
Beberapa minit saja lagi kita bakal bertukar tahun..
Begitu banyak memori di tahun 2010 yg bakal kita tinggalkan...pasti ada yang pahit dan ada yg kelat juga ada yang manis..
Bagi aku tahun 2010 lebih banyak kenangan pahit berbanding yang manis..
Begitu banyak dugaan yang ditelan dan cubaan demi cubaan Allah datangkan dalam kehidupan..masih x pasti dapat harungi kah tidak..
Antara kenangan manis pastinya mengandung anak ke 4 dan melengkapkan menjadi 2 pasang zuriat,2 lelaki dan 2 perempuan..alhamdulillah!
kemudian bertemu dengan rakan2 sekolah di mini reunion penghujung mei thn 2010..
Kenangan yang kelat pula seperti line tenet yang teruk...hampir aku stop berblogging gara2 tenet yg parah ini..dah elok sikit masih belum pulih sepenuhnya..
Dah hujung tahun ni baru ok banyak aku amat berharap ia terus ok..
Kalau kejap ok kejap x ok..alamatnya blog aku akan tidur nyenyak lagi thn 2011..
Kalau tenet laju jer pasti aku rajin nak update.itu satu azam.heh :P
Kenangan pahit pula malas nak kongsikan sebab pahitnya nak cerita pun payah..tapi cukuplah aku katakan terasa susah nak percaya org yg mengkhianati kita..lebih2 lagi sebelum ni dia mengaku saudara tapi hakikatnya menikam kita dari belakang..mungkin x bermaksud begitu tapi itulah yang berlaku..selebihnya hanya DIA yg mengetahui..
Yang pasti,hidup mesti diteruskan walaupun hujungnya kita masih x tahu macammana..
Di harap tahun 2011 lebih banyak kenangan manis berbanding yang pahit..
Minta maaf buat semua rakan2 alam maya dan alam nyata jika ada tersilap kata dan cerita yang menyinggung perasaan kalian..semoga 2011 lebih mengeratkan siratulrahim antara kita...insyaallah,tahun 2011 akan aktif berblogging semula..
Masih membiasakan diri dengan kehidupan baru menjadi ibu kepada 4 org cahaya hati ;)
Akhir sekali..selamat tahun baru yer.