Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, September 7, 2009

Ayam Masak Kicap

Masak kicap nih jarang juga dimasak kat umah nih semenjak budak2 pun jadi penggemar kari..hehehe...
Tapi skali sekala kena laa tukar menu gak kan...
Masak kicap nih kena perap separuh bahan kisar tu dulu sekejap baru masak cam biasa...
Kuah lak jangan cair n jangan pekat sangat...

Bila sekali sekala makan ayam kicap memang sedap...kuahkan ngan nasik lenyek cili api..perghh..hehe
Resepi simple jer...kalo nak resepinya tunggu rajin yer...rasanya suma dah gheti...bahan lebih kurang jer...mungkin cara jer berbeza..hee...

Ini resepinya bagi yg ingin mencuba...

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam-dipotong dan dicuci bersih.toskan
  • 3cm halia*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar(saiz sederhana)-separuh dikisar separuh dipotong berbaji
  • 1-2 batang serai-diketuk(boleh juga dikisar sama jika mahu)*
  • Kicap pekat-sue guna ayam brand
  • 1 sudu tepung jagung-dibancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuah)-optional
  • Kicap dan perasa(jika perlu)
  • 2 sudu besar jus asam jawa-terpulang pada selera masing2
  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis > agak2 jer
Cara2:
  1. Kisar bahan2 bertanda * dengan sedikit air..>guna pengisar kering pun boleh.
  2. Separuh dari bahan berkisar diperap dgn ayam seketika bersama kicap pekat supaya rempah lebih meresap..
  3. Panaskan minyak,tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau..masukkan selebih bahan kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan serai(jika serai diketuk tidak di kisar sama)
  4. Setelah wangi dan sedikit kekuningan,masukkan ayam. Kacau gaul biar rata dan sebati.
  5. Perlahankan api dan biarkan jus ayam keluar sambil sesekali dikacau untuk mengelakkan dari hangus.
  6. Setelah ayam hampir kering dan kelihatan berminyak,masukkan jus asam jawa.kacau lagi dan biarkan seketika.. Tambahkan kicap secukupnya dan perasa jika suka
  7. Tambahkan lagi air dan masaklah ayam sehingga empuk
  8. Apabila ayam sudah empuk,tambahkan tepung jagung yg dibancuh bersama sedikit air untuk memekatkan kuah-kalau tak letak pun takpe
  9. Letakkan pula baki bawang besar yg dipotong berbaji dan gaul seketika.
  10. Sebatikan semua rasa dan padamkan api. Selamat mencuba!

Esok insyaAllah akan kembali berpuasa..takleh laa nak jeleskan org lain dgn ngetest makanan lebih awal lg..hehe..buruk perangai :P
Saja nak nyakat..hehee...kalo di alam nyata x sanggup aih nak makan depan org..huhuh

P/s: To kak lina_pg...amik seketui ayam nih yer..kak Rosaliza amik seketui gak..hihi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Maiyah said... [Reply to comment]

salam sue.. makan ikan masak kicap mak masak smlm.. pekat n pedas sedap

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

salam kak sue...sedap ayam tu...semalamkan saya buat daging satay goreng..hehehehe

minTanG_teLip2 said... [Reply to comment]

aYam. . .aYam. . aYam! .. Yum2. . pebret uH . .CEDap NyE

HaSue said... [Reply to comment]

K maiyah > wkumsalam...hehe..suka masakan pedas ek kak...mmg menyelerakan tuh :)

Alimaz > wkumsalam..daging satay goreng??uishh.mana bahagian akak zila?hihii

mintang_telip2 > cuke mam ayam ke?dah kecik mam telo ayam jelah yep :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...