Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 29, 2011

Kek Coklat Lembap..lagi..

Dah lama tak keluar entri masak2 yer..
Itu mungkin bermakna tuan blog sedang berdiet.. Mungkin. :P

Sebenarnya pagi tadi nak ngentri..sedang2 berborak kat FB dengan geng masak2 a.k.a mak2 daras yang lain tu..lappy pengsan. ah perkara biasa kalo lappy ku tu..entah2 terbuka blog yang pasang lagu lagi.. on balik. baru jer nak upload gambar..pengsan lagi.huwahh..luar biasa. Sebab tak buka browser lain selain 'create post'. Tak putus asa,on lagi..bar connect..dah nampak tanda2 nak pengsan lagi..baru nak restore dan..ergh!panik jap.. lepas tu baru ngengada copy file2 gambar penting ke usb had disc..agaknya dah terlampau berat kot..selalu tangguh2 nak copy kann..hee..pastu dah lama tak servis..

Nasib baik ada penyelamat.. buat masa ni guna lappy cik abang aku nih..sibbaik dia tak bawa gi keje tadi..mudah2an dia buat selalu..hihi..
Tapi tu laa..guna lappy lain dari biasa ni sedikit kekok gak kan..tapi bess laa tak jammed(pengsan) cam lappy aku tu..ehee...

Oklah..kek coklat ni aku buat malam tadi,atas permintaan anak sulong ku itu untuk dibawa ke jamuan sekolah hari ni..
Resepi masih yang sama ..dari resepi asal kek kukus zubaidah..tapi aku malas kukus,aku bakar jer. Bila dibakar alhamdulillah lah..kek ni masih lembap..bayangkan kalo dikukus.Laagiii lembap! :D

Tinggalkan beberapa potong jer untuk si Yana dan ibunya .. coklat ganache pun aku masih guna resepi yang biasa aku guna tu.. cukup2 untuk 'siram' sebiji saiz kek ni haa..kalo nak ganache lebih leleh..tambahkan aje whipping cream tu dalam setengah sudu besar..
kek yang belum potong tak sempat nak ambi gambar..terkocoh2 jer nak memotong kek ni siap2 tadi..

Ni pun syukur siap gak sebiji kek yang mudah..dari siang kelmarin membawak ke malam tadi si kecik zhariff merengek...sibbaik laa banglong tolong jaga jap..buat kek ni pun bukan lama sebenarnya..malas yang banyak kot.haha
ganache tu lak aku buat selepas tengah malam. Sekejap jer pun sebenarnya nak siram tu kan..risau juga banglong kot2 takde topping kat atas,too simple katanya. aih?demand?hehee..

Ok lah..aku kopipes lagi sekali resepi yang sama yer. Ramai blogger masakan dah membuatnya juga..jadi jika korang tak pernah buat lagi,sila2 laa mencuba..lagi2 jika korang penggemar kek coklat tegar..kek yang ini pasti jadi...tak perlu guna mixer pun..
Terima kasih kat chef Zubaidah dan Alongroz sekali lagi kerana berkongsi resepi ni dan buat kawan2 yang menyebarkannya dari dulu..maaf tak leh sebut satu2 sebab terlalu ramai dah cuba..kang ada yang tercicir kecik ati lak.hee..

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:

150g coklat masakan
65ml whipping cream
1 sudu teh mentega

Cara2:

Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Kacau lagi sehingga benar2 sebati(guna handwhick). Padamkan api.
Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat)-(dalam dua minit) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

Cara menuangnya adalah dari tengah dan sebarkan ke tepi2 kek sehingga sekata.. hiasan kek mengikut deko kegemaran masing2

Untuk penggemar coklat..rugi jika tak cuba sendiri..hasilnya pasti tidak mengecewakan..selamat mencuba! :)


P/s: Sama2 kita doakan semoga kak Anymz dari blog My Kitchen agar cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seper sediakala..sedih bila dapat berita kak anim masuk hospital semalam..terima kasih izahdaut for the info..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 27, 2011

Singgah Bertemu Blogger-Tun Telani

Assalamualaikum..

Sebenarnya selepas raya memang lemau tak abis2 nak blogging di samping tenet lemau gak cam biasa..paling teruk,bila aku baca entri kawan2 jer pastu tak berusaha(maklum,kadang2 tu kena refresh sebab tenet slow)nak tinggalkan komen...oh,tak baik..tak baik..minta maaf yer rakan2 blogger sekalian..pasni akan diusahakan tinggalkan komen kat entri korang..bukan senang nak buat entri tu bagi sesetengah blogger tau..jadi kita boleh menghargainya dengan meninggalkan komen..jangan komen yang tak berapa membina,udah.. :)

Okaylah nak cerita ni..eh semalam sebenarnya nak cerita tapi otak beku..sian kak amie dah tanya kat chatbox ..hehe..nak gi cairkan otak membeku tu kat tengah panas cuaca lak mendung jer..eheh..
Ok,ok..Sabtu lepas..dalam perjalanan nak balik kampung...aku dan keluarga berkesempatan juga akhirnya bertemu rakan blogger..Tun_Telani(klik untuk siaran langsung ke blog beliau). aa..ni antara blogger yang rajin mengomen kat entri2 aku laa ni..hehee...sebenarnya nak singgah minggu lepas lagi..tapi tak berkesempatan..atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Alhamdulillah..walaupun gi singgah umah orang tengah2 hari buta..kesampaian juga hajat nak bertemu Tun yang cantik manis ala2 minah arab ni haa..
Mulanya tu nak singgah pagi ..tapi ada hal lak cik abang ku itu membuatkan kami terpaksa bertolak lebih lewat.

Nak cari umah tun pun syukur gak laa sebab tak susah sangat..rupanya kat sini situ situ jerr..haha..sebelum ni melintas tengok jer laa tanpa minat. Tu yang tak perasan pun letaknya di sana. Padahal baru aku ingat masa papan tanda tu diletak dulu aku ada tegur bagitau cik abang aku tu..kat situ rupanya tempat tu yer..bila tun gitau direction tu..cam tak dapat imagine..tapi bila dah tiba sana baruuuu ingat.heee..

Sebenarnya ni blogger ke 2 yang aku jumpa..dulu jumpa blogger yang merantau gak..CTZura namanya..sekarang blog belum aktif balik..tambah2 ada baby baru lagi..mesti kebizian melanda. RIndu sama dia.. sama gak ngan Tun ni..dia pun ikut hb juga masa tu.. nasib baik sempat jumpa2an masa kat Sarawak ni yer..

Tun sama je kat dalam blog atau FB..peramah ngan encik hb nya sekali..yang kelakarnya,para2 suami lak yang rancak berbicara..sampai Tun signal2 cik abang dia suh amik gambo pun dia leh tak denga..ekeke.. ni sapa yang rakan blogger nih kan Tun? Tapi memang seronok sangat...hb tun pun sporting jerr..hb aku tu kalo orang tak bisu memang dia rancak jer.heheh..kalau orang diam,dia diam gak la..

Meh layan gambar lak..Terima kasih buat abanglong jadi potographer kitorang aritu...tapi gambo banyak ditapis sebab tuan umah yang kitorang pergi tu masih malu2 nak masuk gambar dalam blog..nanti lama2 dah biasa,ok laa tu..hihi

Haa..aunty Tun adalah blogger pertama yang berpeluang nyembang ngan Zhariff..haha.. Yo2 oo jek zhariff nyembang ye..padahal nanges jer kalo aunty amik nak dukung..

Mula2 tu nak singgah kejap jer..kejap jerr.. sekali,hambik. 1 jam jugak kat umah Tun..memang tak terasa.hihi..

Sempat laa kitorang menjamu selera dengan masakan Tun yang sedap. Karipap yang Tun buat kena ngan selera cik abang aku yang cerewet ngan karipap..tapi suka makan karipap..kalo inti keledek dia kureng la sebab manis..pastu taknak inti pedas sangat..sebab tu yang tun buat tu sedap je.hehe.. zhariff pun nyibuk gak nak makan karipap walaupun gigi baru tumbuh 2 :P
Masakan lain pun sedap gak..punah diet aku..hihi


Lepas abis makan tu sempat lagi sambung borak jap dan sesi fotografi..

Comel jer si Tun ni kan..? Biasa laa..orang muka comel2 manis2 ni memang mahal sikit nak tunjuk..hihi
Cer tengok muka Zhariff lak..stress jer..berkerut jer dahi dia..hahaha.. dia takut Tun amik laa tu..taknak duk dekat2..

Tengok muka dia..zhariff..zhariff..ikut perangai sapa tah ni..muncung dah cam itik dah. Orang ajak main pun taknak yer.hehe

Tapi sempat buat tayangan LIVE eksklusif untuk aunty Tun masa tu..gigi nan dua batang..ekeke

Dan tak lupa..sebagai bukti Tun dah dukung zhariff..hehee.. gambar terpaksa ditapis sedikit sebab tuan badan masih malu2 lagi.. ;P

Buat Tun Telani dan suami..terima kasih atas layanan yang diberikan buat akak sekeluarga yer..
macam tak habis2 benda nak borak yer tun..dari bawah tempat parking membawa ke dalam rumah pastu tun n suami anta ke tempat ke bawah lagi masih sakan berborak.hahaha..

Maaf jika ada salah silap terlebih gurau atau kata2 yang terbuat kecil hati ke..kot2 ada kan..yelah dah excited sangat dah jumpa kot2 laa gelak tak hengat ke..ekeke..
Pastu nak minta maaf kat Tun sebab tak bawa buah tangan yang special sikit sebab memang tak berkesempatan nak godek2..masa amat terhad sebab baru balik dari kampung gak rabu lepas..tapi insyaAllah ni bukan pertemuan terakhir kita ye Tun..hehe..

InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi kita jumpa lagi..terima kasih sekali lagi.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 23, 2011

Mini Reunion Dan Antara Menu Best

Hampir seminggu aku peram gambar2 mini reunion kami ni untuk dikongsi dalam blog..sibbaik tak jadi jeruk sebab dah share kar FB.. :D
Tak kisah laa yer..janji cerita tetap keluar..tu pasal laa tak pasang cita2 jadi wartawan dulu kot.Asyik kuar citer basi jer.heh..

Ok..Sebab apa kami gelar ia mini reunion dan bukan reunion jer?

Tadaaaaaaa....!!!

Peaceeee!! Tengok betapa 'ramai'nya kami yang dapat hadir pada hari yang dijanjikan.. :)
Sebab itu buat kali ke duanya ia masih digelar mini reunion..Tahun lepas kami hadir seramai 13 orang..kali ni semua wanita jer yang hadir. Nampak apa kami pegang tu?? Tahun ni kami ambil keputusan saat2 akhir supaya buat pertukaran cenderahati sebagai kenang2an..

Cerita sikit2 laa ek..untuk kenangan di masa akan datang..
Walaupun sedikit yang nak hadir kami tetap bertekad nak teruskan acara yang kami seolah2 setuju secara tak langsung akan buat setiap tahun..
Macam tahun lepas,cenderahati adalah ditempah khas..tapi kali ni kami buat lebih seronok sebab masing2 beli cenderahati dan buat pertukaran hadiah semasa reunion..:)



Bertempat di Rosita Cafe, Dinasty hotel..lunch buffet..sama tempat ngan tahun lepas..

Ni orang paling kuat untuk reunion kecik ni..Ct atau Sihzmah nama cyber nya..hehe..ekceli dia bukan jer jadi rakan kat luar..tapi dah jadi rakan FB dan kini rakan blogger masakan juga..sila tengok blognya kat SINI.. cuma sekarang ngah cuti2 makyung kan..nanti baby dah keluar aktif laa balik blognya itu.hehe..insyaAllah..kan CT kann.. ;)

Bukan senang nak kumpul kawan2 lama tau..bukan macam zaman sekolah dulu tau...tima kasih buat Ct nih..dan kawan2 yang berjaya menghadirkan diri walaupun ada yang terpaksa berkorban tidak menghadiri acara lain yang tidak kurang penting..korang memang best!

Kawan2 yang ni baruuu kitorang jumpa setelah habis sekolah 14 tahun yang lalu..alhamdulillah,yang pakai shawl tu merupakan saudara baru.. hampir semua tak kenal sebab dah pakai tudung..dulu masa sekolah rambut panjangg sampai punggung..syukur laa sekarang dah convert muslim..berita seronok bila reunion..tahun lepas pun ada juga rakan yang convert muslim.. semoga semakin bertambah ramai laa nanti..insyaAllah :)

Sementara menanti kedatangan 2 orang lagi..posing lagi..hehe
Sebab mereka berdua tu memang dah bagitau awal2 datang lewat sikit sebab kerja..kitorang melantak laa dulu..tak kisah laa kan...buffet bukan makan berhidang.hehe..

Nih antara menu aritu.. ada nasi..err,nasi apa ye..tak perasan lak nasi apa..sebab tak amik aritu..sebelahnya kue teow goreng..nyum2...

Yang kehijauan tu adalah masakan daging..rasanya masak kari kot..x makan la pulak aritu..sebelahnya tu ayam masak merah agaknya..pun aku tak makan gak..tak terliur masa tu bukan memilih..ececeh..

Lepas tu ada gak aku skip amik gambar tapi yang ni aku memang amik sebab aku sukakkkk..hee.. fish fillet ni memang sedap kalo masak sweet n sour. Ia digoreng dengan tepung dahulu lepas tu masak ler sweet n sour..nama pun fillet of coz boneless(tanpa tulang)senang nak makan.hehe

Masa makan pun sempat posing okeh..
sapa tah jurugambar yang rajin amik gambar tu kan.. :D

Smile..smile.. kaco je orang nak makan..hehe

Hah..omputih celup dah sampai..hihi.. ni ada gak last year ni..cantik kann? Nih rakan sekolah merangkap rakan sekelas aku nih..dari dulu sampai sekarang memang tak berubah laa perangai..hehe


Nak tengok antara menu yang aku telan aritu?

Haaa..ambik!

Gambar sebelah depan lak.. salad kentang ni sedap tau..lenkali nak buat sendiri lah..


Ni pun salah seorang sahabat paling rapat dari sekolah dulu sampai sekarang...riuh benar suasana reunion dengan celotehnya dan gelak tawa dari rakan2..hehe


























...semoga kami dipanjangkan umur dan berkesempatan bertemu lagi di tahun2 mendatang..


P/s: Dari semalam membawa ke pagi tadi sehingga ke petang ni aku nak edit cerita ni tapi asyik2 refresh tak nampak gambar..so takleh nak cerita panjang sangat sebab tak nampak nak cerita apa..harap korang guna imaginasi jelah ye..
insyaAllah esok lak sambung.haha..broadband2..


update:minta maaf yer tadi rupanya takleh komen..tertekan setting lak..huhu..mekasih kat kat kak nshafea,kak Lina_pg,kak Rosaliza dan Kak Nor yang prihatin..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 22, 2011

Ni Puding Cili Ke?

Assalamualaikum kawan2..
Selamat bertemu kembali dalam mood blogging yang suam2 kuku..
Teruja nak update bila line tenet laju tapi lebih syok lepak kat FB aritu..bila tenet lembap,teruja nak update tapi slow upload gambar. Tu tak termasuk kesibukan harian lagi kan.. semenjak abis raya semakin sibuk rasanya hari2ku ini..kalau tenet laju sepanjang zaman takpe jugak kann..ni tenet pun main sorok2..alahai..

Buat followers yang baru follow blog ni..terima kasih daun pudina..kalau lambat update,jangan marah naa...

Sementara ngentri yang seterusnya..ngentri yang tak siap2 nih nak tanya laa sapa2 pernah tengok or makan puding ni..
Ni ANTARA dessert masa kitorang reunion baru2 nih ha..saja jer guna huruf besar sebab memang lumayan makan dessert aritu..punah dietku.heh.
Nampak yg merah2..tu? Tu cili api..dengan biji2 skali..kawan aku kate laa..aku tengok pun memang yer..tapi lupa lak tanya apa rasanya buat mereka yang dah makan aritu?eh..tak perasan lak ada yang makan ke idak..sebab nengok cili tu..aku x perasan ia cili..ni main amik gambo jer..
Kot2 korang pernah buat ke kan..atau pernah makan?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api

Selamat hujung minggu buat semua..mesti tak ramai yang ngadap komputer arini lantaran kesibukan dengan aktiviti masing2 kan..
Alhamdulillah,Khamis lepas ujian UPSR telah berakhir..semoga banglong dan rakan2 serta anak2 rakan cyber yang lain memperolehi keputusan yang membanggakan..

Oh ye..aku sekarang bersiaran langsung dari kampung..jadinya line tenet tu berdesup laa dengan kehadiran wi-fi si Ryo nih.hee.bahagia cyber seketika ku rasa..

Hari ni pulak plan nak hadiri reunionn ke 2 sekolah kitorang..bunyi jer cam reunion sekolah tapi yang nak datang hanya beberapa orang jer..tapi kitorang tetap semangat nak datang sebab memang rindu dengan kawan2 lama..yang hadir tahun lepas ada yang tak dapat hadirkan diri tahun ni tapi nak buat camana kan..masing2 ada komitmen tersendiri..mudah2an segalanya lancar nanti...tapi reunion yang dirancang tak bertukar menjadi ramah tamah aidilfitri merangkap lunch aje lah nanti insyaallah tapi masih di tempat yang sama tahun lepas.

So,memandangkan line tenet laju berdezup nih aku nak entrikan laa dulu menu kitorang aritu..
Biasanya kalau ketam jer kitorang suka masak sweet n sour atau masak sos tu.. tapi kali ni masak lemak laa pula..saja nak menambah lemak di badan yang sedia ada..bukan sebab tak cukup lemak..nak bagi lebih lemak supaya pembakaran lemak tu lebih cepat sebab lebih panas..hehe...fakta takleh dipercayai tu.

Tapi sekali sekala dapat menghirup kuah ketam masak lemak gini memang asyik ko..
Dapat lak isi ketam yang fresh n padat gini...cik abang aku kata ketam ni memang isi banyak..ketam apa ke namanya dia sebut aritu lupa lak aku..yang warna bintik ungu2 gelap sikit tu..sebelum ni aku dah share cara milih ketam yang banyak isi kan...baik pilih yang betina..dan yang belum keluar telurnya.

Rasa lemak2 n pedas2 kuahnya dengan isi ketam yang segar dan manis2 ni memang sedappp...

Resepi simple2 ajer..nanti kalo rajin naip gi aku updatekan..ni baru nak gi siap2 gi reunion tu..malam tadi tido awal coz kepenatan,tak sempat ngadap lappy pon..hee

Tengok laa isinya tu,padat kan...!best sangat..puas ati dapat makan ketam nih..hehe


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 15, 2011

Pernah Makan Udang Lipan?

Pernah makan udang lipan tak?
Sebelum ni aku dah pernah post pasal udang ni..kalo kat tempat kitorang dipanggil satak(sebutan q).
Isi tak banyak..tapi dulu aku pernah tengok kat tv rancangan makan2 tu saiz dia besar isi banyak..nak makan,masaj2 kat belakang tu pastu selak aje.
Tapi saiz kecik ni takleh nak wat gitu...kena hati2 nak buka tu..kulit ada yang tajam.

Aku goreng berempah pastu makan ratah ramai2 begitu aje..
Dijual murah jer ni..err,tak..ada dua tempat yang jual aritu..yang setempat tu jual rm10 sebekas...yang satu lagi jual rm5 pastu offer kat kitorang rm3 jer..huahua..
Saja je beli sebab masih fresh lagi.bukan mengidam yer.hehe..

Ni kalo kakak n adik aku tengok aku makan udang spesis ni mesti dorang kagum neh..ahahak..sakan dorang gelakkan aku sebab geli itu geli ini yeaa..dorang lum tentu leh makan kalo nengok ke rupa udang yang tak berapa nak hensem ni haa..agaknya ler..ke dorang yang meratah lebih kann..eh nanti aku tag dorg kat FB.haha..

Sebenarnya aku baru beberapa kali makan ni..aritu kitorang goreng gitu2 jer...kali ni jer buh berempah..best gak..sedap jer meratah..nak goreng tu aku buang kepala jer..sebab kat kepala memang takde isi..pastu cuci bersih sebelum campur n gaul dgn bahan2..dah tu goreng sampai masak.siap!

Buat korang yang pernah makan tu,biasa korang masak camana?

Kalau yang fresh ni dapat laa isi yang manis..rasa ada iras udang kara lak..
so,ada brani? ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 14, 2011

Zhariff: Wordless Wednesday



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 12, 2011

Yana dah 3 Tahun..

Semalam sebenarnya adalah hari ulangtahun pernikahan kami yang ke 13..aku tak sempat ngadap komputer lama2 untuk buat entri khas sebab sibuk nak keluar. Makan kat luar(KFC jer...banyak kedai makan x buka) lepas tu gi cari hadiah besday untuk besday girl yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 3 pada hari ini..

Yana dilahirkan sehari selepas ulangtahun pernikahan kami yang ke 10..kehadirannya sudah pasti menceriakan kami sekeluarga..lahirnya bayi ini amat senang bagiku..aku dah pernah ceritakan pengalaman melahirkannya dulu..
Teringat lagi masa dah terasa sakit bersalin tu sempat gak laa aku siapkan 2 biji kek sebab alang2 jer nak tinggalkan masa ngadun tu..hehe..
Sebab tu agaknya dari bayi hingga sekarang ni Yana ni agak ligat sikit..rajin 'mengemas' rumah..haha ..

Tapi serius cakap,dia memang punya kelebihan tersendiri..(semua anak2 pun ada kan)
Yana pandai berjalan di usia cukup2 satu tahun..lebih laju berbanding abang kakak dia...walaupun tak selaju anak orang lain yang belum cukup setahun dah pandai berjalan kan..hehe..
Pastu dia ni unpredictable..bila bercakap,ayat tu macam orang dewasa jer..dari pandai bercakap dah gitu..pandai guna bahasa gurauan..pandai nyakat/ngusik orang di sekelilingnya..sampai kakak dia Amylda pun leh kalah bulu..hee..

Tu tak termasuk beberapa kali jadi stuntgirl tu..naik lepas tu terjun..pernah jatuh2 tu perkara biasa laa kan..cuma memang dia agak tahan lasak di usia kecilnya ni,kitorang lak risau bila dia jatuh n nangis kejap jer pada mula dulu..tapi dah lama2 tu biasa dah..


Yana di pantai Bungai,Bekenu..raya ke 5 baru2 ni..

Senyuman seorang gadis kecil..hehe
..baju kurung biru ditaja oleh mak sedara yana..*best kan dia belikan kaler biru...wee~

Baru2 ni Yana tak sihat..agaknya perut masuk angin sebab lepas makan asyik muntah aje...dah ok tu..selera makan lak x stabil..makan nasi kemam lama2..kunyah2 lepas tu buang..macam makan chewing gum..alhamdulillah sekarang dah sihat..selera makan pun normal,dah laa badan dia kecik..sian laa kalo makin kecik lak kang..hehe

Jom layan gambar Yana makan kat KFC semalam...makan luar sempena Anniversary sekaligus besday dia laa ni..




Suka tengok dia berselera makan.. :)

Untuk anakku Nur Salha Adryana...Selamat hari ulangtahun sayang...semoga membesar menjadi wanita solehah..dikurniakan kesihatan terbaik..dan diberkati Allah swt dunia akhirat..
Jadilah orang yang mengenang budi dan berbaloi untuk dihargai..kami sayang Yana sangat2..muahhh!











https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDCzN8rIfn7bDY2syaOwkfJq_CCZGJDw_E-C8Dd5KpZN-yZ3g6LVgEUHX7uwnEkkVlCphWO-KiV4IOpH3mY70MS5YuUZg8r_oB80V7oYLUoBGuZ-EleYrl1s7mAPxvEqB9VOqjyeIygQeL/s1600/6.gif
Yana dapat kad besday comel ni daripada aunty Siti Zaidah(zaliedana),ummi kepada 2 puteri comel yang sama2 berkongsi tarikh besday dengan Yana..terima kasih banyak2 yer aunty..semoga aunty juga dimurahkan rezeki dan mencapai kejayaan dalam hidup..aminn....
Happy birthday juga buat aunty DayangJack yang sama2 juga meraikan hari lahir di tarikh yang sama...semoga hidup aunty DJ sentiasa dirahmati Allah...aminn


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...