Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, March 12, 2012

Creme Brulee.. my 1st time U!

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat bercuti2 buat semua...masa cuti2 sekolah ni dunia blogging lengang la sket kan.. lama senyap tak ngentri adalah kerana tenet bermasalah..takde signal sokmo..
Sabtu lepas balik kampung,singgah Bintulu menghadiri perkahwinan rakan cik abang,malam tu juga teruskan perjalanan balik kampung..penat acik.
Semalam lak(Ahad) kitorang terbang ke KK,Sabah..cuti2 dengan famili kecilku dan sebahagian dari famili besarku..hehe.. dah semalam di sini,seronok jenjalan ramai2..

Tapi untuk entri ni,nak cerita pasal dessert omputih nih..
Sebelum ni aku pernah merasa sendiri yang dibeli dari bakery. Harga memang mahai ler kan..sebekas kecik maybe dalam 2-3 sudu makan je pudingnya dah harga rm2..
Tapi memang puding ni kaya berkrim lemak2 gitu,jadi memang takleh nak makan meriah2 sekali la..makan manja2 gitu..hayati setiap suapan..aiseh..ayattt

Biasanya kan orang bakar gula yang ditabur atas puding tu guna torch(yang macam orang guna welding tu tapi bukan yang itu ler..hehe)..untuk hanguskan gula tu..tapi sebab takde,aku bakar dalam oven guna api atas..memula aku letak tingkat atas..tapi disebabkan takut terlebih hangus,setelah kelihatan nak hangus tu,aku pindah lak ke rak tengah macam nak bakar biasa2 tu.. itu pun aku x tunggu semua gulanya hangus..masih berbaki gula yang masih tak terbakar..hahah..betapa fobianya aku kalau puding tu terlebih hangus lak karang..ehee..

Tapi,alhamdulillah! Percubaan pertama ni menjadik...sama cam yang aku beli kat bakery...kire ok laa tu.. kan?
Tapi lagi sekali, tu laa..nak buat ni walau bahan2nya simple tapi kesabaran perlu diperbanyakkan sedikit di sini..sebab nak mengacau dengan kaedah double boiler satu perkara,l nak tunggu benar2 sejuk lagi sebaiknya semalaman..
Dah sejuk,nak buh gula lak buh atas yang nak dibakar hangus tu kan..dah lepas bakar kena tunggu betul2 sejuk lagi..kalau belum sejuk sesejuk2nya,hasilnya seperti di bawah ini..:

Align Center
Tadaaaa...! nampak sedap dan berkrim,bukan?
Memang sedap berkrim pun..tapi tekstur masih belum menyamai seperti yang aku rasa aritu..so aku sejukkan sebenarnya2 dalam esbok..sehingga seperti gambar di bawah nun.

Untuk resepi,aku rujuk dari blog kak Noreen..dia ni stay kat oberC..tak sure la sekarang masih duk situ atau dah balik Malaysia..
Kalau korang nak try for the first time wat creme brulee ni,aku syorkan resepi nih..insyaAllah jadik,cuma kena sabar jek..kena kacau sampai adunan pekat ye.
Terima kasih kak noreen yang kongsikan resepi nih kat blognya..

CREME BRULEE
Sumber:Noreen Homecooking @noreen-homecooking.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan (6 mangkuk kecil):

4 biji kuning telur
1 cam besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:
- pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan
- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

Kat atas tu dier akan 'crack' lepas tu baru dapat puding yang lembut n halus di dalam..Memang best dimakan sejuk2..makan sikit2 gitu..emmmh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

wooowww jln2 cuti2 yee.. best tuu.. fuh twngok resepi mmg berkrim sungguh crem ni... tak sanggup mmbayangkn knikmatan dlm setiap suduan.. hihi..

Mas said... [Reply to comment]

sue...aku tak pernah try lagi dessert ni...
sedappnya tengokkk....

atie @ ejay said... [Reply to comment]

haduuh tambah kilo lagi lah jawabnya:)

tun_telani said... [Reply to comment]

cik kak... len kali dtg bintulu msg la.. ape main2 bagitau kat komen box, masa tun baca2 agak2 akak dh ntah mana2 dh. hehe...
kat KK? besh2.. antara bandar paling cantik kat msia nih.. jgn lupa amik gambr sun set kat tanjung aru pastu mkn ikan bakar, then gi snorkeling kat pulau.

CA said... [Reply to comment]

Auchhh..sue, memang nampak lemak bekwim gitu...adehhh seremm nak makan ni..kang makin lebih kelebaran badan...wajin tul ko buat desert yg meminta kesabaran tinggi...tabik aaa...

IeRA said... [Reply to comment]

Sedapnya!!!!

Unknown said... [Reply to comment]

Tun...mkn sambil totop mate kerr.??? cam besh ni....akk plak jenis x sabo2 nk nengok hasilnyerr...camne nih...bak ler nk raseee....

ummiaisyah said... [Reply to comment]

terlior tgk desert 5 bintang ni...
slalu tgk cef main bakor2 kt atas tu..kretip la cara awak tu...mn plak kita nk cr api cam cef tu kan..

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, selmat cuti2 mesia ya best tu jln reramai.

Nampak pun sedap apa tah lagi kalo dapat merasa huhu,

Unknown said... [Reply to comment]

wow..pernah ternampak dessert ni kat FoodNetwork Chenel 706 Astro. Nampak sedap bila pengacara pecahkan gula kat atas tu..

Watierman said... [Reply to comment]

Assalam Dik Sue...wah lamanya Akak di pertapaan sampai dah jadi hutan rimba mencari jalan pulang....miss you Dik...wah dessert omputih ni...memang nampak nikmat & creamy...waduh2...tak sanggup tengok lama-lama...kita minta diri dulu ya!!

The Fakhirin said... [Reply to comment]

macam pernah mkn la...tapi mmg sedappp...

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum HaSue Sayang

Sedapnya nampak dessert omputih ni...percubaan pertama dah menjadi tu kira oklah...

Masak kali kedua nanti hantar ke sini sikit yer...hihihihihi :)

Amie said... [Reply to comment]

sedapnya....jilat jari! apa khabar Sue...harap sihat selalu.

zila norazila said... [Reply to comment]

salam sue..
resepi menarik..pasti nak cuba..:)

Unknown said... [Reply to comment]

Salam, nak tanya, whipping creame tu guna brand apa yer? Yg dairy ke non-dairy?

HaSue said... [Reply to comment]

@atika razali
W'kumsalam..sy guna brand value pride kotak warna kuning putih tu(boleh tanya google),non dairy rasanya tu :-)

Unknown said... [Reply to comment]

1 cam besar gula tu bersamaan dgn brp gelas or sudu...maaf sy budak br bljr..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...