Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, April 3, 2010

Air Samboi Kasturi

Memandangkan sekolah anak2 cuti Isnin nih,hari nih kalo takde aral melintang nak coti2 ke Sibu lak....salah satu bandar kat sarawak..walaupun org sarawak,kalo xde tujuan ke cuti2 ke..malas gak nak gi bandar ke bandar nih.. Bintulu misalnya mungkin akan singgah jer sebab dalam perjalanan balik kampung memang lalu area bintulu..sibu ni arah bertentangan,yakni(cewah bahasa kemain) menghala ke kuching..kiranya antara miri n kuching,mukah nih duk tgh2 ler..

Oklah.bercerita mengenai air yg sedang berposing anggun..hehe...
Air asamboi dengan jus limau kasturi nih..memang oltaim peberet ler..
Teringat masa gi camping pengakap masa sekolah form 3..ada pulak orang duk menjual air nih kat luar simpang kawasan perkhemahan...sebungkus 50sen..satu hari 2,3 kali ulang alik beli air nih...sampai 2,3 bungkus.....habis satu aktiviti,gi minum..rasa dahaga gi minum.. last2,sampai serak suara woo..hahaha..sampai sekarang xleh lupa..rupanya ada efek juga kalo minum amat byk sekaligus..hehehe..tapi kan,sebab nyamannnn jek tekak merasa masam2 manisnya,memang berbaloi lah!
Kalau bulan puasa,ia juga menjadi menu pilihan..

Oklah,memandangkan ada jugak yg lum pernah buat air nih..tepek jugak resepi kat sini eh..
Sukatan tu kena adjust sendiri yer..kalo nak lebih manis ke,buh gula lebih..nak lebih masam,buh limau lebih..kalo asamboi tuh jenis dah masin gitu(sebab kdg2 ada gak yg masin sedang jek,x perlu letak garam dah)..


Bahan2:
  • Jus limau kasturi
  • Asamboi merah
  • Gula
  • secubit garam(jika perlu)
  • Air secukupnya
  • ketulan Ais
Cara:
  1. Dalam gelas/jug,masukkan asamboi(kalo nak cepat tmbh sedikit air pns),jus limau kasturi,garam dan gula. Tambah air dan kacau sehingga gula hancur. Tambah ketulan ais dan sedia untuk diminum..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

alahai...terus nak buat air sejuk gak nih...glup glup

Jieda said... [Reply to comment]

sedapnya..nak kena cuba ni

miszlulu said... [Reply to comment]

bestnya kalau pegi pasar malam, biasanya mmg carik air nieh le. kalau makan eskrem pun nak eskrem asam boi gak.. tapi nak tanya la.... mana nak dpt asam boi tu ek? yg sedap aaaa... hehe kalau area kl nieh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...