Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, August 31, 2009

Tauge Goreng Telur

Heee...tauge pun nak masuk list gak eh.. takpelah,lom pernah lagi rasanya tauge nih ditayang amalkan kat sini..
Mulanya nak buat kerabu..tapi memandangkan kalo dibuat kerabu kang bebudak nih tak nak makan...goreng ler ngan telur..ingat nak goreng ngan ikan masin tp takda stok ikan masin la pulok..uhh..goreng gini baru budak2 makan sekali...
Maybe next time ler baru jadi kerabu tauge tuh..huhu.

Rasanya ramai dah tau cara masak tauge nih tapi takpelah yer..kot2 tak sama leh laa cuba resepi mudah nih..

Bahan2:
  • 300g tauge
  • 2 tangkai cili - untuk dikisar*,1 dihiris tanpa biji
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji telur
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk/kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan berkisar hingga harum dan kekuningan.
  2. Masukkan telur dan biarkan seketika baru dikacau sedikit
  3. Masukkan garam,perasa,tauge dan cili yang dihiris
  4. Kacau goreng seketika dan padamkan api
NOTE: Jika suka pedas,boleh tambah cili padi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Milky Fruit Cocktail

Salam kemerdekaan untuk pengunjung blog ini..
Jom tengok minuman lak kali nih...
Kalau masa berbuka puasa di bulan puasa nih..harus ada air buah-buahan nih dalam senarai menu saban tahun.
Kerja2 membancuh air untuk berbuka biasanya menjadi tugas encik suamiku..
Sebenarnya memang bab air nih dia lebih pakar sket..err,pakar dari aku laa..ehe
Rajin nak sukat itu ini supaya senang untuk buat di lain kali..
Seperti nak buat teh kosong dalam 1 jug,tak payah nak rasa tiap kali nak minum..
Semua dah sedia disukatnya..ikut citarasa dia laa kan..kalo ikut citarasa orang lain takut tawar atau manis tak tau ler..hehee
Air buah2an koktel nih memang cukup untuk satu keluarga minum tatkala berbuka di bulan ramadhan nih..nyamannn jer masuk tekak..pastu dapat lagi kunyah buah2an tu
1 tin (kitorang biasa guna yg besar(850g) untuk sekeluarga...tak abis..bleh simpan lebihan dalam peti sejuk. Sebab lagi lama lagi sedap,perisa buah2an tuh dah sebati..

Bahan2:
  • 1 tin fruit cocktail
  • Gula (ikut citarasa)
  • 1.5 liter air
  • 1 tin susu sejat
  • Ketulan ais secukupnya
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan di dalam jug dan kacau sehingga gula larut. Tambahkan ketulan ais
Kali nih guna koktel yang campuran nenas,mangga,jambu batu,anggur hijau dan sebagainya tu.. Ntah berapa jenis semua fruit cocktail yang ada di pasaran...pilih jer mana berkenan..yang penting halal yer.hee..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 30, 2009

Kari Ayam Kerisik

Nih gara2 tengok kat umah ika semalam...'terpaksa' laa masak menu ayam lagik..terliur katekan..hehe..
Kat umah nih kalo bab kari memang menjadi kegemaran semua orang..err,dak kecik nih pun tak lama lagi kena amik kursus makan kari2an nih..ahaha..

Resepi nih asalnya dari CMG,menggunakan daging..
Nih kopipes jer dari umah ika/ijah@mek siam sebab guna ayam.mekasih semuanya yg berkenaan..heee

KARI AYAM KERISIK / DAGING


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


BAHAN KISAR HALUS :-
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..
Tak letak kerisik banyak pun..khuatir hb n anak2 x suke pekat..so ada juga aroma2 kerisik tuh..suka juga satu keluarga nih..santan pun letak manja2 jer...heheee..

*Petang nih boleh jadi gantung periuk sebab hubby kate ada orang2 baik hati yng 'paksa' nak belanja makan kat luar.huhuhh...ikukan hati malas jer nak kuar petang2 nih.tapi memandangkan orang2 tuh kira special guest..kena laa ikutkan juge kan... :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sosej Fishball Goreng Sos

Nih menu simple dan amat senang dibuat tatkala ketandusan idea nak masak apa..hehe..
Kalau nak tambah bahan2 lain seperti tomato ke, carrot ke..ikut suka jer..
Itulah bestnya masak sendiri nih..ikut suka kita jer letak apa kan..yang makan pun kita2 juge..hehe

Bahan2:
  • Fishball-potong 2 atau belah 4 jgn putus
  • Sosej - potong serong agak nipis
  • Daun bawang- potong 2 inci panjang(nih lupa letak lak..heee)
  • 1 Cili merah-hiris
  • bawang merah-hiris
  • bawang putih-hiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cili merah-hiris memanjang tanpa biji
  • 1 labu bawang besar-potong wedges
  • 1/3 cawan air
  • garam-jika perlu
Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau
  2. Masukkan semua jenis sos dan air. kacau goreng hingga pecah minyak
  3. masukkan sosej dan fishball. kacau goreng lagi sehingga masak
  4. Masukkan bawang besar dan cili.
  5. Kacau sebentar sehingga sebati dan padamkan api
Nih menu sahur banglong...aku bab sahur2 nih takde laa nak cari makanan sangat..
Kalo ada buat pengat tuh..dah cukup sangat..sebab kalo makan nasi nih cam berat jer pagi2 tuh kang..huhu
Kalo boleh,cukup kurma n air suam jer..kadang2 air ais pun hantam gak..haha..
Cuma x baik la amalkan yer...lemah sendi kang.heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sambal Goreng Mempelam Muda

Sambal mempelam yang ditumbuk dan digoreng bersama belacan nih memang 'kaya' dengan rasa masam2 dan pedas2 juga terserlah ke'belacan'an nya..hehee..
Pendek kata,penggemar semua perasa yang disebutkan tadi pasti terbuka selera bila merasai menu nih...
Ohh..sebenarnya menu nih peberet kitorang adik beradik(yang pompuan) kat kampung.
Memang menyelerakan tambahan lagi kalo lama tak merasa..

Bahan2:
  • 2 biji mempelam muda(bukan mangga muda ya)-kupas dan potong/hiris
  • 2-3 cili merah
  • 5-10 biji cili padi/api
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih-kalo suka
  • Segenggam ikan bilis yang dah dikupas
  • 1 sudu makan (penuh) belacan-bakar dulu jika suka
  • 1 sudu kecil garam dan sedikit perasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili sehingga agak lumat,masukkan bawang,tumbuk lagi,ikan bilis dan belacan. >boleh juga kisar semua bhn menggunakan pengisar bhn kering kecuali mempelam dan pindahkan ke lesung batu barulah tumbuk mempelam bersama
  2. Masukkan juga mempelam muda dan tumbuk semua sekali sehingga agak lumat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan semua bahan2 yang sudah ditumbuk dan tambahkan garam dan juga perasa.
  4. Kacau goreng hingga bahan2 kelihatan sebati an bertukar warna.
  5. Sedia untuk dihidangkan panas2
Kalau adik aku yang sorang tuh pulak siap perahkan jus limau kasturi lagik...suka tul benda2 masam nih..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 29, 2009

Kailan Goreng Sos Tiram

Kalau dah masak nasi ayam kena laa ada kailan sos tiram nih pelengkapnya..
Macam kalo order kat restoran nasi ayam juga.tak lengkap laa tanpa sayur kan.hehee..
Tapi biasanya aku guna baby kailan..kali nih guna mummy kailan lak..
Tak kesah ler yer..janji ada kailan...hehee..
Cara goreng nih mengikut citarasa kitorang sekeluarga..
Masakan cara nih hasilnya memang iras2 kat restoran nasi ayam kitorg selalu pergi tu..
Ada orang kata kat restoran2 nih diorang kukus..ermm...x sure plak..
Tapi setakat nih goreng cara nih memang sedap n tiap kali licin sebab anak2 pun suka sangat.hee
Jom tengok resepi nih..tapi bila nak masak sendiri tu kena laa adjust ikut tekak nak letak byk mana ye tak.hehe

Bahan2:
  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih-ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram+1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis
  • Bawang goreng-untuk hiasan
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.(pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah..Kacau goreng hingga pecah minyak
  3. Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  4. Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.
  5. Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap!
Tips berkaitan dengan menu goreng2 ngan sos tiram nih..'rakan' sos tiram adalah gula(untuk mengilatkan sos tersebut) dan lada sulah sebagai penambah perisa.. Nih cedok dari rancangan masakan cina..lama dah.heee..
Memang tiap kali goreng sos tiram 2 bahan tuh wajib ada..sapa2 suka letak tepung jagung tuh untuk memekatkan kuah,terpulang jer pada selera...hb x suka sangat yang pekat kuahnya,sebab tu aku x letak pun.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Ayam Madu

Nasi ayam nih buat atas permintaan banglong..
Yelah selama balik kampung hari tuh nak menapau nasi ayam jer atas permintaannya..heee..
Pastu terbawa2 lak ke sini selera nasi ayamnya tuh.huhu
Kepada kak Rosaliza,sama lak menu kita semalam ye kak..cam berjanji pulak.ahaks :P

Biasanya aku buat di samping guna stok ayam(air rebusan ayam tuh) sendiri,aku akan letak lagik stok ayam yang dalam botol tu haa.nak kasi 'up' lagi aroma ayam gitu...
Di samping tuh,nasi ayam nih kena letak minyak bijan baru aroma menggiurkan gitu..berselera jer tau..hehe
Tapi memandangkan kedua2 barang tuh takde stok wat masa ni,aku try la resepi kat myr ..
Lebih kurang resepi biasa aku buat gak.simple gitu..
Not bad gak.yang penting anak2 suka jer makan..hehe
Tapi tak lah ikut 100% resepi nih yer..
Kena adjust ikut bahan2 yang ada dan mengikut citarasa keluarga.. :)

Resepi c n p dari myR..thanks to Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Ayam yang sudah siap dipotong2..tinggal nak ngap jer...

Yang nampak sarat nih sup yer..ada amik gamba yang tak close up tp blur plak..huhu..takpelah ek..nak juge interprem tuh... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Onde-onde Inti Kelapa

Salam ramadhan ke 8..
Selalu tengok buah melaka a.k.a onde2 nih kan?
Kalau kat sini,biasanya rata2 orang jual inti kelapa nih..jarang2 lak jumpa yang inti gula melaka semata2 tuu..intinya pula terpulang nak letak banyak kelapa atau nak letak gula lebih.
Tapi lebih sedap manis sedikit laa...kalo tawar rasa tepung pulut pun hambar jer kang...
Kuih nih peberet banglong,boleh jadi hari nih pun menu kuih nih lagi sebab ada lagi lebih inti semalam.heee
Bahan2:
  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • ADUNAN TEPUNG:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam
Cara2:

INTI:
  1. Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu.
  2. kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. Padamkan api-inti sedia digunakan

KUIH:
  1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  2. Jerang air dalam periuk, masukkan bebola tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  3. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi
NOTE: Ada juga orang tambah sedikit keledek rebus yang dilecek halus..
Tapi tak pernah try lagi letak keledek dilecek..tuh makcik yang jual kuih nih yang bagi tips..supaya tak terlalu rasa tepung pulut katanya..malas beno ler nak rebus keledek ehh..heee
Kalo rajin bleh cuba laa hari nih.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 28, 2009

Cempedak Goreng Rangup

Nak juga interprem...
Cempedak goreng nih peberet cik abe..
Tapi kalo yang rangup keras memang tak laku kat umah nih..
Kena gak goreng guna adunan biasa buat tuh..dah terbiasa laa kot.hee
Kadang2 guna adunan tepung gandum ngan tepung adabi juga..tapi kitorang masih prefer resepi nih..
Bila dah biasa buat,memang tak yah sukat2 kan..
Tapi untuk yang nak mencuba,boleh rujuk resepi pisang goreng rangup sebelum nih..
Kalo nak juga,meh sini nak bagi resepi..
Bahan2:
  • Cempedak masak ranum
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan rata marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna kuning-guna yang serbuk
  • 1/2 sudu kecil gula-bukan nak bagi rasa tapi nak bagi cantik warnanya berkilat sket
  • Air secukupnya-dalam 1setengah-2 cawan air
Cara2:
  1. Masukkan semua bahan2 kering ke dalam sebuah bekas, masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk.
  2. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.Kalau tak pasti,celupkan sudu(untuk testing) dan bila adunan melekat elok,maknanya adunan dah ok..
  3. Celupkan cempedak pada adunan dan goreng dalam minyak banyak yang sudah dipanaskan terlebih dahulu
Rasa gorengan nih rangup lembut,sesiapa tak pernah cuba lagi.cuba laa sekali yer..insyaAllah sedapp..adunan yang sama boleh digunakan untuk menggoreng pisang,keledek,keladi dan sebagainya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 27, 2009

Sesampai Dari Kampung..

Salam kembali kawan2!!
Wahhh..rindunyaaaaaa nak kembali ke alam cyber setelah berada sepenuhnya di alam nyata selama beberapa hari.. Makyung2 sekelian??ada yang dah beranak ke?? Dah ada tanda lom??sabar2 laa yer..mak bidan gi kampung,tambah ilmu di dada..hak hak hak :P
Ilmu makan2 laa yang banyaknya sebab rilek dari masak2..hahaa..
Paling tak pun sapa2 nak berguru ilmu menapau juadah berbuka bleh gak nih..heee

Balik kampung tak sampai seminggu pun..cukuplah sekadar melepas rindu pada keluarga..
Selama ketiadaan aku kat alam cyber nih nak ucapkan tima kasih laa pada yang mendoakan keselamatan kami sekeluarga, merindui aku ke(perasan tau) dan yang suka jer nak baca n3 aku sampai habis tuh..tengkiu2..
Tak lupa juga pada yang tolong mop2 lantai..buang2 abuk..tolong layan tetamu yang datang...ader lak tetamu baru berkunjung tuh..nanti sue cuba jejak anda semua ya..insyaAllah..kalo sue x sampai gak kasi sound2 laa ekk..heee...mekasih sudi singgah!

Balik jer dari kampung,kemain lagi bertolak lebih awal sebelum tengah hari sebab budget nak sampai tuh dalam 5-6 jam gitu kalo takde stop ler..
So ondaway tuh jumpa lak orang jual cempedak,singgah...
Jumpa lagi orang jual buah2an..singgah...
Sekali kat depan ada jual macam2 lak..singgah..
Nun depan sana orang jual cempedak beso2 skit..ingat nak tanya jer..singgahh...
Rupanya murah,beli ler..huahua
Depan jauh sikit tengok bertimbun nampak lagi fresh dari tadi..singgahh...dia kata dah matang tp lom masak lagi...beliiii..(wat stok)..sekali hb kate leh wat frozen kan...beli lagi xtra..ahaha..tamak sungguh kitorg rasa... :P
Last sekali tengok ada orang jual durian kulit kuning cam kat bawah nih..singgahhhh...lagi!
Tapi rupanya durian tuh dah lama..merekah dan agak layu tak macam yang perhentian sebelum nih tadi..ok jer baru..

Begitu laa lebih kurang banyak kali kitorang singgah tadi..hihiiii...beli cempedak tuh ingat nak buat stok n wat kuih ke..leh sedekah ngan jiran2 dan bukan jiran kan..
Lagipun encik suami nih minat cempedak goreng..huuu...

Dipendekkan cerita yang dah memanjang..
Dah sampai kat umah sempat gak laa rutin kan..
Sekali tengok jam dah kurang sejam dari waktu berbuka..
Sampai2 jer tadi terus masak nasik..
So dengan masa lebih kurang 40minit tuh..
Aku sediakanlah juadah yang ala kadar nih..hee..
Juadah berbuka yang pertama di post kat blog aku nihh..
Boleh jadi simple jer laa sepanjang bulan..hahak :P

Ikan sardin nih bawa dari kampung,so dah sampai tuh sedia ternyahbeku..tinggal nak siang je lagi..apa lagi,dengan pantasnya ambik 2 ekor,ketak ketuk ketak ketuk..taraaaaa...!!heee..nak resepi penuh cari kat label ikan eh..
Cendawan nih pula beli masa perjalanan tadi..fresh wooo...suka sangattt!!ikutkan hawa nafsu nak jer borong banyak.tapi nak simpan dalam peti ais bukan sedap dah nih..nak masak banyak sekali bukan sedap nak kasi panas berulangkali..huuu...
Nak resepi penuh,cari kat bahagian sayuran yer..
Sedap cendawan nih..sukeee :D
Alhamdulillah.kenyang..berselera anak beranak mengadap rezeki hari ni.. :)
Selain juadah nih sempat laa buat cempedak goreng tadi..lom sempat interprem ek?tadi dah upload,tapi tak kuar..try upload balik page load error..huu..

Nak merayau blog kengkawan tak sempat2 lagi nih..sabor la yer..esok ada lagi..nih lom abis ngemop lantai n nyapu habuk kat umah alam nyata nih..hee..

Pssttt..Mesej kat cbox n petak komen n3 tuh dah baca semua sekali..tak satu pun cicir tau..best2!mekasih byk2 yer sumer..sayang koranggg :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 22, 2009

Durian Apa Pula Kali Ini???

Salam 1 ramadhan...
Kali nih nak tunjuk durian lain pula dari sebelum nih.
Ini BUKAN sama spesis dengan Durian Kuning yer.
Nih spesis lain dari durian yg pernah ditayang kat blog nih..
Saja nak berkongsi kot2 ader yang tak tahu atau tak pernah tengok pun kan...
Gambar di atas dijual begitu ler..diikat 4 bijik skali..

Korang tengok lah gambar luar nih dulu puas2..
Sebenarnya dari semalam bz gak ngemas umah n peking nak balik kampung...
Tengah hari nih akan bertolak ke Miri..
Doakan perjalanan kami yer..jauh gak nak pergi nih.dalam 400km gitu.huuu...
Tapi sampai2 jer umah nanti terus berbuka puasa..heeeee....

P/s: Terima kasih pada yang sudi dan telah mengambil kad Ramadhan dari Sue yer...
Kad yang anda semua suh ambik tuh ada yang dah ambil tapi lom tepek lagi.
Semalam line tenet agak teruk la...nak reply mesej kat cbox pun seksa sket..
Nanti dah bersiaran embali,insyaAllah..akan ditepek juga.terima kasih kerana mengingati sue..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERCUTI... =)

note: sapa2 tau atau pernah nampak/makan durian nih meh laa kongsi kat petak komen nih yer..tq2.
Nanti sue explain n tunjuk isinya bila dah kembali ke alam cyber..heee..tolong jage rumahku ini yer ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 21, 2009

Ikan Bawal Masak Merah

Ikan bawal nih sedap dimasak apa jenis jua masakan..masak merah,masak kuning, sweet n sour,kukus,goreng dan sebagainya..
Rasa isi ikan yang semulajadi sedap tu membuatkan ikan nih tak payah susah2 nak cari banyak bahan untuk menyedapkannya..
Silap2 haribulan,terlebih bahan pula boleh menenggelamkan rasa ikan..

c kakak n banglong suka sangat ikan bawal nih...
Kalau dimasak merah begini lagi suka..
Nasib baik semalam tuh masak lebih...
Lepas tu ntuk dinner malam tadi pun request lagi nak makan bawal nih..
So keluar laa lagi 2 ekor ikan bawal dr peti es ku itu..

Ikan nih saiz kecik jer..so cukup seekor sorang baru kenyang makan kot.hehee

Ikan bawal yang sudah dilumuri kuah..hehee..tak nampak cam ikan lak dahh..
Resepi nih macam biasa yer..tak suka letak banyak bahan2 yang boleh menganggu gugat rasa ikan tuh sendiri..simple tapi sedappp..yummm2..ratah pun tak sedar diri nih.. :)

Bahan2:
  • 1-2 ekor ikan bawal saiz M (kalo yang besar seekor dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar*-separuh untuk dikisar,separuh dipotong wedges
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai-diketuk
  • sedikit cili giling-kali nih tak letak sebab takut terpedas utk anak2
  • Sedikit halia-pun tak letak kali nih.
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Rempah tumis 4 sekawan-1 setiap 1 jenis
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
Cara2:
  1. Ikan bawal yang sudah disiang dibersihkan dan dilumur garam serta serbuk kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
  2. Bahan2 bertanda * dikisar
  3. Ambil baki gorengan ikan tadi untuk menumis..Panaskan minyak dan tumis rempah tumis diikuti bahan2 berkisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang sudah diketuk
  4. Apabila bahan itu sudah garing masukkan sos cili dan sos tomato..kacau sedikit dan masukkan sedikit air
  5. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi dan masak hingga pecah minyak
  6. Masukkan ikan bawal dan bawang besar yang dipotong tadi(bawang besar nih leh tambah lebih jika suka) dan gaul sebati.
  7. Sebatikan rasa dan kuah. Sedia untuk dihidangkan
Meh sapa nak rasa..sedap tuuu...(sape lagi nak puji yer tak..hehe)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

E-Card Ramadhan Untuk SEMUA

Salam ramadhan untuk semua sahabat2 alam maya mahupun alam nyata...

Sempena Ramadhan yg bakal tiba esok hari,sudilah kiranya membawa kad ramadhan ini pulang sebagai tanda ingatan ingatan persahabatan yang terjalin..
Tak kira yang ada blog atau tak..pengunjung setia blog ini sudi2kanlah yer... :)
Pengunjung baru..jika ada yang tersesat masuk ke sini,sudi2kan lah ambil juge..

Sue juga ingin benar meminta maaf jika selama melibatkan diri dalam dunia blogging ini pernah terlanjur kata tersilap bahasa yang boleh menyinggung mana2 umat manusia,jin dan makhluk Tuhan yg lain tu..Sesungguhnya ia bukanlah disengajakan..
Kadang2 niat kita berkongsi ilmu(walauun sedikit jer ilmu tuh),tapi orang memandang kita lain dari yang diharapkan..
Sesiapa ada terkecil hati ke,terbesar mata ke..terkutuk ke..minta maaf bebanyak yer..
Harap kalian dapatlah maafkan dengan seikhlasnya.. :)

Akhir kata,selamat berpuasa kepada semua rakan2 dan terima kasih sudi berkunjung selalu ke rumah ini...Di harap ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dalam hidup kitaa..aminnn

P/s:N3 nih adalah STICKY POST,sila scroll ke bawah untuk n3 terbaru..tq :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Besday gift dari Kelab Sosial MyResipi

Salam..
Baru berkesempatan upload gambar nih pagi ni..
Parcel nih sampai ke tangan aku pada hari Rabu,malamnya..hehe..
Sekali ikut hb yg singgah jap kat kampung..

Nih la hadiah dari myR sempena besdayku yg lalu..
Ada kesilapan teknikal masa penghantarannya,tuh lambat sampai..bukan silap sapa2 pun..hehee..
Yang penting dah selamat sampai ke tanganku ini..alhamdulillah..heee..

Di kesempatan nih...nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mereka yang bersusah payah..
Kak Nor,Kak lily,kak Izah,Ayu,kak yani(tokey myr)..kak maria..dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak..tq2
Merahhh gitu..hehee..mekasih juge buat kak maria susah2 jer,bg xtra gift coin purse n keychain yg chumel itu.tq :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 20, 2009

Sesame Balls a.k.a Kuih Bom


Kalau kat bakery seketul dijual dengan harga RM0.70 - RM0.80 ..
Nama tertulis sesame balls..kuih bom nih nama tempatan kan?hehe...
Dengan bahan2 yang tak seberapa modalnya nih..leh menghasilkan beberapa ketul..tinggal nak injek multivitamin R jer dalam tubuh badan..hehee

Kuih nih buat pepagi buta tadi..
Dari malam tadi nak membuatnya tapi asyik2 tertangguh jer..huhu
Nih dah tercapai gak hajat..
Aku buat inti kacang merah jer.yang aku gi "buat" kat bakery..hihi.
Kalo inti kelapa bebudak nih kurang gemor..

Alhamdulillah tak terjadi letupan2 kurang menyenangkan..aheh...
Tapi standby gak tuh nak berpencak silat kot2 meletup tetiba kan..haha


Resepi c n p dari Myresipi..Thanks to Noreen

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  7. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  8. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  10. Dan siap untuk dimakan
  11. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.
Sedap niii...sapa2 tak pernah buat sendiri tuh sila2 laa buat yer..tuh pun kalo suka makan ler..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Koleksi Kad Ramadhan 1430h Dari Rakan2 Blogger

Salam..
Waduh2..kemain bz arinih..bz nyewa kapatebang FEDEX nak hangkut kad sini sana...
Segan pun ader nih.orang bagi kad kat kite...kite tau ambik jerr..hihi.
Agak byk gak banyak jer kad dari teman2 yang sudi mengingati diriku ini..leh wat koleksi...hehe
Jom jalan2 galeri nih jap,tengok koleksi yang ader..ahaks

*Semua kad sempena ramadhan akan disiarkan di n3 ini harap maklum n tq :)

Kad nih datangnya dari JIYA atau nick glamernya 14sept. Semoga jiya cepat sihat sepenuhnya ya..(buleh laa nak buli ko balik) dan selamat menyambut bulan ramadhan buat jiya sekeluarga...nanti pose gak yer..jgn tak pose..hiii :P
Mekasih agi kad comel nih...(biskut2 takde ke?)

Kad hijau nih pula datangnya dari IRA atau nama panjang sket Daniera.. walaupun baru kenal2,tapi mesra gitu..leh laa jadi adik ipar..opss..adik ipar plak...hii..
Mekasih dik sudi bagi kad nih utk akk..wat susah2 jer..heee

Kad lep nih bukan kad sempena ramadhan,tp takpelah yer...join venture gitu..hihi...
Diberi oleh kak MIZAN..yg duk ganu..mekasih kak,ingat gak akak kat sue yg jauh nih yer.hee...

Kita tengok pula kad yang seterusnya...haaa...nampak tasbih nih teringat masa ayahanda balik dari menunaikan haji dulu...pelbagai bentuk tasbih untuk sedara mara...anak2nya yg lebih2 pilih dulu..heee...
Kad dari NOORSHA.. yang meraikan ulangtahun perkahwinan yg ke 2 hari ini...
Selamat ulangtahun perkahwinan yer..
Semoga bahagia selamanya bersama insan yg kau cinta dan zuriat penyeri hidup berumahtangga.. :)
Mekasih sudi bagi kad kat sue yer...

Kad yang agak istimewa nih pula datangnya dari makyung yang sekarang nih ngah sibuk ngan contest khas untuk para makyung2 sedunia...sapa2 ngah naik pangkat 'yung' tuh sila2 laa join contest yg dianjurkan oleh CIKMIN nih...hehe..
Kad nih agak istimewa sebab CikMin siap tepek gambar mereka sekeluarga lg pada kad tuh.
Mekasih kak Min..ingat gak kat sue nih yer.
Kad hijau ala2 kad raya nih diterima dari DIANAJOE..yg suka juga memasak...juga ader bisnes kan diana kan?? Sapa2 nak beli alat2 membuat kek tuh sila2 laa view ke blog beliau..(promo nih,ader komisen tak?)hihi
Mekasih sudi bagi kad nih kat akak yer :)

Haaaa...yang awal2 lagi dah menghulur kurma nih adalah kak ANAWAHID.. nanti dah puasa bebno harap laa dihulur kurma yang real yer kak..ekeke...kurma Yussofff taiyubbbb(sila sebut dalam intonasi mendesis dan berbisik)hihihi...
Baru sampai ngan flight tgh hari td kak..mekasih yer atas pemberian kad ini...

Ahaaaa...kad nih amik sebab takut kena rotan...pemberinya siap ugut nak rotan kalo tak amik tuh..mau berbirat montots dah nak raya nih kalo tak hambik karang..ekekee...ampunnn kak!
Kad nampak sejuk jer nih datangnya dari KAK AYU..
jangan rotan yer kak..dah amik n tepek nih..heeee..mekasih byk2
Nih pun dari kak ayu gak...

Huhhh..yang awal2 buat orang terliur nih..tak lain tak bukan...dari mama orang yg duk dalam igloo..tak kuar2 gak dr igloo tuh.hihi....
Kad bergambar kuih lompat tikam nih dari IGLOOMAMA..
Mekasih yer Mama aka Aida.. :)
Oh..sukanya dapat kad kaler biru..hihi...kad nih melayang terbang jauh dari new zealand...
KAK AS..sue tak majuk laa kak..saja nak manja2 ngan akak jer..
Mekasih yer ingat juge kat sue nih..huhu
Nih pun dari Kak as... :)

Kad kebiruan nih pula diberi ikhlas oleh kakak peberet ramai yakni KAK NOR.
Mekasih yer kak...jangan lupa masak sedap2 juadah untuk berbuka puasa nanti>>masak lebih2 yerrr...kite nak tumpang bermalam umah akak pakej ngan sahur sekali.hihih

Pokok kurma nampak bercahaya nih lak terbang dr Kuwait..pengirimnya adalah AYMY yg sedang merantau di sana...best laa mkn tamar segar yer aymy..hihih..kalo takde jual panjat jerlaa pokok kurma yg aymy gambo nih..err,ader buah ke tuh?
mekasih sudi bagi kad tanda ingatan nih yer...

Kad seterusnya yang sempat dikutip hari ni adalah dari EIYNA ..yg duk kat Temerloh pahang..
Suka masak2 dia nih..hehee..lom sepmat kenal rapat lagi tp mekasih dik sudi bg akak kad ramadhan yang chumel nih

Kad ceria nih datangnya dari makyung,KAK LEEN yang rajin beno turun dapo..huhu..
Nanti dah puasa banyakkan berehat yer kak...kalo masak untuk sue gak,sue x kessahhh..hihi

Satu lagi kad dari makyung yang sedang sarat...nun jauh di Jepun...
HANA@KAK INA lah orangnya yang memberi kad ini..hehee..
Walaupun sedang sarat..makyung nih rajin sungguh berpencak silat kat dapo..err,buleh bayangkan seorang makyung bersilat??uuuu...seksii u! :P
Mekasih kak untuk kad ini...

Kad biru nih lak dapat dari PN-IENA ..ala2 setem gitu..(korang dah tengok citer setem kat pawagam?)
Selalu gak nampak iena berkunjung ke sini...mekasih la ingat juga kat sue nih ehh...
Tu sengaja pilih kaler biru sebab sue minat kaler biru kan kan?ahahakk..perasan sungguh ku rasa..hihi..jgn marah iena..gurau2 jek :P

Meh tengok kad yang agak istimewa nih lak...lain dari yang lain..hehe.
Kad nih di create oleh anak MAMA KITER..
Sungguh comel dan kretip sekali....
Mekasih mama kiter yer...kimsalam ngan anak2 :)

Kepada semua pemberi kad2 yang cantik2 dan chomel2 belaka...sue ucapkan jutan terima kasih kerana mengingati diri ini...
Pada yang sudi view nengok kad nih pun mekasih juga ya.

Di kesempatan ini sue ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..Sue minta maaf jika ada terkasar bahasa atau perlakuan maya sepanjang kita bersama...Semoga segala amalan kita diberkati oleh YANG MAHA ESA...aminnn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 19, 2009

Gajus Goreng

Hari tuh ngah lepak rilek santai kat pangkin umah che'iza,ternampak lak gajus goreng nih..
Terpikat daku, lalu daku mencubanya..
Gajus nih peberet encik hubby ku itew...yeyyyy...hubby balik ini petanggg...malam kang sampaiii..hihiii..
Kena laa tido awal malam nih kannn..isteri mithali katakan..ahahakk :P
Kepada isteri2 yg masih peluk bantal malam2 kerana terpisah dari suami tuh,tuh sabor2 laa yerrr..
Bantal tuh bila hubby memasing takde gak baru kena peluk..sian kat bantal tuh tau!(sedap je cakap ek!)heee...

Gajus nih rangup..anak2 kate sedap...huu..aroma bawang putih tuh mewangikan lagi kacang nih..

Resepi c n p dari umah che'iza..thanks iza :)

Bahan- Bahan
  • 1/2kg gajus
  • 1 biji bawang putih (1 biji tau bukan 1 ulas)
  • sedikit garam kasar (agak2lah eh)

Cara-cara
  1. Tumbuk bawang putih ngan garam...
  2. perap gajus dgn bahan tumbuk tadi... perap 2 jam...
  3. Goreng dgn api sederhana... hingga kekuningan... pastikan api tidak terlalu panas sbb bawang putih cepat hangit....
  4. Pada yg tak nak goreng tu bolehlah bakar....
Ader penggemar cashew nuts??meh lerr...join tengok je laa ek..hihi :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...