la..tapi motifnya nak bagitau menu nih sedap je..pak manap tu cuma pak pacak dalam cerita nih..huhu..

Tanpa buang masa,jom tengok resepinya yer..kalau dah berkenan,jangan laa tengok aje..pergi la cuba..buat pedas2 sket terangkat dibuatnya..sibbaik dapat turun balik..

Resepi ni dikongsikan oleh zeera di myresipi.com..tima kasih zeera.

Udang Goreng Nestum >> Zeera

Bahan-bahan:

• 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili padi
• 2 tangkai daun kari
• 1/2 cawan susu cair
• 4 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung beras
• 1/2 cawan nestum
• Garam dan serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng
• 3 biji telur

Cara-cara:

1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...

Nampak tak udang kat mana?hehe...

Esok dah nak raya cina kan? sesuai juga ni wat hidangan buat tetamu2 yang datang ke rumah..satu lagi cara masakan udang yang menarik..

sedap woh kalo dapat makan udang fresh gini..yummm..yumm! :P

yeyeyy..esok hali layaa...selamat tahun baru cina buat kawan2 berbangsa cina..angpow laiii!! ;)

*Packing barang nak balik kampung awal pagi esok..x abis2 lagi nih..adeh...camner nak abis packing kalau kejap2 ngadap fb,kejap2 ngadap blog..huhu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 1, 2011

Resepi: Oreo Cheese Cup Cake

Aik?lom terpublish lagik entri yg satu nih rupanya..jap,jap..aku klik 'publish post' ek...

Teng!teng!tenggg..nih Oreo Cheese Cup Cake(OCCC) versi kamikaze namanya yer puan2 dan tuan2...eh?mak datin pun ada ke?hai mak datin..datang sorang?Datuk tak ikut skali..?heh ..mak datin youuu...jenguk blog aku.*hanya rekaan semata2 ;P

Okay2..Nii..nak citer sikit ni,aku dengan redha jer korbankan cream cheese last stok disertakan harapan menggunung agar cupcake nih menjadi..siap nawaitu,'sesaje jer aku membakar kek cheese ini..tak santek pun takpe,janji masak dan boleh dimakan'...ayat berserah tuuu..huu

Ops!opp..wedeminit.bukan tak yakin dengan resepi tauu..tu haa,oven aku kan masih dalam kondisi nazak lagi..tapi nekad sangat nak buat cup cake nih..sampai tak tertunggu oben baru tiba..hee..
Walaupun agak mencabar gak bekerja dengan ovenku itu..sampai dengan papercup sekali dibakarnya(sabo je la),tapi hasil cake cheese oreo ini tidak menghampakan..
Sedaaapppp sesangat..! Tak sia2 kak zana n mama hawa buat ngences tempoh hari..haha.
Siap langkau beberapa resepi dalam list semata2 nak buat cup cake nih..
aa..aku kate nak citer sikit je tadi kan..
Meh cekedaout resepi pulak lah..taknak?kalo taknak gi sana..duk dendiam jadi mak pacak pun takpe,nampak meriah skit blog aku..kihihih

Resepi nih aku amik dengan sewenang2nya dari rumah kak zana,resepi asal buleh tengok kat belog kak wan(siap dengan langkah2 membuatnya lagik).
Jadi terima kasih buat semua yang terlibat..tunggu laa oven tu ikut balik umah kang,aku nak wat lagik..siap pakai gincu ke bedak ke nak bagi santek2..

Ingat yer,resepi asal klik kat link kak wan kat bawah ni,aku ikut resepi yang dah diedit nih..oleh,sapa ek..lupa lak..jap aku cek. Haa,ChikadakBiru..so,CB is standing for Chikadak biru ok?get it?eceh..sekiping london kao..

Pendek kate,klik jer la link2 yang biru nih yer mana2 korang nak tengok.. kalo komputer korang versi itam putih,rujuk jelah resepi kat bawah ni senang cerita..eheh

Oreo Cheese Cup Cake >> Kak Zana >> Citarasawan

Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - CB buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum (CB tambah)

Cara-cara:

Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
(utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy).. bakar kali pertama dgn suhu 180C)cheese cake ni menjadi agak kering n kekuningan )..
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, Cb letak di 4 bahagian.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan

Aku terpaksa bukak baju cupcakes nih untuk sesi fotografi sebab hangus bahagian atas paper cup tu dibakar si oven yang ngah mogok..dia balas dendam laa tu,dulu masa pregnant kan aku jarang sangat guna..tu yang aku abis pantang dia terus merajuk lalu merosakkan diri..kakaka..ada cam sinopsis sinetron indonesia tak kisah oven aku nih?adeh laa

Nih pun pembakaran yang pertama dah macam kulit orang afrika laa ciskek aku..pembakaran kedua baru ejas api itu ini,ada laa ok sikit..macam orang afrika pakai fair n lovely. Dah kali ketiga baru ok banyak,walaupun tak sempurna cam orang lain nyer..
Eh?bukan aku kata nak citer sikit jer ke tadi..ni dah panjang nih..haihh

Haa..tengok!kan sedap tuu..makan sejuk2 perghh..sah2 ko lupa yang ko sedang diet!hahak

Jadi korang yang ada oven masih elok tu,adalah satu kerugian tak cuba resepi nih tau..dah2,gi keluarkan cream cheese yang duk dalam esbox tuh.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...