Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, December 22, 2011

Siput Sedut Masak Kicap.. dan cara bersihkan siput sedut






Assalamualaikum.. ^_^
Haaa..jarang2 kan nampak menu siput atau lala dan kaum kerabat spesis bercengkerang nih dalam dapur aku kan kannn..ini kerana,..err..rasanya ada gak kawan2 yang dah tau tapi takpe la aku bagitau gak laa ek.. ini kerana aku tak reti makan sebenarnya..lagi satu alasan baik punya, sebab lala atau kerang dan yang seangkatan dengannya agak susah nak dapat kat sini..kalau ada mungkin tak segar dah..takut nak beli kang tak pasal2 tempah bilik sepital satu malam sebab sakit perut..huhuuu.. tapiii,kalo siput sedut ni mudah jer kot nak dapat,selalu jer aku tengok ada orang jual kat pasar tamu mukah nun..masih bertanah2 pasir sungai lagi..sengaja tidak dicuci agar lebih segar laa agaknya kan. sekilo 9 hengget..begitu jugak kerang aritu,cuma cik abang aku kata kerang tu cam tak berapa fresh dah..tanya penjual tu katanya kerang tu dari kuching..



Sebenarnya yang mengidam nak makan tu si dia, sebab tak puas makan kat restoran aritu katanya..masa tu makan ngan kawan.. so dah beli tu aku kena la masak kan..imagine nak masak kicap tak berkuah sangat so dapat laa cam gambar kat atas dan bawah nun..seperti yang dibayangkan dia jugak..alhamdulillah,sedap sangat katanya..aku masak cam masak kerang jek.. nak masak lemak cam tak selera buat masa ni,mungkin lain kali kot.ehe..

Jadi nak dijadikan citernya..balik dari pasar tu,kitorang singgah la beli kelapa parut untuk bersihkan siput tu dari segala kekotoran.. tips/petua nih aku dapat lamaaa dulu dah tak silap dalam majalah mingguan wanita kot.. walaupun tak pernah masah siput tapi aku abadikan dalam lipatan memori kot2 berguna seperti di masa2 begini kan..
Dah bersihkan tanah2 kat siput tu,cuci,rendam tos..ramas2,rendam dan tos..(ulang sampai kelihatan bersih)..kita gaul laa dengan kelapa parut seperti dalam gambar di bawah ni ha..
Tima kasih la kat my laling yang sukarela buat kerja2 tu..hehe

Kat atas  nih rupa siput tu bila digaul dengan kelapa parut..ia bukan jer membersihkan kekotoran dalam siput tu,tapi siput pun rasa lebih lemak2 lagi(menurut penyumbang asal tips tu),lagi2 kalo masak lemak kot..
Kalau nak guna hampas kelapa(lepas ambil santannya) boleh juga..lagi2 kalau kita nak masak lemak kan..
Guna cara ni untuk bersihkan memang semua kekotoran yang masih berada dalam siput tu akan melekat kat kelapa tu setelah dibiarkan bergaul lebih kurang satu jam..at least setengah jam pun ok kot..

Selepas tu boleh la dicuci,diramas2 dan ditos kembali...dipotong muncungnya ..sedia untuk dimasak dan boleh dimakan tanpa was2.hehe..cam rumit ek?tapi kalo malas tu guna cara biasa tu pun ok kot..aku selesa jer cara gini lagi2 1st time nak merasa.hee..terima kasih kat penyumbang tips tu aku tak ingat nama dia..mungkin ramai yang kongsikan cara tu gak..tq2..


Bagi aku yang baru belajar makan siput sedut ni sesuai la masakan kering gini..kuahnya yang sikit tu sedappp tauu! Bagi yang pandai makan siput sedut cam cik abe aku tuh dia kata sedapp sangat..lagi2 bila perencahnya tu dah meresap kan..
Oh ya, for the record..aku berjaya makan lebih dari 5 ekor siput sedut aritu.. itu pun setelah bersusah payah..hahaha..tak pakar lagi dalam sedut menyedut nih.huh! Tengok dia selamba jekk..tu belum termasuk lagi bab nak ngunyah n nelan kan..tapi bila dah berjaya makan tu macam,yeyy... rasa cam rancangan fear factor pun ada memula tu..hee..melampo2 tul kan. Tapi at least aku dah mencuba,dan berjaya...ahaks! Korang yang tak reti makan tu bila lagi... *jeling2 kat orang berkenaan..

Oklah2,kali ni nak share resepinya pula...nih resepi simple2 jer dan boleh digunakan untuk memasak kerang juga..


SIPUT SEDUT MASAK KICAP
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1kg siput sedut-bersihkan,gaul dengan kelapa parut dan bersihkan lagi sekali. potong muncungnya,tapi jangan terlalu pendek
1-2 ulas cili merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*-bahan bertanda * ditumbuk halus
2 batang serai*-dititik
5 cili api*diketuk-boleh tambah ikut tahap kepedasan masing2
3 sudu besar kicap pekat-boleh tambah jika perlu
1 sudu besar sos tiram
Asam gelugor secukupnya
Garam dan perasa jika perlu
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air

Cara2:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk dan tumis sehingga wangi,masukkan serai,asam gelugor dan cili api. Masukkan separuh kicap pekat dan kacau seketika. Masukkan pula siput sedut dan kacau rata. Perlahankan api dan biar air siput tadi keluar. Setelah ia hampir kering,tambah kicap pekat(sehingga tidak kelihatan pucat) dan sos tiram. Kacau lagi sehingga sebati dan masukkan sedikit air. Tutup kuali dan masaklah sehingga siput tadi masak dan air hampir kering.

Biarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan agar perencah masakan lebih menyerap ke dalam isi siput sedut itu tadi..
Selamat mencuba!

Kuahnya tu pun best tauu..ada rasa pedas2,masin2 dan rasa lemak siput tu.. ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

19 Komen Di Sini:

mala said... [Reply to comment]

salam hasue,

masa mala tinggal di Brunei dulu kalau turun miri, mesti nak lepas gian makan kerang masak kicap. sedap!

ucubakery said... [Reply to comment]

ooohhh..susah rupenya nk dapat spesisi yg bercengkerang kt sana ye...kalau kt sini (selangor/meru) senang sangat dapat benda2 tu....

Ucu tak pernah lagi buat masak kicap selalunya buat masak lemak cili api je...nk cubalah msk macam ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam kak sue...
amboi akhirnya berjaya jugak la menyedut isi tuh keluar yer..sekalung tahniah dr saya...

hati2 makan tau..jgn terover sedut..risau plak bila baca kat news pasal terlekat siput sedut dikerongkong tuh..

Cb pun sama mcm kak ucu..tak pernah lagi masak lauk2 cenggini..selalu masak lomak cili api ajee :))

HaSue said... [Reply to comment]

@mala
w'kumsalam..kerang memang sedap masak kicap kan! sebab tu senang sikit nak imejin masa mkn siput sedut ni..rasa kuah dia lebih kurang jek.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Ucu Faridah
Kalo ada pun memang harga berganda2 dari sana ucu..hehe..

selamat mencuba yer..kalau suka pedas,boleh la tambah cilinya ikut tahap kepedasan masing2.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@chikadakbiru
w'kumsalam...lama x nmpk cb..miss u!hehe..
tima kasih..tima kasih..ahak!

memang hati2 sangat mkn tu cb,sebab tu x tersedut sangat..lawak pun ada rasanya..cik abg akak selalu jer remind jangan sampai termakan 'kaver' depan isi tu..asal akak try jer dia remind..hehe..anyway tq ye..

lenkali leh laa try masak gini lak..kot2 kena selera kan.. ;)

mala said... [Reply to comment]

hasue - kalau di Brunei mmg tak terbeli la kerang mahal nak mampus.

ada sekali nmpk kerang kat tamu kuala belait, bila tanya kerang dari mana. penjual kata dari kuala selangor naik flight lagi. tak jadi la nak tanya harga!

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

wah wah...ko update belog?ni x leh jadi ni...hihi

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, oh sedap rupanya siput sedut masak kicap ya, akk pun selalu msk lemak je, oernah sekali msk mcm goreng kari resipi kak Fida Myresipi tu. Tapi anak2 biasa suka mkn yg msk lemak je. Susah ek nak dapat pesen cengkerang kat situ, agaknya laut situ bersih tak berselut atau berlumpur agaknya. Lagi pula jenis laut dalam kut heheh..memandai je.

Kat sini biasa akk beli dlm 5 ke 6 rringgit sekilo, biasanya akk beli setengah kilo je heheh. lain kali boleh cuba msk kicap lak ni

HaSue said... [Reply to comment]

@mala
hehe..kalo soal harga memang percaya sangat laa mahal kat sana kan..sebab tu diorg pun ramai shopping2 kat miri..dapat lbh byk brg nak hangkut.. kalo dr selangor lak mmg bertmbh2 laa mahal agaknya tu..
kalo nak merasa gak beli kat brunei,tak yah beli kira kilo..tapi kira ekor udah..hahaha

HaSue said... [Reply to comment]

@Ryo Azhar
napa?x caya eh?hihi.. cer ko tebas sket lalang kat blog ko tuh..semak amat aku tengok..x nmpk jalan nak lalu tau!*ayat berlagak

HaSue said... [Reply to comment]

@EmbunRosaliza
w'kumsalam kak...paling murah jumpa harga rm6 sekilo kat miri dulu jer kak..sekarang ni tak tau suda berapa.. tu kerang la,siput sedut kalo kat area Lachau(antara sri aman dan kuching) ari tu rm5 jer siput sedut..hehe..
ni siput sedut laut ke sungai eh kak? x pasti lak..sebab aritu penjual tu kata dapat kat area sungai..sungai tu tepi laut..jadi x pasti laut ke sungai..hihi

Ummi said... [Reply to comment]

Hahahha..mula2 nak gelak dulu kat dak Ryo yg jeles akaknya update blog daaahh.....Cepat Ryo update...letak kopi O pun ok jek...hehe

Sue, seumur hayat akak mmg tak pernah tersedut or menyedut siput sedut...hehehhe.. x reti nak makan...takut tersedut sume2 masuk molot..naya la kan.. Cantik bersih je nampak siput tu...terus akak selera nak makan laaaa...hehe

ezy azira said... [Reply to comment]

salam kak...wah sedapnya siput...feveret 2...hihi

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said... [Reply to comment]

lama tak makan siput sedut.....sedap nak..masak macam selalu asyik masak lemak aje...bolehla try....

Misz MariA said... [Reply to comment]

Wah..siput sedut Kak HaSue inspired me nak masak masa cuti new year nie la. hihi..

ruddy said... [Reply to comment]

Siput sedut kalau nk bg lemak lg.. Sehari sebelum nk makan.. Bg siput tu mkn hampas kelapa dulu.. Isi dia lg sempoi.. Cakap nenek bukan apa nk bg siput tu berak dulu.. Haahaa

ruddy said... [Reply to comment]

Siput sedut kalau nk bg lemak lg.. Sehari sebelum nk makan.. Bg siput tu mkn hampas kelapa dulu.. Isi dia lg sempoi.. Cakap nenek bukan apa nk bg siput tu berak dulu.. Haahaa

ruddy said... [Reply to comment]

Siput sedut kalau nk bg lemak lg.. Sehari sebelum nk makan.. Bg siput tu mkn hampas kelapa dulu.. Isi dia lg sempoi.. Cakap nenek bukan apa nk bg siput tu berak dulu.. Haahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...