Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, September 6, 2009

Biskut Susu

Salam ahad..
Ini projek tergempar di kala sahur tadi..sementara nak nunggu masa untuk bersahur, sue buat ler projek nih..projek kecil2an jer...
Apa yang mendorong sue mencubanya ialah bila bace komen2 yg dah mencuba resepi nih tapi tak jadi dan bila tengok laporan masakan ramai juga buat dah jadi..hehee..
Alhamdulillah,bila mencuba...jadi juga.
Cuma resepi asal doh tu patutnya diwarnakan supaya nampak menarik,tp bagi Sue...putih pun menarik juga...cam milk cookies yang kat bakery tuu..heee

Resepi c n p dari myr..Thanks to merpati66 -sue edit sket supaya senang nak faham..

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

  • 250grm tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • perwarna -ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu>dalam sebuah bekas,tuangkan tepung..kemudian baru tuang susu pekat sedikit demi sedikit sambil digaul dengan sudu.
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .>bila dah nak jadi doh baru uli dengan tangan..jadi tak ada masalah melekit..
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
Ini yang dimaksudkan dalam cara no 1 dan 2..lepas dah nampak susu dan tepung dah bergaul gini di sinilah perlunya marjerin untuk menjadikannya doh..
Bila dah jadi doh..boleh laa warnakan dan bentuk ikut suka..sue buat bentuk bulat/leper sikit dan tekan dengan garfu untuk membentuk garisan..
Biskut nih perisa susu..nama pun biskut susu..hehee..ia gebu n agak rapuh juga.. Cair di mulut.
tapi yang sue nak ketengahkan nih bukan rasa biskut nih,tapi part nak menguli tuh jer..
Penggemar biskut susu nih boleh laa try yer..yang dah mencuba dan tak jadi tuh jangan putus asa...
Kadang2 yang bagi resepi susah nak explain macam mana nak bagi sukatan bahan dengan tepat..

P/s: Harap jika kawan2 lain ada cadangan boleh laa diutarakan yer.. sue pun amatur juga nih..rasanya kalo tambah susu tepung best gak kan..heh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

22 Komen Di Sini:

Ann said... [Reply to comment]

ann penah try resepi ni...time nak bakar jadi panik jap coz adunan tu melepek kat dulang...dah ke tong sampah setengah tapi last²nya try bakar gak...naik kembung..baru tau memang pesyen kuih raya ni.

Chik Mimi said... [Reply to comment]

wah sue dah panasssss enjinnya pastu laju pulak tu jalannya

K.Nor said... [Reply to comment]

k.nor dah dua kali raya buat kukis ni.. mmg betul dah kaedah yg sue terangkan tu kat myr.. sepatutnya tak leh gaul sekaligus semua bahan tu. tu yg jd lembik. dan sepatutnya jgn mudah give up bila buat sesuatu tak menjadi dan menyalahkan resipi kan sue :)

HaSue said... [Reply to comment]

Ann > hehee.usaha tangga kejayaan ya ann..tuh ler baiknya mencuba resepi2 baru nih.menambah skill yg kdg2 dpt secara x sengaja.hehe..

Chik Mi > uish kak..mana lak laju..kayuh pelan2 nih.hihi

K.Nor > haa..betul sangat tuh kak..memang takleh salahkan resepi kan..lagipun dah terbukti ada laporan masakan(termasuk akak nyer) of coz bleh punya...hehe.. apa2 pun mekasih sudi bg komen kak..lega sue kita guna cara sama..hee :D

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Mamalah antara yang buat biskut ni dan tak menjadi... hehehe... siap angkat tangan dan mengaku tu! Hahaha...

HaSue said... [Reply to comment]

MamaFami > wooo...mama orangnya ya..habis laa masuk tong pastu ek?hehe...sue pun baru blaja buat ni.hee

napergok said... [Reply to comment]

belum penah try maka biskut ni..tp penah makan dan amat sedap..tp boleh tahu x berapa banyak butter yg kena taruk?

HaSue said... [Reply to comment]

napergok: kena try buat tu..simple jer..sukatan butter tu memang tak dinyatakan pada resepi asal sebab ia bergantung masa kita nguli..cuba letak dalam satu sudu dahulu..kemudian uli sebati..jika masih berderai adunannya tambah lagi sedikit demi sedikit sehingga boleh dibulat2kan..selamat mencuba..

eylaRaz said... [Reply to comment]

hi HaSUe,
nak tanye sikit..kalo takde baking powder bole jadik tak resipi nih.sume bahan2 dah ade.nk keluar pegi beli baking powder mls la pulak.hehe.

HaSue said... [Reply to comment]

eylaRaz: hi eyla..tqq singgah yer. memandangkan baking powder satu2nya bhn penaik utk biskut ni,rasanya xleh tinggal laa kot.nanti biskut jadi keras n x naik langsung lak..kalo ia ada guna telur mungkin b.powder boleh di skip..apa2pun x salah kalau nak mncuba.. :)

akma_4th said... [Reply to comment]

Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tiba HaSue... kita jumpa kat blog ni stelah sekian lama xjumpa. ingt lagi x kek coklat air ais n akma_4th kat MYR?

HaSue, nak tanya ni. sy baru je lepas mengukis biskut susu. letak dlm papercup jer. masalah sy, knp biskut ni dah menyerupai cupcakes lak... mcm xlulus jer nk hidang kat tetamu.

Sy agak, sbb sy letak 1 sb baking powder, sbb xdinyatakan dlm resipi ni sudu teh or sudu besar.

Pls help me... TQ.

ღAuni_Amauniღ said... [Reply to comment]

1 sudu baking powder tu, sudu kecik ke besau? hehehe :D

Unknown said... [Reply to comment]

Memang la..tapi lain kali detail la sikit. Tulis la yang adunan kena masuk sikit2. Dah 3 kali buat tak menjadi. Membazir masa, duit & tenaga. Beginner mcm I ni, yang baru nak berjinak2 dgn dapur kalau buat asyik tak menjadi, mmg blh putus asa..tau! Nasib baik ada blog ni. Very useful.

Unknown said... [Reply to comment]

Salam kak Hasue, semalam sy ade try..tapi tak jadilah kak..kuih saya melepek dalam tray masa masak dalam oven.. mula2 boleh buat bentuk bulat2, tapi bile masak jer cair melepek.. nape eh kak sue? saya letak 3/4 susu pekat. letak sikit demi sikit. amount susu pekat saya terlalu banyak ker kak...harap akak dapat membantu. terima kasih.

Yuri said... [Reply to comment]

Tpg jagung nk bubuh brala cawan klau sukat pakai cawan??

Yuri said... [Reply to comment]

Brapa*

My sTory said... [Reply to comment]

Salam sis..nk tya, guna api tu atas bawah ke bawah je

My sTory said... [Reply to comment]

Salam sis..nk tya, guna api tu atas bawah ke bawah je

My sTory said... [Reply to comment]

Salam sis..nk tya, guna api tu atas bawah ke bawah je

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..kak nak tanya klau tukar susu pekat dengan susu tepung bleh x?

Rohaya said... [Reply to comment]

Assalam, nak tanya api oven guna atas bawah atau bawah je

Dalucian said... [Reply to comment]

agak agak nya kalau susu pekat manis tu ditukar kepada susu badam , okeyh tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...