Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, January 31, 2011

Resepi: Ayam Bawang

Hari ni anak2 dah mula cuti sekolah sempena perayaan tahun baru cina..
Tapi kitorang belum balik kampung lagi..sebab tunggu kekanda cuti laa pulak.

Resepi Ayam Bawang atau dalam bahasa inggerisnya chicken onion Braised Chicken with Onions nih cedok dari koleksi resepi scott..ala,tisu dapur tu. Beli tisu dapat free buku koleksi resepi..ada laa beberapa resepi menarik kat situ untuk dicuba...aritu tertarik nak cuba resepi ni..sedap!Kalau nak pedas lagi,pandai2 laa tambah cili api ke,cili air ke..heh.

Cara masakan ayam gini kan orang putih atau cina stail ni..bukan cara melayu kite. Sebab goreng ayam tu dulu kan..Pastu kalo tengok cara orang barat masak,diorang suka guna bawang2 besar ni untuk buat gravy daging2 panggang contohnya. Sebab apa,bawang besar yang hangus ni,hangus yer..bukan hangit..memang sedap dijadikan gravy atau kuah..takde laa buh gitu jer..tambah itu ini sikit2,pastu pekatkan sikit..aaa gitu laa lebih kurang.
Aku banyak juga belajar memasak dari Chef Delia dulu..tapi belajar kat tv jela..hahahaa..

Dah,dah..jangan dilayan sangat mak budak sorang nih..meh tengok rupa ayam bawang nih..
Dah tengok?dah tengok? Jom semak resepinya pula..resepi asal ada guna koma-koma(sejenis rempah kan?),tapi aku takde benda alah tu jadi aku guna noktah-noktah aje. skip ajelah kan,lagipun perlu secubit aje..
Pastu patutnya masak dalam periuk tanah,tapi aku masak dalam periuk api biasa aje.
Nak memanjangkan cerita,meh tengok resepi lak..

Ayam Bawang >> HaSue/Scott Collection
  • 1 Bawang besar,dihiris
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 ekor ayam,dipotong
Bahan-bahan A
  • 1 bawang besar,dicincang kasar
  • 4 ulas bawang putih,dicincang kasar
  • 2 lada merah,dibuang biji dan dicincang kasar
  • 1" halia dicincang
  • 1 cawan jus oren segar > hasue guna jus oren sunquick
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 cubit koma-koma >hasue x letak
  • garam secukup rasa
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan mentega atas api sederhana dalam kuali.Perasakan ayam dengan sedikit garam dan lada hitam,kemudian masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga sedikit keperangan. Keluarkan dan ketepikan
  2. Masukkan hirisan bawang ke dalam kuali dan kacau sekali sekala selama lebih kurang 10-12 minit,masak sehingga garing.
  3. Sementara itu,satukan bahan2 A dengan sedikit air dan mesinkan sehingga halus. Ketepikan.
  4. Tambah jintan putih, ketumbar dan lada hitam ke dalam bawang goreng dan masak selama 30 saat. Masukkan jus oren stok ayam dan koma-koma. Kacau sebati.
  5. Letakkan ketulan ayam ke dalam periuk tanah,tuangkan sos ke atasnya,tutup dan masak selama 30 minit.
Ratah gitu jer pun best!kuahnya tu rasa spesel sket.. =)


*Huaaa..ngantuk mato den nih haa..kalau disorongkan bantal mau jer terpejam rasanya nih.hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 29, 2011

Resepi Bubur / Kuah Serawa Durian

Terkejut juga apabila roommate aku bawa balik durian semalam. Beli kat tepi jalan on da way balik dari Sibu.. Harga of coz mahal dari biasa sebab bukan musim kan..huhuu..rindunya musim doroyan..
Lepas melantak cam orang kebulur durian malam tadi,aku buat ler bubur ..
Nih versi kekurangan gula melaka..hee..pastu aku macam biasa laa buat bubur nih mesti nak campur nasik..sedap woh makan bubur durian+nasi..
Tak payah makan dengan pulut dah..hehe

Nak cerita apa eh..aku blur sebenarnya ni....memang tahap kritikal la blur aku rasanya masa taip entri nii..mesti banyak makan durian malam tadi..ngehehee
Bukan,agaknya sebab dari pagi tadi cuba upload gambar,duk refresh2 sampai tengah hari baru kuar...idea nak cerita pun dah expired..nak taip cerita dulu macam takde ilham jer kalau takde gambar..haha..apa punya alasan.. ;P
Dah,dah..meh tengok resepi nih..tak ikut sangat pun takpe,sebagai panduan aje k..tQ manjasayang yang dah kongsikan resipi nih kat myresipi.com

Bubur Durian/Kuah Serawa Durian >> manjasayang

Bahan-bahan ( 5-6 org )

* 2 biji buah durian-di ambil isi nya
* 1 biji kelapa parut-di perah ambil santannya 1 mangkuk sedang
* 3 ketul gula melaka
* 2 gelas air
* 2 helai daun pandan
>hasue tambah nasi sejuk
>tambah sedikit garam

Cara-cara

1. Masak gula melaka dgn 2 gelas air.
2. Masak santan dgn daun pandan sehingga mendidih,tuangkan air gula melaka dan kacau rata.
3. Masukkan durian,kacau shingga pekat sedikit dan tutup api.
4. Dah pun siap...enak di mkn dgn pulut,roti atau mkn begitu aje...

Note:aku lebih suka masak durian + nasi sampai berubah warna dari asal..rebus lama dengan api perlahan..rasanya lebih sedap tau! Ni pun my roommate yang ajar.. :D
Iyerr..iyer...aku tahu penggemar durian yang dah lama tak jumpa durian memang tak suka entri nih..ahak...tapi sedappp sangat dapat makan durian wooo...
Tuu..ada yang aku siap2 buat tempoyak lagik.heh heh..pastu selebihnya boh dalam bekas n difrozenkan.. in case,ada menu yang memerlukan durian,tak lah terliur aje kan..
err,itu pun kalau tak abis sehari 2 ni laa.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 28, 2011

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

Macam biasa,menu yang orang lain dah berzaman dulu cuba,aku baru terkedek2 cuba kerabu nih..bagi penggemar tomato,harus cuba lah yer..yang tak suka tomato pun buleh cuba gak..lagi2 kalau korang jenis antu kerabu..

Pastu kan,aaa..apa aku nak bagitau tadi lupa lak..isk..
haa,sedap gak kerabu ni bagi aku yang tahap sederhana peminat tomato.heh?ada tahap sederhana rupanya ek..yela,bukan fanatik tomato gak..tapi bukan jenis tak suka tomato gak..hee..paham tak?paham tak?

Rasa kerabu ni pedas2 masam..pahtu ada ikan bilis rangup2 gitu..senang cerita gi dapur,cari tomato,kalo ada terus jer buat..k? =)
ni menu tak menggemukkan ni..wat snek pun ok..

Moh ler kite tengok bahan2 yang menjadikan menu nih sedap..pastu siap bagitau cara buat lagi..mekasih buat makcik loyang buk hana@myresipi yang dah tayang resepi nih kat sana..

Kerabu Tomato Ikan Bilis >> hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org )

* 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
* segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
* 1/2 biji bwg besar - dihiris
* 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
* 1 btg serai - dihiris
* garam
* gula
* jus lemon - optional
* pak aji - klu suka
>hasue tambah bawang merah

Cara-cara

1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...

Memang ratah jer yang lebih..hehee..best2..


*adehh lenguh jari naip sebelah tangan jer nih..cam guna kalkulator pun ada..maklum laa baby pun nak blogging gak..muehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ada sesiapa nak komen pasal ni?

sekadar gambar hiasan.. :)

Sebagai renungan dan Ingatan bersama…


InsyaAllah


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


(ditulis oleh pengirim asal entri ini)
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.



Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 27, 2011

Resepi Apam Beras Sedap

Pandai2 tambah satu perkataan belakang tu ek..nak menggambarkan rasa apam ni katakan..Apam femes nih rasanya ramai blogger blog masakan dah buat..
Aku memang versi ketinggalan zaman keretapi selalu..umpama kalau bas,duduk belakanggg..sekali kat kusi panjang tu. Eh dah lama tak naik bas awam... *tetibe jek

Apam. Macam saya cakap sebelum ni..eh apa ni kejap aku,kejap saya..ah mana2 laa ek. Ulang balik,macam yang saya beritau sebelum nih,kat rumah ni memang kureng layan apams2 nih..Sebab tu kukusan pertama,aku sedekah kat makcik gardener, pastu lagi sedekah jiran sebelah..Ingatkan dah sikit(sikit katanya.. ada laa dalam suploh ketui) tu boleh laa abis kitorang sekeluarga...tapi tak abis juga..huhuh...

Eh!Apam nih bukan main sedap tau..mengikut jenis kategori apam,memang klasss resepi nih..tapi aku buat senyum meleret2 jer kebanyakannya..banyak tengok rancangan raja lawak agaknya apams nih..
Ada juga yang ego tak nak senyum tu..tak kuasa aku layan..sombong tul. Kan lambat sikit orang nak makan..siapa suruh tak senyum,kan..
Err...aku lagi suka apam senyum(merekah) dari yang tak senyum..sebetulnya apam ni harus tak senyum ke ek?heheee..

Yang atas nih versi senyum simpul jer..maklum laa,putih bersih suci gitu..malu2 lagi..
Rasa apam beras ni sebijik cam apam tapai kan? Cuma tak payah merumitkan diri buat tapai..guna ragi segera(yis) aje..

nih pulak versi senyum lebar..baru dapat gaji agaknya..huehuee..Lembut banget sih..

Resepi apam beras ni telah dikongsikan oleh cha di website myresipi..
Jom kita tengok apa kandungan dan cara2 buat apam beras ni..Tima kasih ye Cha! ;)

Apam Beras >> Cha@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 org )

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Memang sedap makan dengan kelapa parut dicampur sedikit garam...saya makan banyak dari biasa..hii.. ;P
Oh ye,saya perap lebih sikit dari 3 jam..4 jam kot? Mungkin sebab tu apam ni murah senyuman..agaknya senyum perli pun ada tu..heheh

Ada lagi ke yang belum cuba resepi nih?Kalau anda penggemar apam,buh resepi nih kat atas 'must try list' tu yerr..tak rugi mencubanya..wallahh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 26, 2011

Resepi Ubi Kayu Goreng Berempah

Sebenarnya tengah create post tadi,ada orang call..ntah camner terklik publish post lak...post x siap2 lg.haha...kelam kabut edit balik..hehe.tapi x kesah laa..gambar dah betul dah..kalo gambar lain kuar tadi mau panjang cerita.. ;P

Buat ni sebagai snek..lama dah nak mencuba ubi kayu goreng ni..kalau siapa2 pernah goreng ubi kayu rebus,cuba buh rempah2 simple gini haa..sedap sedap sedappp!

Resepi dari si pengembala kambing..dikongsikan kat myresipi..makcih Jiya..sedapppppppp sangat2..

Ubi Kayu Goreng Berempah >> 14sept@myresipi.com

Bahan-bahan ( - )

* Ubi kayu
* 5 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 3 sudu makan udang kering
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1/2 sudu kecil jintan manis
* 2 sudu kecil ketumbar
* 1 inchi kunyit hidup

Cara-cara

1. Ubi kayu direbus terlebih dahulu sehingga setengah empuk (jangan terlalu empuk nanti lembik ketika mengoreng).
2. Tos sehingga betul² kering.
3. Bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan, kunyit, udang kering dan garam ditumbuk sehingga lumat.
4. Kemudian gaulkan bahan yang ditumbuk tadi pada ubi kayu yang telah ditos tadi (gaul ketika suam agar rempah melekat pada ubi kayu)
5. Perap sekejab dan goreng hingga kekuningan.

Tapi aku tak letak pun udang kering...masih baru lepas2 pantang nih konon2 masih tak berani laa nak makan udang kan..tapi ubi kayu ok jer..haha..
Mana tahan tengok ubi kayu yg isinya putih melepak fresh sebab baru digali begitu sahaja kan..harus diperlakukan sesuatu..hee

Rebus pun guna pressure cooker sebab malas tunggu lama2..ahahaha..punya laaa bapak malas nak tunggu empuk kalau rebus biasa tuh..sibbaik x terlebih empuk...5 menit aja deh udah empuk.(kiraan masa selepas pressure berdesir)


P/s:Selera cenderung kepada kuih tradisional la pulak lepas pantang nih..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 25, 2011

Resepi Kek Mentega Kukus

Kali ni kek dari Sarawak tak berkaler2 yer..hehee..
Sebelum ni dah banyak kali tayang kek kaler maler kan.
Yang nih kek butter tapi versi kukus..amik kau!resepi kukus2 belaka..ahaks

Walaupun demikian,laku juga kek ni kat umah ni, sebab kan,kek ni guna butter golden churn.. gebuss gebasss ko..macam kek span pun ada. Tapi masih lembut gitu..
Kiranya kalau emergency nak buat kek span tiba2 oven buat hal,boleh laa buat kek ni..hehee..

Jom tengok resepi best dan sedap yang dikongsi oleh Alongroz kat website myresipi.com
Tima kasih buat Along n Liana yg cumelll..hehe

Kek Butter Kukus >> AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )

* 4 biji Telur
* 125g Gula Kastor
* 1/2 sb Ovalet
* 190g Tepung Superfine
* 220g Butter
* 2 sb Susu Pekat
* 1 st Esen Vanilla

Cara-cara

1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
2. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
3. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
4. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.

Macam rupa cheese cake pun ada kan..hehe..

Ni projek hujung minggu hari tu..hari nih kang ada plan projek wat kek lain lak...
Susah hati roommate aku nengok bini dia asyik mengekek...camner nak turun berat badan...kan..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 24, 2011

Cendawan & Baby Kailan Goreng Sos Tiram

Dah hari Isnin pun..
Agak2 ada yang tahu kenapa aku tak update blog hujung minggu baru2 ni..Tak lain tak bukan line tenet yang amat teruk melanda..
Dan rasanya bukan kat area ni jer..huhuu..ni pun masih belum dalam keadaan yang sepatutnya..adeh

Sebelum apa2,nak juga ucapkan Happy Belated Birthday buat Kak Rosaliza yang menyambut ulangtahunnya semalam..Semoga segala kebaikan dunia akhirat yang dihajatkan akan menjadi milik akak..Dan diharap persahabatan alam maya ke alam realiti ini kekal sampai bila2.aminn..

Kailan..ada beberapa jenis kan.. Yang biasa digoreng sos tiram ni,yang kecil2 ni ha..kalau kat sini biasa digelar baby kailan. Tak hidup rasanya kalau tanam kat tempat kita nih..Kalau yang keras dari batang ke daun keras2 sikit tu panggil daddy kailan jer..yang tu biasa leh hidup seperti sayur lain kalau kat tempat kita ni..nama lain bagi baby kailan ni baby sprout eh?? nama lain??ada tak?sayur hijau?kehkeh..betul gak kan. ;P

Biasanya aku masak baby kailan nih digoreng solo jer dengan sos tiram.
Kali nih aku gandingkan berduet dengan cendawan tiram..
Rasanya memang tip top....dah laa memang aku hantu segala cendawan..heee..

Sesuai sangat untuk hidangan ngadap nasi ayam..


Cendawan tiram ni siapa2 yang biasa ternak tu mesti best kan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 21, 2011

Getok Ubi Kayu..enak banget!

Punya lama nak upload..target nak kongsi2 gambar waktu sarapan,sekali untuk minum petang pun nyaris2 terlepas masa..huehueee...celcom banyak pe'el yer musim2 hujan ni..malas ngomel panjang pasal celcom..masuk blog HaSue jer mesti komplen line celcom lembap.kehkeh...sabor jela ;P

Baiklah yer...model yang sedang memperagakan baju kuning nih adalah kuih tradisi kita..agaknya ada lagi yang tak pernah merasa di luar sana.
Jika anda adalah seorang penggemar ubi kayu..adalah satu kerugian bagi anda jika tidak merasa kuih yang amat-amat sedapppp ini..rasa lemak ubi kayu bergabung pula dengan lemak2 kelapa parut diselit lagi dengan kemanisan gula secukupnya boleh membuat anda terkenang2 sampai bila2.. err,amacam penerangan tu?over tak?over tak?hikhik =)

Tapi betullll..sedappp niiii..iskh2.
Biasa tengok orang buat getuk/getok nih bolat-bolat...
Aku prefer ia segiempat..senang nak mam.eh macam la kalau bulat susah nak ngap ek.hehe..takde,aku suka tengok segiempat2 nih jer. Tak ada alasan tertentu pun ;P

Kalau ikutkan aku tak ikut resepi ..buat main letak tambah sesedap rasa jer.. adunan pun buat macam nak goreng pisang rangup biasa tu..
Kalau dah merasa sekali,nak gila lagi dibuatnya woo..
Bahan2 pun simple n mudah pula nak membuatnya..

Untuk rujukan kawan2 atau anak2 yang ingin mencuba..aku kopipes resepi dari myresipi yang dikongsi oleh Joayee nih...tq kak Jo

Getok Ubi Kayu > Joayee@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 family )

* 2 cup ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cup kelapa parut
* 1/2 cup gula
* secubit garam
* batter mix: boleh guna batter mix kegemaran sendiri

Cara-cara

1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

Untuk resepi batter mix yang aku guna,dan biasa juga untuk goreng pisang,keledek,keladi dan sebagainya..sila rujuk resepi di sini(klik)

zoom in sket..kuih ni lembuttt jer..rangup diluar,lembut di dalam..gitu!makan suam-suam..hmm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 20, 2011

Daging Rusa Masak Kunyit

Hari ni tak banyak idea berasak2 nak keluar..blur jek..ngee
Kat kampung nun dah banjir sikit2..harap2 tak memudaratkan semua orang..
Kat sini,dah masuk hari kedua cuaca panas..sebelum tu hujan manjang..alhamdulillah laa juga kan,hujan ke,panas ke..yang penting,harap2 tak memudaratkan jer..huhu..
Hari ni korang masak apa?semenanjung cuti kan?Sarawak tak cuti pun..jadi hari ni biasa jer(macam laa kalau cuti jadi luar biasa ek)..haha

Sekarang ni jarang-jarang masak dan makan daging rusa..
Susah nak dapat..
Nih beli aritu harga dah naik..lagipun bukan beli tempat yang sama seperti sebelum nih.. Tak kisah laa ek,janji dapat makan..lagipun tak ramai berpeluang makan daging yang semakin di..oops?ada orang jabatan perhilitan ke baca ni?hihih..

Dah dapat daging rusa,mesti salah satu menunya adalah dimasak kunyit gini..alaa,,selera kampung katakan..kadang2 buh santan juga..tapi jarang2 ler.. ;)
Masak kunyit ni,kalau yang suka pedas2..akan berselera lebih tau.
Tapi yang tak suka pedas...tak payah laa buh beria-ia sangat cilinya..ala,semua pun pandai ngejas bila nak masak kan..hihi

Resepi simple jer..tak payah tepek resepi kot..(malas naip sebenarnya)hehe :P

Update:
Untuk kak nor n Nani juga siapa2 yang nak mencuba,disertakan di sini resepinya yer..
Bahan2 terpulang nak tambah atau kurangkan ikut citarasa n selera masing2..


Seperti daging lain,ada dua kaedah nak masak,rebus daging sampai empuk dulu atau masak terus sekali dengan bahan2 tumis baru masak sampai empuk.
Kali ni aku guna kaedah pertama tu..rebus guna pressure cooker sampai empuk baru masak seperti biasa.. :D

Daging Rusa Masak Kunyit

Bahan2:
  • 600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan
  • 2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
  • 4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 2-3 batang serai*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam keping
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • Sedikit daun kunyit-dimayang halus
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
  3. Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
  4. Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
  5. Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!
Sedaapppp wooo..tapi kalau dapat daging kijang lagi mabeles..
Ada yang belum pernah makan daging rusa ke? Pergi tangkap kat zoo sana..tapi lepas makan,kompom korang lak yang kena tangkap laa..hahaha :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 19, 2011

Roti Jala Dan Kari Ayam

Secara jujurnya.. inilah pertama kali aku buat roti jala,guna acuan roti jala.hahaha..ayat pelik ke?Tidak..tidak. Sebelum ni,pernah cuba buat guna tin susu yang dilubang2kan sebab tak jumpa acuan roti jala ni. Tapi teruja nak buat roti jala tu jadi ala2 terbantut sebab lubang tu tak lancar jer..malas nak teruskan.hee
Ini berlaku pada sekitar tahun 2003 gitu laa kot. Itupun ikut cara seorang makcik buat roti jala ni dan masa tu aku baru kenal roti jala ni. Satu lagi,aku tengok makcik tu buat roti jala pun kat tv,bukan live yer.
Sebenarnya,di Sarawak ni amatlah jarang(infact aku tak pernah jumpa) orang jual roti jala ni..roti canai tu ramai ler yang semakin mahir dan berani menjual di gerai2 kecil mereka.

Sebelum ni tengok kat dapur cyber kawan2 jer..nak ngendeng sah2 orang suh buat sendiri..Jadi dengan berbekalkan kemahiran zero,aku belasah jer buat ..dan kejadiannya,

Tarraaa..ada macam roti jala yang biasa korang tengok ke? Kalau takde,meh gelak secara koir. ;P
Ala,boleh laa ek..for beginner..(nak sedapkan ati sendiri)huehue

Nih kari ayam wat cicahnya..saja buat lebih lauk semalam untuk cicah roti jala sebelah petang..cuba teka kitorang minum petang menu apa semalam?roti jala?eh,mana tau nih

Macam jala koyak pun ada aku tengok..tapi tak kira nak tayang jugakk.. :P
Dan yang penting rasanya sedappp..

Resepi roti jala aku amik tanpa segan silu dari dapur Kak Nor Ganu..resepi asal dari kak ummi kuantan..resepi nih dah ramai yang guna kan?kan?kan?ngaku cepat!
Terima kasih buat semua yang terlibat yer..

Mari kita lihat resepi nya..

ROTI JALA
sumber : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Nih nota untuk aku sendiri dan ingin kongsikan dengan mereka yang baru nak mencuba..kot2 laa nak tau kan..hehe

>Pastikan adunan tak berketul2,sebaiknya ditapis supaya lancar semasa proses 'menjala' nanti. Kalau pekat,tambah sikit air.
>Semasa 'menjala',harus lakukan dengan pantas dan jangan lengah sebab nanti adunan 'melebar' jika lambat digerakkan
>Boleh gantikan telur dengan satu sudu kecil mentega/marjerin

Boleh lihat roti jala yang lebih vouge kat link akak2 kat atas tu yer.. :)

Jamu mata tengok gambar dulu..cerita n resepinya akan diedit kemudian yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 18, 2011

Teh Perisa Strawberi

Haa..nih sambungan tayangan amal yer..kesinambungan dari entri sebelum nih
Nih laa buah tangan dari cameron highland(agaknya laa) daripada kak Rosaliza sekali ngan parcel tu..
sebab apa aku wat entri asing2 sebab teh ni spesel jer bagi aku..kami penggemar teh sebenarnya..biasanya teh pilihan lipton tu laa untuk teh o,teh susu teh yang dalam kotak tu..pernah gak minum teh bunga masak sendiri tu..dari sabah kalo tak silap kakak aku beli dulu..
Sekali dapat teh perisa strawberi nih memang teruja nak mencuba..tak pernah lagi sebelum ni..
Bila dah cuba,alhamdulillah..sedappppp..dengan aromanya memikat sukma.hehe..roommate daku pun berkenan siap dengan pesanan..'nanti order lagi tau'..erkk!nih yang kak liza bagi laa,masa dia gi cameron aritu kot..'
'Ada kat supermarket sana tuu agaknya..hee'hoh laki aku nih..kang aku ajak cuti2 cameron highland lagi sekali kang haaa...
pastu dia ulang lagik..order tau!sedaplah..
So,siapa tau ada jual teh gini online?haha..

Posing dengan cawan kesayanganku..oh tinggal satu jer lagi cawan ni daripada setengah dozen..sob son T_T.Dah beranak pinak ni memang harus terima kenyataan jer kadang2 pinggan mangkuk gelas cawan pecah..
Tapi cawan biru ni memang aku sayang tau..dari tahun 1999 dah ikut ke sana sini ke mana jua kitorang dipindahkan..hee
Susah nak carik kaler biru woo..masa gi Kuching aritu jumpa gelas biru jer..tu pun rembat jugak.hee

Eh..apa lak cerita pasal cawan nih..haa,nih laa bungkusan teh stoberi nih..kalau ada kat supermarket kat sinun,nak kirim nih..serius.
Ada gak roommate aku tuh suggest,apa kata buh perisa strawberi yang untuk buat kek tu dalam teh?kot2 rasa sama ke...hehehe..ada sesiapa pernah try tak? :P

Dan tak lupa sekali,keropok ikan kiriman kak liza gak..pun kegemaran sekeluarga. Dah lama tak makan keropok ikan..memang best giler..giler jer tak best gini!hoho
Part ni plak,komen roommate aku..
'lepas ni belajar wat kopok ikan lak eh..nanti leh buat kopok ikan sendiri..kita buh isi ikan banyak2 bagi sedap..'
'ada dah resepi keropok kat tenet(terbayang resepi kopok lekor jiya)..tapi resepi keropok lekor ler..'*sengih
'Bukan kopok lekor,kopok gini ler yang..'hoh..nah amik sebijik request dr suami. hehe

Siapa ada resepi kopok gini sila laa bermurah hati suggest kat aku resepinya yer..kot2 ada yang biasa buat keropok ikan sendiri ke kan..huhu

Sekali lagi,thanks kak liza n family.. :D
*Amik amani yang comel...tarik2 tubitt2...gomol2 pipi beliauu..errkk,naaa,dah nangis! kak lizaaaaa,amani nak nyusuuuu..eheh! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Semalam terima parcel..

Minggu lepas dapat sms dari Kak Rosaliza..katanya,dia ada kirim minyak YU YEE.. Betapa prihatinnya kakak ku yang sorang nih..sebab pada entri yang lepas pernah aku bagitau cari minyak yu yee untuk legakan perut baby,tapi kat sini tak jumpa lak.. Bukan tak jumpa sebenarnya,tak cari beria sangat sebab minggu lepas tu balik kampung gak.Bila balik miri hari tu,aku cari kat farmasi,alhamdulillah..dah jumpa juga. Tapi tak terlintas lak nak update sampai menyusahkan kak liza nih haa..apa pun, terima kasih akak!

Lepas tu poslaju yang tak berapa laju nih tak sampai2 gak pada waktu yang dijanjikan(patutnya selasa lepas dah sampai). Telefon pejabat pos rupanya diorang ada masalah transport..erkk..boleh jadi gak rupanya yer..dia kata minggu depan sampai kot.huhu..dipendekkan cerita,sampai la barang tu semalam.alhamdulillah..walaupun dalam keadaan yang uzur dah bungkusannya..ekeke


Besar betul bungkusan minyak yu yee nih kn..hee


Pastu kan..tak cukup nyusahkan diri belikan minyak yu yee, kak liza bagi macam2 lagi haaa..ada lak 2 pasang baju untuk Zhariff..'mekacih aunty liza'<-zhariff nyampuk. ;) Lepas tu kan,ada lagi..jap lagi aku wat tayangan amal ehh..hehe..

Oh..bukan yang ni..nih zhariff baru bangun tido petang semalam dengar bunyi kakak2 dia yang duk bising suruh buka bungkusan tu.. :P
Mekasih sekali lagi buat kak liza n suami yang sanggup pos minyak yu yee untuk zhariff dan barang2 yang lain tu yer..lebiuuu kak!
Tayangan amal akan diteruskan selepas ini..
Pergi laa ke mana2..pastu datang balik yer..muehehe ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 17, 2011

Gantung Award Drpd AlongRoz n Kak Ilahjy

Pertama. nak gelak dulu..terserlah kejakunanku nak letak award animated gini..siap carik Kak Nor lak tadi tanya dia camne sebab x bergerak seperti sepatutnya..haha..
Apa2pun terima kasih banyak kepada pemberi award iaitu Kak Ilahjy dan AlongRoz.. Sungguh terharu sebab ingat juga akak2 kat kite nih..huu...
Sebelum nih ada juga Along n kawan2 lain suh amik award..tapi mintak maaf bebanyak yer..sebelum ni kadang2 tu x sempat nk amik sebab lambat tunggu loading.tenet lembap.
Jom tengok award yang comel nih..alololoo


Award ni di kembarkan dgn mesej berikut:

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
-THE END-


Terimakasih sekali lagi buat AlongRoz n kak ilahjy yer..walaupun award cyber tapi daku amat menyukai n menghargainya.. :D

Sekarang nak pass lak award ni kat 5 orang.. memandangkan aku baru jer kembali ke dunia blogging nih secara aktif..(hari2 aku bukak blog sekarang..update jer tak nya sebab masih dlm proses(eceh) penyesuaian)
Jadi aku tak terpilih lak sebab dah banyak dalam link list..yg tak tersenarai pun sila2 laa amik jugak yer..jangan malu2.

Tapi yang 5 nih wajib amik yer..hehe..blog masing2 ada keistimewaannya..tak caya gi tengok blog2 mereka ini
  1. Kak Rosaliza
  2. Kak Sueozana
  3. Noorsha
  4. Jiya
  5. kak watie


Note:Kot2 ada yang jakun cam aku gak:cara nak amik award nih adalah korang highlight dulu award tu,pastu right click. Klik 'copy'..bukan copy image tau..klik yg copy susu jek. pastu terus 'paste' ke post yg nak di create tu..takyah save2 dulu cam aku.haha *tutup muka ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 15, 2011

Roti Gulung Sosej

Salam hujung minggu.
Dah hujung minggu pun yer.. cepat betul masa berlari.

Dari tengah hari semalam try upload gambar..agaknya tenet lembap sebab cuaca pun lembap ni kot. Ni pun masih terkedek2 jer tenet nih..huhu

Apapun nih sarapan semalam ye. Ingat nak buat minum petang sebelumnya tapi tak sempat pula. Jadi 'frozen'kan malam tu dan goreng di keesokan paginya.
Sedap dan rangup..

Senang nak makan kalau dipotong2 kepada empat bahagian.. Guna sosej yang sedia ada cheese tu pun sedap!

Resepi dikongsikan oleh Aziemas@myresipi.com .Mekasih kak azie yg chomel.. ;)
Jadi tanpa membuang masa lagi,yuk kita lihat resepinya.

Roti Gulung Sosej >> Aziemas@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

Yang nih aku buh kepingan keju sekali..memang best jer melting(mencair) gitu bila dipotong panas2..pergh.sah2 bersukaria dah lemak2 dalam badan nih sebab dah ada tempat menetap.

Bila dah potong kecik2 gini senang nak makan ramai2 dan berebut2..hehe.

Pada yang tak pernah jumpa dengan bread crumbs tu,boleh buat sendiri dengan membakar roti sehingga garing dan diramas sehingga hancur..

Ini laa rupa bread crumbs atau serbuk roti untuk menyalut roti gulung tu yer

Kali ni aku ikut tips dari kak Ganu kite..dengan menyapu telur tu menggunakan berus masakan agar roti lebih rangup dan sekata lagi salutannya..sebelum golek atas serbuk roti..mekasih Kak Nor atas tip nya yer. Nah amik seketul..eh,lupa dah abis.hee ;P

Sedia untuk digoreng atau masukkan dalam plastik dan di'frozen'kan dan boleh digoreng bila2 masa.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 14, 2011

'Sesiapa yang baca ini jangan beritau orang lain'

Masa sekolah dulu korang duduk asrama ke harian?
Aku pelajar harian dari form 1-5. Tak sekolah tinggi2 pun,gayat katakan.
Tapi dalam pada harian tu ada juga kadang2 pergi asrama ni,ikut kawan2, kejap2 jela..
Sempat gak la tengok kat asrama tu macammana kehidupan harian mereka kan..nampak seronok jer,mesti tiap masa ada kawan untuk teman bercerita..kalau nangis2 tension mesti ada kawan2 akan datang pujuk. Tapi mesti dalam masa yang sama,mesti ada musuh gak..hehe
Tapi paling menarik masa tu kalau tengok peralatan harian diorang..contohnya baldi. Ada tu yang tulis 'TOLONG JANGAN CURI' . Sungguh bersopan ye..pencuri pun agaknya bila dah baca tu,'oh..dia tak suruh curi..' pastu letak baldi tu balik.hehe

Sama kes dengan anak bujang aku nih..hish!budak2 sekarang ni lelaki pun pandai bergosip ko. Macam2 betul laa..ops!aku tak boleh bagitau orang lain sebab aku dah baca.. :P

Betulll...tak caya?meh zoom in sikit. Aku ni kan jujur...huahua..
Kan?kan?Entah apa2 laa guna dia tulis benda2 gosip nih...Ingatkan catatan pelajaran ke apa..hadoii laa.cuma aku tak sure,gosip2 nih tahun ni atau last year punya.. Ala,bukan gosip artis pun. Pasal kawan2 dia laa tu..
Yang jumpa buku ni adalah si kecik Yana..tu yang contengan merah tu hasil seni beliau laa tu.

Lepas conteng,suka buat muka tak bersalah!

Satu lagi,pernah tak anak2 korang buat sesuatu yang buat kita nak marah lepas tu konfius nak marah ke tak..nak marah ke tak..?? Aku selalu. Kadang2 nak marah jadi tersenyum simpul(sebab nak tahan gelak) dengan karenah anak2 ni. Bukan tak cukup tegas..eh,memang pun tak cukup tegas kot?hehe..
Yela,contoh laa dak kecik yana nih..kita kata jangan main minum kat ruang tamu..tumpah nanti. Sekali betul2 tumpah. memang nak marah tapi sebelum kita bersuara dia dah kata..'haa,dah tumpah mak..ambil kain lap,k...ambil kain lap..nana lap dulu'sambil berlari ke dapur mencari tuala nak lap air tumpah.' Nafsu nak marah pun dah terbantut tau!huhuh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...